Posted by: pinkturtle2 | Disember 9, 2008

Tragedi Akibat Daripada Kecuaian Kita..

Walau pun kawasan tersebut mempunyai risiko yang tinggi, namun ianya tidak dipedulikan sangat, janji mereka memperolehi keuntungan yang besar. Inilah prinsip yang dipegang oleh pemaju-pemaju perumahan yang tamak dan rakus. Soal keselamatan kepada pengguna tidak termasuk dalam senarai perancangan mereka.

Walau pun kawasan tersebut mempunyai risiko yang tinggi, namun ianya tidak dipedulikan sangat, janji mereka memperolehi keuntungan yang besar. Inilah prinsip yang dipegang oleh pemaju-pemaju perumahan yang tamak dan rakus. Soal keselamatan kepada pengguna tidak termasuk dalam senarai perancangan mereka.

Korban Bukit Antara Bangsa Angkara Siapa?

Semua orang mahukan tempat tinggal yang selesa dan baik untuk diri dan keluarga. Dan jika boleh, rumah tersebut bertaraf kediaman mewah. Selain dari itu, mereka juga mahu rumah tersebut dibina di tempat yang damai, jauh dari gangguan serta keadaan sekelilingnya menarik. Itulah impian manusia tanpa mengira sama ada mereka terdiri  dari golongan kaya atau miskin.

Dan di antara tempat yang dikira menarik serta selesa untuk didiami ialah di kawasan tinggi berbukit dengan suasana kehijauan yang indah mata memandang. Maka bagi memenuhi impian tersebut, mereka berlumba-lumba mencari kawasan seperti itu walaupun kosnya agak tinggi. Keadaan ini mendorong syarikat-syarikat hartanah berebut-rebut mencari kawasan yang digemari oleh orang kaya untuk membina rumah sama ada bunglow mewah, apartment, kondo atau pangsa puri.

Walau pun kawasan tersebut mempunyai risiko yang tinggi, namun ianya tidak dipedulikan sangat, janji mereka memperolehi keuntungan yang besar. Inilah prinsip yang dipegang oleh pemaju-pemaju perumahan yang tamak dan rakus. Soal keselamatan kepada pengguna tidak termasuk dalam senarai perancangan mereka.

Walau pun rancangan pembinaan rumah di kawasan berisiko tinggi itu dihalangi oleh undang-undang atau peraturan yang ketat, namun peraturan tersebut mampu dibolosi dengan berbagai cara menerusi pintu belakang. Pegawai mana yang berani menolak jika permohonan dikemukakan oleh mereka yang bergelar kroni atau kerabat tertentu?

Jika ada boss jabatan terbabit yang berani berbuat demikian, alamatnya dia sengaja menabur pasir ke dalam periuk nasinya sendiri. Mungkin tak sampai sebulan dia boleh mengucap selamat tinggal kepada kakitangannya kerana terpaksa ditukar ke jabatan lain. Ini senario yang wujud dalam pentadbiran di negara ini.

Keadaan menjadi lebih buruk lagi dengan wujudnya campur tangan orang politik yang berkepentingan atau rasuah. Mereka inilah yang lazimnya mengenakan tekanan ke atas pegawai kerajaan supaya meluluskan permohonan yang sepatutnya tidak boleh diluluskan dengan memberi jaminan bahawa mereka akan bertanggungjawab dengan pihak atasan jika perkara tersebut berbangkit.

Pegawai mana yang tidak kecut perut jika menerima panggilan langsung dari personaliti politik yang berpengaruh atau menerima surat dengan menggunakan kepala surat (letter head) yang tertera logo atau warna tertentu? Urusan menjadi lebih lancar lagi jika ada ‘minyak pelincir’- satu istilah yang sering digunapakai oleh golongan usahawan selama ini.

Tragedi terburuk yang berlaku di Bukit Antara Bangsa tidak mungkin berlaku seperti Highland Tower lima belas tahun lalu, jika semua pihak mematuhi peraturan, termasuk pemaju, pegawai kerajaan terbabit dan orang politik yang berkepentingan. Tapi, lantaran nafsu tamak dijadikan asas perhitungan demi mencari laba, maka soal kesesuaian tempat dan keselamatan nyawa langsung diketepikan.

Setelah terjadi tragedi tersebut, semua pihak bersuara, termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya. Tak kurang juga media massa dan media elektronik juga turut membuat berbagai ulasan dan kritikan dan semuanya menjurus kepada menyalahkan dasar kerajaan yang tidak tegas dalam mengenai masalah tersebut.

Namun, untuk mencari jawapan yang sebenar, mungkin berguna jika ada pihak-pihak tertentu tampil menjalankan penyiasatan bagaimana projek tersebut boleh diluluskan, siapa tuan punya projek, siapa yang berdiri di belakang pemaju yang menyebabkan projek di kawasan berisiko tinggi itu boleh diluluskan?

Kenapa Jabatan Alam Sekitar yang bertanggungjawab ke atas pencerobohan tanah tinggi (berbukit) boleh terlepas pandang mengenai perkara ini sedangkan ianya wujud di depan mata, padahal jika di negeri yang dikuasai pembangkang seperti Kelantan, mereka cepat mengesan dan mengambil tindakan walau pun berlaku jauh di belantara. Inilah sikap double standard agensi kerajaan yang akhirnya memakan diri dan mencalar imej kerajaan.

Nasib baik kerajaan PR baru sahaja mengambil alih pemerintahan negeri Selangor. Jika tidak, mereka tentu akan menjadi sasaran kecaman oleh pihak lawan. Soalnya apakah kerajaan negeri terdahulu boleh melepas tangan begitu sahaja, sebagaimana mereka bertindak melepas tangan terhadap isu ternak babi yang kini bebannya sedang digalas oleh kerajaan baru seperti mendokong biawak hidup itu?

Sebenarnya pembinaan rumah mewah seperti di Bukit Antara Bangsa itu banyak berlaku di negara ini. Semuanya berpunca dari dasar kerajaan yang bersifat hangat tahi ayam dalam soal penguatkuasaan undang-undang, sikap sesetangah ahli politik yang rasuah dan mementingkan diri sendiri, prinsip pemaju perumahan yang rakus dan sikap agensi kerajaan yang takut dan tunduk kepada tekanan kroni-kroni politik.

Jika fenomena ini dibiarkan berterusan, tunggulah banyak lagi tragedi maut akan menimpa ke atas mereka yang mencari suasana damai di puncak bumi yang rapuh itu.

http://www.tranungkite.net/v8


Responses

  1. Berhentilah menuding jari. Ia sudah berlaku. Sesali sahajalah kejadian ini. Ambil pengajaran untuk masa hadapan.

    Semua orang mahu kawasan yang tenang dan nyaman sebagai lokasi kediaman.

    Pemaju bukan ahli pakar alam semula jadi. Ahli pakar semula jadi bukan pemaju. Oleh itu bergabunglah…

    Oh ya… mana komen pemaju kawasan itu ya… tak dengar sepatah pun in their defense. Tentu menarik juga.

  2. manusia diberi akal fikiran utk memilih jln hidup, antara kesenangan sementara dunia atau kesenangan berkekalan di akhirat. begitu jugalah dgn memilih utk mengikut nafsu serakah dgn kemegahan dan kemewahan dunia atau menjadikan dunia sbg jualbeli utk mendapatkan kebahagiaan akhirat.

    itulah kuasa yg Allah berikan kpd manusia, kuasa utk memilih… tapi manusia tiada kuasa utk menahan akibat dari apa yg dipilih itu, itu kuasa Allah… itulah qada dan qadar Allah.

    manusia memilih utk mengubah kejadian Allah, dan membuat kerosakan di mukabumi…

    “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” [QS 42:30]

  3. bermuhasabah atas apa yang berlaku…hentikan tuding menuding…perkara dah terjadi.

  4. Ambil iktibar apa yang berlaku. Gunung-ganang bukit-bukau adalah sebagai pasak untuk menstabilkan bumi. Jangan dok gi tarah dan ratakan ia. Hentikan semua projek yang melibatkan penarahan gunung dan bukit. Peliharalah alam semula jadi. Kurangkan projek padang golf. Tukarkan jadi kawasan perumahan. Ramai lagi setinggan kat Selangor yang takde rumah akibat angkara si Khir anak Toyol, Jawa tak sedar diri.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: