Posted by: pinkturtle2 | Disember 9, 2008

Ziarah Raya Bersama Ahli Parlimen Bachok Dan Adun Tawang

YB Ustaz Nasharudin Mat Isa bersama Ustaz Hasan Mahmood menziarahi salah sebuah rumah di Tawang dalam parlimen Bachok untuk berhari raya

YB Ustaz Nasharudin Mat Isa bersama Ustaz Hasan Mahmood menziarahi salah sebuah rumah di Tawang dalam parlimen Bachok untuk berhari raya

Dalam sesibukan dan masa yang terhad,kedua-dua YB sempat juga menikmati jamuan raya nasi maqlubah(resepi Jordan) di salah sebuah rumah dalam kawasan parlimen Bachok

Dalam kesibukan dan kesuntukan masa ,kedua-dua YB ini sempat juga menikmati jamuan raya nasi maqlubah(resepi Jordan) di salah sebuah rumah dalam kawasan mereka.

Inilah mangsa penyakit kronik yang sudah empat bulan terlantar tidak sedarkan diri.Ap yang dikesalkan,Menurut isterinya puan rubiah drahman,pihak hospital menyuruhnya mebawa pulang suaminya semenjak dua bulan lepas selepas disahkan mengidap penyakit saraf otak.

Inilah mangsa penyakit kronik yang sudah empat bulan terlantar tidak sedarkan diri.Ap yang dikesalkan,Menurut isterinya puan rubiah drahman,pihak hospital menyuruhnya mebawa pulang suaminya semenjak dua bulan lepas selepas disahkan mengidap penyakit saraf otak.Isterinya sangat berharap agar mendapat bantuan daripada mana-mana pihak samada bantuan perubatan atau kewangan bagi meringankan bebanan mereka.

Ziarah Raya  Bersama  Ahli Parlimen Bachok Dan Adun Tawang

Lebih kurang pukul 10 pagi ini Timbalan Presiden PAS  YB. Ustaz Nasharudin Mat Isa bersama Adun Tawang Ustaz Hasan Mahmood telah datang ke kawasan kami untuk menziarahi keluarga mangsa yang mati dalam kemalangan pada petang kelmarin.Selepas solat jenazah pada pukul 11 pagi kedua-dua YB sempat meluangkan masa berhari raya bersama kami semua dan menziarahi beberapa buah rumah penduduk di sekitar kampung Jembal,Wakaf Zain,Tawang dan kampung Pauh Sembilan.

Lawatan dan Keperihatinan Ustaz  Nasharudin dan ustaz Hasaan amatlah kami hargai dan harapan kami agar setiap permasalah yang kami hadapi dan kami kemukakan kepada pihak YB agar diberi perhatian dan diambil tindakan dengan seberapa segera.Sesungguhnya Ziarah raya Timb. Presiden PAS pada hari ini dan keperihatinan beliau dengan sedikit sumbangan yang dihulurkan amat bermakna pada kami semua penduduk  setempat yang  memerlukan perhatian daripada setiap wakil rakyat .Dan berharap ianya akan berterusan dari masa ke semasa

Ustaz Nasharudin dan Ustaz Hassan  juga sempat menziarahi salah seorang mangsa(gambar) yang terlantar sakit tenat sudah hampir tiga bulan tidak sedarkan diri akibat penyakit kronik.Sedikit sumbangan yang YB sumbangkan,pihak keluarga mangsa mengucapkan ribuan terima kasih.Apa yang lebih penting lagi keluarga mangsa sangat gembira dengan kedatangan ustaz berdua.

Pinkturtle


Responses

  1. telitikan perkembangan politik pas di selangor jangan jadi sambong ayam menang tapi harta tergadai. harap jagailah pas itu supaya tidak lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. kepada pemimpin pemimpin yang nak cari harta dalam pas harap berfikir panjang, kalau nak kepada kekayaan, nama, pangkat dsbnya sila masuk umno dan rebut harta disana tu amat banyak, lupakan dosa dan pahala pasti dapat untuk dunia, ok.

  2. telitikan perkembangan politik pas di selangor jangan jadi sambong ayam menang tapi harta tergadai. harap jagailah pas itu supaya tidak kucar kacir dan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. kepada pemimpin pemimpin yang nak cari harta dalam pas harap berfikir panjang, kalau nak kepada kekayaan, nama, pangkat dsbnya sila masuk umno dan rebut harta disana tu amat banyak, lupakan dosa dan pahala pasti dapat untuk dunia, ok.

  3. Salam.

    Mintak ustaz nasa ziarah ke kampung kami di Melawi.Madrasah depan pondok polis Kampung Melawi Bachok.Sudah lama kami suarakan kepada yang bertanggung jawab,tapi tiada jawapan hingga sekarang.

    Yang berharap
    AJK Madrasah Kg Melawi

  4. salam…sya penyokong PAS dr sjak d lahirkn..sy ank jati tawang..sy harap..us hasan berundur tahun ni..sbb sy tngok us hasan sama je dgn pemimpin umno..tp sy sayng PAS..tolong ya us hasan..sy rakyat..sy knal siapa yb hasan..rasuah mudir2 sekolah yik..pemuda umno..ayuh ank tawang kita jhat..kita tukar yb pas dgn pemimpin baru yg btul2 cintakn rakyat…tolong PAS@tok guru…perhtikn us hasan..bgi kami us hasan barua…jazakllah

  5. sy nak jgak..us hasn berundun..klu sayng pati….sbb dia rasuah..sblum sy dedahkn pd ajk,pemuda…sy nak…slsai dgn cara baik…pas menang bnyak pengal d dun tawang..tp apa yg ada?apa yg berubah…bila nk ada pilihan cawang..us hasn rasuan mudir2 sek yik..pemuda pas2..agar kedudukan us hasan kekal..ayuh ahli pas sedarla..cukup la us hasan ni..ana knal sngt2..kluarga dia..istri dia yg sombung akuh…bila d knali istri yb..ramai tg kluar PAS.sbb istri dia yg ego….sy CINTAKN ISLAM,PAS…Demi kbaikn masa dpan adun tawang……tukarla pd yg lbih pndai.yg pbih baik..sbb tawang ramai yg lbih jauh baik dr yb us hasan…

    pmuda pas ala baru yg inginkn berjhat dmi islam…pas..

  6. Assalamualaikum Wbt..

    Saya selaku anak jati Kg. Cherang Hangus (Jalan Taliair KADA), Bekelam. Memohon dengan keikhlasan agar YB Ahli Parlimen Bachok dan YB Adun Tawang semoga memberi perhatian dan tindakan segera ke atas masalah kemudahan awam di kampung ini. Saya minta jasa baik kedua-dua YB mengambil tindakan dengan segera untuk membaiki jalan kampung berkenaan. Saya dapati sekarang banyak lubang dan tidak selesa untuk dilalui.

    Apabila saya balik ke kampung berkenaan, saya rasa sedih dan malu pada diri sendiri kerana keadaan jalan sedemikian rupa.

    Dengan harapan kedua-dua YB mengambil tindakan segera masalah di kampung berkenaan demi menjaga kebajikan rakyat di kampung ini.
    Sekiranya pihak YB memerlukan maklumat lanjut, silalah hubungi saya Mohd Khairul Azhar Bin Razak, No telefon 0195594212.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: