Posted by: pinkturtle2 | Disember 9, 2008

Penduduk Mahu Saman PBT Akibat Tragedi Tanah Runtuh

Kami sudah laporkan kejadian beberapa pokok tumbang kepada pihak berkuasa bagi memberi petunjuk ada sesuatu yang berlaku, namun pihak berkuasa hanya datang memotong pokok tersebut tanpa tindakan pencegahan lain

Kami sudah laporkan kejadian beberapa pokok tumbang kepada pihak berkuasa bagi memberi petunjuk ada sesuatu yang berlaku, namun pihak berkuasa hanya datang memotong pokok tersebut tanpa tindakan pencegahan lain- Datuk N. Muneandy

Tragedi tanah runtuh: Penduduk mahu saman PBT

KUALA LUMPUR: Penduduk di sekitar Bukit Antarabangsa di sini yang menghadapi pelbagai kesukaran akibat kejadian tanah runtuh pada hari Sabtu lepas merancang untuk menyaman pihak berkuasa tempatan dan menuntut ganti rugi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bukit Antarabangsa, Datuk N. Muneandy berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat guaman berhubung perkara itu setelah yakin mereka mempunyai bukti kukuh untuk berbuat demikian.

“Kami yakin ada bukti yang kukuh termasuk gambar yang dirakamkan sebelum kejadian serta beberapa aduan yang dibuat kepada pihak berkuasa tempatan sebelumnya,” katanya kepada pemberita.

Tanpa menyatakan jumlah gantirugi yang ingin dituntut, beliau berkata, penduduk membuat aduan awal bagi memaklumkan pihak berkuasa tentang kemungkinan kejadian tanah runtuh itu.

“Kami sudah laporkan kejadian beberapa pokok tumbang kepada pihak berkuasa bagi memberi petunjuk ada sesuatu yang berlaku, namun pihak berkuasa hanya datang memotong pokok tersebut tanpa tindakan pencegahan lain,” katanya.

Selain mengakibatkan empat orang terbunuh, kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 banglo Sabtu lepas itu mengakibatkan laluan utama ke beberapa kawasan perumahan di kawasan Bukit Antarabangsa terputus dan beriburibu penduduk terperangkap, dengan bekalan elektrik dan air terganggu.

Muneandy seterusnya menggesa kerajaan supaya menubuhkan segera jawatankuasa khas yang turut disertai wakil penduduk bagi mengetahui setiap perkembangan yang berlaku di Bukit Antarabangsa.

“Ini melibatkan rumah tempat kami tinggal dan nyawa, jadi kami mahu kerajaan mengambil tindakan segera,” katanya.

Sebelum itu wakil-wakil penduduk Bukit Antarabangsa mengadakan perbincangan dengan Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat, Datuk Khalid Abu Bakar bagi mengetahui maklumat terkini operasi.

Dalam pertemuan itu, Khalid berjanji akan meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengelakkan kejadian kecurian dan meminta penduduk yang mempunyai masalah untuk tampil sendiri membuat laporan polis.

“Memang terdapat permintaan daripada penduduk yang ingin mengambil barangbarang seperti kereta di rumah yang runtuh, tetapi kami tidak boleh benarkan sekarang kerana kita bimbang ianya bahaya berikutan keadaan tanah yang masih tidak stabil,” kata Ketua Polis Selangor iitu.

http://www.bernama.com.my


Respon

  1. tak payah lar nak saman sana, nak saman sini…itu kuasa Allah…percayalah pada Qada’ dan Qadar’…dah jadi macam ni janganlah nak hipokrit, sepatutnya bermuhasabah dan berdoa serta panjatkan kesyukuran kerana tak ramai yang terkorban…baru sikit tuhan nak turunkan bala…kepada yang muslim,jangan lupa buat solat hajat…

  2. Aku rasa dukacita bila menonton seorang mangsa bencana di Bukit Antarabangsa marah2 dlm Buletin TV3 semalam. Aku juga gerun, rupa2nya masih ada org yg tak syukur walau pun terselamat drp maut akibat musibah yg begitu dahsyat, bahkan sanggup menyalahkan pasukan penyelamat kerana tak tlg org rumahnya angkat kotak.

    Jauh bezanya dgn berita yg disiarkan oleh Bernama melalui saloran Astro bila seorang penduduk di kawasan sama membenarkan tembok pagar rumahnya dirobohkan utk membina jalan raya alternatif. Katanya, “saya hanya kehilangan pagar tapi mangsa kehilangan rumah tangga”.

    Kpd abang yg marah2 tu, bersyukurlah. Insya-Allah dgn terselamatnya nyawa abang & org rumah tu, dptlah kalian berusaha & bekerja kuat utk mendapatkan rezeki halal di samping bertaubat & beribadah.

    Kpd abang yg ikhlas yg kehilangan tembok pagar tu, aku memohon semoga Allah menggantikan apa yg hilang itu dgn ganjaran pahala & rezeki halal yg berlipat ganda. Amin!

  3. Begitulah manusia yang tak tau bersyukur. Dah terselamat daripada maut, masih marah-marah lagi. Salahkan orang lain lak, tak juga nak insaf. Dalam Al-Quran terdapat larangan membuat binaan berhampiran tanah tinggi. Gunung-ganang sebenarnya adalah pasak untuk menstabilkan bumi. Ini habis gunung-ganang ditarah dan diratakan sebab nak bina banglo dan condo. Inilah jadinya. Semoga Allah beri hidayah.

  4. Tak perlu saman

    Dulu semasa nak buat rumah tu, mohon ke atau tidak kelulusan, kalau mohon ok la. tanya diri sendiri sapa suruh awak buat rumah disitu, tanggung sendirilah.

  5. itu diaorg baru buat rumah kt kawasan tinggi..mcm mana la if diorng buat rumah kt kawasan yang rendah..ditakdirkan banjir kilat dahsyat berlaku..habis hilang harta benda dgn kotak kotaknya sekali..nak saman PBT jugak ker??

  6. betul kate korang tu tak sepatutnya menyalah kan org lain…sepatutnya kite kene sedar bahawasa nya manusia yang buat benda ini berlaku……nak sgt buat rumah tinggi2…dah tahu keadaan tanah kat malaysia ni mcm mane lagi mau buat rumah kat situ….sepatutnya bersyukur ramai yang selamat ini tdk nak saman2 org lain.tu la bl dah susah nak salahkan org lain ape la..harta benda boleh dicari mgkn tak sama ape yg ade sblm ini hidup kene tabah ape belaku semua ade hikmah nya…cb duduk dan pk sebentar nape belaku semua ini?.kite ni hidup cuma meminjam je….so bersyukur la ape yg ada..amin….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: