Posted by: pinkturtle2 | Disember 9, 2008

Polis Temui Mayat ke-5 Bawah Runtuhan

PULANG KE RUMAH… Sebahagian daripada penduduk dari perumahan berhampiran kawasan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang berjalan kaki menggunakan laluan alternatif daripada hamparan Mobemat yang dibina Angkatan Tentera Malaysia untuk pulang ke rumah selepas laluan tersebut dibuka pagi ini. Kebanyakan mereka yang menghuni di Taman Bukit Jaya dan Kondominium Oakleaf Park pulang untuk memeriksa keadaan rumah selain mengambil barangan berharga dan dokumen penting. – fotoBERNAMA
.

Polis temui mayat ke-5 tanah runtuh Bukit Antarabangsa

Usaha kesan pembantu rumah warga Sri Lanka dipergiat

[DIKEMAS KINI, 6.30 petang] KUALA LUMPUR Polis mengesahkan menemui satu lagi mayat di lokasi tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa dekat sini petang ini – pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, usaha sedang dijalankan untuk mengeluarkan mayat itu yang telah pun rebut dan berbau.

Bagaimanapun beliau tidak mengesahkan identiti mayat itu sama ada warga Sri Lanka ataupun sebaliknya.

“Selepas kita keluarkan baru boleh kita sahkan identiti mangsa… mana tahu bila kita keluarkan, tiba-tiba mayat itu lengkap berpakaian seragam macam anggota keselamatan.

“Jadi biarlah adil kepada semua pihak, kita akan umumkan identiti mangsa selepas berjaya dikeluarkan,” kata beliau pada sidang media sebentar tadi.

Jelas beliau, operasi SAR akan diteruskan walaupun mayat mangsa terbaru ini ditemui.

ANGGOTA tentera darat dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (gambar atas dan bawah) berusaha gigih memasang “Moby-mat” di laluan alternatif petang semalam bagi membolehkan penghuni yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa membawa keluar kenderaan dan barangan mereka. -fotoBERNAMA

Usaha SAR diteruskan malam kelmarin berikutan laporan bahawa seorang pembantu rumah dari Sri Lanka hilang dalam kejadian itu.

Wanita tersebut yang dipercayai bernama Lourdes Mary, 30an, merupakan pembantu rumah kepada doktor haiwan Dr. N. Yogeswari, yang turut terkorban dalam tanah runtuh tersebut Sabtu lalu.

BERITA TERDAHULU

60% petunjuk ada kesan mangsa ke-5 tanah runtuh

KUALA LUMPUR Operasi di kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa yang kini ditumpukan kepada tiga perkara iaitu mencari dan menyelamat (SAR), pengosongan rumah dan pemulihan, sudah menemui kedudukan sebenar mangsa yang dilaporkan hilang.

Menurut sumber, lokasi sebenar kedudukan mangsa iaitu warga Sri Lanka sudah ditemui dan anggota SAR sedang berusaha menggali kawasan tersebut.

Kira-kira 70 peratus petunjuk menunjukkan ada kesan mangsa.

Ketua Polis Selangor dijadual mengadakan sidang media sebentar lagi.

Pada pukul 2 petang tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dalam tempoh sejam lagi pasukan SAR akan tiba di lokasi mangsa kelima, yang dipercayai terperangkap atau tertimbus.

Mangsa ialah pembantu rumah dari Sri Lanka.

Wanita tersebut yang dipercayai bernama Lourdes Mary, 30an, merupakan pembantu rumah kepada doktor haiwan Dr. N. Yogeswari, yang turut terkorban dalam tanah runtuh tersebut Sabtu lalu.

Selain itu pasukan SAR akan membawa pemilik rumah untuk pulang ke kawasan rumah mereka yang runtuh untuk mencari barangan atau dokumen penting.

“Mereka hanya akan dibawa sekiranya keadaan benarbenar selamat dan hari ini mungkin mereka akan dibawa naik atas,” kata beliau di tempat kejadian.

Khalid berkata, kini operasi SAR diteruskan di kawasan terbabit dan tempoh bila operasi itu akan tamat masih belum dibuat.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. Heran bin ajaib, ke manakah perginya orang2 JKR yg selama ini (sejak merdeka) hingga ke era sebelum pemerintahan TDM tersyohor dengan kerja2 buat jalan. Adakah mereka dah tak buat jalan lagi sekarang sehinggakan pihak jurutera tentera pulak yang bersusah-payah nak kena ambil-alih buat jalan dan jambatan. Dalam keadaan kecemasan mcm ini memanglah patut pihak tentera membantu. Tetapi persoalannya adakah pihak JKR hanya tukang tengok saja. Inilah akibatnya sistem pengkoporatan di negara kita. Kalau dulu JKR tukang buat jalan tetapi kini tukang tengok jalan sambil berjalan-jalan. Semua dah jadi mandol. Tukang buat jalan bagi kat orang lain.

    Patutlah jalan-jalan raya di negara kita kini ialah jalan raya yang paling cantik di Asia Tenggara. Tak percaya, tengoklah di mana-mana jalan persekutuan, negeri, taman perumahan, kampung2 semuanya cantik2 belaka. Ada lobang golf, ada lobang congkak, ada lobang gergaji, ada lobang macam2 lobang lagi. Baru aku tahu rupanya JKR dah tak buat jalan lagi dah sebab urusan buat jalan dia orang dah upah kontrektor syarikat korporat. Jadi JKR dah boleh tidur dan bersantai duduk bergoyang kaki.

    Kesian tentera!!!!masa dia orang susah ni, orang suruh buat macam-macam kerja. Dah pencen besuk bekas tentera susah, tak ada siapa nak tolong. Nak duduk kat rumah setinggan pun orang tak kasi…..nasib kitalah yek!!!! Syabbas ATM.

  2. Tu la sapa suruh pangkah dacing senget…

    Kan si Samy no Value dah jual sebahagian JKR punya aset utk buat Jalan. Kuari-kuari habis dijual. Kuari Sg Long contohnya. Jentera-jentera dan loji pembinaan jalan habis diserah kat syarikat.

    Kerja buat jalan/turap jalan semua bagi kat syarikat kroni. Mana ada lagi geng-geng repair jalan kat JKR yg dulu majoriti pekerjanya Orang-orang India (sebab org lain memang tak tahan panas punya… bukan racist ni, kenyataan)

    teringat aku masa kecik dulu bila kerja turap jalan, JKR buat sendiri dengan mesin-mesin khas datang dari Kuari Batu Caves dan konvoi lori 10 tayar bawa batu goreng. Sampai aku suka conteng dinding rumah gambar lori JKR (last-last kerja JKR gak)

    Tapi sekarang semua dah di gadai… nak buat camno, nasi dah jadi bubur.

    Tak apa la… bagi tentera buat kerja drp makan gaji buta. Nak kejar kominis, kominis dah letak senjata dan tanam sayur (kat siam nun)

  3. turunkan paklah, najib turun, semua turun, sementara waktu tentera ambik-alih. mari kita sama2 tengok tentera makan gaji buta ke tak buta?. negara ini perlu dibersihkan dari segala penyakit dan kuman. mana ada cara lain lagi. kau jangan nak melawak dengan tentera oi! semua kerja dia pandai buat. silap2 bungkus ketupat daun palas pun dia orang boleh buat dengan terbaik. kita ni gheti mentangkedarah je.

  4. Mula-mula kata kenalan dari Sri langka…aleh-aleh dah jadi pembantu rumah pulak!!!TAK ADA PERMIT KOT. Berapa ramai lagi pembantu yang macam ni disorok oleh keling-keling malaysia..sebab rupa mereka sama..tak macam mat indon. Pihak berwajib tengok-tengoklah sikit…keselamatan malaysia ni!!!!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: