Posted by: pinkturtle2 | Disember 9, 2008

Layanan Buruk Terhadap Mangsa Tragedi Runtuhan

Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan semalam pihak polis telah menghubungi suami mangsa. Bagaimanapun saya jamin siasatan terperinci akan dilakukan berhubung dakwaan ini. Kita ingin tahu siapakah individu yang sebenarnya berbuat demikian

Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan semalam pihak polis telah menghubungi suami mangsa. Bagaimanapun saya jamin siasatan terperinci akan dilakukan berhubung dakwaan ini. Kita ingin tahu siapakah individu yang sebenarnya berbuat demikian - Ketua Polis Selangor

Dakwaan Layanan Buruk Disiasat

KUALA LUMPUR Polis sedang menyiasat dakwaan suami salah seorang mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, di sini yang mendakwa menerima layanan buruk daripada pasukan keselamatan ketika beliau meminta menyelamatkan isterinya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis telah menghubungi suami kepada mendiang Eng Yee Peng, 30, untuk tampil ke pusat operasi SAR bagi membantu siasatan.

Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan suami mangsa mendakwa beliau diberi cangkul oleh pasukan penyelamat dan memintanya mencari isterinya sendiri.

“Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan semalam pihak polis telah menghubungi suami mangsa. Tetapi beliau tidak memberi sebarang jawapan, mungkin beliau masih berkabung.

“Bagaimanapun saya jamin siasatan terperinci akan dilakukan berhubung dakwaan ini. Kita ingin tahu siapakah individu yang sebenarnya berbuat demikian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini tiada laporan polis yang dibuat oleh suami mangsa itu berhubung perkara itu dan ini tidak bermakna polis tidak akan siasat dakwaan itu.

Sementara itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga Sri Lanka, yang dipercayai tertimbus, masih giat dijalankan.

Menurut Khalid, pasukan SAR belum mendapat sebarang petunjuk daripada mesin pengesan dan unit anjing pengesan pihak bomba.

“Pasukan SAR sedang lakukan yang terbaik dan fokus kita tertumpu kepada rumah nombor satu. Setakat ini pasukan SAR telah menggali tanah sedalam lima kaki.

“Ada kemungkinan mangsa yang dipercayai tertimbus itu digelongsor ke lokasi lain. Kita teliti semua kemungkinan,” katanya.

Wanita tersebut yang dipercayai bernama Lourdes Mary, 30an, merupakan pembantu rumah kepada doktor haiwan Dr. N. Yogeswari, yang turut terkorban dalam tanah runtuh tersebut Sabtu lalu.

Beliau berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat berjalan lancar hari ini dengan cuaca yang baik sambil diperhatikan pakar Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) yang memberi nasihat dari semasa ke semasa.

Setakat ini, mereka yang terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menimbuskan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama awal Sabtu lepas kekal empat orang iaitu Yogeswari, 40, akauntan Eng Yee Peng, 30, Shaiful Khas Datuk Shahrudin, 20, dan warga Indonesia Surinah, 30an.

http://www.bernama.com.my


Respon

  1. spatutnya si mangsa bterima kasih anggota yg berusaha sedaya upaya meyelamatkan isteri mangsa ..dari membuat komen yg membuatkan anggota btugas kecil hati…hargailah penat lelah dorg..dah puas senang..tiba masa utk susah pulak..

  2. Sudah2lah nak salahkn org lain..kite kene letakkan kita dlm situasi anggota pnyelamat itu..diorang pun manusia ada jantung dan paru2..prlu brehat juga..ubahla sikap wahai kunun org trpelajar ni..

  3. Kesian pasukan penyelamat, dahlah dituduh mencuri harta, sekarang dituduh memberi layanan buruk lak. Padahal mereka datang untuk memberi bantuan dengan penuh ikhlas. Mangsa kena faham dalam situasi kelam kabut macam ni. Namun pasukan penyelamat pun perlu bertindak bijak, jangan melakukan perkara yang tak sepatutnya hingga boleh menjejaskan reputasi anggota penyelamat. Apa yang penting… kerjasama. Macam Wonderpets je…

  4. tu la kalau dah biasa idup senang… tak pernah rasa bersyukur dgan apa yg ada. lagi la nk berterima kasih pada sesama manusia. jadikan la kejadian ini sbagai iktibar… tak semua org yang senang akan hidup senang smp mati…

    Sedar la diri wahai org yang tinggal di kawasan kejadian. Belajar la berterima kasih dengan orang2 yang berkorban menghulurkan bantuan…

    Ini baru sedikit ujian Tuhan kepada kita…

  5. Yang kena ni orang kaya dan orang senang. Tak pernah hargai penat-lelah orang lain. Kalau boleh , tentu penyelamat tu nak selamatkan semua orang. Yang jadi masalah ni biasanya tak sabar dan suka mendesak-desak. Orang tengah penat sudah tentu cepat hilang pertimbangan. Mungkin tak cukup kursus SAR berikan kot?

  6. yo tok musa
    tak payahlah dengo cakap besor si bangsata lagi
    si biadap jawo sesat sial ni
    orang tengah makan pun nak di complain

    dasar penelamat – selamatkan nyawa -that must be the central theme

    -bukan selamatkan harta karun dari jawonya

    kepada si brengsek ni- we mush wish – lagi baik mampus aje

  7. tabik kepada semua anggota…anda semua telah menjalankan tugas dgn baik sekali….

  8. TK dan tahniah kepada para penyelamat.Allah akan beri ganjaran atas sumbangan dan keikhlasan anda.Elakkan daripada memilih mangsa berjawatan, sama agama dan sebangsa sahaja.Ikut Islam, kita kena bantu siapa sahaja walaupun berbeza kulit,agama dan bangsa.Prinsipnya adalah semangat kemanusiaan dan rasa simpati serta empati.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: