
Adakah filem ini menggesa kita menyamakan agama dan apakah tujuan sebenar Yasmin?
Yasmin Ahmad apa tujuan dia?
Analisis Kumbang..
Kritikan demi kritikan dilemparkan pada Yasmin Ahmad kerana menerbitkan filem kontroversi’ ‘Muallaf ‘ ini. Yasmin Ahmad juga dilaporkan memuji Singapura kerana cepat meluluskan tayangan berbanding Malaysia. Mungkin Yasmin Ahmad menjadikan Singapura sebagai contoh dan sehingga sanggup menerbitkan filem kontroversi yang antara tidak, filem ini seakan-akan menyuruh penonton memahami bahawa semua agama adalah sama.
Inilah fahaman yang terkandung dalam Islam Liberal yang dibawa oleh seorang ahli politik Malaysia… Anda nak tahu siapa buka blog ini http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com . Apa-apa pun usaha untuk menyamakan semua agama adalah salah, kerana sifat sesuatu agama itu unik. Terutamanya Islam! Kumbang tak mahu mengulas panjang isu ini. Tapi jika anda tahu perkara ini, mengapa dibuat lagi filem ini. Seperti filem pendek gay, Comolot. Anda tahu homoseksual itu haram, kenapa dibuat filem itu lagi dan seperti mempromosikan budaya gay di negara ini. Mungkin ada maksud yang sukar dimengerti dibawa oleh Yasmin, tetapi apa pun kita perlu menganalisis terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu filem, negara ini bukan Singapura. Agama rasmi kita Islam, kenapa sekian kali mahu menongkah arus. Hormat menghormati sesama agama sudah cukup. Kenapa mahu disamakan?
Pendapat anda?
P/S: Kumbang juga meminati filem Yasmin, Sepet dan Muhsin. Tetapi Gubra dan Muallaf agak kontroversi kerana ada maksud yang mendalam(usaha menyamakan agama?). Bukannya semua buruk pada Yasmin, cuma yang salah tetap salah dan yang benar sudah tentu benar.
http://analisisringan.blogspot.com

Muallaf menyinggung orang Islam?
“MEMANG patut tak lepas di Malaysia,” komen spontan sebaik kami selesai menonton filem Muallaf di The Picturehouse, The Cathay Singapura semasa hari pertama tayangannya pada 29 November lalu.
Muallaf, filem kelima arahan Yasmin Ahmad belum ditayangkan di negara ini tetapi sudah dapat ditonton di negara itu.
Sehingga hari ini, filem arahan pengarah kontroversi itu terus tersadai di Lembaga Penapisan Filem (LPF) atau dalam bahasa halus tidak diluluskan tayangannya di Malaysia.
Ini kerana Yasmin dikatakan enggan mematuhi arahan badan penapis itu supaya memotong beberapa adegan penting yang boleh mencetuskan sensitiviti agama di negara ini.
Peliknya, sambutan di Singapura begitu memberangsangkan apabila tayangan hari pertama penuh sesak sehinggakan penonton perlu membuat tempahan awal bagi mengelak kehabisan tiket.
Barangkali bagi penonton di sana, tarikan utama Muallaf adalah kerana hampir keseluruhan dialog dalam filem itu menggunakan bahasa Inggeris.
Sepanjang menonton filem ini, kami mencari kewajaran di mana letaknya kekhilafan Muallaf hingga dihukum sedemikian.
Jawapannya ditemui cukup mudah. Menerusi Muallaf, Yasmin semakin berani menongkah arus untuk mengangkat isu agama sebagai lambang perjuangannya dalam bidang seni.
Persoalan itu timbul berikutan sejauh mana sensitiviti agama diusik Yasmin yang memang terkenal dengan filem-filemnya yang melangkau budaya masyarakat Melayu seperti Sepet dan Gubra.
Bukan tidak pernah persoalan mengenai toleransi serta keterbukaan antara agama ditonjolkan di layar perak seperti Ridley Scott dalam filem berjudul Kingdom of Heaven. Nilai kemanusiaan merupakan keutamaan pengarah British itu berbanding perjuangan agama kerana kesudahannya, manusia sendiri yang akan mencorakkan perjalanan agama yang didukung mereka. …seterusnya
Apa dah jadi dengan MELAYU kita? Awat kalau MELAYU kita menghina agama ISLAM kita, tak apa. Adakah menghina MELAYU kita lebih berat hukumannya dari menghina agama ISLAM kita?
Sudah banyak kali AKU peringatkan akan tindakan kita yang ‘membenarkan’ musuh kita menyerang kita sebab kita selalu samakan keturunan kita dengan agama kita sedangkan kita tahu bahawa agama kita berbeza dengan keturunan kita. Agama Islam kita lebih penting, malahan amat penting bagi kita sama ada di dunia mahupun di akhirat sebab agama Islam kita adalah penunjuk yang tiada tolok bandingnya.
Sekali lagi AKU ingatkan saudaraku, MELAYU kita tak akan bawa kita ke arah kecemerlangan tetapi agama ISLAM kita mampu dan memang berkemampuan membawa kita ke arah kecemerlangan, kegemilangan dan terbilang di dunia dan di akhirat, insyaAllah.
Sayangilah Allah swt dan pertahankanlah agamaNya agar dengan ini, kita akan disayangiNya dan dirahamtiNya.
By: AKU on Disember 10, 2008
at 10:20 am
Yasmin tu memang jahil tentang agama Islam. Dia pun tak mahu belajar akan agamanya sendiri. Lihatlah dirinya yang tak menutup aurat. Meminta pelakon wanita muda mencukur rambut atas alasan kehendak skrip. Membuat jalan cerita yang merendahkan martabat seorang ustaz dalam filemnya yang lepas. Orang macamni menghampiri pemikiran kumpulan free tinker. Kemana agaknya Yasmin nak membawa fikiran penonton wayang di negara ini khususnya penonton yang beragama Islam. Teman tak taulah kalau Yasmin tak rasa berdosa akibat mengarahkan pelakon bergaul bebas lelaki perempuan dalam setiap filem arahannya.
By: mahaguru on Disember 10, 2008
at 11:20 am
YASMIN NI GILA SEBENARNYA, FILEMNYA SEMUANYA KALAU ANDA LIHAT SEMUANYA SAMAJE NAK BELA DIRI KERANA KELUARGA X TERIMA LAKI DIA CINA.
FILEMNYA SERTA FIKIRANNYA XLEH KUAR DARI KEPOMPONGNYA YANG SEMPIT, USAH NAK DIBANDINGKAN DENGAN P. RAMLEE YANG PENUH SARAT DENGAN MASSAGE MACAM LANGIT DAN BUMI. DENGAN PROF MAIDEEN MUMMY JARUM PUN MAKAN ASAP JEEE!!! DIA.
By: syed on Disember 10, 2008
at 11:56 am
[…] : Pinkturtle / Utusan Maklumat ini telah diterbitkan pada Wednesday, December 10th, 2008 dalam kategori […]
By: sabahdaily » Kontroversi Filem ‘Muallaf’ on Disember 10, 2008
at 1:08 pm
Kesian Yasmin ni, semua filem dia ni takde kualiti sebenarnya. Malahan mengundang kecelaruan, sepatutnya dah lama di’gam’ je Yasmin ni. Memang tak syak lagi, Yasmin ni memang jahil pasal agama Islam. Semoga Yasmin belajar le mendalami agama Islam.
By: Osman Jailani on Disember 10, 2008
at 2:55 pm
Ini antara gerakkan nak liberalkan Islam di Malaysia…
malangnya anak melayu juga jadi ‘ hantu’ untuk jayakan filem sampah ni.
Antara kejayaan musuh Islam ialah menggunakan hiburan melalui tayangan filem untuk rosakkan akidah anak anak Islam.
Hati hati saudara/i semua..
By: Panglima Cyber on Disember 10, 2008
at 3:01 pm
aku belum menonton dan belum tahu jalan cerita.
kalau benar filem ini mendukung prinsip Islam Liberal maka elok sangat diharamkan saja tayangan di malaysia.
Aku dah tonton filem arahan Yasmin yang lepas2,
kira ok le, cuma bila tonton filem gubra aku dah
dapat rasakan trade mark Yasmin, maka corak2
filem2 begini memang boleh mengundang persoalan.
Aku tak mahu komen tahap pengetahuan Islam
Yasmin, yang penting cerdik pandai ulama patut
ulas pekara ni atau panggil sendiri Yasmin dan
terangkan mengapa filem dia tu boleh menimbulkan berbagai persoalan..
By: anakpaklangmat on Disember 10, 2008
at 5:56 pm
Apa kata Yasmin, mengenai isu ini?
layarilah blog Kumbang…
http://analisisringan.blogspot.com/2008/12/yasmin-ahmad-apa-tujuan-dia.html
terima kasih webmaster pinkturtle2 kerana siarkan artikel kumbang yang kecil ini di blog anda 🙂
By: kumbang on Disember 10, 2008
at 6:54 pm
Apa kata Yasmin, mengenai isu ini?
layarilah blog Kumbang…
http://analisisringan.blogspot.com/2008/12/yasmin-ahmad-apa-tujuan-dia.html
terima kasih webmaster pinkturtle2 kerana siarkan artikel kumbang yang kecil ini di blog anda
By: kumbang on Disember 10, 2008
at 7:39 pm
Kalau difikirkan secara mendalam, nyata Yasmin ni suka mengiklankan filemnya secara negatif supaya filem dia dapat iklan percuma. Bab agama, pendapat aku seperti pendapat mahaguru. Kasihan Yasmin ni. Dunia dah nak kiamat pun dia tak sedar lagi.
By: lee lepi on Disember 10, 2008
at 10:02 pm
Di mana letaknya jatidiri melayu islam dengan memaparkan filem yang boleh menjadikan kegelishan umat islam sendiri..
Kenapa tak buat filem yang sepatutnya menyubur minda melayu.
By: 'uyun on Disember 11, 2008
at 12:48 am
saya berpendapat bahawa yasmin membuat filem2nya sebagai satu medium untuk melepaskan kekecewaan dan protes terhadap masyarakat melayu/islam terutama sekali di malaysia yang mungkin disebabkan oleh sejarah kehidupan peribadinya. ia juga sebagai satu bentuk pemujukan dan seterusnya mengajak semua penonton agar membela pemikirannya dengan cara yang lembut, syahdu dan rasa terharu. tapi oleh kerana ia telah menjadi filem yang boleh ditonton dan disebarluaskan kepada semua masyarakat, maka bolehlah saya sifatkan ia sebagai satu propaganda terhadap ajaran islam itu sendiri dari sesuatu yang didalangi oleh individu mahupun institusi.
apakah kerana alasan SENI maka kita rela pemikiran masyarakat islam dipesongkan dari akidah sebenar?
saya percaya, ramai dari golongan artis atau pencinta seni akan membela yasmin walaupun mereka mengaku mereka muslim. sungguh mudah untuk memahami hal itu. ini kerana mereka tidak pernah memikirkan hal sebegini dari sudut MUSLIM atau Islam. mereka hanya berfikir dengan ego dan fikiran seorang ahli seni! apa mereka peduli tentang kesucian islam.
By: Nasron al-Jauhari on Disember 11, 2008
at 7:57 am
agama tetap agama…
filem tetap filem…
By: armadrafar on Disember 11, 2008
at 10:42 am
Yasmin… yasmin… how’s work? Hopefully you are in good health. Alhamdulillah.
To me, Yasmin is high spirited person. Dia tak kenal perkataan berundur atau sudahlah.
Bagus orang macam ini. Kalau ada ramai, mungkin negara kita sudah terkenal di seantero dunia.
TAPI, jangan buat filem macam filem Iran atau macam filem Turki. Tolonglah fikir sikit ayahanda dan bonda kami di kampung yang mengamalkan kesederhanaan. Terkejut jika depa tengok movie cam ni bila tiba hari raya.
Nanti langsung tak de channel depa nak tengok. Dahla penuh ngan hiburan yang langsung tak de manfaat kepada syiar Islam. Yang membantu syiar Islam pun dihimpit-himpit dengan siaran yang tak bermanfaat.
Jangan tambah duka muslimin di Malaysia. Anak-anak dah tak mahu tutup aurat, liat ke masjid, boleh cita pasal krismas lagi panjang dari cerita pasal kisah Rasul. Nanti tambah cita pasal you pulak Yasmin…. haru kita nanti…
En. Armadrafar… tak bleh gitu… yang begitu adalah agama lain… Syiar Islam meliputi sekalian zaman dan sekalian alam semesta.
By: RondaKL on Disember 11, 2008
at 2:08 pm
lawak lah…
tahu tak filem muallaf dah berjaya gerakkan hati orang kafir untuk mengkaji tentang quran?
filem ni berdakwah dengan cara yang tak tercapai dek akal orang malaysia.
yelah orang malaysia dah terbiasa dengan filem-filem ringan yang tak membuatkan kita berfikir mendalam cam filem2 razak mohaideen bodoh2 tuh.. tuh jugak yang dapat sambutan…
apa kesan tengok citer bodoh2 macam tu? bertambah bodohlah kita.. and citer2 yang berat makna n pengajarannya kita tolak 100%..
tak keterlaluan kalau saye ckp filem muallaf ialah SATU-SATUnya filem keagamaan yg berjaya yg dibuat oleh orang malaysia.
..kalau filem ni tak lepas kat malaysia takpe.. orang malaysia bukannye faham pon.. bazir masa je tayang lagipon.. golongan minority bolehla download torrent or check youtube nanti kalau ada..
By: izz on Disember 11, 2008
at 5:46 pm
hek eleh izz… ko pun sama macam yasmin… jatidiri tunggang-langgang… nak mengenal jantina diri pun keliru… apatah lagi soal hukum-hakam agama… mender laaa
jangan jadi bangang la… yg gerakkan hati manusia tu allah la beb, bukan filem muallaf sesat tu… konon tengok filem muallaf terus tergerak hati mengkaji quran… lawak la nyah
filem muallaf berdakwah? lawak tahap gaban betolla tu… huekhuekhuek
By: tumiran hj kasbi on Disember 11, 2008
at 11:09 pm
kalau dok dalam gua taktaw mender bleh plak tetibe rase nak kaji quran? kalau org nengok citer ranjang2 bleh plak tetibe nak kaji quran? kalau takde sebab mcm mane nak tergerak hati?
saya tak cakap pon pasal hukum hakam agama..
“filem muallaf berdakwah?” ..org ngok ngek mane faham, nengok pon tak lagik.. kalau nengok pon satu hapah tak faham agaknye..
By: izz on Disember 12, 2008
at 2:34 am
Jangan tengok TV Jangan Tengok Wayang
ikut macam Taliban..
By: jahok on Disember 13, 2008
at 9:48 am
Salam izz,
Adakah anda seorang freethinker?
Anda katakan begini:
“filem ni berdakwah dengan cara yang tak tercapai dek akal orang malaysia.”
Saudara Izz, matlamat tidak menghalalkan cara.
Jika niat Yasmin berdakwah adakah ia menghalalkan beliau membawa unsur pluralisme dan liberalisme di dalam filem beliau?
kedua, soal sudah tengok atau belum bukan pertikaian,
kerana filem Gubra sudah menunjukkan ciri liberalisme dan pluralisme di dalamnya(adegan pelbagai agama di akhir filem). Walaupun mungkin ia tidak disengajakan(jika benar kata Yasmin), tetapi ciri-ciri itu telah ada dan membawa makna filem itu lari dari matlamat asal Yasmin(seperti yang Yasmin katakan di dalam blognya). Begitu juga filem Muallaf.
Jadi sudah jelas apa yang menjadi pertikaian,
Izz sekali lagi “matlamat tidak menghalalkan cara”
Kita orang Islam!
Wassalam
By: kumbang on Disember 15, 2008
at 10:03 am
Aku tak penah tgk pon filem yasmin..Sebab tgk mule2 dah ngantok…Maybe aku bukan org seni..Banyak dengar dam bace komen pasal filem2 die je..Syukurla masih ada org bijak yang menentang filem ni..Kalau betul ade unsur pluralisme dan liberalisme..Kita patut tinggalkan la..camane pon la niat die..Akidah terpesong bukan sekali gus..Sikit2 die pesongkan..Tau2 dah sesat..Kite buakn sedar..Pokok pangkalnye Ilmu di dada…kalau jahil bab agama kantoi la org putar belit sikit pon..Tengok Islam ni baik ngan agama lain dah kate filem tu bagus…Tak sedar pon tgh pijak agama sndr..Nak samakan ngan agama kita..mane boleh..Islam tu yang tertinggi…Takde yg lagi tinggi…Sedarlah..
By: muazzin on Januari 15, 2009
at 11:44 am
Saya nak tanya satu saja. Sapa Yasmin Ahmad dan sapa pulak Zulkifli Ahmad
Sapa pulak suami Yasmin. Banyak rahsia dalam kehidupan Allahyarham Yasmin ini.
Mati!!! Ada orang yang tak peduli pada mati, dan ada orang yang bimbang pada mati, yang paling malang ada orang yang takut mati!
Pernahkah anda berfikir apa yang anda akan hadapi selepas mati!!!
Orang yang tak beriman akan berkata” Peduli apa dengan berita yang berlaku selepas mati, sebab takdak sapa pun orang yang mati balik cerita pasai mati. Tetapi orang tak pernah tanya kenapa dia harus mati. sedangkan Ruh anda dikelilingi oleh bapa, ibu, saudara, sahabat dan teman yang telah mati. Kenapa kita tak berupaya menahan Ruh mereka dari menghadapi mati.
Takpa cuba kita sendiri yang halang Ruh kita dari bakal mati!. Boleh?.
Tentu saja tak boleh, kalau tak boleh halang tapi cuba cari dan pegang Ruh anda, kalau dapat, pegang dan lihat dan berkatalah dengannya, bolehkah kau jangan tinggalkan aku supaya aku tidak mati!!!.
Begitulah kita dengan Rabbulalamin, bolehkah anda menafikan kewujudannya atau bolehkah anda menafikan kekuasaannya. Adakah anda yang bergerak, berlari, berjalan, melompat, menari dan ketawa terbahak itu adalah hasil dari kehendak naluri anda?. Tidakkah anda terfikir ketika anda sedang begitu, tiba2 Rabbulalamin menghentikan naluri gerak dan nafas anda. Siapa pula akan bertanya siapa kah kita ketika itu.
Carilah ruh anda dan berkenalan lah dengan Rabbulalamin, setelah ketemu apa yang anda akan bilang kepadanya. Adakah anda akan protes kepadanya kerana anda dimatikan, sedangkan anda telah menggunakan semahu mahunya nikmat dan rahmat yang telah diberikan..
Atau anda akan memohon maaf semahu mahunya kerana anda telah terkesan yang anda telah terlalu banyak derhaka kepadanya, anda permainkan hukumnya, anda persenda rasulnya dan anda herdik agama nya.
Sayangnya ketika 7 langkah mereka yang belum dimatikan meninggalkan anda, dan ruh yang anda carikan itu dikembalikan barulah anda tahu anda berada ditempat yang cukup sempit dan terasing. Dikiri dan kanan anda berdiri teman baru untuk bicara seketika dan akan bertanya dengan muqaddimahnya. ” Siapa Tuhan Anda?”
Agak agak boleh kah kita jawab sama dengan kita berhujjah dalam blog ini?.
Semoga Allah mengampunkan Dosa Yasmin.
By: Kucing kota on Julai 27, 2009
at 5:45 pm
yasmin ahmad sememangnya seorang anak seni yang berbakat besar… walaupun karya-karya nya mendapat kritikan hebat segenap lapisan masyarakat namun semangat nya yang utuh tidak pernah memadamkan hasratnya unruk terus berkarya… bakat yang dimiliki oleh yasmin semenangnya amat besar karya-karya ciptaan nya mendapat pengiktirafan seluruh dunia, dia sememangnya seorang yang kreatif dan tidak berkarya berdasarkan kehendak masyarakat tetapi beliau coba untuk menampilkan realiti sebenar tentang kehidupan manusia yang kadang-kala terlalu pentingkan diri. atas dasar itulah karyanya mendapat pandangan yang hina masysrakat yang berfikiran sempit. beliau sebanarnya mengajak penonton dan masyarakat untuk berfikir secara lebih kritis dan mendalam mengenai mesej sebenar yang ingin ditonjolkan kepada khalayak ramai namun sering kali disalah ertikan…pemergiannya umpama 1 kehilangan besar dalam industri seni tanah air, lihat sahaja anugerah demi anugerah dirai beliau dalam pertandingan yang berprestij antarabangsa melalui karya yang dihasilkannya, mengapa orang luar boleh memahami mesej yang ingin disampaikan mengapa masyarakat meminggirkan mesej tersebut.. mungkin pada pandangan mereka karyanya banyak menyentuh tentang isu-isu sensitiv seperti agama, perkauman, hukum hakam seorang manusia namun itu adalah realiti sebenar kehidupan segenap lapisan masyarakat kini, mengapa mereka menidakkan apa yang mereka lakukan. adakah mereka tidak mahu perlakuan dan perbuatan sumbang mereka dihidu masyarakat yang bertauliah. inilah sikap segelinir masyarakat yang tidak berfikiran luas, pemikiran yang masih kolot jauh ketinggalan. kita sering kali melaung-laungkan slogan selamatkan industri seni kita namun kita sendiri yang tidak menbantunya, kita sendiri yang melemahkan usaha itu dengan sikap dan pemikiran yang masih di zaman kuno. mengapa kita tidak saja berubah positif menerima dengan baik apa yang dihasilkan oleh orang-orang yang bebakat separti yasmin ahmad. kita harus akui kita sebenarnya manusia muka dua talam, manusia yag bertopengkan syaitan. memang kita nampak baik di depan, disanjung, di beri pujian melambung namun pekara sebaliknya mereka adalah syaitan, iblis yag tidak tahu mengenal erti sebuah kehidupan…al-fatihah…
By: ferdy octovianus on Julai 28, 2009
at 12:38 pm
Syukur ke hadrat Allah, Allah sangat sayangkan Yasmin Ahmad dan umat islam keseluruhannya. Saya sebenarnya suka dengan iklan2 dan filem pertamanya tetapi juga sangat2 terganggu dengan filem tersebut….. saya perasan ada sesuatu yang cuba disampaikan melalui filem2nya……… sangat2 mengganggu Umat islam. Semenjak itu walaupun suka dengan karyanya saya taknak menonton lagi…………. Alhamdullah Allah maha berkuasa…..Ada hikmah disebalik kematiannya pada usia yang boleh dikatakan masih muda dan dimasa filem2 sangat mendapat perhatian negara dan dunia. Sebelum dia lebih mengganggu akedah umat islam dengan kelebihan yang Allah kurniakan padanya (digunakan pada tempat yang betul pada mulanya tapi akhirnya barulah diketahui arah tuju sebenarnya) dengan secara yang sangat halus tetapi sangat membimbangkan fikiran umat islam.
Siapa sangka ajalnya tiba awal dikala orang sedang leka dengan karya2nya yang dikatakan hebat dan dikagumi, Masyaallah, Memang tiada siapa yang menjangkakan…orang yang sihat walafiat tetapi tiba2……. Allah maha mengetahui….maha pengasih …..penyayang ……dan pengampun. Moga Allah mengampuni dosa2 yasmin yang dikhabarkan dari surat2khabar punyai hati yang murni dan baik. Alhamdullilah moga tiada lagi umat islam yang menghasilkan karya2 yang mengganggu umat islam sendiri. Musuh dari luar sudah banyak janganlah umat islam sendiri memusuhi agamanya sendiri……… Kita ini jahil masih mencari ilmu untuk membaiki diri tetapi janganlah kita menjahilkan orang lain dengan kejahilan kita itu………yang paling penting jangan sekali2 mempermainkan dan memperlekehkan agama…… hukum Allah itu sangatlah berat….
By: Zie on Julai 28, 2009
at 11:00 pm
Saya bersetuju dgn anda dan yg lain-lain yang sedar akan sesuatu yg tidak kena dgn hasil kerja arwah (filem-filemnya…) Saya sendiri sedar bila berpeluang menonton filem pertamanya dulu dan selepas itu seperti anda saya tidak lagi menonton kerja-kerjanya kerana pandangannya melalui filem-filemnya amat mengelirukan kita umat islam. Malang sekali ada antara org islam sendiri yang memnyokong kerja-kerja nya yang sebenarnya pada pandangan saya tidak boleh dibanggakan kerana imej islam cuba di samaratakan dan dipermudahkan sewenang-wenangnya mengikut akal fikiran manusia. Biarkan dia pergi menghadap Allah SWT dan doakan terbaik utk nya. Usah kita yang masih hidup terlalu mengagungkan hasil kerjanya yng dijulang manusia tetapi belum tentu diterima oleh NYA….yg paling penting kita patu ambil iktibar atas kematiannya buat pedoman kehidupan kita sebagai org islam.
By: dc on Julai 29, 2009
at 3:15 am
Kalau di lihat ejaan , perkataan ,bahasa dan ayat orang yang berani mengutuk orang mati yang sudah tak boleh membela diri diatas, tahulah kita betapa sakit nya jiwa mereka. Mereka terlalu berbangga dengan sifat tercela. Memanglah bahasa jiwa kita itu bukan ayat Al Quraan, tapi kalau ayat macam itu pun tak faham macamana nak faham AlQuraan. Kalau tawjuit bahasa emak bapaknya pun teruk, tak usahlah baca Al Quraan sebut perkataan alQuraan pun jangan, buat berbosa sahaja.
Nak tenguk otak orang ni bukan susah, dengar apa dicakap, apa dia tulis apa dia buat, tahulah kita bagaimana fikirannya dan apa dia makan.
Kalau tak percaya tenguklah parasrupa, gerakgeri, tingkahlaku dan budibahasanya tahulah kita apakah jenis manusianya. Cakap pasal Islam , tapi jika diperhatikan daripada perkataannya rukun ugama pun tak faham apatah lagi Islam.
Kemahiran mengumpat orang dah mati, nmencela, tidak menghormati hak orang lain ni, tak payah sekolah, kerana itu keja orang jahil.
Cerita pasal filem,tenguk filem pun mengantuk, buat filem sendiri lagi baik.
Islam ni amal dan ilmu maksudnya orang yang beramal sahaja yang berilmu, jangan ingat berfikir itu berilmu………………letih
Terima kaseh wasallam.
By: pakcikli00 on Ogos 2, 2009
at 10:51 am
rasanya adalah lebih baik saudara2 yang tak tahu nilai filem balik semula ke wikipedia untuk memahami apa itu filem dan kenapa media ini digunakan selain daripada mendapat keuntungan..
Sebab tu kesian sangat masa tengok wayang Angel&Demon, budak2 yang tak faham nilai estetika filem terus memuja2 filem ini yang terbaik sedangkan plot cerita pun tak faham..
Aduhai warga Malaysia yang masih kolot..
By: MalaysianUnited on Ogos 2, 2009
at 9:37 pm
Saudara MalaysianUnited,
FILEM YASMIN LAKUNANNYA TELAH TAMAT
Nama saudara Malaysian Unated munkin perkataan jawa (saya tidak faham.}
Panduan saudara Wikipedia (saya kurang pasti di wahyukan kepada nabi siapa)
Sepatutnya filem yang perlu saudara tontoni lakunan persembahan saudara sejak lahir sehinnga berjumpa Yasmin nanti. Kerana saudara akan dihisab. sila rujuk pada kitab wikipedia saudara.
Nanti kalau tanya Mungkar Nankir siapa imam kamu dalam kubur. jawab Wikipedia. al Ouraan tu kitab warga malaysia yang kolot.
Aduhai saudara yang bistari jangan bikin letih,
kalau tak faham juga layari blog filem saya.
Terima kaseh wasallam
By: pakcikli00 on Ogos 3, 2009
at 5:39 am
muallaf is the best film i ever watched..
By: irsyad aziz on Ogos 7, 2009
at 2:31 pm
@pakcikli00
adab mncari ilmu,
slain mggunakn al-Quran dan as-Sunnah..
kte turut dtuntut utk mncari ilmu mggunakn sumber lain spt kajian2 saintifik,teknologi & pelbagai lg..
xslh gne wiki as long as x btntgn dgn al-Quran
cari konsep adab dlm islam..
By: irsyad aziz on Ogos 9, 2009
at 12:56 am
Salam,pada sesiapa yg berautoriti untuk menghukum org mati,silakan jatuhkan hukum.hanya tuhan yg berautoriti pada mahluknya.sesiapa yg nak ambil alih bolehla isi borang.
filem itu universal dan tak berkuasa untuk memberi hidayah atau menyesatkan sesiapa.cuma yg menonton lalai atau jahil maka terpedaya lalu sesat atau jatuh syirik.
By: Tapak kaki on Ogos 9, 2009
at 1:49 am
Asalamualaikum, Tuan Tapak Kaki,
Tuan mengenali pakcik bukan, pakcik ni taklah warak sangat, tapi maseh berpegang kepada hukum hakam. Kamu tolong cari kan ayat alQuran yang mencabar sesiapa yang boleh menyaingi firman Allah dan tunjukan kepada mereka mereka ini. Bila budaya Islam dan budaya barat tak dikenali inilah tanggungnya, mereka tak faham tentang konsep taufiq dan hidayah Allah kita pula mereka persalahkan. Mereka tak tak tahu sebahagian isi kandunan Wikipedia tu kita yang tulis. jika nak tenguk bahasa kita sila layari;
Klik disini >> httppakcikli00.wordpress.com/
terima kash salam hormat.
By: pakcikli00 on Ogos 9, 2009
at 3:33 am
Mua’laikumSalam,setelah d perkenalkan barulah kenal.teman seiring jalan penuh kasih sayang.bolehlah d renungkan ayat Al Hujuraat ayat 17 sebagai iktibar bersama.andai ada salah silap saya harap tuan maafkan.
By: Tapak kaki on Ogos 9, 2009
at 2:35 pm
Salam saudara pakcik & tapak kaki,
Saya tlg. display ayat ni..
Mereka merasa telah memberi nikmat
kepadamu dengan keislaman mereka.
Katakanlah: “Janganlah kamu merasa
telah memberi nikmat kepadaku dengan
keislamanmu, sebenarnya Allah Dialah
yang melimpahkan nikmat kepadamu
dengan menunjuki kamu kepada keimanan
jika kamu adalah orang-orang yang benar”.
S49:17
By: great chief on Ogos 9, 2009
at 4:00 pm
Asalamualaikum
Anakanda Irsyad Aziz,
Sabda Nabi saw bermua ilmu itu adab, orang tidak beradap tiada berilmu. Maksud adab adalah mengadap Allah swt. Ilmu hasil daripada Alam iaitu amal yang menjadi alim, alim adalah ilmu yang mengenal Allah swt.
Pendidikan Islam amal dan Ilmu. Pendidikan hari ini berasaskan logik, sains atau kajian dari perkataan Yunani Logos (tak payah rujuk wikipedia, kerana Wikipedia siapa siapa pun bolh tulis, janji boleh bercakap).
Dalam Islam kalau nak dikaji makhluk tuhan tak cukup segala tumbuhan menjadi pena dan tujuh buah air lautan menjadi tintanya untuk menulis ciptaan tuhan inikan pula laman wikipedia. Kalau orang barat ada ilmu mereka mesti kenal tuhan dan menjadi Islam. Dalam konsep islam berfikir bukan bermakna berilmu, letih seterusnya kamu tanyailah Tapak Kaki dia kenal pakcik.
Terima kaseh salam hormat.
By: pakcikli00 on Ogos 9, 2009
at 3:55 am
waalaikumsalam pakcikli00..
maaf, sy bkn bgntung sgt pd wikipedia..
tp kte pn xboleh mnolak 100% apa yg tdpt dlm wikipedia krn ada juga apa yg dtulis adalah benar dan turut diadaptasi dari al-Quran dan as-Sunnah. Dlm konsep tsebut, saya mlihat wikipedia turut dijadikan medium @ agen sesorg untuk bdkwah..
pakcik mengatakn “kalau orang barat ada ilmu, mereka mesti kenal tuhan an menjadi Islam”..
secara amnya,hampir 70% pengkaji agama islam tdiri daripada orang-orang barat yang bfhman kristian, mereka faham konsep islam, mereka tahu islam tu adalah agama yg bnr, kajian mereka bdsrkan al-Quran dan as-Sunnah tp mgapa mereka masih tidak mmeluk islam?? tepuk dada tanyalah diri..
apa2 pn, terima ksih krn mmbls komen sy, dan sy hrp pakcik sudi untuk mnjwb krn sy mlihat pkcik sbg seorg yg brilmu..
By: irsyad aziz on Ogos 10, 2009
at 5:19 pm
asalamualaikum
test bloking
By: pakcikli00 on Ogos 10, 2009
at 9:31 pm
Asalamualaikum
Terlebih dahulu saya memohon ribuan kemaafan jika pendapat saya menyinggung banyak pihak terutama tuan punya laman blog yang terkenal ini dan laman blognya adalah saya pautkan dengan halaman dukun asmara.
Anakanda Irsyad Aziz yang dikasehi
Setiap pekara itu ada hujung pangkalnya. Pokoknya sebagai orang Islam biarlah alQuran itu menjadi pangkalnya dan wikipedia itu hujungnya untuk mencerna isi kandungan alQuran. Secara peribadi saya tidak setuju wikipedia dijadikan pangkalnya.
Bila kita membicarakan ugama islam, ugama itu ada rukunnya. Rukun agama itu terdiri daripada syariat, hakikat, tauhid dan makrifat. Sememangnyalah kita tidak boleh menafikan kebolehan orang barat daripada segi syariat. Malahan sarjana Islam kita sendiri terpaksa membuat kajian tasauf ke negeri barat dibawah selian orang kafir. Kerana dizaman Syeikh Abdul Wahab ra Busilam ketika di zaman Belanda banyak orentalis Barat menkaji tentang tasauf Islam di Indonessia. Kajian ini banyak terdapat di unversiti Laidin Belanda. Oleh itu banyak sarjana Islam mengaji dan mengkaji disana.
Mengkaji Islam bukan bermakna menganut Islam, begitu juga jika kita mengkaji Kristian tidak bermakna kita menganut Kristian. Islam itu adalah ugama yang perlu diwarisi, diwarisi daripada guru yang mewarisi agama tersebut, sebab itu ada ungkapan menyatakan belajar tanpa guru, syaitanlah yang menjadi gurunya. Ilmu mengenal tuhan adalah makrifat itulah ilmu yang hakiki. Syariat tanpa hakikat adalah hampa, hakikat tanpa syariat adalah batal. Mengenal Allah swt dengan mengenal makhluknya adalah berbeza. Untuk keterangan selanjutnya tolong bertanya kepada Tuan Tapak Kaki sahabat pakcik diatas.
Terima kaseh wasallam
By: pakcikli00 on Ogos 10, 2009
at 10:07 pm
assalamualaikum pakcikli00..
terima ksih ats pnjelasan pakcik..
By: irsyad aziz on Ogos 10, 2009
at 10:32 pm
salam,
1. Part mana ya yg dikatakan menyamakan semua agama?
2. Part mana yg dikatakan mempersendakan islam?
By: hamba Allah on Disember 7, 2011
at 2:08 pm