Posted by: pinkturtle2 | Disember 10, 2008

Mengapa Tidak Menerima Calon Yang Ditonjolkan Oleh Mursyidul Am

Siapa Calon PAS dalam PRK P36 Kuala Terengganu; Mohd Sabu atau Khazani?

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, secara peribadi masih berhasrat untuk mengekalkan Mohamad Sabu sebagai calon PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan datang.

Katanya, memandangkan Mohamad telah bertanding dalam pilihan raya umum baru-baru ini, tidak ada sebab untuk beliau dicalonkan sekali lagi, dalam pilihan raya kecil yang akan datang.

Namun, Dewan Pemuda Pas Terengganu sepakat dan begitu komited untuk mengetengahkan calon mewakili golongan muda yang juga anak tempatan bagi bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu tidak lama lagi. Ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, pihaknya kini mempunyai calon tersebut yang dilihat mempunyai kredibiliti tersendiri dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal diserahkan.

Calon tersebut ialah Prof. Dr. Mohamad Khazani Abdullah dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia

Di Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu BN berentap dengan PKR, dan kini di Kuala Terengganu giliran PAS pula. Bezanya Permatang Pauh adalah kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan senario dari awal pilihanraya kecil pada ketika itu sudah nampak memihak kepada PKR tetapi di Kuala Terengganu keadaannya lebih menarik kerana ia dikira 50-50 antara BN dan PAS.

Allahyarham Datuk Razali menang dua kali di kerusi parlimen itu setelah menewaskan Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada pilihanraya umum 2004 dengan 1,933 undi. Allahyarham dapat 30,994 undi manakala Dr Syed Azman 29,061. Pada pilihanraya umum lalu dalam pertandingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pelajaran itu dengan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan mak chik Maimun Yusof yang bertanding atas tiket bebas Allahyarham menang dengan majoriti tipis 648. Datuk Razali dapat 32,582 undi, Mohamad Sabu 31,934 manakala Maimun 685.

Proses pemilihan calon ini akan berjalan mengikut proses biasa iaitu dari peringkat percalonan dari kawasan Kuala Terengganu ke Perhubungan Negeri Terengganu dan seterusnya dipilih di peringkat pusat.

Banyak faktor perlu dipertimbangkan di dalam menetapkan pemilihan calon yang tepat untuk pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu nanti.

Menelek latarbelakang calon yang diketengahkan oleh Pemuda PAS Terengganu yang berbeza dari calon yang dihasratkan oleh Mursyidul Am PAS, nampaknya calon tersebut (Prof Dr Khazani) mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan calon-calon lain seperti Mohd Sabu dan Mustafa Ali (pesuruhjaya PAS Terengganu) yang juga namanya turut kedengaran disebut-sebut sebagai calon PRK P36 nanti.

Namun, ada banyak juga faktor yang perlu difikirkan dengan mengketengahan ahli akademis yang berpotensi dan berwibawa berkenaan.

Pertama sudahkah kita mampu untuk tidak lagi menerima calon yang ditonjolkan oleh Mursyidul Am PAS sekalipun ia adalah pilihan peribadinya. Kemungkinan ini peluang dan hasrat terakhir Mursyidul Am PAS berbuat demikian selagi hayatnya dikandung badan dan ketika masih menjadi Mursyidul Am dan tentunya pemilihannya berasaskan kepada beberapa sebab serta pengalamannya yang banyak sebagai tokoh politik yang disegani oleh kawan dan lawan.

Kedua, Prof Khazani, dengan usianya yang muda, sudahkah kita mampu untuk mengorbankan seorang yang begitu berpotensi dan berwibawa untuk mengketengahkan beliau di gelanggang politik sekalipun sumbangan beliau di dalam bidang akademik dan kejuruteraan begitu diperlukan oleh sekalian ummah (beliau ialah Tokoh Saintis Muda Negara 2001 sewaktu berusia 31 tahun).

Ketiga, oleh kerana pilihanraya ini adalah satu pilihanraya kecil, BN sepastinya akan mengerahkan segala tenaga untuk memenangi PRK ini dan mampukan kita mempertaruhkan masa depan seorang ahli akademis yang amat berharga sedangkan peluangnya lebih cerah jika bertanding di dalam pilihanraya umum dan bukan di dalam satu pilihanraya kecil.

Namun apapun keputusan yang ditetapkan oleh PAS Pusat tentunya adalah keputusan mesyuarah yang lebih baik dari pandangan-pandangan peribadi dan semuga ia mendapat limpahan keberkatan dari Allah s.w.t. jua.

Wallahu ‘alam.

Biodata (klik pada nama)
Haji Mohamad bin Sabu
Prof Dr Mohd Khazani Abdullah

http://greenboc.blogspot.com


Respon

  1. muhasabah la diri anda warga-warga PAS oooiiiiiiiittttttttttttt.. buat salah tak ingat dosa… kutuk org pandai.. Islam mazhab apa korang pegang??? . sama je dengan orang atas-atas korang tu….

  2. huk alaa dah ada calon muda yang berpotensi nak jugak kat MAt sabu tu ka??alahaiii kalo camni la PAS memang tak kemana la

  3. lebih baik prof dr. menaburkan bakti sebagai ahli akedemik sebab tak ramai orang islam yang berkebolehan begitu. nak jadi ahli politik ni bila-bila masa boleh. kalau dah berenti kerja, nak jadi ahli politik kemudian kalah pulak tak de orang pandang lepas tu. pakatan pun bukannya dapat memerintah negara lagi. berfikirlah. kerja ahli politik tak sama kerja ahli akedemik. fikirlah sendiri, jangan ikut sangat cakap orang politik.

  4. Saya dah baca biodata bakal calon Prof. Khazani dan saudara Mat Sabu dan kedua-duanya amat hebat dalam bidang masing-masing. Prof Khazani dalam bidang kejuruteraannya dan saudara Mat Sabu dalam bidang politiknya. Pencalonan untuk pilihanraya kecil K.Terengganu adalah pencalonan dalam bidang politik dan bukannya pencalonan untuk mengetuai satu badan kejuruteraan atau untuk perlantikan sebagai dekan fakulti kejuruteraan. Jadi pada saya, tiada apa lagi nak diperkatakan cuma saudara Mat Sabu sajalah calon yang patut dipilih oleh Pas.

  5. Jangan sedap sangat hendak mengaku diri sebagai HAMBA ALLAH. Seorang hamba akan patuh 100% kepada tuannya. Adakah kamu patuh kepada ALLAH 100% dengan tidak pernah membuat dosa, baik dosa besar mahupun dosa kecil. Kalau ya, syukur alhamdullilah.

  6. sewajarnya sebagai hamba ALLAH kita perlulah menuju kearah KESEJAHTERAAN yg diredhai ALLAH sesuai dgn. ucapan doa iftitah yg kita lafazkan di dlm solat harian kita.INNASOLATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHIRABBILALAMIN.
    BACA DAN AMBIL FAHAM…INSYAALLAH….
    IQRA…BACA

  7. saya amat bersetuju dgn pandangan sdr Badrol. mungkin penonjolan oleh pemuda hanya satu helah untuk menaikkan nama lain. saya berdoa semoga Allah swt melapangkan dada tg presiden supaya tidak lagi dilihat sebagai “lemah” berpolitik sehingga hanya sanggup menerima “nasihat” dari orang yang terdekat/sekeliling sahaja. utamakan “memperkasa pakatan rakyat” bukan meneruskan “muzakarah dengan sesiapa sahaja”. Islam itu indah, janganlah cemarinya dengan pelbagai kaedah hanya kerana salah nasihat…

  8. Pandangan dan sarana TGNA perlu diambil kira. Sebagai MA, sudah tentu TGNA ada muslihat dan hikmahnya berbuat demikian. Prof ni orang baru, muda dan lebih sesuai untuk calon MB. Beri peluang pada Tn Hj Mat Sabu tu . Rugi sangat kalau Prof bertanding parlimen. Tak sampai ke mana suara Prof. Sabar dulu. Tunggulah pilihanraya akan datang. Tawan Terengganu dan jadi MB. Kumpul sokongan dengan dokongan pemuda PAS. Nak menang PRK bukan mudah. Melawan duit, Jentera Kerajaan dan Undi Beli. Kalau kalah nanti, prof juga yang rugi. Buat pemuda PAS, ikutlah nasihat dan calon TGNA itu. Tak rugi bersabar. Insyaallah, piliharaya akan datang Terengganu akan jatuh ke tangan PAS. Apa pun, Prof tetap akan dikenali ramai. Bantu Tn Hj Mat Sabu menang. Ini mungkin peluang Prof. berkenalan dengan pengundi Kuala Terengganu. Di Parlimen nanti Prof (kalau menang) akan dimaki dan dihina oleh BN. Bersedialah dahulu dari segi mental dan sahsiah politik kotor Malaysia.

  9. 1. Khazani dah berenti kerja dari UPM sejak awal 2008. Sekarang dia full time dgn company dia. Dia bukan lagi ahli akademik UPM.

    2. Bukan dia yg calonkan diri sendiri, tp pemuda PAS negeri yg cadangkan.

    3. Rasanya dia tak nak jadi calon, dia pun tak terhegeh2 nak jadi calon, walaupun secara peribadi dia memang layak. Sejak nama dia naik, byk blog dah siar gambar dia, dan profile company dia, dlm belum tentu dia jadi calon akhir PRK nnt. Ini suatu yang amat tidak elok untuk company dia dalam suasana politik tidak matang umno sekarang.

    4. khazani dgn jemaah PAS sudah lama. Cuma dia byk bekerja dibelakang tabir. Ramai lihat dia sbg muka baru seolah2 baru nak belajar politik. PRU yg dulu2 dia dah lama aktif.

  10. Kebiasaannya seseorang yang mahir dalam bidang kujuruteraan, tidak mahir dalam bidang pentadbiran politik. Jadi calon sape pun boleh… asal PAS menang.

    Cuma ahli-ahli PAS diberi amaran supaya yakinkemenangan adalah dengan IZIN Allah swt. Jangan yankin dengan dengan benda yang nampak aje.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: