Posted by: pinkturtle2 | Disember 10, 2008

SPR Beri Amaran Jangan Naikkan Bendera Sekarang

Saya ingin tegaskan bahawa tindakan ini (menaikkan bendera politik) salah kerana dianggap berkempen di luar batasan undang-undang

Saya ingin tegaskan bahawa tindakan ini (menaikkan bendera politik) salah kerana dianggap berkempen di luar batasan undang-undang - Datuk Wan Ahmad Wan Omar

SPR Beri Amaran Kepada Parti Politik Jangan Naikkan Bandera

KUALA TERENGGANU, 10 Dis (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada parti-parti politik supaya tidak menaikkan bendera masing-masing sekarang kerana tempoh berkempen untuk pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu belum berkuatkuasa.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya menerima aduan terdapat parti-parti politik yang berbuat demikian di tempat-tempat tertentu di negeri ini.

Beliau berkata tempoh berkempen hanya bermula selepas proses penamaan calon pilihan raya tersebut pada 6 Jan depan.

“Saya ingin tegaskan bahawa tindakan ini (menaikkan bendera politik) salah kerana dianggap berkempen di luar batasan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan pegawai-pegawai polis Terengganu di sini.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong berikutan kematian mengejut penyandangnya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki di Genting Highlands pada 28 Nov lepas.

Wan Ahmad berkata SPR juga menetapkan bahawa Dewan Tunku Abdul Rahman dan Stadium Negeri, masing-masing akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan undi pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata keputusan pilihan raya kecil akan diumumkan di Stadium Negeri, pada malam hari mengundi 17 Jan depan.

Pada pilihan raya umum lepas, Razali berjaya mengekalkan kerusi berkenaan apabila menewaskan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.

Razali memperoleh 32,562 undi berbanding Mohamad Sabu (31,934 undi) manakala calon Bebas, Maimun Yusof, 89, mendapat 685 undi.

http://www.bernama.com.my


Responses

  1. kita dah masuk 52 tahun mardeka asyik buang masa buang tenaga buang pitis saje. faedahnya hampir tiada langsung. rugi rugi rugi. malangnya nasib rakyat malaysia.

  2. PAS tak payah buat bendera banyak-banyaklah. Kalau dah semua orang kenal calon, wat apa nak membazir. Baik bagi risalah aje. Lebih manfaat. Semua dah pandai membaca. Poster ni dulu nak tunjuk cara mengundi pada orang yang buta huruf zaman dulu. Sekarang buta huruf dah kurang. Buta hati yang ramai. Kalau lawan poster ngan BN, mesti tewas. BN banyak wang.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: