Posted by: pinkturtle2 | Disember 10, 2008

Niat Saya Membuat Filem “muallaf” – Yasmin

sebelum ini, saya memang jarang sekali mempertahankan niat saya di mana-mana blog yang sering mengkritik filem saya. saya biarkan mereka dengan semangat mereka yang berkobar-kobar untuk mengutuk saya dan filem saya - Yasmin Ahmad

sebelum ini, saya memang jarang sekali mempertahankan niat saya di mana-mana blog yang sering mengkritik filem saya. saya biarkan mereka dengan semangat mereka yang berkobar-kobar untuk mengutuk saya dan filem saya - Yasmin Ahmad

Sama seperti itu maksud kumbang Yasmin.. niat kita baik...tetapi dalam melaksanakannya. Kadang-kadang kita tersentuh perkara yang memberi kesan ke atas diri kita dan matlamat kita, dalam konteks ini isu-isu sensitiviti agama - Kumbang

Sama seperti itu maksud kumbang Yasmin.. niat kita baik...tetapi dalam melaksanakannya. Kadang-kadang kita tersentuh perkara yang memberi kesan ke atas diri kita dan matlamat kita, dalam konteks ini isu-isu sensitiviti agama - Kumbang

Tujuan Buat Filem Maallaf :Jawapan Yasmin Kepada Saudara Kumbang

Salam, saudara kumbang

melihatkan yang saudara belum lagi menonton filem muallaf, tidak salah kalau saya nyatakan di sini yang ulasan encik kumbang hanya berdasarkan rebiu akhbar utusan, dan bukan filem saya.

kalau ada masa, sila baca posting saya yang bertajuk “muallaf and the mystery of rohana’s numbers” di blog saya — yasminthefilmmaker.blogspot.com

mungkin dengan membaca posting tersebut, encik kumbang boleh faham dengan lebih mendalam niat saya membuat filem “muallaf”. inshaallah.

sebelum ini, saya memang jarang sekali mempertahankan niat saya di mana-mana blog yang sering mengkritik filem saya. saya biarkan mereka dengan semangat mereka yang berkobar-kobar untuk mengutuk saya dan filem saya. ini adalah sebab saya rasa yang niat mereka bukan untuk membetul tapi untuk menghakim. the reason i bothered to make comments on your blog was because i felt you were genuinely interested to know, and not to play god like the others.

terima kasih kerana sudi berbincang tentang filem saya dengan cara yang jujur dan aman.

“Invite (all) to the way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching; and argue with them in ways that are best and most gracious: for thy Lord knoweth best who have strayed from His Path, and who receive guidance. “- Surah 16, verse 125 of the Holy Qur’an.

Jawapan Balik Saudara Kumbang

salam Yasmin dan salam sejahtera Joshua..

Yasmin,
Analisis ini bukan hanya berdasarkan ulasan Utusan Malaysia…tetapi berdasarkan pemerhatian Kumbang terhadap filem-filem Yasmin yang antaranya ada kumbang minati. Memang benar kumbang tidak menonton lagi Muallaf kerana kumbang insan kecil yang tak mungkin dapat pas menonton filem ini di seberang tambak. Tapi, kumbang akan tonton kerana filem Yasmin menjanjikan pemikiran yang berat tidak seperti filem-filem picisan.

Apa-apa pun, pertikaian di sini ialah bagaimana isu agama di sentuh atau tersentuh oleh Yasmin. Contohnya, kumbang ingin ke masjid dan perlu cepat sampai kerana mengejar solat berjamaah. Tetapi dalam perjalanan kumbang tersentuh anjing yang dalam keadaan basah. Disebabkan itu Kumbang terpaksa balik dan membersihkan diri dan tertinggal solat berjamaah di masjid.

Sama seperti itu maksud kumbang Yasmin.. niat kita baik…tetapi dalam melaksanakannya. Kadang-kadang kita tersentuh perkara yang memberi kesan ke atas diri kita dan matlamat kita, dalam konteks ini isu-isu sensitiviti agama.

Kritikan ini perlu untuk memastikan pengarah yang berbakat seperti Yasmin terus kekal dalam industri. Sayang jika Yasmin diban kerana perkara-perkara ini.

Untuk Joshua..

Memang filem ini mesra untuk bukan muslim…tetapi adakah ia mesra Muslim secara keseluruhannya?

……

untuk Yasmin,

Pertama, kumbang bukan daripada afrika…

Kedua, mungkin benar niat Yasmin baik, tetapi jika sensitiviti telah tersentuh. Antara tidak ia memberi kesan kepada niat suci Yasmin.

ketiga, harap jangan Yasmin ambil hati, ini semua kritikan yang membina bukan menghancurkan.

Untuk Joshua..
Memang tuhan akan menentukan kebenarannya..habis..manusia nak duduk diam?

http://analisisringan.blogspot.com

http://yasminthefilmmaker.blogspot.com

Filem terbaru Yasmin selepas ini Talentime


Responses

  1. assm,

    Saya terbaca komen saudara kumbang,berkenaan filem – filem yasmin hamid, memang saya tidak dapat nafikan cara yasmin menjawab soalan agak tidak keterlaluan jika di katakan beliau sorang yang bijak serta boleh menarik sokongan orang ramai dan beliau juaga sorang yang telah membaca semua terjemahan Al-quran tetapi tidak membaca hadis sahih keseluruhannya, contohnya dia tahu yang jika pegang anjing basah tiada dalam al quran dan hadis sahih yang menyuruh kita samak jika terpegangnya hanya air liur anjing sahaja , sila refer quran dan hadith sahih( pendapat perlu samak hanya berdasarkan kias dengan reference quran dan hadith oleh ulama ), dalam cerita muallaf dia quote surah di mana kita di benarkan melarikan diri jika di tindas tetapi beliau lupa atau tidak baca hadis yang melarang perempuan berjalan sorang tanpa di temani muhrim atau suami tidak debenarkan atau pun dia sengaja mengeluarkan mesej yang mengatakan orang islam melayu tidak mementingkan masyarakat dan tidak menolong sesama muslim melayu, perkara positif ialah ia memperingatkan kita tentang ugama sebagai panduan dan bukan adat, yang negatif ialah ia boleh menyebabkan orang tersasar dan menganggap beliau pelopor islam moden dan sebagai role model serta mengikut/menyokong beliau, walhal dalam surah al – maidah di sebut telah sempurna ugama islam, so tiada penambahan atau pengurangan dalam islam, pada hemat saya filem beliau sesuai di tonton oleh orang yang telah baca quran dan hadis dan tidak sesuai di tonton oleh orang yang tidak baca quran dan hadis. So saudari yasmin saya memohon agar filem saudari patut di buat untuk keadaan penonton sekarang yang tidak baca terjemahan quran dan hadis dan perlu di gubal jika nak buat jugak atau jika boleh jangan buat langsung dan cari kerja lain, sila baca pandangan imam shafie tentang pelakon dan penyanyi di sisi islam, janganlah di polemikkan bahawa industri filem negara tak maju sedangkan dalam contoh negara islam yang maju dahulu kala dan sekarang pementasan ( pelakon dan penyanyi ) is not an industry rather………………

  2. salam teman semua…
    minta tolong klik link dibawah….
    dari klik tersebut dapat gak saya 10 sen…
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
    tolong yer… terima kasih


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: