Posted by: pinkturtle2 | Disember 10, 2008

Ketua Muslimat PAS Sokong Calon Cadangan Peribadi Mursyidul Am

Banyak kerusi DUN dan Parlimen yang meletakkan calon tempatan pun kalah,

Banyak kerusi DUN dan Parlimen yang meletakkan calon tempatan pun kalah,Sebenarnya kelebihan Mohamad Sabu terbukti bukan sahaja petah berbahas tetapi dapat mematahkan hujah pihak lawan (BN) ketika menjadi Ahli Parlimen dahulu.sayang jika pihak PAS tidak mengambil kesempatan ini untuk menaikan imej PAS dengan ketrampilan yang ada pada Mohamad Sabu - ustazah Nuridah

PAS Rugi Mengenepikan Mohamad Sabu

LUMPUR, 10 Dis (Hrkh) – Ketua dan Timbalan Muslimat PAS Pusat menyokong cadangan peribadi Mursyidul Am PAS yang mahu Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dikekalkan menjadi calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Ketuanya, ustazah Nuridah Mohd Salleh berharap pihak PAS harus mengekalkan calon lama (Mohamad Sabu) kerana pilihan raya umum baru saja berlangsung dan tidak salah jika pihak PAS meneruskan calon tersebut.

Menurut beliau, jika pihak PAS mahu mengatakan kekalahan yang berlaku di Parlimen Kuala Terengganu itu disebabkan calon orang luar, amat tidak adil kerana Parlimen di Terengganu hanya menang satu kerusi saja iaitu di Marang.

“Banyak kerusi DUN dan Parlimen yang meletakkan calon tempatan pun kalah,” luahnya ketika di temui di lokasi runtuhan tanah Bukit Antarabangsa.

Sebenarnya kelebihan Mohamad Sabu terbukti bukan sahaja petah berbahas tetapi dapat mematahkan hujah pihak lawan (BN) ketika menjadi Ahli Parlimen dahulu, tegas Nuridah.

Beliau meluahkan, sayang jika pihak PAS tidak mengambil kesempatan ini untuk menaikan imej PAS dengan ketrampilan yang ada pada Mohamad Sabu.

Pandangan Nuridah itu disokong oleh Wan Hasrina Wan Hassan yang menegaskan Mohamad Sabu sudah lama berjuang dalam PAS dan mengakui bekas tahanan ISA itu mempunyai kehebatan tersendiri.

Katanya, jarang ditemui pimpinan PAS mempunyai keistemewaan seperti Mohamad Sabu kerana ketika menjadi Ahli Parlimen kebolehan atau keistemewaan beliau turut diakui oleh wakil rakyat BN.

Beliau yakin Mohamad tidak akan merajuk jika tidak terpilih menjadi calon dalam pilihan raya kecil nanti sebab beliau merupakan seorang pemimpin PAS yang berjiwa besar, bersemangat jihad yang tinggi dan betul-betul ikhlas dalam perjuangan.

Sebagai contoh katanya ustaz Hassan Syukri walaupun pernah menjadi Timbalan Presiden PAS dan sekarang tidak mempunyai apa-apa jawatan sekadar ahli Majlis Syura Ulama tetapi beliau tetap terus memberi sumbangan dalam parti.

“Kita pasti rugi jika mengenepikan orang veteran daripada sudut perjuangan kerana tenaga pimpinan seperti ini masih amat berguna,” tegasnya.

Menurut beliau Mohamad Sabu mempunyai pengalaman yang banyak dalam perjuangan sejak PAS tidak menang kemudian menang dan ketika menang beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan tetapi perjuangannya tetap utuh dalam PAS.

Sikap ramah dan kemampuan yang ada pada beliau serta kehebatannya menarik pengaruh orang terutama ketika berceramah tidak dimiliki oleh mana- mana pimpinan PAS, katanya.

“Beliau boleh mengupas isu dalam bentuk yang mudah bahasa yang diucapkan mudah difahami oleh orang kampung begitu juga golongan intelektual dan beliau boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana golongan,” luah Hasrina.

Tambah beliau, Mohamad Sabu merupakan pimpinan yang boleh dibawa ke tengah, ke atas, ke tepi, ke bawah dan PAS akan kerugian besar jika mengenepikan pimpinan seperti beliau.

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. Saya menyokong penuh cadangan TGNA dan pandangan Ketua Muslimat PAS bahawa Mohamad Sabu sangat layak menjadi calon atas kapasitinya yang lantang dan berani. Beliau sudah lama berjuang dan telah teruji serta diakui kehebatan kepimpinannya dan sangat berpengalaman berdebat di parlimen. Parlimen pasti bertambah gegar dan boleh menyaingi samseng-samseng UMNO Mohamad Aziz, Bong Mokhtar dan Six millions dolar man (Tajudin). Anggapan pengundi Terengganu mengutamakan calon anak tempatan hanya sangkaan sahaja.Pengundi Terengganu sudah matang seperti Kelantan juga.

  2. Sokonglah calon cadangan TGNA. Calon tempatan belum tentu akan menang. Sabarlah dulu Dewan Pemuda PAS. Jangan membazirkan calon MB Terengganu tahun 2012 yakni Prof. Kerja kuat dari sekarang untuk MB 2012 . Barulah Dewan Pemuda PAS ada wawasan dan strategis. Datuk , Ayah dan Emak dah setuju dan restui dengan Tn Hj Mat Sabu. Tentu berkat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: