
- Mereka turut kesal dengan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Dato’ Seri Khaled Nordin yang berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Plentong Tengah namun janji hanya tinggal janji mereka akhirnya diusir dari tanah sendiri.
- Mereka turut kesal dengan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Dato’ Seri Khaled Nordin yang berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Plentong Tengah namun janji hanya tinggal janji mereka akhirnya diusir dari tanah sendiri.
Nasib malang terus menimpa penduduk Kg Plentong Tengah
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Hrkh) – Nasib malang yang menimpa penduduk Kampung Plentong Tengah, Johor Bahru berterusan apabila seramai 290 keluarga bakal kehilangan tempat tinggal pada 18 Disember ini.
Pada tarikh tersebut, syarikat pemaju Bukit Lenang Development Sdn Bhd akan merobohkan rumah penduduk tersebut bila kesemua mereka enggan menandatangani aku janji dengan syarikat terbabit.
Hari ini, Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Plentong menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi meminta bantuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
Dalam aduannya hari ini, wakil penduduk tersebut turut melahirkan rasa kesal bila rumah baru dan penempatan transit yang dijanjikan kepada mereka masih belum siap hingga kini.
Sebelum ini, kerajaan negeri Johor berjanji akan menyediakan penempatan baru di Bukit Dagang sebagai ganti kepada tanah mereka yang telah diambil untuk projek pembangunan Iskandar yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Mereka turut kesal dengan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Dato’ Seri Khaled Nordin yang berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Plentong Tengah namun janji hanya tinggal janji mereka akhirnya diusir dari tanah sendiri.
Sehubungan itu, pada 18 dan 19 Disember ini wakil Suhakam akan berada di kampung tersebut dan melawat tapak penempatan semula yang telah dijanjikan oleh Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman.
Menurut surat peguam syarikat pemaju itu, perobohan pada pagi Khamis depan tidak melibatkan 120 penduduk yang telah menerima aku janji di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 29 Oktober lalu.
padan muka orang johor. tu la pasal kalau totok amno. dulu, kini, selamanya dibodohkan…! bodoh!
By: tumiran hj kasbi on Disember 11, 2008
at 11:03 pm
sabarr wak tumiran…mudah-mudahan dgn peristiwa ini akan membuka mata dan minda org2 plentong khususnya dan rakyat johor umumnya bahawa UMNO memang tak boleh harap walaupun UMNO Johor adalah yang terkuat di dunia..TQ
By: abgBro on Disember 12, 2008
at 1:15 am
mudah-mudahan org2 plentong mdapat pelajaran dan ksedaran dengan musibah yg mnimpa mereka dan kita percaya mereka tidak lagi dapat dbeli atau
pun di sogok dengan nilai mata wang bila menjelang nya pilihan raya yg tak lama lagi akan muncul… harap2 mereka tahu lah memilih sapa spatut dpilih..
jgn di bodoh2 kan lagi oleh momok umno yg tahu bjanji tapi habuk pun tak ada kenyataan…..
By: saja-saja on Disember 12, 2008
at 8:48 am
wak tumiran jgnlah cepat melatah… kalau org2 ni penyokong umno dah tentu apa yg mrk mintak boleh dpt…
tp kalau sokongan kpd umno sikit atau tak kuat, cepat je kg mrk kena tarah dan kena ratah… bnyk sgt contoh, bukan sj di johor tp seluruh negara.
sebarkan la berita2 camni spy semua rakyat tahu betapa busuk dan zalimnya kerajaan bn/umno membeza2kan rakyat sendiri… walaupun semua mrk membayar cukai yg sama utk membiayai kerajaan yg memerintah.
By: MatKreko on Disember 12, 2008
at 10:30 am
johor bakal menjadi another selangor.
By: kay on Disember 12, 2008
at 10:59 am
Kalau dah janji orang politik memang tak boleh pakai. Allahyarham Tun Razak sendiri cakap macam tu. Kenapalah korang Kg Plentong bengap sangat. Dah kena kelentong. Minta tolong dengan manusia ni jadi macam kisah Nabi Yusuf. Minta tolong dengan Allah barulah betul. DS Khalid tu dapat keuntungan. Apa bikin nak fikir dengan janji sama penduduk Plentong? Oleh itu , undilah PR masa yang akan datang.
By: lee lepi on Disember 12, 2008
at 10:15 pm
yang aku heran tv 3 tak ada pun siar pasal ni.Tak tau la…kot -kot aku yang terlepas.
By: cakcilut on Disember 13, 2008
at 9:26 am
pegi mampuslah ngan TV3suku tu…lepasni start hari penamaan calon KT sampai hari mengundi…umno akan jadi sebuah parti yg maksum,tak de cacat celanya..itu lah TV3..nak pulak CEOnya si Farid tu org ganu ..
By: ApaLaKoNi on Disember 13, 2008
at 9:46 am