Posted by: pinkturtle2 | Disember 12, 2008

Video Lingam: Permohonan batal hasil siasatan tidak dibenarkan

lingam_video_new

Video Lingam: Permohonan batal hasil siasatan tidak dibenarkan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa- Kuasa Khas) tidak membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan hasil laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan rakaman klip video V. K. Lingam.

Keputusan itu diumumkan oleh Hakim Datuk Abdul Kadir Musa.

Beliau selesai mendengar hujahan-hujahan bantahan awal pada 28 Oktober lalu.

Abdul Kadir bersetuju dengan bantahan awal oleh Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi, yang mewakili suruhanjaya itu, bahawa keputusan suruhanjaya itu tidak boleh dikaji semula kerana ia bukannya satu keputusan yang tertakluk kepada Arahan 53 Peraturan 2(4) Peraturanperaturan Mahkamah Tinggi.

Panel lima anggota suruhanjaya itu mendapati klip video yang menunjukkan seorang peguam, Datuk V.K.Lingam, sedang bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu terdiri daripada Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan seorang lagi bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin, kerana salah laku.

Kecuali Dr. Mahathir, yang lain telah mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan bagi membatalkan keputusan suruhanjaya itu.

Peguam Kanan Persekutuan, Azizah Nawawi yang mewakili suruhanjaya itu sebagai responden membantah permohonan individu-individu terlibat yang ingin mendapat kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan sebahagian atau keseluruhan hasil laporan tersebut.

Mereka menamakan suruhanjaya tersebut yang terdiri daripada Tan Sri Haidar Mohamed Noor, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, Datuk Mahadev Shankar, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim sebagai responden.

Kabinet pada 16 Mei lalu memutuskan mendedahkan kepada umum isi kandungan laporan suruhanjaya itu yang mengesahkan rakaman perbualan telefon dalam klip video itu dibuat antara Lingam dan Ahmad Fairuz dan isi kandungan perbualan itu adalah benar.

http://www1.mstar.com.my


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: