Posted by: pinkturtle2 | Disember 12, 2008

Nazri:”Kalau kita ni nyamuk, jangan nak mengugut gajah”

Jadi saya nak tanya PPP,apa tunggu lagi? Keluarlah... jangan nak mengugut.

Jadi saya nak tanya PPP,apa tunggu lagi? Keluarlah... jangan nak mengugut.Kalau kita ni nyamuk, jangan nak mengugut gajah. Jadi jangan cakap banyak, keluar sahaja,Kehadiran mereka dalam BN menyusahkan kita. Jadi peminta sedekah, jangan nak mengugut - Nazri Aziz

PPP diberi amaran jangan ugut, biar keluar BN

Nazri: “Jadi peminta sedekah, jangan nak mengugut,”

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Rakyat (PPP) sekali lagi diberi amaran supaya tidak mengugut Barisan Nasional (BN) dengan menyatakan parti itu akan keluar dari BN jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda sebelum pilihan raya umum akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri baru-baru ini sekali menegaskan bahawa ISA tidak akan dipinda atau dimansuhkan.

“Ini bermakna sama ada hari ini atau sebelum pilihan raya akan datang, kita tidak akan pinda.

“Jadi saya nak tanya PPP,apa tunggu lagi? Keluarlah… jangan nak mengugut.

“Kalau kita ni nyamuk, jangan nak mengugut gajah. Jadi jangan cakap banyak, keluar sahaja,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Nazri berkata, kehadiran PPP dalam BN tidak menguntungkan memandangkan parti itu kalah satu kerusi yang diperuntukkan kepada mereka di Perak pada pilihan raya umum lalu.

“Kehadiran mereka dalam BN menyusahkan kita. Umno terpaksa mengorbankan satu kerusi untuk mereka iaitu di Bukit Gantang untuk memberi peluang PPP bertanding di Taiping.

“Baru ni kita buat lagi, mereka kalah kerusi. Jadi, apa untungnya kehadiran mereka dalam BN kerana mereka hadir atas simpati kita saja.

“Jadi peminta sedekah, jangan nak mengugut,” katanya.

Nazri berkata, jika parti itu tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang ada dalam BN, parti itu harus keluar segera kerana hubungan antara parti komponen dalam BN memerlukan persefahaman.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ugutan yang dilakukan oleh PPP tidak harus berulang kerana sebarang ketidakpuasan hati seharusnya disuarakan secara tertutup.

“Kalau tidak bersetuju, kita suarakan dalam mesyuarat pengurusan BN atau Majlis Tertinggi.

“Jangan terus melaporkan kepada media. Ini tidak boleh menyelesaikan isu,” katanya.

PPP semalam memutuskan untuk mahu terus kekal dalam BN buat masa sekarang dengan syarat tuntutan meminda ISA dipinda.

Sebelum ini, pendirian yang sama turut dinyatakan Pengerusi PPP, Datuk M Kayveas ketika persidangan Wanita dan Pemuda parti tersebut minggu lalu.

http://www1.mstar.com.my

Ulasan Notoumno

Seperti logo PPP … kelihatan Berbintang bintang kepala Kayveas bila di selar sebagai Pengemis oleh Nazri.

Aku tak dapat bayang kan kalau sebuah dari Parti Komponen Barisan Nasional di gelar sebagai Pengemis. Baru baru ni Menteri Botak yang tak beradab di dalam Malaysia dah selar parti ni kerana mengugut BN untuk keluar sekiranya ISA tidak di rombak. Mamat Botak ni memang jelas mangkuk ayun nya. Kuasa di tangannya membuatkan Parlimen sendiri pun jatuh bodoh dan tak bertelur untuk ambil sebarang tindakan.

PPP perlu sedar, dengan ISA maka BN dapat menjadi kerajaan untuk setengah abad. Dengan ISA juga BN mampu mengugut parti lawan untuk sentiasa menang. Tanpa ISA, BN dah lama hancur, tanpa ISA, BN dah lama hilang jantan. Kalau hendak kekal kelihatan jantan, UMNO dan BN perlu ada ISA. Kerana itu lah maka, sebut saja ISA .. BN melenting. Sebut saja ISA … UMNO sanggup berperang.

Ketika kutukan Pengemis di buat baru baru ni oleh Menteri Berkenaan, PPP hanya mampu merayu dan berkata Don’t calls us beggars, PPP tells Nazri.

Dan kalau lah PPP mempunyai maruah diri dan pengikutnya, tak kan sanggup duduk goyang telur tadah telinga. Bila di kutuk mulut tertutup, muka merah padam. Jadi bahan ketawa kalangan komponen lain sampai kiamat.

Kalau pun PPP tidak mahu menyertai Pakatan Rakyat, cukup sekadar sebuah parti yang bebas dan tidak terikat dengan mana mana parti yang besar. Jadi seperti Zaib Ibrahim. Tapi masih adakah maruah PPP untuk bersama Barisan Nasional sehinggakan jolokan ini akan kekal menjadi mainan mulut UMNO dari saat tersebut sehingga ke akhir Hayat. PPP bakal mati beragan di dalam BN sebagai JALUT yang gaji tak seberapa, kuasa tak kemana. BN suruh lompat, PPP pun lompat, BN suruh cangkung, PPP pun cangkung. Wakakakak …

PPP perlu sedar bahawa mereka itu tidak sepenting parti parti lain. Kurang ahli dan melukut di tepi gantang. Walaupun sokongan ahli ahli mereka sekurang kurangnya memberikan kemenangan pada BN, tapi PPP perlu sedar bahawa perlunya hanya pada ketika ketika tertentu. Setakat melalut lalut dan gantung sepanduk. ADa ketika nya pula, BN pandang pun tak mau.

Sekarang PPP bagai gantung tak bertali. Jasanya tak di lihat, bantunya tidak di ingat.

Kalau lah aku … Dah lama tinggalkan BN, kecuali lah mereka masih ada sisa sisa kontrak dan tender yang belum tamat tempoh atau masih mahu makan di suap dan minum di tuang. PPP keliru antara maruah dan cari makan.

Ishkkkk … oiiiiii PPP jangan buat lawak la.
Kalau JANTAN katakan JANTAN. Kalau bukan, kata kan ” I tak relaaa yuuuuuu. Awwwwww !!!”


Responses

  1. keluar la PPP bodoh punya ane

  2. umno ni takut dengan mic & mca je dengan ppp berani la kahkahkah kesian kaveas pok lah tak pandang punnn

  3. Kata-kata Nasri tu sombong, angkuh dan tidak berbudi bahasa. Itulah ciri-cri kesombongan UMNO yang menyebabkan parti itu diajar oleh rakyat dalam PRU 12 lepas.

  4. alamak ppp dah jatuh la maruah ko…
    (tu pun kalau ada maruah la)

    nyamuk je taraf ko dlm bn… ko tau maksud dia kan? penyibuk, pembawa penyakit, menyusahkan je, ada pun takde guna, takde lagi senang…

    so ape guna lagi ko ada dlm bn kalau dah dilabel camtu?

  5. ANGKUH,SOMBONG,BIADAP,TULI,BENGAP,BANGANG,IQ KURANG,SONGLAP,SWINDLE,LULUS PROJEK TANAH TINGGI,TAKBUR..APA LAGI???CAKAP JE…ITU LA AMANO@BEE N …

  6. dalam komponen BN ada banyak lagi parti nyamuk dan pengemis,,,
    tak kan nak tunggu sampai kena halau kuttt,,
    apa tunggu lagi..

  7. Ok PPP, jangan keluar dari BN…..Umno dah panggil kau nyamok…..so…gunakan keNYAMOKkan kau orang tu untuk bawa penyakit pada umno…kau bawaklah malaria ke, denggi ke, chikungyuna ke…..biar kasi itu umno hancur….kahkahkah

  8. PARIAAAA PUNYA PARTI

    hahahahahahaha….

  9. DGN PPP BERANI LAH CUBA DGN MCA ,MIC PBS @ TOKEY TEKSI

  10. kalau harga diri @ maruah dah hilang….bacul namanya

  11. aku rasalah pilihanraya yang akan datang UMNO semua kalah

  12. nyamok pun nyamok lah. apa besar sangatkah gajah tu. Mari semua nyamok kasi kerutup sama iru gajah. 1 gajah sejuta nyamok amacam…

  13. Kekadang apa nazri kata pun ada betulnya….kalau kita tak kuat jangan tunjuk berani…ikut sajalah. PPP ni dah kasi satu kerusi dan kalah pulak tu, bak kata Yap Ah Loy…sutak kasi jali mau peha..kasi peha dia mau..itu celah peha..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: