Posted by: pinkturtle2 | Disember 12, 2008

Bolasepak negara macam itik patah pinggang

Aku cadangkan KIVlah dulu pasukan bolasepak NEGARAKU dari bermain dimana-mana. Memalukan NEGARAKU saja.
Aku cadangkan KIVlah dulu pasukan bolasepak NEGARAKU dari bermain dimana-mana. Memalukan NEGARAKU saja.melihat prestasi para pemain. Akupun hairan macamana pemilihan pemain dibuat. Betullah macam budak sekolah atau mungkin budak sekolah lagi baik daripada mereka.

Bolasepak negara macam itik patah pinggang

MENGECEWAKAN. Itulah keluhan yang keluar dari dada orang kampungku yang menonton perlawanan bolasepak Piala Suzuki AFF antara NEGARAKU dengan Thailand.

Ini adalah keluhan yang kedua selepas 2 hari lepas mereka setia dengan keluhannya apabila NEGARAKU kalah kepada Vietnam angkara penjaga gol berlagak macam “budak sekolah”.

Kesian mereka, orang-orang kampungku. Aku sendiripun turut menumpang mengeluh sama. Cukup mengecewakan. Bukan sahaja kerana meneguk kekalahan akan tetapi juga melihat prestasi para pemain. Akupun hairan macamana pemilihan pemain dibuat. Betullah macam budak sekolah atau mungkin budak sekolah lagi baik daripada mereka.

Kelemahan cukup ketara bila  membuat hantaran bola kepada rakan. Cukup lemah macam itik patah pinggang. Bola tak sampai tepat adalah antaranya. Boleh dikatakan 70% bola dikaki disambar mudah oleh lawan. Skill lintang pukang. Cara membuat serangan macam tiada perancangan langsung, main pakai tembak je.Penyudahnya, berakhir dengan kecewa.

Entah apa kena dengan pasukan NEGARAKU. Macam Universiti juga prestasi rankingnya, merudummmm…. Boleh jadi macam Corruption Perception Index (CPI) negara yang juga gah dengan tingginya.

Apapun aku bangga kerana pasukan bolasepak NEGARAKU mampu mengutip kad kuning yang banyak. Foul tak payah ceritalah, berguni-guni. Lagi satu aku punya bangga, fesyen rambut yang menarik macam artis.. baguslah nak melawa dalam padang.

Aku cadangkan KIVlah dulu pasukan bolasepak NEGARAKU dari bermain dimana-mana. Memalukan NEGARAKU saja. Pastikan dahulu taji tajam, lari macam kuda, licik macam belut, pintar macam kancil, berani macam harimau, tegap macam badang dan beresamkan padi-tunduk bila berisi dan bersih dari sikap bertelur sebiji riuh sekampung. Kita bukan jaguhan kampung lagi!

Orang kampungku rindu sekali melihat kelibat Mokhtar Dahari, Hassan Sani, Zainal Abidin, Azman Adnan dan berpuluh-puluh lagenda bolasepak negara. Jangan sampai mereka “tungging punggung” kepada pasukan bolasepak NEGARAKU.

Ingatlah Khairy, nasib bola yang disepak. Dari 22 orang yang berada di dalam padang hanya 2 orang sahaja yang akan memeluk bola. 20 orang lagi kerja mereka menendang dan menanduk. Berhati-hatilah kadang kala kawanpun boleh rembat gol sendiri.

Apapun aku rasa rakyat NEGARAKU cukup hampa dan kecewa dengan prestasi pemain bolasepak MALAYSIA.

http://manjanik.wordpress.com

Kalah lagi Malaysia… KJ sila jawab!

Gambar: Sila jawab Encik KJ, kalah lagi ni..duit,masa dan tenaga dah banyak habis. Anda kan lulusan Oxford. Sila jawab dan bagi kami semua faham. Penat Kumbang tunggu. Bilalah nak menang?

Kita tersingkir secara rasmi sebentar tadi di kejohanan Piala  Suzuki AFF. Dengan jumlah jaringan 3-0 ,Malaysia kecundang dengan Thailand. Harapan rakyat Malaysia untuk melihat negara mencapai kemenangan akhirnya terkubur.

Pertikaiannya, di saat rakyat Malaysia sendiri lebih gemar menyokong pasukan Liga Perdana Inggeris. Pasukan Malaysia senantiasa kalah, walaupun persembahan sudah semakin mantap. Ke mana sahaja pasukan negara sudah dihantar? Hasilnya, tidak nampak. Yang nampak sekarang, mungkin jalan keluar buat B. Sathianathan dari kem pasukan kebangsaan. Situasi ini antara tidak menyebabkan peminat Liga Perdana Inggeris akan bertambah di kalangan rakyat Malaysia, kerana beranggapan tiada nilai menyokong skuad kebangsaan. Ini semua salah siapa?

Siapa lagi yang perlu letak jawatan untuk bertanggungjawab? Siapa lagi yang perlu dilantik untuk kejayaan gemilang?

Skrip sama. Pecat itu, lantik ini. Hasilnya di mana?

Malas nak cerita. Esok surat khabar nak goreng apa pula?

Pendapat anda semua bagaimana?

http://analisisringan.blogspot.com


Responses

  1. perasan tak, bola sepak malaysia mula merosok, menjunam dan hancur dizaman kepemimpinan siapa? siapa yg jadi presiden FAM….

    bermula dengan gejala rasuah dlm bola sepak di zaman siapa? siapa yg jadi kepala atau bapak perasuah bola sepak?

    lu fikirla sendiri……

    klu di jepun agaknya dah bepuluh kali bunuh diri kerana menjaga maruah.. tapi dimalaysia dah berpuluh kali mempertahankan diri ‘kenapa saya patut lagi memegang jawatan ini”

    moral kepimpinan di malaysia sangat hodoh dan hina. langsung tak ada rasa malu atas kelemahan yg ada. klu di negara luar mereka akan berkata ‘ saya meletakkan jawatan kerana rasa bertanggungjawab atas kekalahan dan keburukan yg berlaku, beri peluang org lain’ tapi di malaysia lain pula dialognya, ‘ saya tak akan letak jawatan kerana bertanggungjawab utk memulihkan kembali maruah bola sepak negara’

    kelaka, ingat jawatan ini maka bapak dia yg punya…..

  2. Tak boleh dinafikan faktor utama kegagalan bola sepak negara adalah Pengurusan.

    Pengurusan yang bagaimana?

    1.Tidak konsisten
    lihat pasukan Pahang,Selangor,Perak dan Perlis yang tidak konsisten dalam liga Malaysia kerana kelemahan pengurusan, hal ini terpalit sama ke skuad kebangsaan.Mereka menang Pesta Bola Merdeka tahun lepas dan tiada kemenangan selepas itu.

    2.Mungkin Campur tangan pengurusan terhadap pemilihan pemain.
    Hal ini walau tak dapat Kumbang buktikan dengan bukti sahih, tapi cakap-cakap ini telah tersebar di kalangan peminat dan pemerhati bola sepak tanah air. Kesannya,jika ada campur tangan. Bagaimana seseorang jurulatih itu dapat membina pasukan?

    3.Campur tangan ahli politik dalam bola sepak..
    Ada baik dan buruk. Yang baiknya pada ahli politik itu. Yang buruknya pada skuad kebangsaan kita.Siapa ya?

    Apa-apa pun, masa muhasabah diri sekali lagi.

    Wassalam

    P/S: Pernah dulu pergi Bukit Jalil sokong skuad Malaysia. Beranikan diri walaupun ada pergaduhan depan mata antara penyokong Indonesia dan Malaysia. Tapi tak berbaloi, Malaysia kena belasah dengan Indonesia pun depan mata sendiri juga.

  3. DUIT BANYAK HABIS…DUIT RAKYAT SIAL…BUKAN DUIT MAK BAPAK DIA….MAIN BOLA KE PEGI ENJOY.

  4. Aku dah agak dah keputusan bola sepak kita.
    Dalam Liga Malaysia pengulas sukan kita buat ulasan semua kelentong.

    Peringkat antarabangsa sekadar cari pelangaman untuk mendedahkan keaiban.

  5. Aiya kalo ini macam Lebih bagut buka itu kandang babi lekat selangor lagi manyak untung

  6. KALAU SKILL SETAKAT TAHAP BIAWAK CAMNI…PASSES MERABAN,PENJAGA GOL TAK RETI JAGA ANGLE (BASIC RULE…) TANGKAP BOLA TAK RETI,BOLA GROUNDER TERLEPAS….MIDFIELD MACAM KANAK-KANAK SPASTIK JE…..APA NAK KEKALKAN PENJAGA GOL BILA DAH FUMBLE??? KENA GANTI UNTUK MOTIVATE BALIK ( PUN INI BASIC RULE..) SATHIA NI JURULATIH KE APA KE??? ATAU ADA ORANG LAIN TENTUKAN SELECTION…???? SATHIA JADI BONEKA???

    ABANG-ABANG,KAKAK-KAKAK,MAKCIK/PAKCIK….KALAU MAIN MACAM TAHAP BANGSAT MACAM NI ( AKU PUN DULU MAIN BOLA) TAK YAH AMBIK TAHU…..DARI PENGUURUSN SAMPAI KE BUDAK BANCUH AIR..TAK PRO…PASAL PADANG/RUMPUT PUN MASIH TOLOL, APALAGI SAINS SUKANNYA…SEMUA MASIH TAHAP BANGANG KEDEGAQ…KALAU SEPAK TU MASIH TAHAP TONJOL,PASS BOLA MCM BUDAK BENGONG…TAK ADA PLAYMAKER & ANCHORMAN DALAM TEAM….BAIK BAGI BUDAK SEKOLAH VICTORIA INST..TAK PUN LA SALLE…MAIN…

    AKU DAH KUBURKAN MINAT BOLA BERZAMAN DAH…SEBAB PEMBANGUNGAN TAK DE….DIDIK ANAK MAIN BOLA SETAKAT FUTSAL….MAIN PS JE PUNYA TAHAP…PADANG DAH JADI PUSAT KOMERSIL…..PADANG UMUM I.E SHAH ALAM PUNYA PARK ….JADI HOTELCARLTON,TESCO, WORLDWIDE BIZ PARK…START DARI SITU AKU ANGGAP BOLASEPAK MALAYSIA HANYALAH TAHAP CENCOROT JE…..FULL STOP…

  7. KJ NI MANA ADA INGREDIENT UNTUK JADI MEMIMPIN FAM…PADA AKU NYIBUK JE….BASIC BOLA X RETI..PASSION TAK DAK….APA NAK NYIBUK JADI PEMIMPIN SUKAN….CAM BANGANG JE….

    KUALITI PEMAIN TAKKAN TAK BOLEH PANTAU..BENCHMARK UNTUK PEMAIN MALAYSIA APA DIA??? SKILL KEEPER : AT LEAST MCM MENDIANG ARUMUGAM, STRIKER: ARWAH SUPER MOKH ,DEFENDER: SANTOKH, DATO’ SOH CHIN AUN..(ADA DLM TU PUN) MIDFIELD: AZIZUL ABU HANIFAH, ISA BAKAR, SYUKUR SALEH…APA LA PUNYA LATIHAN..KALAU TAKAT BELAH PETANG BARU NAK TRAINING…SAMPAI KIAMAT LA M’SIA JADI WHIPPING BOYS..!!!

  8. GAYA LEBIH BILA BERADU LONGLAI MACAM TIADA MARUAH TIADA HARGA DIRI ITU BARU VIETNAM,THAILAND BELUM LAGI KOREA BANGGANG BETUL DARI SELURUH FAM SAMPAI LAH KE PEMAIN YANG BAGUS DI NAFI KAN…

  9. Tulisan di atas bagi aku kurang adil..
    Tulisan lebih kepada emosional dan kekecewaan seorang peminta..
    semua orang kecewa kecuali pengurusan FAm yang mungkin boleh buat duit utk diri sendiri. susah nak dapatkan tulisan yangtidak menghukum pemain. Contohnya, tulisan di atas salahkan pemain dgn gaya rambut mereka. Apakah ni? membina kah kalau nak komen gaya rambut pemain? tak sedarkah ramai yang botak waktu AFF tu? Fesyen artis ka tu?
    Banyak tulisan2 pasal bola n FAM kat blog2 yang aku tengok aku komen n bg cadangan mcm ni –

    1 – Bubar skuad negara. Padahal dah banyak kali dah buat mcm ni, sedar x?

    2 – Bubar pengurusan FAM. Bagus, tapi emotional sgt. yang atas2 ja patut letak jawatan, paham2 la sapa yang lama kat situ kan.

    3 – Tukar coach. Dulu claude le roy coach perancis yang penah bawa ghana kt wc jd coach malaysia pun xjadi apa gak kat team kita.

    4 -Banding dengan pasukan eropah. Alahai, nak compare EX5 dengan Harley Davidson la kiranya. Jangan tinggi sangat pandangan kita.

    5 – Banding dengan zaman mokhtar dahari. Bagus, tapi tengok la pengurusan time tu macam mana. Ramai yang suruh banding ni xtau pun Mokhtar main pasukan mana dalam liga tempatan. Penah member aku kata mokhtar main kedah. aku pun confuse, dia punya komen kaw2.

    So, pertimbangkan lah. bg komen yang membina. dlam NST dua tiga hari lepas ada artikel yang ok, xslahkan coach n pemain.

    Kalo tanya aku, yang slah adalah pengurusan. Bukan semua, tapi di bahagian liga. Kita nak tengok team tu kuat atau x kat antarabangsa, kita tengok set pemain dan mutu liga tempatan dia. Sedarlah, liga kita liga miskin, tak der sponsor yg kukuh. miskin duit, miskin penonton, miskin kualiti.

  10. woooii epicsynner…ko bangsa kaki bangku ke????
    ko pernah jadi player sejak umur 9 tahun….macam aku dari kecik bangga kalau sarung jersey..bermati-matian nak kekal jadi regular sebab nak bantu pasukan menang…..baik sekolah,sek menengah atau daerah…aku bawak maruah SELURUH WARGA YANG AKU WAKILI…aku sanggup berkorban beli boot @peralatan sendiri untuk improvekan skill,equipment dan orang tak pandang lekeh pada aku…..KO TULIS MACAM BUDAK BANGANG JE ..TAK ADA PENGALAMAN LANGSUNG APA ERTI KALAH & MARUAH….RAMAI PENULIS TOLOL MACAM KAMU….WEIII….GLAMOR JADI PENGURUSAN TU TAK SAMA DENGAN DIRI PEMAIN YG MEMBAWA MARUAH NEGARA@PASUKAN….

    RAKYAT MALAYSIA TAHU ITU INI TAPI KAMU SEMUA JENIS BODOH TOLOL… TAK TAHU PUN BOLASEPAK…BUKAN JADI WAKIL APA-APA….CUMA PEMBACAAN…ON-HANDS EXPERIENCE LANGSUNG TAK DAK….TAKAT MAIN FUTSAL BODOH TU BUAT APA…..MANA ADA ENDURANCE PADANG PENUH???……JENIS KAYU …SETAKAT MENULIS KO KATA ORANG LAIN EMOSIONAL APA KEJADAH???….ORG DAH MARAH MELUAP LA BADIGOL OOIII……

    BANGANG BIAR LA BERTEMPAT EPICSYNNER OOI…KO BANGANG LA SORANG-SORANG KAT SITU…AKU NAK BAGI TAU ..KEJATUHAN BOLASEPAK MALAYSIA START DARI PEMBUBARAN TEAM MALAYSIA SEBAB BADIGOL MASA TU TAN SRI HAMZAH ABU SAMAH SEBAB KALAH MASA KELAYAKAN PRA-PIALA DUNIA…AWAL 80AN SEMUA GERUN KAT MALAYSIA TERMASUKLAH KOREA& JEPUN…TAPI DEPA AA STRATEGI HANTAR PLAYER MAIN LIGA PRO KAT EROPAH…..MASA TU PERTENGAHAN 80..AN…LEPAS TU MULA MERUDUM ….SAMPAI LA NI…..PENGURUSAN TAKKAN TAK RETI-RETI ????MEMANG ELOK DIBUBAR TERUS SEBAB BOLASEPAK MANA BOLEH ADA POLITIK..ITU STANDARD RULING FIFA PUN…M’SIA …CAM KAMBING !!!

  11. Malaysia ku gemilang….Malaysiaku gagah…Malaysiaku hebat…SEBAGAI RAJA @GERGASI LAWAK BOLA ASIA TENGGARA….ye la ..live pun kat Astro…program bola sampaikan program lawak ada bola ..jemput shebby…sampai dia kata …ko main la game lain….baru aku paham….main bola macam langbuana cakap….cam kambing…sambil gelak rupanya dia sindir semua orang…

    ada program bola masukan pompuan..chit chat ..pakai sexy…dulu paula malai ali ..ntah sapa lagi…semua cuma petah bercakap tapi tin kosong pun!!!!!

    skill main macam pak lawak….tu nak ditonjolkan kat rakyat M’sia????…HE..HE…HA..HA.. pegi le main kat sawah lepas tuai tu dulu….atau main kat laman rumah Pak Jamali Sadat kat Pulau Indah tu….minta Pak Mid jadi coach…Jalil Hamid jadi assistant..Abun /Harun Salim Bachik jadi tukang urut ….Semua peserta akhir Raja Lawak Astro tu jadi player…..MALAYSIA SURE BOLEH MENANG….!!!sampai berjanggut la M’sia jadi biawak idup kat pentas a’bangsa ni….stadium besar…Jawtan besar..cakap besar….CARA MAIN =BERLAWAK = PAK LAWAK TARAF ANTARABANGSA !!!!!

  12. TAK TAHU LAH BOLA SEPAK MALAYSIA JIKA JURULATIH PELE SEKALI PUN PEMAIN MALAYSIA TAK BERUPAYA MENEWASKAN SIAM(THAILAND),BANYAK YANG DAH TUKAR JURULATIH ,PEMAIN CUMA SULTAN PAHANG NIE JER YANG TAK TUKAR..BAWA BEREHAT GANTI YANG LAIN PULA.

  13. Selagi ahli politik masuk campur apa juga bidang mmg susah negara nak maju..klu ahli politik jujur mcm zaman khalifah ok la gak..tp klu ahli korupsi???? Terima je la pe yg kita tgk skg!! sakit tul hati!!!!

    Pemain pun satu hal…main xseberapa tp belagak mcm samseng..come on brother..pemain eropah tu pendapatan mingguan je dah ratusan ribu euro xde la belagak pun..korang baru pakai BMW lama pun dah ex mcm gaji david bekam…main la betul2 dulu baru tunjuk ex


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: