Posted by: pinkturtle2 | Disember 12, 2008

Biasanya Orang Gila Saja Yang Selalu Nak Bogel

Setahu Kita, Jenis Orang Gila Saja Yang  Selalu Nak Bogel Depan Orang Ni.. Kalau Kita Dah tahu Jenisnya, Tak Payahlah dilayan.

Anwar sasaran baru ‘perang bogel’

kemaskini 6:57pm Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang lantang mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingin melebarkan “perang bogelnya” terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Datuk Seri Anwar mesti bertanggungjawab terhadap apa yang Tan Sri Khalid lakukan dalam menindas dan menzalimi rakyat negeri Selangor,” kata presidennya Ramlan Abu Bakar di satu sidang akhbar di ibu kota.

Awal minggu lalu, NGO itu mengancam akan “menyerang hendap” Abdul Khalid bagi menekan pemimpin itu menunaikan tuntutannya, antaranya kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan dakwaan penyalahgunaan kuasa menteri besar menganjurkan Karnival Rakyat di Shah Alam hujung bulan lepas.

reformis president ramlan abu bakar 121208 01Ramlan enggan mendedahkan bilakah “perang” itu akan dilancarkan.

“Kalau dedahkan butirannya, bukan lagi (taktik) serang hendap, tetapi peperangan konvensional,” katanya.

Ramlan malah turut mencabar kedua-dua pemimpin PKR itu tampil berdebat dengannya berhubung dakwaaan Reformis bahawa Selangor gagal membela nasib rakyat miskin.

“Saya bagi pihak Reformis mencabar Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Khalid untuk berdebat dengan saya.

“Saya hanya perlu satu jam, setengah jam saja untuk menghuraikan masalah rakyat miskin yang terpinggir di negeri maju seperti ini (Selangor), yang dinamakan negeri kebajikan,” kata presiden Reformis.

Sepuluh penyokongnya turut sama dalam sidang akhbar di gelanggang sepak takraw di perkarangan sebuah rumah pangsa kos rendah di Sentul Utama.

Ramlan berkata, debat itu diharapkan dapat menghasilkan rumusan bagi menyelesaikan masalah rakyat miskin di negeri itu.

Beliau, yang juga anggota PKR, bagaimanapun tidak menetapkan tarikh kepada penasihat parti itu untuk berdebat.

“Terpulang pada beliau. Sebab beliau sibuk, (kami) berlaku adillah (memberikannya masa),” kata Ramlan penuh semangat menyebabkan kanak-kanak dan beberapa penduduk mulai mengerumuni sidang akhbar itu yang dihadiri lebih kurang 10 wartawan, termasuk televisyen.

reformis president ramlan abu bakar 121208 05Ditanya sama ada Anwar patut mengundurkan dirinya sebagai pemimpin PKR jika gagal membaiki masalah kelemahan Selangor seperti dakwaannya, Ramlan berkata:

“Soal letak jawatan bukan persoalannya. Kalau beliau ada maruah, beliau mesti ambil pertanggungjawaban ini.”

Tindakan meletakkan jawatan bagi beliau merupakan “jalan yang akhir”, tambahnya.

Kelihatan beremosi, beliau mengungkit perihal Anwar yang memperjuangkan nasib rakyat miskin Baling pada 1974 tetapi “gagal membela mereka apabila menjadi timbalan perdana menteri”.

Anwar dilabelkan oleh Ramlan sebagai “jelmaan syaitan, pendusta, penipu, hipokrit dan munafik”.

Ramlan berkata beliau pernah memaklumkan kepada tokoh utama PKR itu “supaya memperbaiki kepimpinan Abdul Khalid” tetapi Anwar gagal melakukannya dan masih “berdiam diri”.

Ramlan berkata, cabaran debat itu dibuat kerana “kegagalan Pakatan Rakyat di Selangor memenuhi manifesto pilihanraya” yang dibuat Mac lalu.

Katanya, daripada dua muka manifesto Barisan Alternatif – yang dianggotai PKR dan PAS – ketika itu, hanya empat atau lima sahaja berjaya dipenuhi.

reformis president ramlan abu bakar 121208 04Oleh itu, tambah Ramlan, selagi kesemua janji-janji manifesto itu tidak ditunaikan, beliau akan meneruskan “perang bogelnya”.

“Selagi manifesto yang terdapat dalam pilihanraya ke-12 tidak ditunaikan, maka perang (bogel) ini akan berlanjutan sehingga tempoh yang ditetapkan – iaitu apabila manifesto itu semuanya tertunai.

Tidak cukup dengan kata-kata itu, wakil-wakil rakyat PKR di Selangor turut disindirnya sebagai “Yang Berlagak” dan “Yang Bongkak” sebagai ganti Yang Berhormat kerana gagal menyelesaikan masalah rakyat bawahan di negeri itu.

Beliau bagaimanapun menafikan perjuangan Gerakan Reformasi sejak 1998 yang digerakkan oleh Anwar sebagai gagal, sebaliknya “kepimpinan parti yang gagal”.

“Bukan salah parti, tetapi kepimpinan. Parti hanya nama sahaja, (hanya) slogan,” tambah Ramlan.

Ditanya sebab beliau memilih menyalurkan desakannya melalui NGO itu dan bukannya melalui PKR yang mengetuai kerajaan Selangor, Ramlan berkata:

“Orang macam ini nak pujuk tak boleh, nak rayu tak boleh, nak bincang tak boleh. Cara macam ini, cara samseng. Macam ini, kita kena jadi bapa  samseng, baru beliau boleh terima.

“Kalau cara proses-proses ini, undang-undang ini, macam (kes) PPR. Tujuh bulan ulang-alik tidak ada (kesan). Bila (ugut) hendak bogel, hendak pula beliau (menteri besar) selesaikan masalah ini.”

http://www.malaysiakini.com


Ulasan Notoumno

Ada 2 benda yang aku nak highlight sikit hari ni.

Pertama,
Ape ke bodohnya Reformis ni nak berbogel untuk tuntut perhatian. Aku tak dapat bayangkan betapa .. saiz yang perlbagai itu di dalam keadaan yang tanpa seurat benang. Cuma yang nampak berjalur urat urat di perut dan pinggul. Bayangkan kalau ada antara mereka yang saiz tubuhnya, 36, 44, 40. Dia ni lah yang paling menonjol antara yang ramai ramai. Korang bayangkan, diseluruh dunia orang protes bogel kerana nak hentikan peperangan, korang protes bogel sebab harga rumah naik. Tak ke pelik namanya.

Kedua …
Kenapa TV nak sangat tunjuk tajuk berita cam tu? Kalau pun ada agenda politik, tapi jangan di kecoh kecoh waktu prime. Nanti anak bini tengok, masalah buat ketua keluarga, terutama ibu dan bapa.

Kenapa aku cakap cam tu?

Bayangkan kalau anak yang anda bawa ke shopping complex bertindak membogelkan diri kerana kemahuan diorang tak di layan … mana aku nak letak muka? Dan,

Bayangkan kalau bini korang nak minta baju kebaya harga RM1,200 dan korang tak cukup duit nak beli .. Dan dia juga bogel juga … mana aku nak letak muka? Dan,

Bayangkan kalau aku gi tempat parking dan kena bayar parking mahal, sedangkan minggu lepas parking tu FREE .. lalu aku juga bogel … mana aku nak letak muka?

So .. korang jangan ajar yang bukan bukan. Dan kalau korang adalah antara manusia yang moden, tolong jangan tunjuk depan anak dan keluarga aku kerana aku masih berbudaya dan bertanggung jawab untuk tidak meninggalkan anak bini di dalam keadaan bogel sambil angkat poster di pasar raya.

Aku tau korang tak berani nak buat, tapi kenyataan korang tu boleh menyebabkan orang lain nak cuba. Aduiii … aku tak dapat bayangkan kalau ada antara keluarga aku masuk dalam berita TV di dalam keadaan bogel. Dimana aku nak RAYA tahun depan?

Komen (ISA)

Camera… Ready..Take…. Action…, wooii..wooi… heronya mana???

Ha..ha..ha.., dah masuk 13 December 2008, tunggu punya tunggu nak tengok orang berbogel pada hari Jumaat bersamaan 12 December 2008, seperti yang digemburkan hanya hampeh… belaka.

Ingatkan bolehlah di jadikan dalam lipatan sejarah untuk tatapan generasi akan datang, untuk membuktikan adanya melayu banggang mengotekan kata-katanya, rupa-rupanya cakap tak serupa bikin wa cakap lu….buat perabih air liur saja, itulah orang tua-tua dah pesan “terlajak perahu boleh go-head gostan, ni dah terlajak kata, nak jadi apa? jadi setan la”. Selepas itu mula konar sana konar sini nak cover line….

Isa berkata: Mudah sangat nak jadi populis…. macam artis pulak…, hai.. politik sampahan.. bikin orang menyampah.

Advertisements

Responses

  1. OMG…buduhnya!!!

    bro yg berkupiah belah kiri dgn uncle yg berbaju melayu belah kanan tu nak bogel????

    refomis takde pempuan ke?Bogel skali la..baru bestt!

    Buduh!Buduh!Buduh!

  2. kenapa pakai baju ada lambang PKR ya?

    Kenapa nak bogel,tak ada cara lain ke?

    Niat bagus, perlaksanaan salah.

  3. Kalau dah bapak borek anak nya rintik lah

  4. Cisss…Presiden Gila dari kalangan Tali Barut Toyol gamaknya. Hahaha…Auuuw!

  5. tolong buat bodoh….(w/pun sakit hati dengar)
    protes aper macam tu…tahap bangang x blajar agama (kalau blajar pun tak abis!)… boleh layan ke org mam ni…
    jgn nk polular mcm mat ez** sumpah2
    cakap x serupa bikin..bikin x serupa cakap!
    setakat bw penyokong 10-15 org budak sek pun boleh buat…politik murahan….macam telor!
    ehh! buat malu…keluarga! anak bini! melayu! Islam! …puak2 ni kena balik bertaubat..!
    kalau nk pembahuan..bukan cara BOGEL… bikin malu reformasi …je… dah lah pertubuhan haram!
    so…exco & ahli2 lain boleh duduk diam ke!… OOPPPS..! JGN KOMEN APA2 REJECT BUANG PEMINPIN MURAHAN INI…
    …PAKAT2 DIAP TUNGGU MASA TENDANG DIA…
    BIKIN MALU… REFORM APE NAMANYA INI?

  6. elok la ketua kaki juboq anak buah nak bogel la mana tau kot kot ketua tu tergoda hah kan boleh jadik lelaki simpanan

  7. NI BUKAN SPESIS BETUL NI…..NI DAH MAMAI KUT SEBAB CONTRACT TAK MASUK MACAM SELALU…..NAK BOGRL KALAU POMPUAN MAU LA ORANG TENGOK…PUN JENIS MACAM MANA…WUEEEEEKKKKK…….JANGAN BUAT LAWAK BODOH LA PAKCIK OOOOOI…BUAT BENDA LAIN YG ADA PEKDAH….NAK KATA TOLOL…MMG ADA TOKOH…..NAK KATA MANGKUK..MMG JENIS SPESIS TU PUN….

    REFORMASI DULU KAT JALAN KEBUN….NI JALAN CHOW KIT PUNYA MANGKUK NI….PEGI JE LA SUK…BUAT LA ADUAN…..ORG TENGAH PENING K’JAAN DULU LULUSKAN PROJEK CERUN BUKIT…MB PULAK KENA JAWAB…NI BOGEL PULAK…SUDAHLAH PAKCIK…PEGI LE BUAT KEJE BERPEKDAH….NAK BURUKKAN PR KONON….HOTAK KAU!!!!

  8. DAH LAMA AKU DGR ANAK SETAN NI NAK BOGEL, TAK JUGA BOGEL, BOGELLAH KALAU BETUL2 JANTAN, AKU RASA DIA TAK ADA KEJANTANAN NYA ITU LAH DIA MALU NAK BOGEL NTAH2 PONDAN KOT, KALAU DIA ORG NI BOGEL DPT PULA KITA TENGOK BESAR MANA BTG DIA TU, AKU RASALAH DIA NAK BUAT PROMOSI KAT JALAN2 BAGI ORG TENGOK BINATANG DIA TU BESAR MANA, DPTLAH PULA MAK2 DATIN BN/UMNO BELI, TAPI JGN HANYA ORG JANTAN SAJA NAK BOGEL, BAWALAH BETINA2 UMNO SEKALI, KALAU MACAM TU AKU SANGGUP TENGOK JE

  9. KALAU RAMLAN ABU BAKAR NAK BOGEL DGN GENG NYA SETAKAT 6 ORG TU, SAHLAH DIA TU SAKIT MENTAL

  10. Nie taktik cuma nak dapatkan cheap publisiti jer…..

  11. Siput,

    kau ni melayu islam ke atau melayu bukan islam?…

    Kalau kau melayu bukan islam, memang tak boleh buat apa….tapi kalau kau melayu islam, ingat dosa…jangan nak menuduh tanpa bukti…

    Dosa pada Allah, kita minta ampun padaNya, dosa sesama manusia, kita kena minta maaf pada manusia…kau dah mintak maaf….jaga-jaga…nanti mati tak dapat nak mengucap…

    Ini bukan marah…nasihat aje..

  12. assalammualaikum wbt.
    sedihnya bangsa aku ni. ini lah dinamakan manusia yang tergolong dalam golongan JAHILLIAH.
    bukan tak da cara yang lebih profesional…
    Biar lah guna cara org yg berilmu dan menunjukkan kita ni ada AGAMA.

  13. Orang ni Pro UMNO,

    malah dia dibayar untuk tujuan provokasi,…..bukan sikit erdogan UMNO yg masuk PR semasa mula nak PRU 12 dulu untuk tujuan dapat apa-apa peluang, sayang tak dapat apa pun.

    Sekarang UMNO dengan tektik tak bermoral dan tiada maruah gunakan puaka-puaka ni la buat macam-macam supaya tak nampak ini kerja yg mereka rencanakan.

    Pakai akai la……..jangan jadi cacai yg macam lembu. Zaman Jepun puak ni lah yg khianat bangsa yg menyebabkan wira melayu menemui ajal di mata pedang Jepun.

  14. Buat press conference kat Sentul, tapi kalau dia betul-betul nak bogel suruh dia ke Batang Berjuntai.

  15. Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) mahukan tindakbalas dari masyarakat diatas apa yang mereka perjuangkan. Sebenarnya Ramlan Abu Bakar ni cuma cakap saja nak bogel. Tapi yang sebenarnya dia takut berbogel.

    Apabila dia bercadang untuk berbogel bagi tujuan menjatuhkan maruah pemimpin PKR, kerana bogel itu ada kaitan maksud kes liwat Datuk Seri Anuar. maka secara tak langsung kumpulan ini telah berjaya membuatkan kita semua rasa tersinggong.

    Ini bermakna kita telah memberi perhatian terhadap kumpulan mereka. Secara tak langsung kumpulan anonymous turut ambil kesempatan mengutuk pemimpin PKR

  16. hehe..tak sabo nak dgr citer ramlan bogel..tapi xnak tengok..loya..batang kecut diserabuti lalang kering di bawah bonjolan perut buncit yang berkedut dan itam…rasanya gitulah..jangan tak bogel ramlan..biar anak cucu hang kenang hang sebagai orang melayu yang tidak gila yang pertama bogel depan umum..tentu 10 generasi hang akan bangga dengan hang..

  17. siput,
    KAU CAKAP BAIK2 SIKIT, RAMLAN ABU BAKAR TU ORG SURUHAN UMNO LAH, KERJA SI NAJIS DAN SI TOYOL LAH TU, BETUL JUGA KATA KAU NAJIS TU KAN KAKI JUBOQ…SO DIALAH KETUANYA, DAH DGR BALA CAKAP YG DIA HANTAM JUBOQ ALTAN 2YA TU DAH SAH KAN

  18. Ramlan ni pakai baju PKR tapi jiwa dan jasad dia UMNO tulin. Tak de pegangan agama langsung. Pelacur Chowkit pun tak sanggup bogeldi tempat awam. Tapi Ramlan spesies umno yang dapat upah umno ni sanggup bogel. Cepatlah bogel! Khir Toyo tentu gembira sebab misi bogel berjaya.
    Kesian Ramlan, polis kena tangkap dia dan hantar pemeriksaan mental dan hantar ke Hospital Tanjung Rambutan secepat mungkin sebelum tauke filem lucah masukkan ke dalam you tube!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: