Posted by: pinkturtle2 | Disember 15, 2008

Pembaziran Duit Rakyat,Gaji Pengarah Urusan RM38,000 Sebulan

Mentiga Corporation Berhad yang mana adalah salah sebuah syarikat yang cukup terkenal di negeri ini dulu dalam urusan pembalakan, namun sejak puluhan tahun yang lalu Mentiga Corpration Berhad ini, didapati sebuah syarikat yang "Gagal" dan "hidup segan mati tak mahu".

Mentiga Corporation Berhad yang mana adalah salah sebuah syarikat yang cukup terkenal di negeri ini dulu dalam urusan pembalakan, namun sejak puluhan tahun yang lalu Mentiga Corpration Berhad ini, didapati sebuah syarikat yang "Gagal" dan "hidup segan mati tak mahu".

Pembaziran Duit Rakyat,Gaji Pengarah Urusan RM38,000 Sebulan

Kami difahamkan, biarpun Mentiga Corporation Berhad tidak beroperasi dan berfungsi dengan baik sejak puluhan tahun lalu. Namun, agak menghairankan pabila mendapat laporan bahawa gaji yang diperolehi oleh Managing Director (Pengarah Urusan) syarikat terbabit yang dikenali sebagai Encik Muhammad Nasir mencecah sehingga RM38,000 sebulan. Itu belum lagi termasuk segala elaun dan insentif lain.

Bayangkan, kemungkinan besar pendapatan purata yang diperolehinya ialah antara RM40,000 hingga RM50,000 sebulan. Ini adalah suatu pembaziran wang rakyat yang amat nyata. Tambahan pula syarikat terbabit adalah merupakan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Pahang. Gaji yang diterima oleh Pengarah Urusan itu lebih tinggi daripada yang diterima oleh Pengarah Urusan hatta Pengurus Besar agensi lain sekali pun.

Kami difahamkan Pengurus Besar, Amanah Saham Pahang (ASPA) yang lebih banyak bidang perniagaannya sekalipun tidak sampai mencecah RM20,000 sebulan. Ini amatlah mengecewakan rakyat sebenarnya. Kenapakah perkara ini dibiarkan?. Harapan kita agar YAB Menteri Besar Pahang selaku ketua pentadbiran negeri dapat memantau perkara ini.

Mana mungkin gaji seorang Pengarah Urusan syarikat yang gagal beroperasi dengan baik boleh mencecahh sebegitu tinggi diketika kegawatan dan kemelesetan ekonomi global yang sedang melanda mutakhir ini. Perkara ini perlu dibongkarkan dan didedahkan kepada rakyat!!

http://pahangdaily.blogspot.com


Responses

  1. Kemungkinan Pengarah Urusan tu kroni kaum suku sakat Adnan samseng tu kot? Kayalah korang dengan duit ‘haram’. Memang seronok songlap harta negeri.

  2. Apa nak heran? Dalam badan berkanun dan swasta gaji depa-depa ni mengalahkan gaji PM dan agung. maka kalau nak juga begaji beso kerja la di swasta. jangan hanya dapat “gaji beso” je

  3. Aku pon nak keja sebagai Pengarah Urusan. Gaji besau, boleh makan best, tinggal umah best, kete besau, kawin sepuloh pon boleh.

    Camne ek? Ada kroni datuk-datuk yang boleh saya contact tak?

  4. Apa agaknya kelayakan utk jadi pengarah urusan ye….?
    Aku ada SPM boleh dapat tak?

  5. Gaji pun gaji, upah pun upah. Dalam hal ini gaji dan upah tak sama. Upah itu mungkin untuk hal hal sampingan.

  6. Kalo gaji ini macam…. gua pon mau…. kasi la sama gua ini jawatan…

  7. Oi cencurut… kalau ko nak jawatan tu, kita kena lumba lari. Aku pun nak jugak. Sapa menang dia dapat. Tak sangka dalam diam-diam, ekonomi merudum, harga barang naik, minyak je turun sikit (pasal menteri tersilap cakap), masih ada lagi orang yang mendapat gaji begitu besar. Itu yang kita tau. Yang kita tak tau, entah berapa ramai lagi . Tentu besar tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan Mentiga Cor. ini. Besar sumbangannya terhadap Negeri Pahang DM sehingga mendapat gaji sebegitu banyak. Agakny setiap kali Pengarah Ini batu, ketulan emas akan keluar untuk menjana ekonomi negeri Pahang DM ini. Bagaimana dengan pekerja-pekerja Mentiga Cor. ini. Setimpalkah gaji mereka dengan jawatan mereka? Minta Cucu Mat Kilau beritahu kita.

  8. hmmph. ini site pembangkang. patut pun. suka mencari kesalahan org lain, cermin lah diri sendiri dulu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: