Posted by: pinkturtle2 | Disember 15, 2008

Saudara mara penerima rasuah juga tidak terlepas daripada tindakan

tafsiran bagi 'saudara' telah diperluaskan untuk merangkumi isteri atau suami penerima rasuah, adik, kakak atau abang, adik, abang atau kakak isteri atau suami orang itu, bapa saudara, emak saudara, sepupu atau menantu penerima rasuah, berbanding tafsiran dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997.

tafsiran bagi 'saudara' telah diperluaskan untuk merangkumi isteri atau suami penerima rasuah, adik, kakak atau abang, adik, abang atau kakak isteri atau suami orang itu, bapa saudara, emak saudara, sepupu atau menantu penerima rasuah, berbanding tafsiran dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997 - Nazri Aziz

Saudara mara penerima rasuah juga tidak terlepas daripada tindakan

KUALA LUMPUR: Saudara mara yang terlibat atau bersubahat dengan penerima rasuah mungkin menerima tindakan yang sama dengan orang yang tertuduh berdasarkan peluasan tafsiran ‘saudara’ dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata berdasarkan rang undang-undang itu, tafsiran bagi ‘saudara’ telah diperluaskan untuk merangkumi isteri atau suami penerima rasuah, adik, kakak atau abang, adik, abang atau kakak isteri atau suami orang itu, bapa saudara, emak saudara, sepupu atau menantu penerima rasuah, berbanding tafsiran dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997.

“Mentua, menantu, anak saudara, bapa saudara, emak saudara dan sepupu orang tertuduh tidak terangkum dalam tafsiran ‘saudara’ di bawah APR 1997 sedia ada dan implikasinya dari ketiadaan itu, tindakan tidak dapat diambil sekiranya terdapat kes yang merujuk kepada kumpulan tersebut,” katanya.

Mohamed Nazri, yang membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua hari ini, berkata kekurangan itu akan diatasi dengan memperkenalkan tafsiran baru di bawah undang-undang baru itu supaya skop pemakaiannya bagi kesalahan di bawah Fasal 23 dan 36 turut melibatkan golongan tersebut.

Penalti bagi kesalahan di bawah fasal berkenaan ialah penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi. Penalti sama boleh juga dikenakan terhadap manamana pegawai awam asing yang melakukan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk menerima suapan.

Mohamed Nazri berkata peruntukan di bawah Fasal 22 merupakan satu kesalahan baru yang digubal di bawah SPRM sebagai memenuhi obligasi di bawah Artikel 16 Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Menentang Rasuah yang telah diterima pakai oleh Malaysia sejak September lepas.

Mohamed Nazri berkata berbanding APR 1997, rang undangundang SPRM juga mencadang untuk memansuhkan hukuman penjara minimum iaitu ‘dipenjarakan selama tempoh tidak kurang empat belas hari’. Bagaimanapun hukuman penjara maksimum ‘tidak lebih dua puluh tahun’ dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi masih dikekalkan.

Penalti yang dicadangkan dalam SPRM itu merupakan antara cadangan penambahbaikan kepada APR 1997 tetapi sebahagian besar peruntukan yang terdapat di dalam APR 1997 masih dikekalkan memandangkan ia masih relevan dalam konteks pencegahan rasuah di negara ini, kata Mohamed Nazri.

Beliau juga berkata Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan tambahan keanggotaan bagi pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) seramai 500 orang untuk 2008 dan seramai 900 orang lagi untuk tahun hadapan.

Kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan keupayaan BPR sedia ada dengan menambah keanggotaan seramai 5,000 orang dalam tempoh lima tahun.

Mohamed Nazri berkata langkah itu akan dapat membantu BPR mempercepatkan proses penyiasatan dan memberi perkhidmatan pencegahan rasuah yang lebih baik kepada masyarakat.

http://www.bernama.com.my


Ulasan Pahangdaily

Nampaknya SPRM ini amat baik dan semakin telus gamaknya. Maka semakin gentarlah pemimpin-pemimpin UMNO Pahang untuk membaham duit rakyat selepas ini. Kami tidak akan berkompromi dan gentar dengan tindakan saman yang mahu dikenakan atas segala pendedahan yang dilakukan ini.

Tambahan pula maklumat yang kami dapati ini adalah daripada puak-puak UMNO sendiri, malahan ada sesetengahnya yang mempunyai jawatan penting dalam parti itu di Pahang sekarang. Justeru itu, harapan besar untuk kita menghumbankan pemimpin UMNO yang selama ini jelas mengamalkan rasuah dan penyelewengan semakin ternyata.

Tambahan pula apa yang kami dedahkan sebelum ini adalah berkaitan dengan isu yang melibatkan adik beradik pemimpin tertinggi UMNO Pahang. Maka itu usahlah cuba untuk menghambat kami dari melarikan diri agar keluar dari kenyataan yang sebenarnya


Responses

  1. Kes pertama siasat- Dari mana datang duit berjuta2, arwah Zakaria Md Deros bina istana di Pelabuhan Kelang bernilai RM8 juta, sedangkan jadi wakil rakyat cuma 2 penggal dan senator satu penggal. Siasat anak beranak dia. Jangan cakap suruhanjaya tak serupa bikin!
    Ke2- Siasat Najib dan Rosmah c4. Rasanya siasatan tinggal kertas kosong siasatan je. Kebal betul menteri2 BN yang menjadi perasuah tegar tu! Syukurlah nyawa BN dah di penghujung!

  2. Woi botak rotweller.
    Gi siasat Najib + Rosmah , Paklah + KJ, Mhadir + Sons + Daughter..dan lain-lain sekaum dengannya
    Lim Leong Sik + Sons , Sammy Velu + Sons

    Tak Tinggai Baka la UMBO Pasnih

    jom masuk http://www.webpanas.blogspot.com
    terima kasih

  3. Dah naik muak dan mual dengan apa yang nazri cakap….

  4. wui….!!!!! seronok la mereka bawa keluarga bercuti kat pangsapuri sungai buloh, macam hari keluarga je. apa tidaknya kalau satu kampong kena sabitan rasuah!!!! semua dah duduk dalam , apa lagi nak susah tunggu hari perayaan untuk ziarah keluarga, dalam tu nanti ada la pulak ketua kampong, jkkk, dan macam macam jawatan. nampaknya penjara kena buat lagi besar untuk menampung dan menempatkan orang amno, pasal semuanya kena masuk situ!!!

  5. KEPALA HOTAK KAU NAZRI AZIZ BUAT UNDANG2 BIAR BETUL, BELUM HABIS LAGI VIP DISIASAT BPR, JANGAN NAK TEMBERANG LAH, TAIB MAHMUD DAN ANAK2 NYA MACAMANA? NAK BERBOHONG BIAR CERDIK, KALAU DAH BODOH JADI MENTERI, JANGAN PERBODOHKAN RAKYAT PULA

  6. tak habis2 membohong. buatlah undang2 apa pun, cakaplah apa pun, rakyat dah tak ambil kisah. yang menerima rasuah tu sapa?. nak tunjuk baik nampak?. orang kampung semua dah tahulah tembelang engkau orang. sudahlah, berentilah bercakap bab rasuah-rasuah ni. tak ada makna bagi kami. kami mana ada terima rasuah?. engkau oranglah yang terima rasuah bukan kami. kami semua ni dah jadi mangsa engkau orang sejak sekian lama. Ditahan polis kena. ditahan jpj kena, ditahan bandaraya/bandaran/majlis daerah kena, ditahan Hep kena, ditahan imigresen kena, ditahan kastam kena, ditahan alamsekitar kena, ditahan lpkp kena, ditahan majlis keselamatan jalanraya kena, ditahan renjer hutan kena, ditahan Lkim kena, urusan dengan peronda lebuhraya pun kena juga, semuanya kenalah. Apa yang kena ha? = kena PAU. kalau yang dah terang-terang terima/kutip/amik pun tak nak amik tindakan, tak usahlah nak temberang saudara mara penerima rasuah pun tidak terlepas daripada tindakan. tindakan APA?. nak bohong kat sape lagi ni?. kau orang buat undang-undang untuk jaga kepentingan engkau orang saja. kau orang ingat semua rakyat boleh percaya ke?….semua orang ketawa saja dengar engkau orang cakap. apa lagi nak pokpek-pokpek ha?…………sekian dari pokpek bin pekpok.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: