Posted by: pinkturtle2 | Disember 16, 2008

RAKYAT JB MAHUKAN JAMBATAN GANTI TAMBAK JOHOR

Maka, berasaskan maklumat terbaru yang dipetik oleh Bernama hari ini, benarkah Abdullah membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok di JB pada 12 April 2006 berasaskan suara dan sentiment rakyat jelata? Fikir-fikirkanlah sendiri, siapa membohongi siapa? - Ruhanie Ahmad

Maka, berasaskan maklumat terbaru yang dipetik oleh Bernama hari ini, benarkah Abdullah membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok di JB pada 12 April 2006 berasaskan suara dan sentiment rakyat jelata? Fikir-fikirkanlah sendiri, siapa membohongi siapa? - Ruhanie Ahmad

MESEJ KEPADA ABDULLAH: RAKYAT JB MAHUKAN JAMBATAN GANTI TAMBAK JOHOR

Rakyat Johor Bahru mahukan sebuah jambatan baru dibina menggantikan Tambak Johor yang sentiasa penuh sesak. Demikianlah intipati sebuah laporan Bernama yang disiarkan oleh Utusan On-line hari ini.

Oleh itu, berita yang saya siarkan di bawah ini perlulah dikaji sehalus-halusnya oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ini kerana beliau adalah pemimpin yang telah membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok untuk menggantikan Tambak Johor di Johor Bahru. Maka, beliaulah juga yang semestinya mengkaji semula permintaan semasa rakyat di Johor Bahru.

HIDUPKAN KEMBALI PROJEK JAMBATAN BARU GANTI TAMBAK JOHOR, KATA PENDUDUK DAN PEMIMPIN POLITIK JB

JOHOR BAHRU 15 Dis. — Bangunan Sultan Iskandar bernilai RM1.3 bilion yang dirasmikan oleh Sultan Johor pada 2 Dis lepas akan beroperasi sepenuhnya sebagai pintu masuk dan keluar negara mulai tengah malam ini.

Bagaimanapun, bagi penduduk dan pemimpin politik tempatan di Johor Bahru, mereka tetap menaruh harapan agar kerajaan dapat menghidupkan kembali projek pembinaan jambatan baru, sama ada bengkok atau lurus, untuk menggantikan Tambak Johor.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, kebanyakan rakyat Johor masih mahukan sebuah jambatan baru yang menyeberangi Selat Johor, menggantikan Tambak Johor yang dibina pada 1923.

“Anda tanya sendiri rakyat Johor sama ada mereka mahukan jambatan baru atau tidak, dan kebanyakan akan mengatakan yang mereka mahukan sebuah jambatan yang baru untuk menggantikan Tambak Johor,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tebrau berkata, kesesakan trafik yang berlaku setiap hari di pusat bandar raya hanya dapat diatasi menerusi pembinaan jambatan baru di selat terbabit.

Menurut Abdul Halim, jambatan baru yang lebih besar dan memenuhi keselesaan pengguna juga dapat meningkatkan kemasukan pelabur dan pelancong asing ke Iskandar Malaysia.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm

Di bawah ini saya siarkan dua kenyataan Abdullah yang bercanggah mengenai projek Jambatan Bengkok.

Kenyataan Abdullah pada 10 Februari 2006: “Pendirian kita mengenai Tambak Johor ialah kita hendak jambatan baru, sama ada bengkok, lurus atau herot,” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tegas Perdana Menteri, Malaysia memerlukan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Sehubungan itu, Perdana Menteri menyerahkan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, untuk mengadakan rundingan dengan Singapura.

Kenyataan Abdullah pada 12 April 2006: Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor. Keputusan Kerajaan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen rakyat Malaysia keseluruhannya terutama berkenaan bekalan pasir dan ruang udara. Kerajaan juga membuat keputusan untuk memberhentikan semua rundingan bersabit dengan jambatan tersebut.

Maka, berasaskan maklumat terbaru yang dipetik oleh Bernama hari ini, benarkah Abdullah membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok di JB pada 12 April 2006 berasaskan suara dan sentiment rakyat jelata? Fikir-fikirkanlah sendiri, siapa membohongi siapa? Ruhanie Ahmad

http://puteramalaysia.blogspot.com


Responses

  1. Tentulah Dollah batalkan sebab Scomi dan menantunya tak dapat apa2 pun saham atau projek masuk untuk projek jambatan bengkok.
    Dollah kena datang tengok sendiri kesesakkan di pintu masuk negara tu. Tengok air selat yang tercemar busuk lagi mengaibkan. Kalau boleh Dollah tidur dalam bot dekat terminal Kastam JB tu. Naik komuter dah. La ni, pi tidorlah dekat Imigresen JB supaya tahu derita orang ramai keluar masuk ke Singapura/JB.
    Jem di jalan JB sudah sama teruk dengan di KL. Maklumlah kereta Singaporean dah hampir sama banyak dengan kereta Msia di JB.
    Dollah..janganlah asyik tidur saja. Janganlah asyik fikir business anak dan menantu saja. Fikirlah kesejahteraan rakyat khasnya di Johor Bahru yang inginkan sebuah jambatan baru. Janganlah dendam kepada Mahathir penyebab kepada batalnya jambatan bengkok.
    Teman dah jemu lalu di tambak Johor tu. Pernah sekali teman jalan kaki dari Woodlands ke JB akibat kesesakan yang teramat teruk.
    Mungkin Dollah terpaksa tubuhkan ‘Suruhanjaya Jambatan Bengkok ke Singapura’pulak!

  2. pembatalan jambatan bengkok krn ketamakan dan kebodohan paklah & co. berurusan dgn s’pore yg sgt licik.

    krn tamak, mrk masukkan penjualan pasir johor (yg dipelopori oleh keluarganya) dan krn bodoh mrk masukkan penggunaan ruang udara johor sebagai pakej persetujuan kononnya nak mengurangkan kos pembinaan dpd jambatan bengkok kpd jambatan lurus.

    mana nya rakyat johor tak marah, kalau korek dan jual pasir berkoyan2 sampai tanah dan laut johor rosak dan menjejaskan kehidupan dan mata pencarian nelayan pantai, guna ruang udara bising dan bingit dgn jet2 pejuang yg berlegar rendah hari2 tak mengira masa…

    dasar paklah mmg tak pernah nak mengira jerih payah rakyat. mana ada tindakan dia sbg pm yg memberi kemudahan pd rakyat tanpa keuntungan yg dikaut oleh kroni dan keluarganya? itulah keutamaan no. 1 nya, rakyat tu cuma jadi batu loncatan je…

  3. Saya rasa tak payah nak mintak jambatan la, nak buat ape jambatan tu, kan lagi bagus kalau kita semua rakyat bersatu dan jangan hadir kalau ada pemimpin datang ke kawasan kita. Ini tidak, bila ada aje pemimpin datang, berduyun-duyun la pakcik, makcik nak bersalaman dengan mereka konon nak ambil berkat tangan pemimpin, sebab tu la pemimpin boleh buat ape saje kat kita. Bodohnya la rakyat Malaysia ni erk… dapat makan sikit bukan main suka lagi sedangkan pemimp[in yang kita pilih makan berjuta-juta, PADAN MUKA KAU.

  4. johor negeri umno bertapak. tidak pernah kalah sekalipun. taat setia rakyat johor kepada umno telah dibalas. ada yang baik dan ada yang tidak. untuk itu teruskan menyokong umno yang telah sah membohongi rakyat johor selama ini. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak mengubah nasibnya sendiri. fikir-fikirkanlah perkara ini dengan hati yang jernih.

  5. camnie la… apa kata kita tak payah buat jambatan… tapi kita runtuhkan separuh dari tambak johor tue (kawasan yang dalam perairan kita) dan biarkan separuh lagi tergantung takder penghujung…

    lepas tue kita sediakan perkhidmatan feri untuk orang Singapore datang Malaysia… Orang singapore boleh datang ke Malaysia cuma pakai feri… orang Malaysia boleh masuk Singapore pakai jambatan Link Kedua…. Orang Singapore tak dibenarkan guna Link Kedua untuk masuk Malaysia… untuk kuar boleh…

    amacam.. ada yang setuju tak?

  6. Kenapa tidak ada lorong perjalan kaki di bina di CIQ Iskandar di Bukit Chagar yang baru di buka di Johor. Sebelum CIQ ini dibuka pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura akan berjalan kaki menyeberangi tambak Johor.Ini dilakukan bila bas terlalu penuh atau ada trafik jam. Tetapi komplek baru ini tidak menyediakan kemudah perjalan kaki,ini amat pelik sekira nya berlaku sesuatu kecemasan bagaimana pekerja ini mahu berjalan menyeberang tambak JOhor untuk bekerja. Jalan2 yang bengkang bengkok tidak di reka untuk perjalan kaki jadi apa yang dapat di lakukan sekira masalah yang melibatkan kecemasan berlaku bila menaiki bas

  7. Dulu masa TDM nak buat jambatan semua pakat maki dia berduyun-duyun sampai tak larat dia nak dengar la ni dah terbalik pulak dah nak jambatan pula tu la hangpa ni,cina dah mula berkuasa kat malaysia masih lagi dok seronok,tunggu lah suatu hari nanti melayu akan hilang didunia

  8. Entahlah aku ni rakyat johor sejati, memang tak paham orang politik bodoh menangani masalah tambak negeri aku ni, terus terang aku cakap aku memang gembira sgt bila tahu tambak tu nak di ubah jadi jambatan tup tup cancel pulak mmg aku terkejut beruk bila pemimpin tu (sini ckp kena tapis maklum jajahan umno) ckp rakyat johor setuju tentang tu semua gila-gila, kalau aku himpunkan 1000 rakyat johor dpn dia masa dia ckp mcm tu mesti semua akan tergamam silap2 kena baling ngan sepatu(kasut)….walaupun aku tak paham apakejdah perjanjian yg di buat tu tapi aku masih lagi boleh fikir ia satu alasan yang sgt bodoh, bebal dan satu bentuk kepentingan diri sendiri saja pas tu nak bina jambatan kat negeri penang pulak (sakit hati), tu yg aku ckap klu depan 1000 org tadi ada yang makan sepatu….rakyat johor dah lama menderita dan sengsara mata lihat pemandangan yg menjijikan dan udara yg kurang menyenangkan disini, kekadang aku jelous tgk negeri org lain ada pantai tapi bole mandi manda bekelah dan jadi sumber pendapatan dari pelancong, nak harapkan tempat yang bermula dengan D tu huh dah jadi pusat hiburan dan pub orang minum arak di tempat terbuka keuntungan berlipat ganda jadi kebangaan pulak, yang kaya bangsa lain….takde yang berfaedah….trafik jem jgn ckplah dah tak kuasa nak cerita CIQ yang berbilion tu tak nampak kesan pun, rakyat seberang pulak (tak semua) klu lepas ke sini macam lembu lepas kandang sesuka hati memandu macam negara dia tapi yang aku tahu klu kat negara dia tak berani nak buat macam tu, entahlah aku sorang macamane nak ubah semua ni, kesian akuu….(pendapat peribadi)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: