Posted by: pinkturtle2 | Disember 16, 2008

Apa Beza MB Selangor Sekarang Dan Sebelumnya

Kalau tidak membantu PKR sendiri, kita tidak hairan tetapi yang menjadi masalah kepada rakyat adalah kenapa UMNO masih mendapat kelebihan seperti yang mereka rasa sebelum ini.

Kalau tidak membantu PKR sendiri, kita tidak hairan tetapi yang menjadi masalah kepada rakyat adalah kenapa UMNO masih mendapat kelebihan seperti yang mereka rasa sebelum ini.semuanya ini berlaku kerana Khalid Ibrahim masih terhutang budi dengan rakan rakan UMNOnya. Khalid adalah ahli baru di dalam PKR dan sebelum ini beliau adalah ahli UMNO

Kisah Menteri Besar  Selangor Yang Memerintah Sekarang

Tentu nya kita sering dengar cerita tentang rasa tidak puas hati rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat tentang tindak tanduk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memerintah Selangor.

Perbezaan kelihatan bagaimana UMNO dan PR memerintah jelas kelihatan, dari keadaan penyokong Pakatan Rakyat yang tidak semewah UMNO dahulu. Kalau tidak membantu PKR sendiri, kita tidak hairan tetapi yang menjadi masalah kepada rakyat adalah kenapa UMNO masih mendapat kelebihan seperti yang mereka rasa sebelum ini.

Sebagai kontraktor, nasib penyokong pembangkang masih seperti ketika UMNO memerintah dahulu. Sebelum ini, kontraktor kontraktor UMNO sudah menyiapkan diri dengan pelbagai asas kontraktor, Ini lah kelebihan yang mereka ada sedangkan kontraktor Pakatan Rakyat hanya berlandaskan kepada pengalaman dan urusniaga kecil kecilan selain dari mempunyai laluan dari YB YB yang mereka kenal.

Ketika ini, permohonan untuk kelas F sudah lama di bekukan dan untuk memohon lesen kontraktor bukan lah satu perkara mudah. Ianya kerana masih terdapat sistem kroni dan rasuah di dalam proses memohon lesen tersebut. Jika tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup, sukar benar untuk memohon lesen baru.

Oleh kerana kesukaran tersebut, penyokong pembangkang masih di ketepikan di dalam usaha memperolehi kontrak selain meminjan lesen lesen syarikat penyokong UMNO untuk mendapatkan kerja dan kontrak.

Lantas kerana itu, UMNO terus mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi mereka walaupun kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah.

Bila bertanya tentang kenapa masih terdapat pengurus dan ahli ahli UMNO di dalam kerajaan Negeri Selangor, ada sesetengah antara teman teman berpendapat bahawa semuanya ini berlaku kerana Khalid Ibrahim masih terhutang budi dengan rakan rakan UMNOnya. Khalid adalah ahli baru di dalam PKR dan sebelum ini beliau adalah ahli UMNO yang pernah bertanding di dalam pemilihan Bahagian di tempatnya. Khalid tidak pernah berjuang bermatian matian bersama PKR. Hidupnya senang. Tiba ketika bahagia.

Kerana itu beliau tidak mempunyai masalah dengan rakan rakan UMNONya. Sering bertandang dan memberikan bantuan.

Pilihanraya Ijok adalah perjuangan baru beliau bersama PKR. Baru 2 tahun berlalu dan beliau tidak mempunyai dendam sepenuhnya seperti yang di alami oleh anggota dan penyokong PKR. Kerana itu bila dia memerintah, masih ramai UMNO Tok tok yang masih berada di dalam kepimpinan atas kerajaan termasuk PBT dan anak syarikat kerajaan Negeri Selangor. Maka selepas hampir 10 bulan memerintah, beliau masih mengekalkan barisan penyokong UMNO sebagai kakitangan berjawatan tinggi.

Jika tidak kerana pencen, mungkin Dato Harun, bekas pengarah PKNS masih bekerja. Bila timbul masalah dengan rekod rekod yang secara tidak sengaja terbongkar, maka Datuk Harun tidak lagi disambung perkhidmatannya. Pada awalnya, ianya kecoh dan selepas itu, janji kerajaan negeri menerusi EXCOnya, Hassan Ali, wanita yang menjadi pemangku pengarah akan di jawat untuk sementara waktu. ISu tersebut sudah berlarutan sehinnga sekarang dan ketika ini usaha mendapatkan pengganti pengarah sebenar, masih samar samar. Ada kah ini satu sandiwara atau kerajaan negeri Selangor berhadapan masalah dengan karenah MB sendiri?

Apa apa pun, segalanya kelihatan lewat dan sekarang ini penyokong PKR sendiri sudah mencemuh MB Selangor yang di lihat berat sebelah dan tidak mementingkan penyokong PKR sendiri.

Tika ini, masing masing berharap agar pertukaran dibuat. Namun rakyat berharap agar DS Anwar membuat satu perubahan yang drastik dan mengejut agar Menteri besar ini di tukar. Menurut desas desus, seorang ahli politik akan menggantikan tempat beliau. Tetapi waktu dan ketikanya tidak dapat di pastikan. Perubahan ini amat di nantikan. Rakyat yang tidak cukup hanya sekadar bantuan 20 liter padu air, masih mengharapkan kelebihan lain. Kalau pergi ke mana mana pun, MB Selangor asyik mengulang cerita air yang sama. Rakyat dah jemu. Nilai ntidak seberapa. Hanya sekitar RM11.00 sebulan, tapi seperti RM11,000 sebulan untuk satu keluarga.

Sehingga kini sikap Khalid tidak menampakkan perubahan. Menjadi pengajaran kepada Rakyat Selangor. Kita percaya kepada DS Anwar untuk membuat keputusan, malangnya memilih Khalid sebagai Menteri Besar, sungguh sungguh mengecewakan.

Kepada Kontraktor kontraktor yang memihak kepada Pakatan Rakyat, ramai yang terpaksa bertukar kepada cara hidup lain untuk terus hidup. Sedangkan MB sendiri layaknya memikirkan kehidupan dia sendiri dari rintihan rakyat yang mengharap padanya.

Ramai juga kontraktor dan peniaga yang kecewa dan bersumpah tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat kerana inilah namanya ‘SOKONG YANG MEMBAWA REBAH’. Mereka kata, kalau tiada perubahan, biar lah undi mereka rosak, dari mengundi UMNO dan Pakatan Rakyat.

Tiada harapan bersama PKR, tidak memihak kepada UMNO.

http://umnomore.blogspot.com


Responses

  1. kalau dah terlalu lama makan bersama amno sapa pun jadi macantu, kalau tak caya tengokla nanti andainya ada rezeki anwar jadi pm…. sama jugakla macam paklah atau najib, mari kita sama sama tengok sapa yang kena……!!!!!

  2. btol tu aku sokong kenyataan yg di atas hey come on lah jgn jadi kampong nie aku nak tanya ko sikit kerajaan mana kat dalam dunia nie yg tak makan “LEBIH” cobe ko bagi aku satu,satu nama jer jadi la..
    sebab apa aku kata macam tu bile mula-mula memang la baik lama-lama nanti dier buat la perangai dier bagi kronie kronie la bile bende tu dah jadi nanti rakyat sume ternganga la makan jari sendiri “SUDAH JATUH DI TIMPA PULA DENGAN TANGGA KONKRIT”……………aku tak sokong memana baik kerajaan ke baik pembangkang sebab bagi aku parti mana yg memerintah pon aku kene kerja jugak kene bagi anak bini makan jugak kene isi minyak jugak dan bermacam-macam jenis kene la tak pernah pulak this so called wakil rakyat datang kat umah aku tu la pasal aku tak kesah “YANG PENTING MELAYU MEMERINTAH NEGARA ITU PON AKU DAH BERSYUKUR ALHAMDULILLAH…….”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: