Posted by: pinkturtle2 | Disember 16, 2008

Karpal Ulangi Pendirian Mahu Ketua Hakim Letak Jawatan

Mana mungkin seorang Hakim yang telah mengaku dalam sidang media bahawa beliau terlibat rasuah pada tahun 1987 boleh dianggat sebagai Ketua Hakim Negara. Apakah kita dapat melihat satu sistem perundangan yang adil dan telus jika manusia seperti ini dibiarkan terus berkuasa?.

Mana mungkin seorang Hakim yang telah mengaku dalam sidang media bahawa beliau terlibat rasuah pada tahun 1987 boleh dianggat sebagai Ketua Hakim Negara. Apakah kita dapat melihat satu sistem perundangan yang adil dan telus jika manusia seperti ini dibiarkan terus berkuasa?- Pahangdaily

Karpal minta Ketua Hakim Negara letak jawatan

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh hari ini menyerahkan surat kepada Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki TUn Azmi meminta beliau meletakkan jawatannya berikutan Zaki dikatakan telah mengaku secara terbuka terlibat dengan rasuah pada tahun 1987.

Karpal berkata, surat itu dihantar kepada kepada setiausaha Zaki melalui penasihat undang-undangnya pada jam 10.30 pagi tadi di pejabat Ketua Hakim Negara itu di Putrajaya.

“Surat itu dihantar kerana beliau tidak melaporkan kepada Ketua Kehakiman atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada ketika itu, jadi beliau bukan seseorang yang layak memegang jawatan itu.

“Saya rasa Perdana Menteri perlu mengarahkan beliau meletakkan jawatan kerana telah memalukan badan kehakiman,” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Ditanya sama ada satu tribunal khas perlu ditubuhkan untuk menyiasat kenyataan Zaki itu, Karpal berkata hal itu tidak perlu kerana kenyataan itu dibuat secara terbuka.

Zaki sebelum ini dikatakan telah membuat kenyataan terbuka dalam satu persidangan di Kuching pada 7 November lalu bahawa beliau telah terlibat dengan rasuah semasa bertugas sebagai peguam pada tahun 1987.

Kenyataan itu dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris keesokan harinya. Bagaimanapun, Zaki menafikan bahawa beliau pernah terlibat sama ada menerima atau memberi rasuah.

Pada 26 November lalu, Karpal telah memfailkan Notis Usul bagi membincangkan kelakuan Zaki itu mengikut Fasal 127, Perlembagaan Persekutuan yang kini telah pun tersenarai dalam Aturan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk dibahaskan.

http://www1.mstar.com.my

Ulasan Pahangdaily

Nampaknya, isu ini semakin hangat sekarang. Mana mungkin seorang Hakim yang telah mengaku dalam sidang media bahawa beliau terlibat rasuah pada tahun 1987 boleh dianggat sebagai Ketua Hakim Negara. Apakah kita dapat melihat satu sistem perundangan yang adil dan telus jika manusia seperti ini dibiarkan terus berkuasa?.

Maka itu kita tidak hairan dari mana Tun Azmi belajar ilmu rasuah ini, kerana beliau adalah anggota Lembaga Displin UMNO. Selama ini sudah puas dan acap kali beliau melihat poltik wang berlaku dalam parti karat UMNO itu. Maka sesekali apa salahnya beliau mencuba.

Namun, hairan benar kenapa beliau tidak ditahan oleh pihak BPR untuk tujuan penyiasatan atas pengakuan yang dilakukannya. Sedangkan seorang Ahli Majlis Perak dari PKR dulu, ditahan untuk siasatan gara-gara mengaku menerima rasuah seks di Pulau Pinang. Kenapa ada dua undang-undang di Malaysia ini?


Responses

  1. Aduhai Karpal……. tak payah la nak suruh Ketua Hakim Beruk tu letak jawatan, kalau ada undang- undang pun, bukan untuk digunapakai kepada pemimpin tapi semua tu untuk membenam rakyat je. Malaysia ni dah punah dah……

  2. Biarlah karpal tu buat…nak harap kau orang sampai bila….? banyak melayu suka jadi pengikut dari jadi ketua???


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: