Posted by: pinkturtle2 | Disember 17, 2008

Bekas Mufti Pulak Kena GAM ngan RTM

musuhharta

Bekas Mufti Pulak Kena GAM ngan RTM

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba saja ‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu dari nukilan puisi Dr Asri Zainul Abidin yang juga bekas Mufti Perlis tidak mendapat kelulusan dari pihak RTM (MILIK PENUH UMNO /BARISAN NASIONAL) untuk siaran. wkahakhakhaka, UMNO ni parti YAHUDI kan,KALAH ISRAEL

Hal ini telah dimaklumkan oleh pihak pegawai perhubungan RTM kepada penerbit album Xifu Nasir semalam.

Lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa difahamkan tidak mendapat kelulusan kerana liriknya.

Xifu berkata, beliau sendiri tidak diberitahu secara khusus dan terperinci kenapa lagu itu tidak lulus.

“Mereka cuma memberitahu kerana masalah lirik sahaja,”jelas Xifu Nasir.

Menurut beliau, hanya stesen RTM saja yang tidak meluluskan lagu ini sedangkan di stesen lain sudahpun mendapat kelulusan sepenuhnya.

Lagu ini merupakan salah satu dari 8 buah lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album ‘Yang Benar Tetap Benar.’

Selain lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu title track ‘Yang Benar Tetap Benar’ juga masih belum lulus sepenuhnya kerana akan disemak semula disebabkan ahli panel tidak berapa arif tentang perkataan ‘makar’ yang digunakan dalam puisi tersebut.(’Makar’ adalah kalimah Arab dari Al Quran).

Ketika dihubungi hari ini, Dr Asri melahirkan rasa kemusykilannya kenapa liriknya digam.

“Saya hairan mengapa lirik saya ‘Aku Bukan Musuh Harta’ digam oleh pihak berkenaan, sedangkan nilai moral dalamnya tinggi, ia tidak ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk sesiapa sahaja yang menyalahgunakan harta rakyat dan awam,” jelas beliau dari kediamannya di Lampeter, United Kingdom.

“Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.

“Jangan anda menghalang sesuatu ungkap

an umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh bahawa andalah orang khusus dari yang umum atau am itu,” kata Dr Asri yang kini berada di UK untuk tempoh setahun bagi cuti sabatikalnya.

Katanya lagi,”Saya menulis lirik itu untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat. Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik seperti itu pun diharamkan.”

Dr Asri, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang kesukaran pihak panel RTM memahami perkataan ‘makar’ di dalam puisi beliau yang bertajuk ‘Yang Benar Tetap Benar’ itu.

“Semua pihak tahu bahawa saya bukan orang politik, maka ketika saya menulis lirik saya bebas dari kepentingan kerusi atau kepartian. Mereka silap jika bertindak demikian,” kata tokoh agama yang terkenal kerana kelantangannya melontarkan idea tentang apa saja berhubung isu agama, politik, sosial mahupun hiburan.

Lagu-lagu puisi lain yang dimuatkan dalam album yang sudahpun berada di pasaran sejak bulan lepas itu ialah Aku Rela, Biarlah Aku Di Daerah Ini, Derita Hati Seorang Bonda, Islam Di Cina dan Dunia Yang Beredar.

Kesemua lagu telah disampaikan oleh penyanyi Aishah, Kopratasa, Dakmie dan band nasyid pertama di Malaysia iaitu Algebra.

Selain 8 buah lagu ini, album ini juga turut memuatkan puisi yang disampaikan oleh Dr Asri bertajuk, ‘Itulah Politik Namanya’ dan ‘Salah Menduga.’

Gabungan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Xifu Nasir, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain menjadikan album ini cukup istimewa dan unik.

Album ini juga adalah terbitan dan edaran Nasyeed.Com.

NOTA KAKI : MEMANG RTM BAWAH UMNO NI BANGHAL +KELDAI, CERITA-CERITA INDON,CINA,AMERIKA LATIN YANG TAK EBRI AFEDAH DIBEBASKAN SIAR DI RTM.

MEMANG SHABERY CHIK (MULUT BERBUIH) MENTERI PENERANGAN TU BODO MACAM KAMBENG)

UMNO MACAM ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG…TAKUT KEPADA BAYANG-BAYANG SENDIRI..WKAHAKHAKAA..SAPA MAKAN CILI,,DIA LA TERASA PEDAS..WKAHAKAHKAHKA
DIE TO UMNO/BN!!!!PI MAMPUS UMNO,

http://webpanas.blogspot.com


Responses

  1. Apa masalahnya kalau RTM dah gam,banyak lagi TV lain ada,masuk je la ASTRO ke,buat konsert kat kampung-kampung ke,jual cd dengan ahli PAS,PKR,DAP jangan main hentam orang macam tu tak baik, baik-baik dapat pahala percuma dosa juga yang dapat, so jangan berhenti dari berdakwah dek kerenah RTM,teruskan.

  2. rtm gam dah

    mungkin lagu itu terkena semua pemimpin umno, sebab tu digam. kalau tidak tak kan dibuat begitu rupa. rakyat dah tahu pemimpin itu pemimpin ini, kalau bergelumang dalam umno tak boleh lari. siapa yang nak kaya duduklah dalam umno. dia yang buat, dia yang takut. takut bayang bayang sendiri. nak kata hantu bukan hantu, nak kata orang bukan orang. inilah hantumno.

  3. Nampak gaya kena ada komposer yang cipta lagu ‘Rasuah Boleh’ sempena persidangan UMNO Mac ini. Teman gerenti RTM tak gam. Calon2 Timb Presiden tentu gembira sebab pertandingan lebih adil dengan sokongan lagu “kau boleh sapu”.
    Harap Dr Asri cipta lagu ‘Bukan Model Yang ku cari’, khas untuk Najib dan rakan-rakannya. Jangan lupa lagu untuk Bik Mama, ‘Oh C4’. Cipta lagu ni kena bentuk nada rap, baru kelas!

  4. Syabas Dr. Asri atas ciptaan lirik lagu yang memang sangat bagus untuk dihayati oleh semua umat Islam sama ada di Malaysia mahupun di seluruh dunia. Semoga Allah swt merahmati Dr Asri sekeluarga dan sentiasa berada di bawah lindunganNya dari para munafikun.

    RTM tu kan hak rakyat Malaysia. Depa tu tukang jaga saja. Janganlah buat RTM tu macam bapa depa punya. RTM tu sepatutnya menyampaikan perkara-perkara yang baik-baik buat rakyat jelata agar rakyat Melaysia menjadi rakyat yang baik-baik. Ini tidak. Tunjukkan cerita Amerika Latin yang menonjolkan ‘kemaluan-kemaluan’ wanita. Jadi tak hairanlah para wanita di Malaysia (termasuk Melayu Kita) suka menonjolkan ‘kemaluan-kemaluan’ mereka di khalayak ramai termasuklah artis-artis kesayangan RTM. Mungkin Pak Menteri seronok menonton kot. Biar air liur terliur melihat kelibat ‘kemaluan-kemaluan’ yang ditonjolkan itu.
    AKU dah lama tak menonton stesen RTM. Bagi AKU, RTM tu ibarat Rehat Tunggu Mati.

  5. dia pakai gam cap apa?

    *sori lari topik sket*

  6. gam pang

  7. banyak lagi siaran lain, tak perlu maki hamun… kalau dah dia org tunjuk contoh tak baik, kenapa kita pun nak tunjuk contoh yang tak baik… aduyai…

  8. KETUANAN MELAYU GAM MELAYU..

  9. sebenarnya, ini bukan lirik lagu la… ia adalah puisi nukilan dr maza. kumpulan kopratasa yg mmg dah popular dgn lagu2 puisi mengolahnya sebagai lirik dlm salah satu lagu album mrk.

    ‘kemaluan-kemaluan’ wanita? salah eja ke atau sengaja? tak sensor langsunglah aku ni…!!! ckp aurat tu kan lebih sesuai, psl yg ko ckp tu adalah bhgn yg lebih khusus dlm aurat yg terlarang…

    rtm tu mmg rehat tunggu mati je… psl tu la tunjuk rancangan2 yg menggiurkan dgn harapan nak menarik minat org2 muda (muda usia atau tua usia tapi muda hatinya) kpdnya.

    rtm skrg ni bukan hak rakyat… ia kepunyaan ‘keparat’ yg disebut oleh dr maza tu, psl tu la bila kena atas btg hidung dia, melenting terus mcm KERA kena belacan… yg dia tak sedar, tindakan tu akan menjadikan lagu ni lebih popular lagi…. timakaceeeeeehhhhhh…..

  10. Penerbit dan kakitangan RTM memang tak takut mati.Allah akan membalas orang yang zalim.RTM adalah harta rakyat dan perlu amanah dan menyatakan yang benar dan menolak yang batil

  11. Biarlah RTM nak gam …berapa kerat sgt laa yg masih menonton RTM ni…teknologi rendah…mutu programnya teruk. Kalau nak tengok citer yusof haslam boleh laaa


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: