Posted by: pinkturtle2 | Disember 17, 2008

Siapa Sebenarnya Yang Dimaksukkan Oleh Saifuddin

Saifuddin Nasution memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa beliau mempunyai bukti lengkap perbuaatan rasuah seorang calon Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac ini.

Saifuddin Nasution memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa beliau mempunyai bukti lengkap perbuaatan rasuah seorang calon Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac ini.Siapakah calon Timbalan Presiden Umno itu?

Kenapa orang Muhyiddin marah pendedahan Saifuddin?

Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution memberitahu Dewan Rakyat semalam bahawa beliau mempunyai bukti lengkap perbuaatan rasuah seorang calon Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac ini.

Menurut Saifuddin, beliau ada bukti di mana pertemuan tersebut diadakan dan berapa yang bakal diperolehi – RM500 seminggu serta tiket penerbangan dan penginapan hotel percuma.

Apa yang menyebabkan saya terkejut beruk ialah perihal orang-orang Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengamuk dengan pendedahan Saifuddin itu. Mereka mendakwa, orang yang dituduh oleh Saifuddin itu ialah Muhyiddin. Rasa tak percaya pulak sebab Muhyiddin selalu membuat kenyataan menentang rasuah. Kalau Muhyiddin tak rasuah, mengapa seorang ketua bahagian yang juga orang kuatnya mengamuk? Penin, penin dengan Umno ni. Ya ayyuhallazina Umno!

http://penarikbeca.blogspot.com


Responses

  1. Dedah jangan x dedah !!!

  2. orang yang makan cili api yang akan merasa pedas…..lu pikir sendiri.

  3. Tiga-tiga orang calon TP umno tu sama je 2 x 5. Calon jawatan lain pun serupalah. Rasuah dalam pemilihan umno sudah jadi wajib. Kalau tak bagi, keluar air mata darah sekalipun calon umno takkan menang dalam pemilihan pemimpin mereka. Itu sudah jadi budaya, syarat wajib nak jadi pemimpin umno reput tu.
    Dalam umno tiada istilah ‘haram’. Semua disapu belaka. Cuma diorang elak makan babi je, tapi komisyen jualan babi diaorang sapu. Dapat duit percuma hasil songlap projek kerajaan, lepas tu taburlah pada perwakilan umno. Bila menang, lagi banyak projek masuk. Tak gitu Najib, Mike Tyson, Ali dan lain-lain calon umno reput?
    Pemimpin umno akan berlakon yang terbaik depan rakyat, tapi dibelakang rakyat semua disapu, diredah,disonglap kerana mereka ada Utusan Meloya, berita Hairan dan TV 3 suku yang akan ‘cover’ jenayah mereka. Tak cukup dengan tu Jawatan kuasa PAC pun akan cover. Agaknya tentulah lumayan Azmi Khalid, pengerusi PAC tu dapat. Contoh helikopter Eurocopter yang dibeli 2 x ganda daripada harga pasaran dunia. Itulah cara2 nak melingkupkan hasil negara supaya kroni kaya-raya 7 keturunan, manakala rakyat tetap papa kedana sampai bila2.

  4. ha… nak tambah sikit lagi…

    bila rakyat papa kedana, mrk akan tetap bergantung kpd KERAjaan yg kononnya sentiasa menolong dan menjaga maslahah mrk. lagi lama keadaan ini, lagi bagus krn tiada sape yg akan menentang mrk.

    cuba tengok apa jadi kalau rakyat dah berdikari… jgn harap la mrk boleh duduk senang mcm skrg ni… talian hayat mrk cuma pada rakyat2 berpenyakit bbs yg kebnykannya masih enak tidur2 bermimpikan ketuanan dan tak sedar hari dah hampir senja…

  5. Inilah perangai pemimpin-pemimpin UMNO dan Be End yang sangat meloyakan dan lagi memalukan. Selagi tidak beramal Islam sebenar, selagi itu menjadi penipu rakyat.
    Tak sedar lagikah wahai rakyat Malaysia.Tidak sedarkan sejarah Mike Tyson membawa lari duit ke Australia, masih lagi dicalon Timbalan Presiden.Rahim Tambi yang skandal dengan budak perempuan dulu juga dicalon Naib Presiden.Bekas MB yang bermasalah di Johor juga menjadi calon Timbalan Presiden dan bakal Timbalan Perdana Menteri.
    Orang UMNO perlu pilih orang yang layak jadi pemimpin, berjiwa rakyat dan ada roh Islam.Jangan melaung Islam Hadhari, tapi tak faham apa itu syariat Islam.
    Kalau begitu benarlah apa yang disebut Islam Hadhari adalah di antara punca kekalahan Be End dalam PRU 12.Pemimpin UMNO dari no. 1 hingga ke bawah berbueh mulut bercakap Islam Hadhari tetapi tidak menggambarikan penampilan mereka,isteri dan anak pinak mereka tidak berdasar Islam sebenar tetapi ikut Islam Hadhari

  6. Dedahlah
    Minta dedah semua keburukan pelakun pelakun UMNO supaya penonton penonton tahu kejujuran pelakon yang mereka minat. ok…

  7. kat depa namanya politik wang bukan rasuah laa

  8. Hidup rasuah ! hidup rasuah ! hidup rasuah !

    Mati Melayu ! Mati Melayu ! Mati Melayu !

    Dulu kini & selamanya untuk rasuah !

  9. Adakah saifudin juga mempunyai berkotak-kotak bukti?..Jika tak dedah pembohong juga manusia ini…..PKR = X UMNO

  10. Memang budaya UMNO RASUAH dah jadi darah daging mereka dari pemimpin no. 1 hingga ke bawah.
    BPR tak mampu nak siasat kerana ramai sangat.Kalau diambil tindakan UMNO akan lumpuh dan akan mati.

  11. Tak kira siapa orangnya sudah tentu antara yang bertanding jawatan tu. Bukan ramai pun. Hal ini tak jadi hairan kerana ini memang cara dalam UMNO. Makcik sebelah rumah aku pun dah pandai demand sebab jadi pewakilan semasa pemilihan mac 09 nanti. Pi lingkuplah UMNO.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: