Posted by: pinkturtle2 | Disember 18, 2008

DAKWA SEGERA AGEN CALON TIMBALAN PRESIDEN

DAKWA AGEN CALON TIMBALAN PRESIDEN JIKA ADA BUKTI

Timbalan Pesuruhjaya PAS 2, Negeri Melaka, Haji Bakrin Sidek berkata dakwaan bahawa terdapat agen calon Timbalan Presiden Umno melakukan rasuah dengan menyuap perwakilan untuk dicalonkan pada mesyuarat agung bahagian Umno tertentu merupakan dakwaan yang serius dan mesti disiasat.

“Siasatan mesti dilakukan oleh BPR bukan hanya jawatankuasa siasatan dan tatatertib Umno sahaja kerana ianya adalah bersabit dengan kesalahan rasuah. Jika terdapat bukti yang kukuh individu terbabit dan calon Timbalan Presiden Umno tersebut mesti dihadapkan ke mahkamah.”

“Saya memang tidak pelik dengan dakwaan itu kerana rata-rata pemimpin dan ahli-ahli Umno memang mengakui akan ujudnya gejala jijik rasuah dan politik wang pada pemilihan Umno baru-baru ini. malah sekarang ini gejala ini berterusan sehingga ke hari persidangan agung Umno Mac 2009 nanti” kata Hj Bakrin

Beliau juga menjelaskan bahawa pemimpin-pemimpin Umno seperti Ahli majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah juga mendakwa bahawa gejala rasuah didalam Umno sudah sampai ke tahap kronik.

“Rais sendiri mencadangkan supaya pertandingan dalam Umno dijalankan secara tender, di mana sesiapa yang membida lebih tinggi dia akan menang”.

“Saya mengharapkan pihak BPR menyiasat segala dakwaan dan laporan yang dibuat oleh sesiapa sahaja samada dari kalangan Umno atau dari luar,ini penting supaya pemimpin Umno yang dipilih nanti yang juga sesetengah menjadi pemimpin kerajaan, adalah pemimpin yang bersih dan telus” .

“Kita bimbang negara kita akan hancur apabila pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan salahguan kuasa diangkat menjadi pemimpin Umno dan kerajaan” kata Hj Bakrin yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil.

http://mutaligat.blogspot.com


Respon

  1. Selagi BPR atau SPRM atau apa saja suruhanjaya yang d tubuhkan duduk bawah pentadbiran PM, tak payah nak bincanglah. Semuanya akand bakul sampahkan oleh PM Dollah atau Najib nanti. BPR dan SPRM mesti diletakkan di bawah pentadbiran/seliaan Parlimen. Ketua Pengarahnya mesti melaporkan terus kepada persidangan parlimen. Bersoaljawab di parlimen tanpa perlu membentangkan laporan siasatan kepada PM. Barulah semua rakyat boleh yakin.
    Lagi satu badan perisikan dan penyiasatan kepada BPR juga perlu ada supaya pegawai BPR juga tidak ambil rasuah dalam bentuk wang, hadiah tanah, hadiah perkhidmatan dan sebagainya.
    Senarai 18 orang perasuah tegar berprofil tinggi yang diumumkan oleh Rais Yatim masa jadi Menteri d JPM mesti diteruskan dan dibuka semula. Jika tidak SPRM hanya jadi bahan lawak ‘Raja Lawak Astro’ sajalah!

  2. Bakal Presiden UMNO ……. pasti dan berbukti
    Bakal Timbalan Presiden UMNO …….. dikenalpasti dan berbukti
    Yang menerima …… Ahli-ahli UMNO …… pasti dan berbukti

    Apa lagi nak kita nak harapkan dari Parti Tertua Melayu? Harapkan Pagar, Pagar yang Makan Padi.

    Bolehkah kita menaruh harapan pada manusia yang terlibat dengan gejala Rasuah dalam soal Pertahankan Maruah Bangsa Melayu sedangkan mereka itu tidak bermaruah, tidak ada integriti, ….

    Sedarlah wahai orang Melayu. Yang dok menjahanamkan kita tu, siapa, ya? Jangan termakan hasutan mereka.

    MELAYU TETAP TEGUH BERDIRI MEGAH TANPA MEREKA INI. MELAYU YANG PEGANG PADA AJARAN AGAMA ISLAM AKAN DIPANDANG MULIA DEK KAWAN MAUPUN LAWAN. PERCAYALAH. HANYA ALLAH SWT YANG DAPAT MEMBERI KEMULIAAN PADA MANUSIA. Rezeki datang dari Allah swt dan bukan UMNO. Teguhkan akidah dan bertaqwa hanya pada Allah swt.

  3. namapun suruhanjaya… jadi kambing suruhan.. berjaya untuk menjadi suruhan tuannya je la…..

  4. YANG PASTI BPR DAH TERPALIT OLIH NAJIS RASUAH LEBIH2 LAGI YG BAGI RASUAH ITU IALAH KEPALA NAJIS, JGN HARAPLAH NAJIS TU BOLIH DI BERSIHKAN, SEGALANYA ADA DI MALAYSIA NI..PENDEK KATA MACAM2 ADA…KPN KETUA PEROMPAK NEGARA..BPR BADAN PENERIMA RASUAH..KHN KETUA HAPRAK NEGARA

  5. Mmg itulah budaya UMNO yang rata-ratanya oprang melayu beragama Islam. Rasuah duit, sex dah jadi budaya mereka. Kalau buat laporan kat BPR pun, aku rasa tak ada gunanya kerana BPR sendiri pun tak bersih. Apa yang penting, kite kena kembali kepada fitrah agama………. takut lah besok bila mati kubur berasap jer


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: