Posted by: pinkturtle2 | Disember 24, 2008

Samy Vellu pecat Bendahari Agung MIC serta merta

Saya ada terima surat daripada Datuk Seri (Samy Vellu) semalam. Tiada sebab dinyatakan. Lagipun melantik Setiausaha Agung, Bendahari Agung adalah kuasa Presiden.Gambar- TAN Sri M. Mahalingam dan Datuk Seri S. Samy Vellu dalam sebuah majlis di ibu negara.

Saya ada terima surat daripada Datuk Seri (Samy Vellu) semalam. Tiada sebab dinyatakan. Lagipun melantik Setiausaha Agung, Bendahari Agung adalah kuasa Presiden.Gambar- TAN Sri M. Mahalingam dan Datuk Seri S. Samy Vellu dalam sebuah majlis di ibu negara.

Samy Vellu pecat Bendahari Agung MIC serta merta

PETALING JAYA: Pemimpin veteran MIC, Tan Sri M. Mahalingam, antara orang kuat Datuk Seri S. Samy Vellu sekian lama, telah dilucutkan daripada jawatan Bendahari Agung parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Malah difahamkan, Mahalingam, Bendahari Agung sejak tiga penggal lalu, telah diminta oleh Samy Vellu supaya melepaskan semua jawatan dalam MIC termasuk dalam sayap pelaburan dan pendidikan parti itu.

Mahalingam, 73, ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi mengesahkan ada menerima surat daripada Samy Vellu semalam mengenai keputusan melucutkan jawatan itu.

“Saya ada terima surat daripada Datuk Seri (Samy Vellu) semalam. Tiada sebab dinyatakan. Lagipun melantik Setiausaha Agung, Bendahari Agung adalah kuasa Presiden,” kata Pengerusi MIED Capital Sdn. Bhd., syarikat yang menguruskan pelaburan pendidikan MIC.

mStar Online difahamkan ia berkait rapat dengan perkembangan terbaru dalam parti itu termasuk dipercayai ekoran pendirian beberapa pemimpin veteran menjelang pemilihan parti tahun depan, yang bakal menyaksikan Samy Vellu mempertahankan kerusinya.

Laporan semalam menyebut bakal calon jawatan Presiden, Datuk M. Muthupalaniappan kemungkinan berhadapan dengan tindakan disiplin parti dan ia telah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Khamis lalu.

Selain Bendahari Agung, Mahalingam juga merupakan salah seorang pengarah badan amanah sayap pendidikan MIC, Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) yang baru ditubuhkan.

Ketika ditanya sama ada menyedari sebab atas tindakan itu, beliau yang juga bekas Setiausaha Agung MIC itu berkata, “itu anda kena tanya pada Presiden. Ia hak Presiden.”

Mahalingam merupakan bekas Ahli Dewan Undangan, Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri sebelum dilantik sebagai Bendahari Agung.

Selaku Bendahari Agung beliau dilantik mengurus dan menyelia sayap pelaburan dan pendidikan itu.

Malah, dengan lantikan sebagai sebagai Bendahari Agung Mahalingam menganggotai CWC MIC – badan membuat keputusan dasar dan keputusan parti.

Bulan lalu Mahalingam dilantik menganggotai jawatankuasa pemilihan presiden. Pemilihan presiden akan diadakan suku pertama tahun depan.

Dalam pada itu, Samy Vellu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenai sebab pemecatan Mahalingam.

http://www1.mstar.com.my


Respon

  1. Salam

    Atok Samy kenapa mahu pecat kasi cerita sikit?

    Sudah 30 tahun atas takhta. Itu keinginan mahu berundur, tidak ada ka?

    Kasi jawab siket!

    P/S: Atok Samy itu besi kalau sudah berkarat kita kasi buang. Kalau orang berkarat kita buat apa? lu sendiri fikir.

    Wassalam

  2. Sang Kumbang, Samy tu beragama Hindu. Yang kome bagi salam pada samy hindu tu buat apa? Itu pun kalau sang kumbang Islam.
    Deii Samy!! Engko sudah berumur 70 tahun lebih, tarak ingat mahu turun ke? Pemuda MIC, engko kata tarak bole lebih umur 40. Tapii engko sendiri sekarang umur sudah senja! Lagi mahu pegang jawatan Presiden. Deii Samy! Engko mahu mati atas kerusi presiden ka!
    Deii Samy…Mahathir sudah turun, KhengYeik sudah turun, Ong Ka Ting yang mudapun dah turun, tapi engko satu orang presiden juga tarrak mau turun! Chiiitt pooddaahhh. Nie paitiem ma!

  3. Kumbang…saya pecat itu Mahalinggmn fasal dia tara amanah punya orang laa…dia bendahari parti MIC la..dia sikit ada songlap duit parti laa..kita ada siasat juga..lagi dia mau lawan sama saya pemilihan parti tahun depan la…ini macam tara bole laa..ramai pemimpin MIC sudah tidak mau setia sama saya sekarang…mereka sudah lupa saya banyak tolong sama mereka laa..mereka mau Subramaniam ganti saya punya tempat…ini macam mana bole !! Sekarang saya manyak sebok..satiap bulan kena pi India ..bawa Sami mari Malaysia kasi mandi susu sama Losemah..kerja manyak sekarang..kereta pun saya sendiri bawa..tara bole caya sama lain orang..dulu ada pakai derebar..tapi derebar ada bikin kahalwat sama Datin Indriani..banyak jahat dia…!!

  4. MIC adalah rakan karib UMNO jugak. Jadi, persamaannya tetap ada. Sama seperti MCA. Ini semua kroni juga…apa mau susah aya…kuar ramai-ramai dari itu MIC. PKR juga ada. Duduk dalam MIC sudah kena tindas. Itu Samy Vellu juga sudah jadi raja. Tiada sesiapa pun rakyat Malaysia dimestikan memasuki mana-mana parti melainkan secara sukarela.Dey…Keluar aje dari MIC tu dan tak perlu pening kepala..poochit..


Tinggalkan Jawapan kepada kumbang Batal balasan

Kategori