Posted by: pinkturtle2 | Disember 29, 2008

AMK Menunggu Kehadiran Ezam Bersama 6 Kotak Rahsia

Kita (AMK Terengganu) meminta supaya Ezam datang bersama 6 kotak yang pernah didakwa oleh beliau berkaitan rasuah dan penyelewengan pimpinan Umno dan BN.
Kita (AMK Terengganu) meminta supaya Ezam datang bersama 6 kotak yang pernah didakwa oleh beliau berkaitan rasuah dan penyelewengan pimpinan Umno dan BN. Rakyat seluruh Malaysia pernah diberitahu oleh Ezam ketika menjadi Ketua AMK Malaysia, mempunyai 6 kotak bukti rasuah dan penyelewangan UMNO /BN

‘Alu-alukan’ kehadiran Ezam bersama 6 kotak rahsia – AMK

KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Hrkh) Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu mengalu-alukan kehadiran bekas ketuanya, Ezam Mohd Nor untuk berkempen dalam Pilihanraya Kecil Parlimen (PRK) Kuala Terengganu dengan turut membawa 6 kotak rahsia besarnya.

Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ezam yang dikatakan telah dijemput oleh calon Barisan Nasional Senator Dato’ Wan Farid Wan Salleh bagi membantunya kerana pertarungan yang sengit dalam pilihan raya kecil kali ini.

“Kita (AMK Terengganu) meminta supaya Ezam datang bersama 6 kotak yang pernah didakwa oleh beliau berkaitan rasuah dan penyelewengan pimpinan Umno dan BN.

“Rakyat seluruh Malaysia pernah diberitahu oleh Ezam ketika menjadi Ketua AMK Malaysia, mempunyai 6 kotak bukti rasuah dan penyelewangan UMNO /BN,” kata Fariz ketika ditemui Buletinonline semalam.

Beliau berkata sekiranya Ezam masih konsisten dan serius dalam menentang rasuah maka PRK Kuala Terengganu adalah medan yang terbaik untuk beliau mendedahkan rahsia 6 kotak masih menjadi tanda tanya.

“Integriti dan kredibiliti Ezam akan kembali pulih selepas menyertai Umno semula dengan mendedahkan 6 kotak dokumen rasuah dan penyelewengan Umno- BN,

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah pun dibentuk dan diluluskan oleh Parlimen seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mendedahkan kekotoran dalam Umno- BN,” katanya.

Ezam pada Mei lalu, menyertai semula Umno setelah menjadi pemimpin muda KeADILan selama satu dekad dengan alasan kononnya menyokong Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi menentang rasuah.

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. …..kotak C4 kut…itu sbb. susah nak buka…silap buka makan tuan

  2. ehh!! dia ni memang biasa…
    tukang bawak kotaaakk.. ntah kotak ape tak tau la..
    dah lama dia bawak kotak ini.. kalau ikutkan dah rebeh bahu, tapi sayang nak bukak. ….takut katak dia tekelua kot.
    peduli apa dengan dia!!

  3. agak2 aku la dia mungkin akan guna courier service untuk bawak kotak2 tu kot…pastu bila tiba masa org tanya pasal kotak tu,mungkin dia akan ckp courier service lambat laa…..tapi sama2 la kita tgu.

  4. kot kot kotak tu dia dah jual kat kedai recycle paper…dapat la dia duit poket

  5. TAK SERIK SERIK SILUNCAI NI NAK TERJUN DGN LABU2 NYA, ADA BAIK NYA DIA JADI PECACAI ANGKAT NAJIS, DAH JADI SESUMPAH NAK JADI PECACAI, NI CUBA LAGI NAK JADI SILUNCAI

  6. Ini budak Bangsat ada lebih baik kita hantar pi Palestin, duduk kat malaysia ni pun tak mendatang apa2 untung! sampah masyarakat! Kasta dia lebih rendah dari mat gian yang duk kat bawah jambatan tu! Lebih baik hantar pi Palestin,tolong orang kampung baling batu kat Yahudi Laknatullah…dapat banyak pahala…untung2 kalau mati kena bedil pun dapat lah kau tu mati syahid! taklah mati membusok kat malaysia ni!!!

  7. Ezam oh Ezam, mengapa le kau jadi begini? Semua orang sedang dan cuba lari keluar dari tong tahi tapi kau pulak yang terjun ke dalam tong tahi itu. Macamana kau nak bersihkan tong tahi sedangkan kau ada di dalamnya. Bukankah pakaian kau nanti akan tercalit dek tahi, air kencing atau air tahi? Sepatutnya kita guna paip air jenis bomba tu untuk membersihkan tong tahi tu dari luar. Air yang terpancut dari pili bomba tu amat kuat dan mampu membersihkan tong tahi itu.
    Ezam oh Ezam, kau bukan sahaja tak dapat membersihkan tong tahi tu, pakaian kau akan tercalit tahi. Malahan silap hari bulan, kau makan tahi tu juga. Fikirlah sebelum terlambat dan terlanjur lagi …..

  8. Alahai Ezam, dulu masa kau dalam PKR sebagai Ketua AMK, aku respect kau tapi sekarang kau tak ubah sampah. Dah berapa banyak sesumpah yang kau hamburkan kepada rakyat malaysia, aku pun turut terpegun. Pegi la kau…. jaga la bini kau lagi baik dari mencari dosa kering dok kata orang dan sesumpah taik kau tu… hehehehehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: