Posted by: pinkturtle2 | Disember 29, 2008

UMNO pun saya minta untuk sokong Calon Pas – TGNA

setiap undi yang diberikan kepada PAS akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kerana PAS adalahsebuah parti yang memperjuangkan Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
setiap undi yang diberikan kepada PAS akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kerana PAS adalahsebuah parti yang memperjuangkan Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. UMNO awal-awal lagi tolak Islam, ambil kebangsaan, sudahlah begitu dia lawan pulak PAS parti yang terang-terang sebut al-Quran dan Hadis

Akan Sampai Masanya, Hudud Akan Di Terima

Kuala Terengganu – Suatu masa nanti, akan tiba masanya dimana semua pihak akan menerima perlaksanaan undang-undang Islam termasuk Hudud dan Qisas.

“Tak apalah, akan sampai masanya, kita tanam ubi kalau ubi setela kan, ubi keledek ni tiga bulan boleh makan, tapi kalau tanam kelapa sepuluh tahun boleh makan, “projek besar kita tengok, Islam ni projek besar, sepuluh tahun dua puluh tahun, nabi Muhammad 23 tahun, saya ni dua puluh tahun doh, pelik apa kalau lambat sikit,” kata Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat kepada para wartawan selepas Majlis Pelancaran Jentera Bantuan dari Negeri Kelantan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, di Masjid Hiliran, di sini semalam.

Beliau berkata setiap undi yang diberikan kepada PAS akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kerana PAS adalahsebuah parti yang memperjuangkan Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

”Kita tak boleh beri pahala, pahala mari dari Allah, Allah berikan siapa yang ikhlas kepada dia (baca ayat Quran) berabdi dengan penuh ikhlas kalau abdi tidak ikhlas tak boleh pahala, “UMNO awal-awal lagi tolak Islam, ambil kebangsaan, sudahlah begitu dia lawan pulak PAS parti yang terang-terang sebut al-Quran dan Hadis, macamana boleh pahala, “Sebab itu dia bagi duit, dia ganti dengan duit, ganti duit dengan pahala,”katanya ketika menjelaskan kenyataan dalam ucapannya dalam majlis tersebut yang menegaskan bahawa paa pengundi yang mengundi PAS akan diberi ganjaran pahala.

Sehubungan dengan itu beliau berkata tidak ada sebab bagi orang-orang Melayu Islam mengundi calun UMNO kerana UMNO terlalu banyak kelemahan dan tidak patut wujud.

“Tentulah (UMNO beri duit untuk minta sokongan), kalau tak beri duit kerana apa nak sokong dia, (buat) pembangunan, PAS boleh buat pembangunan, Pakatan Rakyat boleh buat pembangunan, nak jaga Melayu, dia jaga PAS lebih jaga lagi, kerana PAS ni jaga (Melayu) dari dunia sampai akhirat, “UMNO dia tolak Islam, dia tak sampai akhirat, dia jaga setakat dunia sahaja, ini kelemahan-kelemahan UMNO, dia tak patut wujud atas muka dunia ni,”kata beliau yang turut yakin dengan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Keyakinan beliau adalah berdasarkan kepada sokongan semua pihak yang semakinmeningkat kepada PAS kini berbanding dengan beberapa tahun lalu.

“Tentulah (menang), kalau menang kita boleh dua, pahala pun dapat, negeri kita memerintah, kalau tak menang, kita dapat pahala, tak apa tak rugi (baca ayat Quran) hei orang kafir, mu nak tunggu apa kami, tunggu satu daripada dua baik, kalau kita menang AlhamduliLlah, negeri kita perintah, kalau kita tak menang, kita boleh pahala tak apa lah tahun depan kita dapat lain,” “benda-benda hok (yang) PAS kata sekarang ni banyak dah orang terima, dulu, ni cerita (pasal) Hudud lah kan, terima Hudud, dulu usahkan Hudud, sebut kata politik Islam pun orang tak boleh terima, sekarang ni Melayu PAS pun terima, Melayu UMNO banyak sokong PAS dah sekarang ni, Cina pun sokong,” katanya.

Justeru beliau berharap semua warga Parlimen Kuala Terengganu akan mengundi calun PAS pada 17 Januari depan.

“Saya berdoa kepada Allah dan minta rakyat semua, Cina Melayu PAS dan UMNO sokong calun PAS, usahkan orang PAS, UMNO pun saya minta untuk sokong (calun PAS),” tambahnya.

http://buletinonline.net


Responses

  1. Wahai puteri puteri umNO Trengganu…usah lah adinda adinda sekelian merajuk kerana Nordiana..Ketua Puteri umNO Trengganu tidak dicalonkan sebagai calun BN bagi kawasan Parlimen Kuala Trengganu. Sabenar nya adinda adinda sekelian ada lah pencacai kepada pemuda2 dan lelaki umNO sebagai hamba sek mereka saja.Pada PRK KT kali ini tunjuk kan lah protes anda..dengan mengundi calun PAS.Bang Jit akan ke KT dan bertugas disana selama 12 hari..kalau setuju..bolih lah datang berjumpa abang disana dapat lah kita bermesra dan bermanja…

  2. wahai puteri-puteri umno yang ayu ..lebih ayu kalau pilih wakil PAS..cukuplah jadi ‘penyeri’ yang hanya memuaskan nafsu besar pemimpin korup dan kurap umno….kamu ni cuma khadam dalam piramid kuasa mereka..apa yg kamu bangunkan cuma kerosakan akhlak dari remaja hingalah ke tua bangka, rosak akibat kamu ni semua….tak pulak bawa halatuju ke arah Islam…..

    kamu bukan pilihan mereka sebab sokongan kamu hanyalah mendatangkan laba pada mereka..bukan faedah kepada rakyat pun…!!!!

  3. Inilah masanya golongan guru menunjukkan pentingnya kita kpd negara. Buatlah undian yang sewajarnya kerana guru lebih drpd 5000 org di PRK KT. Pihak memerintah selama ini hanya mementingkan orang koporat sahaja. Okey, cikgu-cikgu tunjukkan kita juga penting!

  4. insyallah walau pun kami tau pemimpin pemimpin kami amat dasyat dalam perjuangan nya.
    maka dengan ini kami akan mula untuk memprotes para pemimpin kami dengan memberi undi kepada pas bukan kami sokong sangat pas tapi untuk kesedaran para pemimpin kami demi masa depan rakyat malaysia…marilah putri putri rakan ku bersama sama kita memberi pengajaran kepada pemimpin kita supaya mereka tau apa itu perlaksanaan dan kesejahteraan dalam memimpin negara .

  5. AKU amat menyanjungi TGNA. Bagi AKU, TGNA lebih hebat daripada para pemimpin BN. TGNA selalu mengajak kita berjuang dt atas jalan Allah swt agar kita memperolehi kejayaan yang sejati di dunia maupun di akhirat. AKU berdoa agar Allah swt memanjangkan usia TGNA agar TGNA dapat memimpin kita ke arah yang BENAR.

    Memang benar cakap TGNA. Sokong perjuangan Islam mendapat pahala. Kalaulah pahala tu boleh dilihat seperti penyata bank, sudah tentu manusia akan berebut-rebut membuat pahala. Bagi ahli UMNO di kampong, dahlah pahala tak dapat, penyata di bank pun tak meningkat. Kasihan melihat depa yang …….

    Marilah saudara, letakkan diri kita semua di atas perjuangan Islam. No If No But. Mudah-mudahan kita disayangi Allah swt.

  6. sekarang UMNO sudah hancur,jangan risau,PAS pasti menang,oleh itu bila menang jangan pula susah nak jumpa macam PAS kat perak,lebih senang jumpa ADUN DAP dari PAS dan PKR kalau tak percaya jom ke Perak. Tolong nasihatkan calon PAS tersebut.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: