Posted by: pinkturtle2 | Disember 30, 2008

Pewaris serah memo ternakan babi Pada PAS

Timbalan Pengerusi Pewaris Rahimuddin Md Harun menyerahkan memorandum kepada Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.
PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada ceramah perdana “Mansuhkan ISA” anjuran parti itu di Bandar Baru Bangi malam tadi. – foto The Star MOHD SAHAR MISNI

Ceramah PAS “ISA” kecoh, Pewaris pula serah memo ternakan babi

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 anggota pertubuhan bukan kerajaan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) berkumpul di hadapan Stadium Bandar Baru Bangi dekat sini malam ini bagi menyerahkan memorandum meminta PAS membantu usaha memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka.Ketika itu sedang berjalan ceramah perdana bertajuk “Mansuhkan ISA” anjuran PAS dan sedikit kekecohan berlaku apabila wakil penganjur menghalang anggota Pewaris memasuki stadium kerana mendakwa ia menjejaskan kelancaran program itu.

Bagaimanapun selepas lebih 10 minit berunding, penganjur membenarkan hanya lima anggota Pewaris memasuki stadium itu bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun seterusnya menyerahkan memorandum itu kepada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Pewaris dan Gabungan Gerakan Melayu Muda (GGMM) mewakili penduduk enam buah perkampungan di Melaka yang mahukan pemimpin PAS membantu mereka menyelesaikan masalah ternakan babi yang semakin berleluasa.

Kira-kira 30 anggota polis dari Ibu Polis Daerah Kajang berkawal di kawasan stadium bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, Rahimuddin berkata, penyerahan memorandum itu adalah bagi meminta pertolongan pemimpin PAS untuk menyelesaikan masalah babi di Melaka.”Pewaris yang bertindak mewakili badan bukan Kerajaan (NGO) Islam, persatuan-persatuan seni, barisan dan organisasi budaya Melayu menentang sekeras-kerasnya ladang serta ternakan babi di Melaka khususnya di kawasan Masjid Tanah yang majoriti penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu,” katanya.

Katanya, pelbagai saluran telah dilakukan gerakan itu bagi menyelesaikan masalah babi, namun sehingga kini tiada tindakan diambil dan oleh kerana itulah mereka meminta bantuan PAS sebagai jalan terakhir.

“Kita tak mahu masyarakat khususnya umat Islam di sana menerima tempias akibat wabak penyakit bawaan babi yang mengancam kesihatan serta mengakibatkan pencemaran sungai sebagai satusatunya sumber air bersih negeri ini,” katanya.

Antara kawasan yang terbabit adalah Pengkalan Balak, Sungai Tuang dan Paya Mengkuang.

http://www1.mstar.com.my

Ada Yang Tak Kena Dengan PEWARIS

Tak menjadi soal kerana mereka ada hak untuk melahirkan pendapat masing masing. Namun yang menjadi persoalan adalah kerana mereka sebenarnya mempunyai immuniti dari sebarang tangkapan walaupun perhimpunan mereka tidak mempunyai permit. Tiada sebarang kenyataan tentang itu, tapi melihatkan sejarah aktiviti mereka, jelas ada pilih kasih pihak berkuasa.

Sebelum ini, mereka berkumpul di Melaka untuk membakar replika BABI. Di katakan perhimpunan itu juga tidak mempunyai sebarang permit. Juga tiada tangkapan yang dibuat.

Ada pihak yang menyatakan bahawa PEWARIS adalah NGO yang mempunyai ikatan dan pertalian dengan PEKIDA. Ada juga yang menyatakan mereka adalah antara golongan UMNO yang bertindak untuk merosakkan perpaduan antara kaum dan berfungsi untuk mengganggu sebarang perhimpunan parti Pembangkang. Kerana itu mereka di lihat kebal dari sebarang tindakan undang undang.

Golongan mana satu kah mereka ini dan kenapa sehingga sekarang mereka tidak di tahan atau di halang dari pihak berkuasa.

http://umnonomore.blogspot.com


Responses

  1. dua2 betul. ada link pekida dan umno. aku setuju jugak babi tu dipindahkan ke tempat lain… soalnya mengapa Umno Melaka tak buat apa2

  2. Kerajaan Melaka menanggung dosa. Kafir harbie nak buat apa didiamkan saja. Makin naik tocang. Jangan sampai ribut puting beliung macam kat Sabah dulu menghancurkan semuanya, baru kerajaan nak bertindak.

    Kerajaan dipilih rakyat. Bekerjalah untuk rakyat.

  3. ‘namun sehingga kini tiada tindakan diambil dan oleh kerana itulah mereka meminta bantuan PAS sebagai jalan terakhir.’

    jalan terakhir..???
    bior benor..!!

    ape ke hee ni yeob..??!!

    awat yang hangpa pi serah kat TG Haji Hadi. Dia bukan Perdana Menteri. Bukan Ketua Menteri. Bukan Pak Menteri. Ahli Parlimen Melaka pun BUKAN. Dia Ahli Parlimen MARANG laa..
    tetiba jer..bior benor !
    Jalan terakhir pi la serah kat Pak Lah or Najib. tak pun SPB YDP Agung, baru betoii…ngoook oii.

    depa nie memang suku-sakat UMNO jugak lar. ada agenda dan motif yg jahanam.

    Awas..! berhati-hati dgn permainan isu perkauman yg cuba didendangkan.
    Jangan sampai terjerat..!!!

    Kekalkan dan teguhkan pendirian dalam perjuangan.
    Semoga ALLAH melindungi hamba-hambaNya.
    Ameen

  4. Ini semua helah puak UMNO. Bila terlihat dalam TV, para wakil yang menghantar memorendum tu memakai baju bercop “SOKONG ISA”. Jadi terlintas dalam pemikiran AKU yang tidak cerdik ni, ini satu lagi helah puak munafikun.

    Dahlah depa tu berhimpun, polis tak tangkap. Ada kerajaan yang dipilih depa, depa tak pi jumpa. Ini jumpa pembangkang yang tiada kuasa di Melaka. Tak kah nampak lucunya? Ini saja nak aniaya PR terutamanya PAS.

    Islam mengharamkan daging babi untuk dimakan dek umatnya. Jangan lupa babi juga makhluk Allah swt. Cubalah kita menanganinya dengan penuh hikmah dan bijaksana.

    Satu nasihat AKU untuk umat Islam di Melaka. Kalau nak bincang pasal babi, jangan guna isu bangsa Melayu tak suka babi sebab dalam kamus bangsa Melayu, babi tu bukannya HARAM tetapi kalau dalam kamus Islam, BABI TU MEMANG HARAM DI MAKAN MAUPUN DI PELIHARA. Di dunia ini, ramai juga orang Melayu yang makan daging babi. Tak payah pi jauh-jauh, tengok saudara kita di negara jiran, Indonesia.

    Jadi pertahankan agama Islam kita yang suci demi kecemerlangan kita. Yang haram tetap haram. Ingat, bukan babi sahaja. Rasuah ….. haram juga tapi kita terima. Bukankah ianya juga menjadi darah daging yang haram dalam badan kita. Fikir-fikirkan ……..

  5. korang dah create masalah, lepas tu korang nk PR settelkan…ppttuiihhh punya PEWARIS lanciaauuuu ni…babi kat selangor tak de masalah pun….korang (pewaris,umno) je yang kecoh lebih

  6. ini semua adalah kerja kerja untuk memerangkap pas dan keadilan

  7. Puak Pewaris ni satu geng dgn Pekida . Mereka sudah pening sebenarnya.

  8. Masih belum selesai lagi kes babi…?
    Untuk pengetahuan NGO dan UMNO, rakyat Malaysia sudah mengetahui masaalah tersebut. Malah mereka tahu masaalah babi telah ujud sebelum tertubuhnya Pakatan Rakyat di lima negeri.

    Mengapa baru sekarang nak jadi wira…? Nak bela nasib rakyat atau nasib babi…?

    Anda jangan lupa anda mempersoalkan babi adalah makanan orang Cina. Mereka itu ada didalam MCA, DAP dan juga PKR. Mereka adalah rakan seperjuangan dalam barisan politik tanahair. Apakah anda sedar bahawa anda sedang menghina makanan mereka..?

    Anda menyalahkan PAS dalam isu babi..? Sungguh lucu..! Orang islam dalam PAS cuba mengawal penternakan babi secara sistematik seperti mana yang di ilhamkan oleh Khir Toyo. Kenapa NGO pro UMNO menentang apa yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat..? Apakah kerana Khir Toyo jadi pembangkang ?

    Bukankah itu menunjukkan kebodohan orang yang melakukan demo…?

    Kita amat percaya isu babi tidak akan mendatangkan kesan apa-apa terhadap peralihan kuasa dalam politik. Jika anda masih meneruskan isu babi rakyat akan berpendapat bahawa anda dari UMNO lebih mementingkan babi dari hukum hudud.

    Cari isu lain supaya rakyat menyokong UMNO !

  9. PEWARIS ni memang talibarut atau budak suruhan umno. Kadangkala mereka jadi barua umno. Sebab itu polis langsung tak kacau mereka. Nun di barisan belakang Pewaris…keris ni, ada Syed Hamid Albar!

  10. Tak kisah lah apa latarbelakang politik pun pekida ke, geng 30 ke, geng 3 line ke,samseng kampung dusun ke, UMNO ke kalau bab haram kena didahulukan,kan PAS lebih mementingkan rakyat dari kesucian ,tunjukkan kepada rakyat bahawa PAS boleh bertindak bukan cakap kosong sebab,oleh itu inilah masanya PAS harus menunjuk kredebilitinya melebihi UMNO. Dikala UMNO sudah tak bertaring usah nak diharap apa-apa lagi pada UMNO.Kalau Ketua Menteri Melaka tak boleh nak buat kerja jom kita buat kerja usahlah lah sibuk ISA tu,nanti bila DAP,PAS,PKR memerintah hapuskan semuanyatutup terus kem tahanan kemunting. Kalau ini dilakukan oleh pihak PAS PRU13 pasti menang

  11. Apa dah kena dengan PEWARIS ni…… kalau nak hantar memo pun bukan pada Hj.Hadi atau Anwar tapi hantarlah kat Dollah Badawi. Hj.Hadi dan Anwar mana ada kuasa, nampak sangat double standard. Orang berdemo, awak pun nak wat gak tapi macam taik. KJonon nak perjuangkan ISLAM tapi akta ISA sokong. Apa kata kalau kena mak bapak kau atau bini2 kau, apa kau rasa wahai ahli PEWARIS taik.

  12. Nak selesai masalah babi d melaka ni senang je, bagi semua babi yg ada d melaka tu pd Ali Ketam Ketua menteri melaka, suruh dia bela dekat rumah dia.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: