Posted by: pinkturtle2 | Disember 30, 2008

BN Terengganu ‘umpan’ RM6.1 juta tarik pengundi Cina

Dia (kerajaan) hendak bantu, kita (PAS) tiada halangan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk masyarakat . Tetapi dia (kerajaan) pilih waktu ini sudah tentu ia ada tujuan politik dan kita (PAS) harap masyarakat Tionghua faham bantuan itu bermotif politik -

Dia (kerajaan) hendak bantu, kita (PAS) tiada halangan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk masyarakat . Tetapi dia (kerajaan) pilih waktu ini sudah tentu ia ada tujuan politik dan kita (PAS) harap masyarakat Tionghua faham bantuan itu bermotif politik -Dato Mustafa Ali

BN Terengganu ‘umpan’ RM6.1 juta tarik pengundi Cina – Mustafa Ali

KUALA TERENGGANU, 30 Dis (Hrkh)– Masyarakat Tionghua diingatkan supaya tidak mudah termakan ‘umpan’ pilihan raya dengan penyaluran bantuan dana berjumlah RM6.1 juta oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

PAS Terengganu menyifatkan pemberian peruntukan tersebut sebagai satu tindakan yang bermotifkan politik kerana berlaku disaat Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu bakal diadakan pada 17 Januari depan.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata PAS tidak mempunyai ‘halangan’ jika kerajaan benar-benar menyediakan peruntukkan demi kepentingan dan kebaikan rakyat.

Namun begitu, katanya pengagihan peruntukkan yang berlaku pada waktu ini (pilihan raya kecil) sudah tentu mempunyai hubungkait dengan tujuan politik.

“Dia (kerajaan) hendak bantu, kita (PAS) tiada halangan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan negeri untuk masyarakat .

“Tetapi dia (kerajaan) pilih waktu ini sudah tentu ia ada tujuan politik dan kita (PAS) harap masyarakat Tionghua faham bantuan itu bermotif politik,” ujar beliau ketika dihubungi.

Menurutnya, PAS tidak menghalang sebarang peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan BN tetapi melihat perkara tersebut sebagai ‘umpan’ pilihan raya.

Katanya, setiap kali menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil pelbagai peruntukkan dan bantuan diagihkan kepada rakyat yang menjadi amalan parti pemerintah.

Pada 27 Disember 2008 lalu, kerajaan BN meluluskan peruntukkan sebanyak RM3.3 juta untuk Dewan Perhimpunan Perhubungan Cina Terengganu di Pulau Kambing dan RM2.8 juta lagi bagi menyiapkan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said dipetik sebagai berkata sekiranya BN menang cemerlang dalam pilihan raya nanti pihaknya memberi ‘jaminan’ memastikan lebih banyak pembangunan kepada masyarakat Cina di negeri ini.

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu terpaksa diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P.36 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato� Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato’ Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi.


Responses

  1. Bangsat punya kerajaan BN, memang dasar Yahudi!!! Lebih baik duit RM6.1 juta tu ko pergi hantar kat rakyat Palestin yang tengah menderita tu!!! Bahalol!!! tak habis2 dengan politik sampah korang!!!

  2. Salam hormat semua,

    Mati ikan kerana umpan,
    Mati semut kerana gula,
    Sesal dahulu pendapatan,
    Sesal kemudian tiada guna.

    Jinak-jinak buaya tembaga
    Bujang senang ngap orang juga.
    Manis kata di bibir saja
    Dalam hati lain bicara.

    Menanam tebu di tepi bibir
    Kelak bibir UMNO banyak tebu.
    Kah kah kah..Auuuw!!

    IKAN SEMUT BUAYA TEBU
    (ISBU bukan UMNO) hehehe!!!
    – Naspazi

  3. Rasuah Politik

    Inilah amalan rasuah yang diajar oleh pemimpin UMNO, tak salah kalau rakyat pun main rasuah.

    Walaupun rasuah, rakyat tetap memilih PAS. Aku dah tahu dan telah membuat siasatan, sekarang PR 55% BN 45%. Setiap apa yang diberi harap terima, tetapi jangan undi. Itu saja…….. ok.

  4. lor. dlu PAS sibuk sangat nk bermuzakarah dgn UMNO. sampai sepakat nk tubuh kerajaan melayu. skrg nk berlawan plk? betul aturan allah. di aturkn di terengganu pk. lubuk muzakarah melayu.. hehe

  5. Wahai rakyat Tengganu inilah masanya peluang anda untuk menyuarakan masalah dan keperluan anda…!!!! semuanya akan diberi perhatian oleh Bee End untk pancing undi..!!!1 jadi tunggu apalagi dari masalah lubang jamban yg tersumbat sampailah kpd membina jambatan mereka akan beri perhatian…minta cepat kalau dah lepas pilihanraya mesti x layan dah..!!! kalau nak bagi kahwin anak atau buat majlis kenduri atau arwah buatlah skrg kalau jemput wan farid pasti dtg dgn derma simpati sekali…pendekkata sesiapa yg mengalami sesuatu musibah yg diluar jangkaan akan dpt simpati dan perhatian seluruh M’sia kalau sakit menteri dtg melawat ….kalau rumah terbakar… pasti dapat rumah baru yg lebih selesa….maklumla….demammm pilihanraya menyebabkan ramai org yg simpatiii…!!!!!

  6. Kalaulah orang Terengganu terima BN, memang bangang wal bahlul. Rasuah tu haram macam makan daging babi tapi depa buat juga. Betul seperti hujah Elnino, duit itu lebih besar erti dan faedah kalau disumbang kepada rakyat Palestine yang sedang menderita deka perbuatan kaum Yahudi laknatullah.
    Apa nak jadi dengan Malaysia ni, Ha?…..

  7. Dah jadi tabiat org UMNO/BN, dekat nak mengundi baru nampak muka, tunjuk baik konon, pegang anak cacat la, pegang org tua la, beri makan org miskin dan mcm2 lagi dibuat oleh org UMNO/BN laknat ni… nampak sgt buat baik bila nak suruh org undi dia. Eeeeeeeeeeerrrrrrrr, geli tgn aku nak undi UMNO/BN ni… kalau undi dia orang serupalah aku tolong bunuh rakyat. Macam2 dia org UMNO/BN buat kat rakyat, nak sokong ape lagi………

  8. Buat masa sekarang ni segala media arus perdana spt TV3 suku, utusan meloya , berita hairan asyik dok kutuk PAS, PKR, DAP. Puak celaka ni memang dah mula berkempen dari sejak di umumkan nama calon BN haprak tu lagi. Bagi PAS tak ada ruang lansung diberikan melalui TV ketika waktu puncak sekitar jam 8 mlm hingga 9 mlm. Cara BN haprak ni kempen samalah mcm orang yahudi.

    Ni satu hal lagi aku tak brapa suka ni d sebab Raja kembali ke hadrat Allah semua pembaca berita yg perempuan pakai tudung, aku tak pernah jumpa pun ayat quran kata macam tu, setahu aku tutup aurat ni wajib. Inilah mazhab Islam hadhari dan satu lagi ni bergabung pakai lilit warna putih tu kat songkk tu ada ke dlm islam. Tak ade ke mufti yg berani tegur pasal ni.

  9. Ciiis! Adakah patut pembaca berita TV melibatkan dirinya dengan pesta Sex bebas, sempena meraihkan ketibaan tahun 2009 !!!

    MALAUN PUNYA PEMBACA BERITA
    – Naspazi

  10. paku dulang paku serpih…dapat peluang nanti..dia yg lebih…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: