Posted by: pinkturtle2 | Disember 31, 2008

Kecewa Dengan Khalid,Manika Hanya Lepas Jawatan Timb.Peng. PKR

Saya merasa kecewa terhadap kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang diterajui PKR yang tidak menilai jasa-jasa ahli Parlimen yang dipilih rakyat,
Saya merasa kecewa terhadap kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang diterajui PKR yang tidak menilai jasa-jasa ahli Parlimen yang dipilih rakyat,Saya nak mengadakan perbincangan dengan Anwar dulu. Lepas itu, saya akan buat keputusan sama ada akan keluar atau tidak… tunggulah –

Manika hanya lepas jawatan Timbalan Pengerusi PKR

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam hanya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkuat kuasa serta merta.

Beliau berkata, surat peletakan jawatannya itu telah pun dihantar kepada Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pagi ini.

“Saya merasa kecewa terhadap kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang diterajui PKR yang tidak menilai jasa-jasa ahli Parlimen yang dipilih rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini petang tadi.

Dalam pada itu, dalam surat peletakan jawatan yang dihantar kepada Khalid beliau berkata: “Memandangkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat diterajui PKR tidak menilai pandangan ahli Parlimen yang dipilih rakyat, saya dengan ini memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Selangor.”

Sidang akhbar tersebut, yang turut dihadiri isterinya, C. Malarkodi, diadakan kira-kira lima jam sebelum Biro Politik PKR bermesyuarat malam ini.

Sejurus selepas sidang akhbar yang berakhir dalam masa 20 minit itu, Manikavasagam menuju ke sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk menyertai satu pertemuan yang dihadiri pemimpin-pemimpin PKR nasional.

Pertemuan tersebut sepatutnya diadakan di hotel yang sama di mana sidang akhbar Manikavasagam diadakan tetapi telah diubah saat-saat akhir.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak meninggalkan parti itu seperti yang dinyatakan sebelum ini, Manikavasagam yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tinggi PKR berkata, beliau mahu mengadakan perbincangan dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadiri konvensyen Parvasi Bharatiya Divas di Chennai, India bulan depan.

“Saya nak mengadakan perbincangan dengan Anwar dulu. Lepas itu, saya akan buat keputusan sama ada akan keluar atau tidak… tunggulah,” katanya.

Manikavasagam dalam satu temu bual eksklusif dengan mStar Online Jumaat lalu menyatakan hasrat untuk keluar daripada PKR dan mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Selain itu, Manikavasagam berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan bekas pemimpin Hindraf yang telah diharamkan, P. Waytha Moorthy ketika di Chennai nanti.

Mengulas mengenai keputusannya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR negeri, Manikavasagam berkata, keputusan itu adalah muktamad.

Ketika ditanya sama ada beliau akan hadir pada mesyuarat Biro Politik yang akan diadakan malam ini, Manikavasagam berkata, beliau tidak dijemput.

Katanya, beliau tidak kisah apa jua keputusan yang bakal dibuat Biro Politik itu.

“Kalau mereka nak singkirkan saya pun, saya tidak kisah,” katanya.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    merajuk…bagi duit lebih..projek lebih…baru dia nak

  2. Hmm…mai baca cerita yang teman tulis kat blog teman di http://www.xfeminist.blogspot.com. Mungkin mike faham mengapa ada orang yang nak sesuatu tapi tak dapat.

  3. Mamat ni masih illiterate dalam perjuangan…mentaliti sami @ kayveas masih tebal nampaknya….berjuang dlm PR bukannya akan menjadi ‘primadona’ selepas menang..mentaliti rendah macam ni mengkhianat pengundi…merosakkan kredibiliti ..yg dicari pihak lawan…nak kata bengap tengok muka macam educated….nak kata badigol ada jugak ketokohan badigol ni….ni ada PRK KT …ada aje move nak mencalar reputasi PR….kau tak berjuang seiring dengan kehendak rakyat…sifat tolol dan penakut, suka mengancam kalau tak dapat sesuatu ni sebijik macam mic atau ppp…kena beli ke apa?? kenapa nak khianat pengundi area Meru dah sekitarnya….dia ni berjuang ikut apa??? takkan tak tau setback/shortfall yang ada??? takkan tak tahu halangan sejak dulu lagi….ingat kau masuk je boleh dapat keistimewaan yg mencurah…..badigol betul!!!dah bagitau calon diluar sana ….kalau sifat bengap camni buat apa nak jadi pemimpin..tak tahan ujian….tak tahan sedikit kegagalan…..org lain berjuang sampai kepenghujung ..ni kau nak bargain macam-macam …KAU NI MEROSAK IMEJ….BADIGOL PUNYA MP…..SIFAT MUDAH GIVE-UPDAN TEST MARKET NI YG AMPAK NA KURANG AJAR NI…MEMPERMAINKAN RAKYAT….NANTI ORANG TERAJANG KAU TAK MEMASAL….

  4. Tindakan Manika lepas jawatan Tim. Pengrusi PKR Selangor adalah tepat kerana tidak senang dengan cara Tan Sri Khalid mentadbir parti dan kerajaan Negeri. Saya tak kata Tan Sri Khalid atau Manika salah tetapi tindakan itu suatu penyelesaian yang terbaik bagi mengatassi kemelut poplitik yang boleh menjadi lebih parah kepada kekuatan PR dan PKR khususnya.

    Saya percaya tidakan ini memberi tamparan yang hebat kepada BN yang sentiasa ingin melihat kekecohan berlaku dalam Pakatan Rakyat. BN bagi saya sudak tamat tarikh luputnya.

    Dijangka BN akan menggunakan sebanyak mungkin wang di PRK P036 untuk melanjutkan tempoh luput parti reput itu. Awas Pas ! BN tak boleh kalah kali ini dan mereka berusaha untuk menang walau dengan apa cara sekalipun. Wang bertaburan, hantu berekeliaran dan undi pos jadi sandaran.

    Harap PAS & PR ada ramuan!

    Wassalam.

  5. Kicap ni saje je cari publisiti . Nak tarik perhatian.
    Oleh kerana ni le pertama kali jadi YB , jadi pengalaman tu tak de. Dia rasa setiap pandangan dia mesti diperhatian. Dia ni tak faham makan ” collective decision “. Betul kita kena hargai sokongan pengundi tetapi tak le sampai A- Z kena layan kehendak pengundi.
    Tentunya permintaan2 yang dikatakan tidak mendpat perhatian MB Selangor adalah permintaan kaum India.
    Sebenarnya budaya yang dibawa oleh mangkuk hayun ini tidak sihat dalam konteks Pakatan Rakyat. Rasanya dia ni bekas ahli MIC. Perangai MIC yang dididik oleh samy vello masih melekat dalam jiwanya.

  6. MIC sudah melekat di jiwa. Macam mana nak ubah ? Buat cara BN. Letakkan kesalahan di atas bahu Khalid. Samy nak cari pengganti. Manikam ni nak sangatlah jadi Raja Orang2 India di Malaysia. Tak caya nanti tunggu masa JIB naik dan dia akan masuk MIC. Alasannya adalah JIB lebih baik dari Pak Lah. Kan kelebihan MIC ini adalah lidahnya. Kelebihan Melayu dengan lalainya dan kelebihan Cina dengan kerajinan dan bijak ambil peluang.

  7. Pemimpin Ini Rendah :

    1. Mentaliti
    2. Akal budi
    3. Semangat perjuangan
    4. Semangat setia kawan

    Note :

    Dia hanya menguji pengaruh dengan cara publisiti murahan..puiiih !!

  8. Manika nie kena faham bebanyak bahawa orang india di Malaysiany hanyalah minoriti, tak boleh lah minta banyak-banyak, macamana dengan Melayu dan Cina….contohnya, ada sepuluh orang tetapi minta makanan untuk 100 orang mana boleh, orang lain pun nak makan juga…..Jangan tamak nanti rugi…ada faham tambi

  9. dia ni paria.Paria bila ada kedudukan macam ni jadi nya macam kera dapat bunga.DAAAAAI PARIA LU BELAH LAH…..

  10. Memang patut belah je lah si Mike ni dari PKR. Memang pekat dengan sikap racist yang dibawa Hindraf. Kalau Bung Nuar masih berkehendakkan si Mike, entah lah… bakal berdepan dengan perpecahan jugak lah PKR Selangor

  11. BELIAU NAK MASUK PAS KOT???


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: