Posted by: pinkturtle2 | Disember 31, 2008

Bersih cabar Rashid seret ke mahkamah

Beliau nak saman itu haknya, tapi orang yang kena tuduhpun ada hak untuk pertahankan,Siapa pun kalau jadi pengerusi tapi tak buat tugas dengan elok, akan ada tuduhan-tuduhan seumpama itu juga- Mohamad Sabu

Beliau nak saman itu haknya, tapi orang yang kena tuduhpun ada hak untuk pertahankan,Siapa pun kalau jadi pengerusi tapi tak buat tugas dengan elok, akan ada tuduhan-tuduhan seumpama itu juga- Mohamad Sabu

Bersih cabar Rashid seret ke mahkamah

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mengalu-alukan tindakan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menfitnahnya secara peribadi sepanjang beliau mengetuai badan tersebut.

“Kita alu-alukan supaya dakwaan tidak berjawab akan didedahkan dalam mahkamah,” kata setiausaha sekretariatnya Faisal Mustaffa kepada Malaysiakini.

“Bawa ke mahkamah, kita berpeluang untuk dapat jawapan (daripada dakwaan) yang tidak dijawab.”

Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman hari ini dilaporkan sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan tersebut dan sedang mengumpulkan dokumen berkaitan untuk diteliti oleh peguamnya sebelum mengambil sebarang tindakan perundangan termasuk kepada anggota parlimen pembangkang.

Faisal menjelaskan pihaknya bagaimanapun tidak jelas isu atau alasan yang hendak dikemukakan untuk tindakan saman itu.

Tambahnya, semua kenyataan media yang dikeluarkan Bersih untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil berasaskan penyelidikan dan mendapat persetujuan daripada ahli-ahli jawatankuasa induk gabungan lebih 70 NGO, termasuk parti-parti pembangkang.

Jelasnya lagi, dakwaan-dakwaan Bersih terhadap suruhanjaya itu dan bekas pengerusinya berdasarkan fakta dan bukannya tuduhan melulu.

http://www.malaysiakini.com

Pembangkang sedia cabar jika bekas Pengerusi SPR saman

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin pembangkang sedia mempertahankan hak mereka jika disaman oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Jelas mereka, Abdul Rashid mempunyai hak untuk berbuat demikian jika benar dakwaannya semalam bahawa beliau sering difitnah oleh pemimpin pembangkang sepanjang menerajui suruhanjaya itu.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, pihaknya menyambut baik hasrat Abdul Rashid itu kerana baginya tuduhan yang dilemparkan terhadap SPR selama ini mempunyai asas yang kukuh.

“Memang kita anggap beliau tak dapat jalankan tugas sebagai Pengerusi SPR dengan profesional dan adil.

“Beliau seringkali mengeluarkan kenyataan yang mempunyai unsur politik,” katanya kepada mStar Online.

Semalam Abdul Rashid, yang mengakhiri khidmatnya sebagai Pengerusi SPR berkata, beliau serius untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pemimpin-pemimpin pembangkang memandangkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya seringkali bersifat peribadi.

Tambah Tian Chua, sepanjang Abdul Rashid menerajui SPR, terdapat banyak kelemahan sewaktu mengendalikan pilihan raya hingga melahirkan rasa tidak puas hati banyak pihak.

“Begitu banyak kelemahan SPR, hingga kita terpaksa menganjurkan perhimpunan BERSIH bagi menggesa SPR menjalankan proses pilihan raya dengan telus dan berkesan,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Batu itu, Abdul Rashid mempunyai hak untuk mengemukakan saman kepada sesiapa sahaja dan baginya, beliau sentiasa bersedia menghadapi apa jua tuduhan.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu pula berkata, tuduhan negatif yang dilemparkan terhadap Abdul Rashid tidak bersifat peribadi sebaliknya atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi SPR.

“Bila beliau jadi pengerusi, tuduhan yang dilemparkan itu tidak peribadi sebaliknya beliau perlu bertanggungjawab.

“Beliau perlu melihat itu (tuduhan) sebagai tidak peribadi kerana kita melihat beliau sebagai ‘SPR’,” katanya.

Mohamad Sabu berkata, pertimbangan Abdul Rashid untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang adalah hak peribadi beliau.

“Beliau nak saman itu haknya, tapi orang yang kena tuduhpun ada hak untuk pertahankan,” katanya.

Namun Mohamad Sabu menjelaskan, walau siapa jua yang menerajui SPR akan menerima kritikan dan tuduhan yang sama jika gagal melaksanakan tugas dengan baik.

“Siapa pun kalau jadi pengerusi tapi tak buat tugas dengan elok, akan ada tuduhan-tuduhan seumpama itu juga,” katanya.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw, beliau memberitahu, sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di negara yang mengamalkan sistem demokrasi, Abdul Rashid mempunyai hak yang sewajarnya untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun katanya, Abdul Rashid yang bersara sebagai Pengerusi SPR semalam perlu mengemukakan bukti-bukti kukuh bagi mempertahankan dakwaannya itu.

“Beliau mesti kemukakan bukti dan sudah pasti semua pihak perlu bertanggungjawab mengenai kenyataan-kenyataan yang telah dibuat.

“Bagaimanapun jika tuduhan beliau itu tidak berasas, beliau perlu menghadapi kesannya nanti,” katanya.

Angkatan Muda Parti PKR juga menyatakan kesediaan partinya mencabar jika Abdul Rashid mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, “pembangkang akan mencabar jika disaman.”

Jelas beliau, kes mahkamah kawasan pilihan raya Likas dan beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan Abdul Rashid menunjukkan memang wujud isu-isu yang dibangkitkan pembangkang, antaranya pengundi hantu.

Bagaimanapun beliau mempersoalkan jika benar Abdul Rashid mahu mengambil tindakan undang-undang sekarang, mengapa tidak berbuat demikian dulu ketika menerajui suruhanjaya tersebut.


Responses

  1. Rashit semasa sepanjang kerjayanya sebagai Pengerusi SPR sama ada tersembunyi atau terserlah telah secara rela menjadi alat BN. Banyak tindak tanduknya membuktikan dakwaaan ini. Beliau sepatutnya berkecuali, tetapi dari kenyataan-kenyataan serta tindak tanduknya banyak membelasah pemabangkang.

    Rashit sepatutnya berdiam diri di saat hari persaraannya, begitu juga semasa menghabiskan sisa-sisa persaraannya sebelum dijemput Allah meninggalkan dunia fana.

    Bagaimanapun kenyataan terbarunya membayangkan ingin menyeret pihak pembangkang ke mahkamah atas dakwaan fitnah kepadanya menyerlahkan dendam kesumatnya kepada pembangkang selama ini yang tak kunjung pada Beliau sepatutunya bertanding dalam PRK Kuala Trengganu atas tiket UMNO/BN jika ingin menjadi hero, bukannya berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

    Jika mahu disenaraikan kembali salah lakunya sepanjang menerajui SPR yang dilihat menyebelahi BN adalah terlalu banyak, diibaratkan sepuluh jari tangan tidak mampu membilangnya.

  2. warga spr sendiri pun menyampeh!

  3. Dia cakap banyak. Bayaran petugas kerani pilihan raya pun ada yang tak diterima sampai la ni.

  4. Rashid ni terang terang BIas dalam pilihan raya………….elok hang balik kampung tanam jagung lagi baik nama hang memang dah buruk sampai manpos la selagi hang tak minta maaf edngan rakyat malaysia……….

  5. Rashit ni mentadbir SPR macam SPR tu milik bapak dia. Sebab tu dia buat suka hati je. Bila pecah sempadan tak kisah kawasan majoriti Melayu, bila desakan guna dakwat-dia batalkan, bila desakan batal undi pos-dia kata relevan lagi tapi dah 51 tahun merdeka (monyetpun dah tak tinggal dalam hutan lagi). Kalau dia umumkan BN menang, bukan main senyum gembira lagi. Maklumlah parti proksi menang. Tapi bila umumkan calon Pakatan Rakyat menang, muka dia mencebik, keruh, sedih, geram dan seolah-olah gila meroyan. Buah tangan jenayah masa dia menerajui SPR yang juga digelar sebagai ‘Suruhanjaya Penipuan Rashit’ akan dibawa bersama2 kealam kubur sedikit hari lagi. Jangan ingat dia menongkat langit macam Mahathir!

  6. INI YANG DITUNGGU-TUNGGU NI… MR.SHIT NAK SAMAN ORANG… DAH KUAT KE HUJAH YANG ADA? NANTI TERBURAI PERUT SENDIRI…. NAK TERGELAKLAH TU!!!!

  7. straight to the point >>
    1. Negara Arab adalah negara yang paling banyak menerima rasuah dan negara yang paling banyak memberi rasuah adalah Amerika.
    2. Negara Islam perlu keluar daripada PBB beramai-ramai dan menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Islam Bersatu kerana PBB tidak lagi relevant untuk semua bangsa.
    3. Tubuhkan sistem kawalan keselamatan sendiri (angkatan tentera) bagi membantu negara yang mengalami serangan dari negara kafir.
    4. Perniagaan hanya dilakukan di antara negara-negara Islam sahaja terutamanya minyak. Tubuhkan matawang sendiri, bertujuan menjatuhkan ekonomi negara kafir.
    5. Dengan cadangan-cadangan di atas, barulah negara Islam akan berkembang sebagaimana pada zaman Rasulullah bukannya hanya mimpikan zaman kegemilangan Islam dengan hanya melihat barang-barang bersejarah.
    6. Negara kafir melihat umat Islam zaman sekarang terlalu lemah dan dianggap low class kerana berkhayal tentang kegemilangan masa lampau. Apakah dengan melihat sejarah, umat Islam akan maju? Jawapannya TIDAK. Umat Islam perlu bangkit dari tidur yang terlalu lena sehinggakan orang kafir sedang menghunus senapang di dahi umat islam pun tak sedar.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: