Posted by: pinkturtle2 | Disember 31, 2008

Satu Lagi Projek Pembaziran Duit Rakyat Diluluskan

Kan hairan bin ajaib! LCCT kat Sepang tu tengah diperbesar dan diperindahkan. Belum pun siap. Tup-tup, Sime Darby pulak nak buat LCCT baru di Labu untuk dijual kepada Air Asia.Kabinet Abdullah Badawi meluluskan pembinaan projek ini di mesyuaratnya, Jumaat, 19 Disember 2008

Kan hairan bin ajaib! LCCT kat Sepang tu tengah diperbesar dan diperindahkan. Belum pun siap. Tup-tup, Sime Darby pulak nak buat LCCT baru di Labu untuk dijual kepada Air Asia.Kabinet Abdullah Badawi meluluskan pembinaan projek ini di mesyuaratnya, Jumaat, 19 Disember 2008

MAY I SAY, GO TO HELL WITH THE PROPOSED NEW LCCT IN LABU?

Lepas satu kisah lahabau, satu lagi cerita kalut-malut sampai ke telinga kita semua. Kali ni berita pasal Sime Darby (yang ura-ura nak swastakan IJN) nak bina terminal penerbangan tambang murah – LCCT – di Labu, Negeri Sembilan. LCCT itu kemudiannya akan dijual kepada Air Asia.

Kabinet Abdullah Badawi meluluskan pembinaan projek ini di mesyuaratnya, Jumaat, 19 Disember 2008.

Kan hairan bin ajaib! LCCT kat Sepang tu tengah diperbesar dan diperindahkan. Belum pun siap. Tup-tup, Sime Darby pulak nak buat LCCT baru di Labu untuk dijual kepada Air Asia.

Boleh masuk akal ke keputusan dan tindakan macam ni? LCCT yang ada sekarang nak buat apa? Kalau dah tau nak buat baru di Labu, buat apa repair dan renovate yang di Sepang? Lebih serius lagi, apa pasal Sime Darby yang jadi pembina LCCT tu? Mana Bumiputera yang lainnya?

Saya suspek ada sesuatu yang tak kena dalam hal ni. Mungkinkah ini cara Sime Darby dan pengerusinya nak cari duit pencen untuk Abdullah? Mungkinkah Khairy yang dilibatkan dengan Air Asia, nak cari dana kempen Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Mungkinkah ada cerita lain yang songsang dan mungkar di sebalik projek ini?

Satu lagi, Labu tu kan dekat dengan LCCT yang ada sekarang? Tak jauh. Kalau ikut kereta kira-kira 20 minit je! Jadi apa jadah dan apa rasionalnya nak pindah ke Labu? Kalau rakyat miskin naik Air Asia dari kampung dia orang, lepas tu nak ambik pesawat lain di KLIA untuk ke destinasi akhirnya, macam mana? Kan siksa? Kan ini mendera dan satu kezaliman? Kan mereka akan kena hisap darah oleh pengusaha teksi airport?

Bila saya dapat info kes ni, saya tanya seorang sahabat saya, kenapa tak ada orang bantah atau bangkang habis-habisan? Katanya, Abdullah smart. Projek ni diumumkan selepas sessi Dewan Rakyat baru-baru ni selesai!

Maka, jahanamlah kau rakyat Malaysia. Jahanamlah kau orang-orang miskin macam saya yang hanya terbang dengan Air Asia. Jahanamlah sesiapa jua yang memikirkan projek LCCT di Labu ni baik. And, may God bless you Abdullah and your cabinet for approving such a questionable project on the very pretext of doing a good service to the rakyat.

Untuk info you all, la ni Sime Darby masih tunggu surat Kerajaan Malaysia. So, kalau nak bangkang, bangkanglah sekarang. Tapi bangkang kaw-kaw punya sampai ianya dibatalkan.

Saya salah seorang rakyat yang selalu guna Air Asia. Saya tak rasa LCCT di Labu itu perlu kerana yang ada sekarang dah cukup memuaskan. So, may I say, GO TO HELL WITH THE PROPOSED NEW LCCT?

http://politica-net.blogspot.com


Responses

  1. yg. penting “projek”….soal wajar atau tidak
    itu tak masuk dalam kitab muktabar had-had hari yang dirawikan oleh KJ dan diamalkan dgn. istiqamah oleh Untuk Melayu No

  2. Setiap projek tak masuk akal adalah menjana duit….kos RM10 juta dia claim la RM300 juta…overpricing je….orang melayu kan masih ramai yang bodoh lagi bebal especially orang umno sendiri (penyokong tegar) yang bodoh selamanya tu…..

    mudah kena beli bila pemilihan ..tu la dia …bila dah dapat jawatan mestilah dia sebat duit …mana ada yang amanah….mereka ni perosak negara je….Sime Darby mesti la terima arahan sesapa..Tun Musa tu jadi kambing je….bila announce profit berlagak banyak untung…tapi IJN nak tak over …buat sendiri kan mampu???? goblok…..tu madey punya so dia nak hilangkan kesan madey la tu….kejap lagi kalau jugak dulu-dulu..siap dibuang plaque perasmian..dikikis nama dia…..ni semua busuk hati punya kerja….ni LCCT pulak….bodoh kayu betul…perbesarkan airport kat seluruh malaysia je…so rakyat dapat faedah domestic punya travel….teman nak balik Ipoh…nak gi sabah ke… kan senang…naik flight je…tak payah drive…

  3. laaaaaaaa………..PakLah oiiiii………………yang dok sibuk nak tambah lcct tu buat pa? Ikan temenung kat kepala batas pun dah sekilo rm 8,cari la jalan nak turunkan harga .Tekan sikit si Shahril tu . Dia pun dah sunyi ,tak komen pun tentang harga barang la ni?Aku lemas la dengan hangpa la ni.

  4. Selagi tak dijatuhkan kerajaan sekarang, begitulah amalan yang akan diteruskan. Kaum Melayu silalah berhijrah dan duduk di bawah satu payung. Jangan harap kaum Cina dan India nak membantu. Bantuan mereka memerlukan imbuhan. Kalau apa-apa hal terjadi mereka semua kaya dan ada tempat nak balik. Berapa ramai rakyat kaum Cina dan India ada tanah dan harta di luar negara? Kalau dah tau pemimpin sekarang khianat dan tidak pentingkan rakyat, kenapa susah sangat nak tukar? Langkah pertama tukarlah di K.Terengganu.

  5. nilah sikap kita. dah sedar tapi tak tahu nak buat macam mana. tak de strategi nak jatuhkan umno bn. walaubgmana saya hargai info ni. mari kita sebarkan kat orang kampung dan miskin yang dok sokong umno bn bagai nak rak tu.

  6. sime darby adalah syarikay GLC buatnya air Asia tak jadi nak beli kerajaan yang terpaksa tanggung kerugian dari LCCT ni…..dan LCCT yang dok ada sekarang nak buat apa….?
    ni semua projek nak bantu kroni ni……
    mesti di siasat ni………

  7. Pak Lah dah jadi bangang akibat lobi para proksi yang kebulur projek. Yang pasti kena orang miskin rakyat bawahan yang pilihannya Air Asia. Teman agak, tanah di Labu tu milik Sime Darby. Lepastu Sime Darby pulak yang buat airpart LCCT. Cantik! Kenyanglah kroni KJ. Rakyatlah yang akan sengsara. Golongan elit kaya tak naik Airasia. Rakyat biasa juga jadi mangsa selepas IJN.

  8. 1. UMNO hanya satu wadah, tetapi telah menjadi wadah gila. Pemimpin yang naik dalam UMNO bukan kerana bakat dan wibawa kepimpinan, bahkan rasuah.

    2. Justeru, kepimpinan rasuah demi rasuahlah hasilnya. Kalau mereka tergamak merasuah untuk mendapat kedudukan dalam politik, maka tiada sebab bagi mereka untuk tidak tergamak merasuah dalam pengurusan negara yang melibatkan kepentingan awam.

    3. Apa pun, yang menjadi alat utama dalam percaturan politik dan kuasa mereka adalah rakyat terbanyak. Siapa suruh rakyat kurang bijak menilai percaturan busuk UMNO ???

    4. Kerana kepimpinan Malaysia yang bengap, tidak mampu menandingi kehandalan ekonomi Singapura. Wal hal, bumi Singapura sifar hasil.

    5. Kerana kepimpinan Arab yang bengap, tidak mampu menandingi kehandalan teknologi Israel. Wal hal, bumi Israel sifar minyak.

    6. Akhirnya, seluruh negara dan umat Nabi Muhammad, menjadi pengemis teknologi kepada Israel atau Teknologi Israel yang telah di inovasi oleh bangsa lain, Jepun contohnya.

    7. Jangan sampai Umat Nabi Muhammad dianggap bodoh jika berlawan dengan lain-lain umat !!

    ADA OTAK
    TAK TAHU GUNA
    MEMANG TAK GUNA
    – Naspazi


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: