Posted by: pinkturtle2 | Disember 31, 2008

Kalau Pewaris ikhlas ,Serah Saja Memorandum Pada Ali Rustam

Kalau Pewaris ikhlas nak bela nasib orang Melayu Islam Melaka itu, rasanya lebih mudah kalau Pewaris berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam dan menyampaikan memorandum itu atau minta calon Timbalan Presiden Umno itu menyelesaikan masalah babi yang makin bermaharajalela di negeri Hang Tuah itu!
Kalau Pewaris ikhlas nak bela nasib orang Melayu Islam Melaka itu, rasanya lebih mudah kalau Pewaris berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam dan menyampaikan memorandum itu atau minta calon Timbalan Presiden Umno itu menyelesaikan masalah babi yang makin bermaharajalela di negeri Hang Tuah itu! Ali Rustam tentunya lebih berkuasa dan berpengaruh untuk mengatasinya berbanding dengan mana-mana pihak termasuk menteri di Kuala Lumpur

Pewaris Perlu Bersopan Santun

KENYATAAN Timbalan Pengerusi Majlis Permaufakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun kononnya Pas bersikap pilih kasih kerana tidak mempedulikan usaha mereka untuk mengenengahkan masalah penduduk Melayu dan Islam, Masjid Tanah Melaka yang dicemari babi kurang tepat dan mengelirukan. Semacam kenyataan itu mahu memburukkan Pas saja. (Sila rujuk akhbar kroni hari ini ms 15).

Rahimuddin kesal kerana Pas boleh menyokong Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan tidak menyokong usaha mereka untuk membela nasib penduduk Melayu dan Islam di Melaka. Anggapan itu rasanya terlalu emosi dan tidak berpijak di bumi nyata dan bersifat ‘akulah hero’.

Tanggapan ini timbul apabila para petugas Pas menghalang kehadiran rombongan Pewaris ke majlis Malam Himpunan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anajuran Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi malam kelmarin untuk menyerahkan memorandum. Majlis itu dihadiri sama Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

Jika diperhatikan senario yang berlaku Pewaris tidak boleh salahkan Pas. Cara Pewaris hendak menyerahkan memorandum bantahan itu tidak kena pada tempatnya. Pewaris bukan sepatutnya menyerahkan memorandum itu di tempat itu sebaiknya patut datang ke pejabat agung Pas di Jalan Raja Laut di mana di situlah tempat rasmi pemimpin tertinggi Pas berada. Ia harus dilakukan secara profesional.

Kedatangan Pewaris ke majlis itu seakan menganggu majlis berkenaan dan wajar kalau Unit Amal Pas menghalang mereka. Peristiwa sebelum ini mungkin menjadi pengajaran. Sekurang-kurang telah dua kali berlaku keadaan tidak menyenangkan sebelum ini yang melibatkan Pewaris.

Pewaris adalah golongan yang mahukan ISA dikekalkan manakala majlis itu dianjurkan oleh GMI yang menentang ISA. Jadi sangatlah tidak elok kalau Pewaris memasuki majlis berkenaan. Apa yang dilakukan Pewaris itu boleh dianggap menceroboh. Cara Pewaris itu seakan samseng dan tidak menggambarkan golongan Pewaris yang sepatutnya mewarisi sifat-sifat mulia, berhemah dan sopan santun cara orang Melayu. Ataupun apakah atau sifat apakah yang Pewaris mewarisi sebenarnya?

Saya yakin kalau Pewaris bersifat keMelayuan masuk bersalam, duduk bersopan santun, berbicara mengaturkan ayat, Pas atau sesiapa saja bersedia berkerjasama dengan Pewaris bukan saja setakat menerima memorandum. Misalnya apa kata kalau Pewaris melancarkan gerakan mengadakan demostrasi untuk menyatakan simpati kepada rakyat Palestin yang dibunuh Israel sehari dua ini dan mengundang sama Pas dan NGO lain, tentu mereka akan berduyun-duyun bersama Perwaris. Rasanya bukan saja setakat berdemonstrasi kalau diajak ke Gaza pun mereka ikut.

Makanya Perwaris harus melihat ke dalam dirinya, renung apakah perbuatan mereka itu tepat dan betul beradat atau biadap dan jangan ikut emosi. Apa lagi kalau dengan memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam Melaka itu Perwaris ada niat lain lagi-lagilah tidak patut.

Kalau Pewaris ikhlas nak bela nasib orang Melayu Islam Melaka itu, rasanya lebih mudah kalau Pewaris berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam dan menyampaikan memorandum itu atau minta calon Timbalan Presiden Umno itu menyelesaikan masalah babi yang makin bermaharajalela di negeri Hang Tuah itu!

Ali Rustam tentunya lebih berkuasa dan berpengaruh untuk mengatasinya berbanding dengan mana-mana pihak termasuk menteri di Kuala Lumpur.

http://msomelayu.blogspot.com


Responses

  1. mai sini aku nak ajar pewaris macamana nak buat. Mula-mula pi kat mana-mana agensi pihak berkuasa,pas tu ajak depa bawa jentolak ,and then sodokla kandang babi tu.Kan mudah .Peduli apa tokey babi nak saman ke nak mengamuk ke.Kan rumah penduduk kat Plentong Tengah boleh di buat macam tu?Babi tu…. dia ngan taukey dia saja.Kat Kg Plentong Tengah tu… penduduk kampung .Penduduk kampung tu manusia .Manusia tu ada melayu,cina dan india.

    Depa ni semua boleh sekat jentolak tu.Babi mana boleh buat macam tu,bercakap pun tak boleh.Kan mudah……..

    cakcilut at at
    cakcilut kucing lompat
    desko desko………. aghhhhhhhhhhhhh…… aku lupa dah lirik tu, hamgpa tolong sambung sat.

  2. Pewaris dah pun bagi notis kepada Hadi Awang untuk menyerahkan memorandum tersebut Terima je lah notis tersebut secara terhormat.

    Pihak Amal pun dah siang2 dapat notis dan bersiap sedia menunggu kedatangan wakil Pewaris. Mengapa pusing cakap macam keling Hindraf.

  3. ni semua Politik murahan benda ni semua boleh di baca la…..
    Kalau pewaris benar-benar nak menguruskan masalah Babi di Melaka Pi la jumpa Pak Lah Ka Najib ka…Alau Ali Rostam ka…..
    Awat ingat DS Haji hadi tu PM ka….
    Nampak sangat orang Umno tak mampu nak selesaikan masalah ni…..Tak pun sengaja nak mainkan Isu babi ni memendangkan beberapa isu Babi di Selangor, dan kedah baru-baru ni di mainkan oleh akhbar BN semata-mata nak jatuhkan kerajaan negeri pakatan rakyat tersebut….
    Bukan semua orang tak tau Dalam pewaris ni banyak Balaci UMNO…………

  4. Pewaris (ketuanan umno), takdak teloq nak jumpa tuan dia… dgn org lain boleh la dia teriak sana teriak sini, tapi bila jumpa tuan ekor dia pun lipat masuk celah kangkang…

    Sebiji macam anjing…!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: