Posted by: pinkturtle2 | Januari 12, 2009

Cek RM 403 Juta cuba selindung isu royalti

Saya pun lihat sedutan daripada ucapannya semasa penyerahan mok cek bernilai RM 408 juta dan dikatakan ini adalah bayaran kedua bagi tahun 2007/2008. Bagi orang yang tidak mengetahui apakah dia royalti nampak ia sesuatu yang menggembirakan

Saya pun lihat sedutan daripada ucapannya semasa penyerahan mok cek bernilai RM 408 juta dan dikatakan ini adalah bayaran kedua bagi tahun 2007/2008. Bagi orang yang tidak mengetahui apakah dia royalti nampak ia sesuatu yang menggembirakan,Tetapi bagi orang politik yang tahu dan pernah terlibat dalam pentadniran kerajaan negeri, semasa ianya dirampas tentulah rasa kepahitan dan rasa tidak betul itu membara di dada - Datuk Wan Mutalib Embong

Cek RM 403 Juta cuba selindung isu royalti

Kuala Terengganu, 12 Jan –  Timbalan pesuruhjaya Datuk Wan Mutalib Embong semalam memperjelaskan ketika sidang media semalam, mengenai isu royalti yang cuba diselindungkan oleh UMNO/BN. Isu tersebut cuba ditutup dengan pemberian Mok Cek sebanyak RM 403 Juta kepada kerajaan negeri melalui Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said sebelum ini.

Datuk Wan Mutalib berkata, “Saya pun lihat sedutan daripada ucapannya semasa penyerahan mok cek bernilai RM 408 juta dan dikatakan ini adalah bayaran kedua bagi tahun 2007/2008. Bagi orang yang tidak mengetahui apakah dia royalti nampak ia sesuatu yang menggembirakan”.

“Tetapi bagi orang politik yang tahu dan pernah terlibat dalam pentadniran kerajaan negeri, semasa ianya dirampas tentulah rasa kepahitan dan rasa tidak betul itu membara di dada” tambah beliau

Berkaitan kenyataan Najib bahawa isu royalti ini telah selesai, Datuk Wan Mutalib menegaskan, untuk mengatakan ia selesai perlu ada penghakiman dengan persetujuan yang dicatatkan di mahkamah dengan terma-terma yang menepati tuntutan rakyat negeri Terengganu.

Tuntutan antara lainnya ialah yang pertama mesti ada satu pengisytiharan bahawa hak ke atas royalti adalah hak rakyat dan hak Negeri Terengganu. Kedua, kerajaan pusat dalam apa jua keadaan dan perundangan, tidak ada hak untuk mencabuli dan merampas hak rakyat ini kerana ia telah pun diberikan melalui undang-undang yang sah. Ketiga, bayaran balik kepada rakyat Terengganu hendaklah bermula dari mula ia disekat bukan sekarang sekarang ini. Dan keempat, kerajaan pusat tidak ada hak dibwh undang-undang, ataupun perlembagaan peraturan kewangan untuk membelanjakan duit hak kerajaan Negeri Terengganu melalui apa yang dipanggil dana khas ataupun pemberian wang ehsan.

Beliau turut menjelaskan dalam kaedah pentadbiran negara hak negeri ini adalah hak terunggul.Tidak boleh kerajaan pusat menganggu perjalanan pembangunan kerajaan negeri,kerana telah ada peruntukan perlembagaan untuk kedua-dua peringkat kerajaan negeri.

“Oleh yang demikian apa-apa peruntukan bajet diperingkat negeri hendaklah diluluskan di peringkat negeri. Kerajaan Persekutuan tiada hak mencampurinya.” jelas beliau.

http://prk036.pas.org.my


Responses

  1. patut lah meriah sgt time berkempen d KT. Bukan Umno dh kena saman pasal x byr payment PRU 2004 dulu. Mana datang duit kalau x dr royalti minyak Trengganu…

  2. Cuba puak UMNO respond undang2 mana lebih zalim utk kaum bukan Islam Hudud atau ISA.
    ISA tak ada pun dalam al Quran malah puak British pengasasnya, tapi orang UMNO yang menagongkannya lebih daripada Hudud.

  3. kaya…kaya…kaya…aku!

    tengoklah lepas prk ni, sapa yang tukar kereta, beli rumah besar, kahwin lebih, kalau tidak org umno yg songlap duit 400 juta tu.

    mereka sedang berkira nak bagi pusaka tu macam mana supaya org atas dan rakyat tak tahu. masa ni lah mereka uruskan.

    kalau ada hudud mungkin tak ada can nak tipu duit ni. buat apo pada hudud mereka belum kaya lagi.

  4. Bab hukum Allah kami tak berani nak pertikai… kami tak arif dan bijaksana dlm bidang tu. Bukan apa takut2 boleh murtad….
    Tapi kalu bab songlap duit rakyat ni kami tau la hukum dia.. berdosa no.. pecah amanah tu… Kami nak ambik kertas kat sekolah nak balik guna di rumah pun takut.. sat gi dikira salah guna… baik beli sendiri kmdian bw p sek…
    Depa rasa juta2 tu sikit.. kita sebatang pen pun takut nak ambik eih..eih .. depa ni jiwa dan raga dah tak dak kot no…
    Ataupun kes hak tu aku jawab kemudian… kubur masing-masing.. Dosa aku ..aku tanggung.
    Sebab tu depa jadi camtu… Minta dijauhi Allah anak cucu kita dari sifat pecah amanah ni…amin

  5. Kenapa ssebelum ni tak sibuk2 nak beri cek tu…
    Time ni mula lah mcm2 cara nk tunjuk ikhlas konon, IKHLAS TAPI TIPU
    Ni cara lama…nampak sgt nk memperbodohkan rakyat tganu…
    Kesian betul aku pd rakyat tganu yg menyokong UMNO/BN…SEDOR LAAA…
    Hok rakyat..beri lah ke rakyat…nanti dok tertanggung kelak…

  6. orang umno ni kebanyakannya hati mereka dah jadi pekat hitam,itu pasalah benda mcm ni perkara biasa.Jangan kita ikut cara mereka sudah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: