Posted by: pinkturtle2 | Januari 16, 2009

Kepala babi diletak di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM

dfgjh

dfgjh

Kepala babi diletak di surau UM

Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila dua kepala babi yang dibelah dua, ditemui di letakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.

Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu disedari oleh seorang pelajar yang tidur di dalam surau tersebut, ketika bangun hendak solat Subuh pada kira-kira jam 5 pagi tadi.

Turut tidur di surau tersebut adalah beberapa aktivis pro-Mahasiswa tetapi mereka tidak menyedari kejadian itu.

Di telinga babi terdapat tulisan nombor 872.

Mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.

Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut.

Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.

Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing.

Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ.

Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) akan mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.

Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.

Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pihaknya belum pasti sama ada surau tersebut akan digunakan untuk solat Jumaat hari ini.

Katanya, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari.

“Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa serta seorang pelajar lain, sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, perkara itu disedari oleh pelajar lelaki berkenaan ketika dia bangun dan bersiap untuk bersolat Subuh.

Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.

http://122.0.17.30

.

Pemuda PAS akan buat laporan polis

Dewan Pemuda PAS akan membuat laporan polis berhubung perbuatan meletakkan kepala babi di dalam surau Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) dengan beralaskan bendera PAS pagi tadi.

“Kemungkinan besar kita akan buat laporan. Mungkin selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu esok,” kata Ketuanya, Salahudin Ayub yang sedang berkempen membantu calon PAS di ibu negeri Kuala Terengganu itu.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengarahkan sayap Pemuda parti itu di Wilayah Persekutuan dan Selangor bagi mengumpul maklumat dan menyiasat perkara itu, sebelum membuat laporan polis.

UM gempar awal pagi tadi apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera PAS dalam surau Akademi Pengajian Islam universiti berkenaan.

Mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini, kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.

Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut.

Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.

Pilihanraya kampus

Usaha Malaysiakini mendapatkan komen Dr Mohd Amin setakat ini gagal.

Dihubungi pagi ini, Salahudin berkata, Pemuda PAS mendesak pihak pentadbiran universiti itu membuat siasatan dalaman terhadap kes yang julung-julung kalinya berlaku di UM itu.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu tidak mahu menuduh atau mengesyaki mana-mana pihak yang melakukan perbuatan itu.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perkara itu mempunyai kaitan dengan pilihanraya kampus universiti berkenaan yang akan berlangsung Isnin ini.

“Yang penting perlu siasat dulu,” tambah beliau.

Mengulas perbuatan itu awal pagi tadi itu, Salahudin berkata:

“Perbuatan itu adalah suatu bentuk provokasi, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab untuk memecahbelahkan keharmonian pelajar pelbagai kaum di universiti berkenaan.”

http://www.malaysiakini.com

.

Gempar!! Kepala babi dalam surau

Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI’ , ‘PRO M’ , ‘PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut. Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh.

Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.

“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).

Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.

Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.

“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang, selain itu, isu ini sengaja dicetuskan bagi megalih perhatian umum kepada isu rasuah yang lebih besar,”ujar beliau.

Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.

Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.

http://fuadarman.blogspot.com


Respon

  1. Perbuatan meletakkan dua kepala babi yang dibelah dua, di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM menunjukkan ada pihak sudah terdesak.

    Tujuan pihak yang melakukan perbuatan itu adalah untuk menimbulkan perasaan kurang senang dan huru hara dikalangan penganut islam yang fanatik terutama orang melayu. Pada mereka itu adalah cara paling berkesan.

    Walau bagaimana pun kita berharap para pelajar tidak perlu membuat sesuatu tindakan diluar batasan. Gunakan akal yang waras dan berfikir, siapa kah orang mampu melakukan pekara seperti itu..?

    Oleh kerana kepala babi itu terletak diatas bendera PAS adakah sipembuatnya adalah ahli PAS..? Atau ada orang cuba sabotaj parti PAS..? Dan kita percaya rakan dari kalangan bangsa Cina tidak akan melakukan pekara seperti itu, kerana haiwan itu adalah salah satu makanan mereka.

    Secara lojiknya ahli PAS tidak akan melakukan perbuatan seperti itu untuk mencari perhatian awam. Parti PAS adalah parti pembangkang, biasa kalah dalam pertandingan pilihanraya dan bagi PAS kekalahan dalam pilihanraya adalah adat pertandingan bukanlah pekara yang memalukan.

    Tapi siapa sebenarnya yang amat memerlukan kemenangan dalam pilihanraya kampus itu. Bagaiman cara mereka berkempen dan siapa yang jadi penghalang dalam bersaing merebut jawatan dan isu apa yang yang digunakan….?

  2. melakukan perkara ini sesuatu yg menghina tempat suci umat islam untuk beribadah kepada allah

  3. pada saya yang melakukan perbuatan ini adalah orang yang ingin melihat adanya perpecahan dalaman dalam pertubuhan pelajar.dan saya yakin bukan orang melayu yang membawanya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: