Posted by: pinkturtle2 | Januari 18, 2009

Terima Kasih Ezam, Jasamu Tetap Dikenang

sekiranya ada lagi pilihanraya kecil maka Raja Sesumpah akan muncul kembali dan akan mendakwa bahawa beliau mempunyai lebih dari 6 kotak surat-surat DS Anwar.  Itu pun sekiranya Umno masih berselera untuk menjemput Raja Sesumpah beraksi semula bagi menambahkan `batu nesan' yang ada. Sebagaimana yang Raja Sesumpah janjikan, beliau akan menjelajah seluruh Negeri Kelantan sekiranya YB Husam Musa tidak bermain sumpah seperti yang beliau cabar.

sekiranya ada lagi pilihanraya kecil maka Raja Sesumpah akan muncul kembali dan akan mendakwa bahawa beliau mempunyai lebih dari 6 kotak surat-surat DS Anwar. Itu pun sekiranya Umno masih berselera untuk menjemput Raja Sesumpah beraksi semula bagi menambahkan `batu nesan' yang ada. Sebagaimana yang Raja Sesumpah janjikan, beliau akan menjelajah seluruh Negeri Kelantan sekiranya YB Husam Musa tidak bermain sumpah seperti yang beliau cabar.

Syabas Ezam, Jasamu Tetap Dikenang

Pertamanya, saya mengucapkan syukur, Alhamdulillah kerana PAS yang mewakili Pakatan Rakyat berupaya menambah satu lagi `batu nesan’ buat UMNO setelah PKR berbuat demikian di Permatang Pauh.  Kemenangan PAS di Kuala Terengganu membuktikan tidak semua rakyat Terengganu `lapar’ kepada pembangunan dan wang ringgit yang ditaburkan.  Rakyat di Kuala Terengganu lebih mementingkan maruah diri dan mereka sanggup berlapar asalkan maruah diri mereka terpelihara.  Keputusan ini juga membuktikan bahawa Umno tidak berupaya mengatasi kuasa Allah walaupun dengan berbagai cara dan kaedah yang mereka telah gunakan bagi memenangi kerusi Parlimen ini.

Ribuan terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada `Wira Kekalahan’ Umno yang lebih dikenali sebagai Raja Sesumpah.  Peranan Raja Sesumpah beserta kuncu-kuncunya semenjak dari Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh sebelum ini sehingga ke Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu ini amat berkesan sekali.  `Badi’ yang ada pada Raja Sesumpah sentiasa membantu Pakatan Rakyat untuk semakin hampir ke Putrajaya.  Meskipun beberapa kali diperingatkan oleh beberapa pimpinan Umno di peringkat bawahan bahawa Raja Sesumpah ini akan membawa `petaka’ buat Umno tetapi demi mengenangkan jasa beliau kerana sanggup mengkhianati rakyat, Raja Sesumpah ini terus diberi tempat.  Umno sentiasa mengharapkan dari Raja Sesumpah isu baru yang lebih panas selain dari isu 6 kotak dan sumpah keramatnya untuk meyakinkan rakyat bahawa betapa buruknya DS Anwar.  Di Kuala Terengganu, seperti yang dijangka Raja Sesumpah memulakan `syair dan bangsawan’nya dan seperti biasa turut bersumpah lagi.

Setelah sejarah kertas usang tulisan tangan DS Anwar didedahkan kepada rakyat di Kuala Terengganu, Raja Sesumpah memulakan sumpahnya tetapi sasaran terbaru beliau dalam sumpahnya adalah YB Husam Musa.  Jangkaan beliau adalah dengan tersebarnya surat DS Anwar kepada Tun Mahathir tersebut akan membuatkan ahli-ahli PAS terutamanya berpaling dari Pakatan Rakyat dan akan menguntungkan Umno parti mazhab terbaru beliau.  Sayang seribu kali sayang, Raja Sesumpah tidak sedar bahawa beliau begitu jauh ketinggalan dan masih terperuk di bawah tempurung.  Di saat rakyat berbicara tentang isu rasuah, ketidakadilan, kezaliman Akta ISA, ketidaktentuan ekonomi, kenaikan harga barang dan berbagai isu lagi yang menyusahkan rakyat, Raja sesumpah masih menyimpan surat yang tidak bernilai satu sen pun itu.  Apatah lagi apabila Raja Sesumpah mula menceritakan keburukan dan ketidakyakinan beliau terhadap DS Anwar menyebabkan beliau menyertai Umno membuatkan orang ramai termasuk ahli-ahli Umno mula menilai harga diri Raja Sesumpah ini.

Ahli-ahli Umno di Kuala Terengganu naik hairan apakah tujuan Raja sesumpah hadir ke Kuala Terengganu sepanjang kempen berjalan.  Dalam siri ceramah beliau mulutnya asyik berceloteh tentang keburukan DS Anwar, sedangkan parti yang bertanding di sini adalah di antara PAS dan Umno.  Apa relevennya ceramah beliau kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu ?  Soal surat perdamaian DS Anwar kepada Tun Mahathir? Apa masalah tentang kandungan surat itu?  Benarkah surat tersebut benar-benar memalukan dan mengaibkan DS Anwar seperti yang heboh beliau katakan?  Pada saya, sumpah laknat Saiful sewaktu menjelang hari penamaan calon di Permatang Pauh dikira sudah lebih dari memalukan.  Itu pun DS Anwar mampu berdiri gagah berdepan dengan rakyat jelata kerana tiada apa yang patut dimalukan jika kita berasa kita benar dan tidak bersalah.  Sebaliknya dengan isu sumpah laknat tersebut, siapa yang termalu sekarang ?  Si Bersumpah masih menyembunyikan diri dan tidak berani berhadapan di khalayak umum.  Pada saya, nilai surat bertulis tangan yang diwar-warkan oleh Raja sesumpah sebagai senjata untuk mengaibkan DS Anwar itu hanya layak dibuat bahan untuk `beristinjak’.

Saya percaya selepas Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu ini nanti, sekiranya ada lagi pilihanraya kecil maka Raja Sesumpah akan muncul kembali dan akan mendakwa bahawa beliau mempunyai lebih dari 6 kotak surat-surat DS Anwar.  Itu pun sekiranya Umno masih berselera untuk menjemput Raja Sesumpah beraksi semula bagi menambahkan `batu nesan’ yang ada. Sebagaimana yang Raja Sesumpah janjikan, beliau akan menjelajah seluruh Negeri Kelantan sekiranya YB Husam Musa tidak bermain sumpah seperti yang beliau cabar.  Ternyata YB Husam tidak sanggup merendahkan moral dan imejnya setaraf dengan Raja Sesumpah, maka kita mempelawa Raja Sesumpah hadir ke bumi Kelantan dengan kadar segera.  Raja sesumpah tidak perlu menunggu adanya Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum untuk menjelajah bumi Kelantan.  Bila-bila masa Kerajaan PAS Kelantan sedia menerima kehadiran Raja Sesumpah kerana Kerajaan PAS Kelantan tidak seperti Kerajaan BN di Sarawak yang melarang pemimpin pembangkang menjejakkan kakinya di Serawak seperti yang telah terjadi kepada YB Gobalakrishnan.

Akhir sekali, sekali lagi diucapkan syabas dan tahniah kepada calon PAS, YB Abdul Wahid dan juga kepada semua jentera Pakatan Rakyat yang telah bertungkus lumus bagi menentukan kemenangan yang amat gemilang buat calon dari Pakatan Rakyat ini.  Tahniah juga tidak terhingga kepada semua pengundi yang telah membuat satu pilihan yang bijak dengan mengundi calon PAS demi menentukan masa depan negeri Terengganu khususnya dan negara ini amnya menuju ke arah yang lebih baik untuk kesejahteraan rakyat.  Kepada calon Umno, takziah diucapkan dan sesungguhnya ramai yag bersimpati ke atas beliau kerana terlalu mengharapkan sahabat baiknya seperti Raja Sesumpah untuk membantu beliau, tetapi sebaliknya ia membawa `badi’ yang tidak berkesudahan.

WFAUZDIN NS

Wan Fauzuldin bin Wan Samad

No KP: 11073920

No HP: 013-9410309

KUANTAN

Komen Citrabudiman

Ezam..terimakasih kerana bersumpah! Dulu di Permatang Pauh muncul suweifool, kini di KT Ezam sesumpah pula. Aku fikir, jangan berundur, teruskan usaha ‘suci murnimu’ Ezam. Kau memang hebat. Kalaulah tidak kerana sesumpahmu, tidak mungkin majoriti selebar ini. Tidak mungkin ‘hari raya’ di KT malam tadi. Ezam..aku rindukan wajah kacakmu yang berlidahkan sesumpah. Itulah X faktor yang kita ada. Bersumpah dan berbohong..! Oh..betapa agungnya ideamu Ezam..Jangan kita terhenti di sini. Banyak lagi rahsia besar di dalam kotak yang belum kita buka. Jangan putus asa. Kita kena kuat Ezam. Kuat lagi..kuat bersumpah dan berbohong…
Blogger2 pengampu, media songsang arus perdana dijemput membantu Ezam di lain waktu..Lupa disebut..Sekalung tahniah dan syabas kepada PAS di atas kemenangan ini. Besar maknanya. Fahamilah..UMNO lambang kehancuran melayu!

http://citrabudiman.blogspot.com


Respon

  1. Di kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Ezam di atas peranan dan sumbangannya yang begitu berharga bagi kemenangan calon PAS di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.
    Semoga pada Pilihanraya-pilihanraya akan datang saudara akan terus memberi sumbangan dengan sebaiknya…

    Note : Kalau nak banteras rasuah, bukan UMNO tempatnya…cukuplah perbodohkan rakyat…rakyat dah cerdik sekarang…

  2. kau dah keluar dari tempat kumbahan ezam oooi…lepas tu ko masuk balik…..

    kau kena masuk SHIT program:

    Special High Intensity Training ( SHIT)…lepas tu EAT SHIT, BULLSHIT……..

  3. Masa la ni bukan masanya untuk bersumpah maupun menyumpah kat orang lain. La ni ialah masa untuk bincang lagu mana nak selesaikan masalah rasuah yang amat kronik di kalangan ahli parti pemerintah.
    Selagi ada Ezam, Khairi Jamaluddin, Pak Najib, …. yang dah dikenalpasti “……..” tak disingkir oleh BN, tak lama lagi BN tinggal nama dalam buku sejarah saja.
    Kita harus terima kasih pada TV3 juga yang menyumbang kepada kekalahan calon BN selain puak yang disebut di atas.
    Hidup Islam, Hidup Rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, ketelusan, keamanan. Semoga Allah swt melindungi kita semua dari puak munafikun ni.

  4. Terima kasih EZAM KLUK KLEK…….Pakatan rakyat ucapkan .
    Ezam,Zahid mat arip,Roslan khasim,lokman adam,SD Johari,Hamdan taha,syed,ghani haron,hamidon,dan kawan-kawan ‘KLUK KLEK’ semua…saya cadangkan mereka semua berpindah ke Negara Palestin..itu lah tempat yang paling baik bagi mereka ini untuk berkhidmat…Malaysia tidak lagi dapat menerima mereka…mereka lah KLUK KLEK yang sebenar-benarnya!!!
    Buat Be End (BN)…….sayonara dengan politik perkauman..rakyat Malaysia sudah dapat menilai khidmat kamu…sememangnya penuh kepuraan dan kedunguan….

  5. …..Untuk Melayu Nothing adalah tangki septik rasuah dan mamatezamsick ahlinya seumur hidup……….SEBENARNYA Pas kalah………………………………………………..kan Untuk Melayu Nothing kerana kandungan 6 kotak tidak dapat dikira…mamatezamsick bawa lari ke indon.

  6. Wan Fauzuldin bin Wan Samad…TQ.

  7. Semua rakyat dah boleh menilai sendiri siapa si ezam tu. Bagi ambo kalau Ibrahim Ali ialah katak di bawah KAWAH maka si ezam ni ialah katak di bawah TEMPURUNG. Apa lagi post-mortem be end???. Sudah terang lagi bersuluh bahawa segala strategi kerajaan be end semuanya gagal. Jangan salahkan orang lain. Tengok dalam diri sendiri. Kerajaan berdiri atas dasar HATI BUDI RAKYAT bukan atas dasar WANG RINGGIT ATAU HARTA KEKAYAAN.

    Selamat berehat sebentar untuk tarik nafas lega kepada semua PKR khususnya PAS. Kepada pinkturtle, pergilah balik berehat di kampung isteri Tuan di Bachok sambil makan nasi dagang, nasi berlauk, nasi kerabu atau pulut pagi. Ambo doakan Tuan mendapat ketenangan/kebahagian dalam suasana fanorama di keheningan pagi…..setelah behempas pulas berminggu2 memeras kepala otak di P036 KT.

    Kepada semua yang dah mula membuat perjalanan jauh balik ke rumah masing2 ambo harap berhati2lah memandu di jalan raya. Jangan terlalu dek terlalu gumbira sehingga cuai atau terkocoh2 memandu. Penat atau mengantuk sila berhentilah berehat di tempat2 yang sesuai. Percayalah perjuangan anda semua tidak akan sia2……….

  8. Jangan sumpah dia jadi sesumpah , Kita sumpah dia jadi Bas express.Ramai-ramai boleh naik gi dengar ceramah….

  9. 11% faktor kekalahan BN kerana ceramah/kempen oleh Md Ezam Md Noor di P36 KT

  10. TAHNIAH kepada PAS. Tidak ketinggalan TAHNIAH kpd sokongan dari PKR dan DAP , dan yang sayaa banggakan sudah pasti PM memenanti Msia. DSAI.

    Kepada Ezam…….. bagi saya jangan lah kita sumpah dia, krn hukuman nya biar kita serahkan pada Allah swt, keran DIA Maha Adil.

    Hanya yang pasti buat ketika ini Ezam adalah orang Melayu yang paling BODOH dan BAHLOL di Msia , dan Nusantara keseluruhan nya

  11. SELAMAT DATANG EZAM KE KELANTAN

    Kami rakyat Kelantan mengalu-alukan kedatangan saudara Ezam untuk berceramah dimana-mana bumi Kelantan, SILAKAN.

    Saudara sebagai ahli politik, kami menyambut baik, silakan. Semoga berjaya cita-cita mu untuk membetulkan UMNO dari dalam.

    Kami akan membuat kain rentang untuk menyambut kedatangan mu, kerana kamu adalah pahlawan terbilang, SILAKAN. Rakyat Kelantan dahagakan ceramah mu. SILAKAN!

    Bawalah bala tenteramu untuk berkunjung ke Kelantan, kami menyambut baik. SILAKAN.
    Kalau tidak ada kenderaan, kami akan sediakan dan akan menyediakan pengiring yang garang-garang.

  12. Teriama kasih ezam kerna kau berjaya menipu umno walaupun kau tak sengaja.rakyat makin bertambah sokong PR kerana ceramah kau .Samakin kau bersumpah samakin ramai yang tinggalkan BN dan umno.Teruskan wahai raja sesumpah…denganagenda mu

  13. buat mu najis,

    terharu sungguh aku bila mengenangkan BN (UMNO) kalah teruk dgn pukulan maut dr PAS, semalaman aku tidak tidur mengenangkan kemaluan najis jatuh dan tersepak olih raja sesumpah, yang lebih mengharukan lagi bila calun PAS mampu menambahkan majoriti yang begitu banyak….buat ezam sesumpah ada baiknya kau pergi makan taik (najis) daripada menjadi hamba kepada UMNO, kau tu ibarat ‘SPEAKER’ rosak yang UMNO tak ingin nak repair, nak memalukan DSAI dgn hanya secebis surat, dah tak ada modal lain kah? kenapa tak cari cerita DSAI makan belacan kah, ulam petai kah….kahkahkah

  14. Aku faham sangat dengan gaya alu-aluan sdr johan nor tu. Aku nampak mcm mulut dia “mmecak”…..Kau kena faham ezam, johor, negeri sembilan, pahang, terengganu dan sarawak sama sekali tak sama dengan di kelantan ezam!!! Aku juga amat bersetuju. Jika ezam nak pergi ceramah pusing seluruh negeri kelantan bagus sangatlah. Cuba2lah kau berpakat dengan ibrahim ali sepesis yang sama dengan kau itu ezam. Seluruh rakyat kelantan menunggu kehadiran kamu ezam. Mudah2han kamu akan cepat insaf dan tobat……………IsyaAllah kami rakyat kelantan boleh tunjukkan kepada mu ezam cara mana nak insaf dan nak tobat.

  15. Ezam macam tentera Israel!!!!

  16. Ezam yang bukan saja memalukan seluruh Melayu Msia dan mungkin seluruh dunia. Ezam ni ibarat anjing menyalak bukit ( bukit tak goncang atau jatuh) dan mcm anjing tersepit ( sudah lepas gigit Tuan nya.)

    E: Engkau pejuang anak bangsa
    Z: Zaman berzaman kau di puja
    A: Aman bahagia Kau kesana
    M: Masuk Neraka itu lah Hadiah nya.

    Pelik ny a Ezam kata kelulusan tinggi, mengaji setiap pagi, petah bercakap dan sangat di geruni rupanya untuk diri sendiri, tapi ikut gaya Ketua nya sendiri, i……. yang pasti sekarang ini, Ezam ramai dah hamun dah caci dah benci dah di maki namun Ezam tetap Ezam,jika ada peluang dan WANG, Ezam tetap berjuang untuk diri nya sendiri…. yang penting bagi Ezam tetap terus perjuangan atas nama balaci UMNO masakini

  17. Ezam terjun dengan kotak-kotaknya……biarkan…biarkan……Ezam manusia yang tiada pendirian dalam hidup. Orang begini jangan dilayan. Hari ini org bukan bodoh untuk menerima CERITA DONGENG EZAM. Buktinya org Permatang Pauh dan K Terengganu dah MELUAT dgn cerita dongeng ezam….

  18. Sabar sdr a.rahman, Ezam tu memang kurang cerdik budaknya. Akalnya pun pendek walau petah berbicara. Sepatah dia berbicara untuk sang penguasa, sebukit habuan menunggu sedia.
    Niat hati nak banteras rasuah, tapi semakin hari semakin punah. Bekas majikan dicaci sudah, tak sedar diri makan yang muntah. Kokoknya Ezam berderai-derai, tapi ekornya bergelumang tahi. Kini Ezam terkapai-kapai, berpaut pada sang kaki Khairy. Langkah Ezam makin longlai, kerana sumpah makan diri! Good bye ‘Pahlawan Sumpah’. Tahniah kepada semua petugas2 Pakatan Rakyat yang membantu kemenangan. REMPUH BN, TERUS MARA KE PUTRA JAYA!

  19. Salam…ramai yang mengutuk ezam nih…ramai yang menyindir…aku tak jadi kutuk lah..sian
    kalau ada duet melimpah ruah…aku nak bagi kat ezam pergi jauh jauh…dok sana jangan balik dah,orang dah tak suka

  20. mudah-mudahan sdr Ezam mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT.

  21. Sorry lah Ezam..cakap cakap kau sapa pun tak nak pakai dah…kesian …kesian

  22. Saya amat kecewa dan dukacita sebab Raja-Ngaku-Kene-Tutoh tidak menghadirkan diri. Sekurang kurang memberi perangsang kepada Raja Sesumpah. Sekian, terima kasih


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: