
Sepatutnya seorang anggota polis yang dikatakan beragama Islam mestilah mengambil satu pendekatan yang fleksibel mengenai perkara tersebut. Walaupun OKS (Orang Kena Saman) tersebut masih lagi seorang pelajar, namun perlulah juga diambil kira bahawa OKS adalah seorang pelajar pondok dan bukannya pelajar sekolah biasa.
Kes serban: Pelajar pondok pilih penjara daripada bayar denda
KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) – Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.
Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban.
Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A’Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.
Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.
Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan.
Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan yang munasabah dan tiada keterangan saksi-saksi lain yang dapat mengesahkan Ahmad Nasir seorang lebai.
Bagaimanapun pelajar pondok itu yang diwakili peguam Ahmad Rizal Effande Zainol memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut bagi membolehkan rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.
Namun mahkamah menolak permohonan peguam dan mengekalkan keputusan asal. Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.
Ahmad Rizal ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu beliau menyerahkan kepada anak guamnya untuk memilih sama ada ingin membayar denda atau sebaliknya.
Katanya, anak guamnya merasakan dirinya tidak bersalah kerana ia hanya mempertahankan sunah Rasulullah saw dengan memakai serban.
Oleh itu beliau akan memfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.
“Saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi dijadikan bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah ‘lebai’ dalam peruntukan undang-undang,” katanya.
Perkarangan mahkamah dipenuhi hampir 100 rakan Ahmad Nasir yang datang untuk memberikan sokongan moral.
Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.
Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.
Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan.

Kota BHaru 19.01.2009 - Seorang pelajar sekolah pondok, Ahmad Nasir Darus,28 melaungkan takbir pada 100 pelajar pondok yang hadir perbicaraannya kerana memilih dipenjarakan 2 hari atas alasan mengikut sunnah setelah pihak majistret menolak penangguhan perlaksanaan hukuman terhadapnya yang disaman menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar kerana berserban di Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam. Gambar ZAMAN HURI ISA
.
Komen alkubrawiyyah.blogspot.com
Itulah undang-undang negara kita yang berdaulat serta termaktub. Yang menjadi isunya sekarang ialah mengenai penafsiran ‘Lebai’ sebagaimana yang terdapat dalam Notis Pengecualian tersebut. Sepatutnya seorang anggota polis yang dikatakan beragama Islam mestilah mengambil satu pendekatan yang fleksibel mengenai perkara tersebut. Walaupun OKS (Orang Kena Saman) tersebut masih lagi seorang pelajar, namun perlulah juga diambil kira bahawa OKS adalah seorang pelajar pondok dan bukannya pelajar sekolah biasa. Sudah menjadi aturan pakaian pelajar pondok yang dikehendaki berserban, maka ia seharusnya diambil kira serta menghormatinya sebagai satu sunnah yang dituntut Islam. Apatah lagi anggota Unit Peronda, Konstabel Che Sidek Omar Mat Hassan mengaku dirinya sebagai seorang Islam.
Walau bagaimanapun, saya ada mendengar satu versi lain yang diberitahu oleh beberapa orang anggota polis mengenai kejadian yang berlaku sebelum pelajar pondok itu disaman polis.
Komen notoumno
Budak tu sanggup di penjara 2 hari kerana sunnah.
Semua kena masuk agama Sikh, baru lah undang undang tak kacau. Atau korang pakai topi BN macam calun calun BN keliling kampung naik moto.
Polis yang menyaman itu mungkin tak beragama,buta agama,membabibuta turut perintah undang-undang peninggalan penjajah walau Malaysia ‘meraung’ sudah merdeka !
Apa punya yakpur kamsur !
By: amuraria on Januari 20, 2009
at 7:36 am
Kenapa lah polis kat Malaysia ni buta mata dan buta hati? Kenapa Sikh yang pakai serban tu tak disaman?
Aku pernah sendiri lihat Sikh tak pakai helmet tapi pakai serban kat tengah-tengah bandar KL. Mungkin Sikh tu lebai kot?
Kepada polis tersebut semoga anda akan mendapat balasan dan pengajaran dari kebodohan anda ini.
By: Rosli on Januari 20, 2009
at 7:41 am
apa kata singh MKJR pula……Duni…dunia
By: pak chad on Januari 20, 2009
at 8:53 am
Apakah konstabel peronda tu tak leh buat pertimbangan yg rasional sebelum menangkap Ahmad Nasir Darus walaupun kawan tu menunggang motor tanpa topi keledar?
Misalnya, adakah Ahmad Nasir Darus menunggang secara membahayakan dirinya atau org lain? Atau adakah dia melakukan kesalahan yg lain? Jika jawabannya tidak, tak payah tangkap la. Sebab dia pakai serban. Lebih2 lagi jika dia menonggang utk jarak yg dekat.
Mungkin masalahnya polis kat Malaysia nie pakai SKT. Mungkin dia org ada sasaran kerja tahunan utk menangkap sejumlah pesalah bagi setiap bulan. Jadi dia org mesti tangkap org. Jika tak, SKT tak tercapai, prestasi kerja rendah.
By: gegala on Januari 20, 2009
at 9:13 am
keadaan ini perlu dilihat daripada perspektif positif. terdapat kekaburan dalam mendefinisikan maksud “lebai” dalam undang2 jalanraya negara. memang di dalam undang2, lebai dan singh dikecualikan daripada memakai topi keledar. akan tetapi, kekeliruan dalam memahami maksud definisi “lebai” itu maka pelajar ini disaman.
ada hikmah perkara ini berlaku, oleh yang demikian kita sebagai orang islam perlu menekan kerajaan untuk menterjemahkan dengan lebih tepat siapa itu “lebai”. adakah lebai itu hanya untuk orang2 yang sudah pergi haji? yang umur lebih 40 tahun? yang sudah berkahwin? yang punyai anak lebih 4 orang?
kita perlu ajukan supaya penggubal undang2 terjemahkan dengan lebih tepat, apa itu maksud lebai. bersama2 kita tekan, hak islam jangan diragui.
pendirian pelajar ini patut dibanggakan, berani kerana benar.
By: Garden on Januari 20, 2009
at 10:16 am
masalahnya…kalau pelajar tu ckp baik baik mungkin bole lepas……mungkin pelajar tu pun egoo
By: ararsuke52 on Januari 20, 2009
at 1:09 pm
soalan saya:
mengapa undang2 melihat daripada sudut keperluan agama sikh, akan tetapi undang2 tidak pula melihat daripada sudut keperluan agama orang2 islam?
orang2 sikh dibenarkan, menurut tuntutan agamanya, mengapa pula orang2 islam tidak dibenarkan, menurut tuntutan agama mereka?
adakah ini bias? atau kejahilan dalam ilmu penggubal undang2 dalam mendefinisikan maksud “lebai” itu secara tepat? hajjah tidak sepatutnya ada halangan untuk memakai helmet kerana tudungnya bukan penghalang yang jelas untuk dia tidak memakai helmet. akan tetapi haji dan lebai mungkin akan meyusahkan mereka jika keperluan mereka untuk memakai serban tetapi tidak dibenarkan undang2.
saya melihat perkara ini kepincangan dalam mendefinisikan maksud “lebai” dan juga kepincangan dalam undang2 melihat keperluan daripada sudut agama.
By: Garden on Januari 20, 2009
at 2:18 pm
Dah tau kerajaan sekarang sudah hilang akal …ngapa undi BN lagi YOP????sudah..sudah lah tu YOP….tukarlah selera lain PR13 nanti!!!!!
By: kepala sengal on Januari 20, 2009
at 3:12 pm
ni su me disebabkn pemimpin malaysia y bodoh n lembab bt keje
By: iwan on Januari 20, 2009
at 3:17 pm
salam..semua yg cinta keamanan sejagat lagi2 cintakan agama ilsam yg suci ini..
kepada pelajar pondok bersama2lah kita bertawakal kepada yg maha yg ESA.lakukan solat hajat supaya yg ALLAH membuka pintu hati mereka yg jahil ini terutama polis..seandainya polis2 ini tidak boleh diubah lagi hatinya kepada kebenaran..bertawakalah kepada ALLAH.biar ALLAH yg memhukum manusia yg buta hati ini.
ingatlah wahai polis2 terbabit..doa org2 yg menutut ilmu seperti meraka lagi2 yg menjaga sunah..doa merak mudah diterima..(AWAS POLIS).
By: anok kelate on Januari 20, 2009
at 9:48 pm
yaa rabbi
By: amibest on Januari 21, 2009
at 2:46 am
itu lah realiti kerajaan malaysia sekarang..apa boleh buat ..anak bini depa pun tak di suruh tutup aurat..padahal itu benda palis asas,budak tadika pun pandai bertudung,berkopiah..cissssssssssss
By: azamaju sprayworks on Disember 9, 2009
at 11:05 pm
ape yg pnting & utama adalah kita sbgi pejuang hak & kbnaran plu tegas dlm mnolak kmungkaran & kebatilan..
By: serikandiakhirzaman on Januari 31, 2010
at 12:55 pm
bersangka baiklah kita, polis menangkap pelajar itupun krn risau tntg kselamatan pelajar tsebut, bkn utk mghukum semata-mata,
manakala plajar tsbut pula adalah seorang pjuang sunnah rasulullah, skrg ni susah kita nk cari pmuda mcm ahmad,
yg jadi psoalan knp agama sikh x d tgkp lau x pki topi kledar, ? sbagai pmimpin anda harus adil, apatah lg sbagai islam juga..maaf..wallahualam..
By: jihad_kids on April 22, 2010
at 4:24 pm
Kerana Bukan Lebai Kot Kena Saman..
Inilah Dunia..
Kalau Jahil Makin Jahil Kerana Ikut Buku Undang-Undang..
By: Manje_Ulik_Mayang on Ogos 11, 2011
at 10:01 pm
Celako punya polis otak udang brengseck al bajigor
By: Bmz on Oktober 30, 2016
at 3:35 pm