Posted by: pinkturtle2 | Januari 20, 2009

Caj RM1.2 juta: Bebas tindakan, Angkasawan Negara lega

Beliau (Sheikh Muszaphar) telah menyediakan penjelasannya untuk persoalan dalam surat itu termasuk mengapa beliau mengenakan bayaran untuk sesi ceramahnya.

Beliau (Sheikh Muszaphar) telah menyediakan penjelasannya untuk persoalan dalam surat itu termasuk mengapa beliau mengenakan bayaran untuk sesi ceramahnya.Dan kami berpendapat alasannya boleh diterima jadi tiada sebab untuk membawa perkara ini lebih lanjut - Datuk Dr. Maximus Ongkili

Caj RM1.2 juta: Bebas tindakan, Angkasawan Negara lega

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memutuskan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berhubung dakwaan mengumpul kekayaan sehingga RM1.2 juta melalui beberapa siri ceramahnya.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menterinya, Datuk Dr. Maximus Ongkili hari ini.

Bagaimanapun Ongkili berkata siasatan terhadap pertuduhan itu mendapati Sheikh Muszaphar telah melanggar beberapa fasal-fasal dalam kontraknya dengan kementerian.

Katanya pihak kementerian telah menghantar satu surat tunjuk sebab kepada angkawasan itu dan beliau menjelaskan ceramah-ceramah yang dihadirinya itu adalah selepas waktu pejabat ataupun semasa berada di luar negara dan tindakannya itu tidak menjejaskan tugasnya di kementerian.

“Beliau (Sheikh Muszaphar) telah menyediakan penjelasannya untuk persoalan dalam surat itu termasuk mengapa beliau mengenakan bayaran untuk sesi ceramahnya.

“Dan kami berpendapat alasannya boleh diterima jadi tiada sebab untuk membawa perkara ini lebih lanjut,” katanya selepas melancarkan logo kementeriannya di sini hari ini.

Katanya, melalui siasatan yang dijalankan, walaupun Sheikh Muszaphar mengenakan bayaran dalam ceramahnya, jumlah itu tidak mencecah jutaan ringgit.

Ongkili turut menjelaskan bahawa terdapat maklumat yang kurang jelas dalam kontrak terdahulu yang turut mennjadi sebab mengapa pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan.

Tambah beliau lagi, peguam kementerian mula mengambil langkah susulan bagi menyediakan kontrak baru selepas cuti Tahun Baru Cina.

“Kontrak baru dibuat berdasarkan kelemahan dalam kontrak sedia ada.

“Sheikh Muszaphar telah menyatakan hasratnya untuk meneruskan khidmatnya dengan kementerian namun bagaimanapun ia terpulang kepada persetujuannya berdasarkan kontrak baru nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Sheikh Muszaphar ketika dihubungi menyambut baik keputusan tersebut yang telah membersihkan namanya daripada tuduhan sebelum ini.

“Saya gembira kerana nama saya telah dibersihkan, saya berharap orang ramai akan memahami (perkembangan terbaru ini),” katanya yang malam ini akan berlepas ke Gaza untuk berkhidmat bersama pasukan perubatan Palestin.

Jelas beliau lagi, keaadaan ini menunjukkan bahawa dakwaan yang mengaitkan dirinya itu tidak benar sama sekali.

Sebelum ini, sebuah akhbar dan portal berita melaporkan Sheikh Muszaphar didakwa mengenakan bayaran RM8,000 bagi sejam sesi ceramah yang membolehkannya memperoleh kira-kira RM1.2 juta tidak termasuk kos penginapan hotel dan pengangkutan.

Berikutan laporan itu, kementerian melantik tujuh panel khas, dipengerusikan Timbalan Menteri MOSTI, Fadilah Yusof untuk menjalankan siasatan.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Sheikh Muszaphar berkata hingga kini beliau masih belum membuat keputusan untuk meneruskan kontraknya bersama MOSTI ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun katanya, sama ada akan terus berkhidmat dengan kementerian itu ataupun tidak, beliau akan terus memberi sumbangan untuk membangunkan progran angkasawan negara secara langsung ataupun tidak langsung.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. IKUT MU LAH KERANA KAMU DIPILIH DULU OLEH PEMIMPIN, BUKAN OLEH RAKYAT. KALAU RAKYAT TAK MUNGKIN PILIH DAN TAK MUNGKIN BUAT PROGRAM NAIK KE BULAN NI, KERANA HABIS DUIT BUKAN SIKIT. BAIK GUNAKAN DUIT TU UNTUK KEMUDAHAN PADA RAKYAT.

  2. Angkasawan Poyo.. takat makan angin je kat langit tu,bukan singgah kat bulan pun!
    dasar kelahiran UMNO,semua nak dijadikan RM!!!
    pendapatan RM 1.2M tu patut pulangkan semula kat Rakyat.

  3. Horey! Nak tambah pendapatan, buatlah kerja macam angkasawan kita. UMNO tak marah punyak, janji pangkah BN. Agaknya ceramahnya dibuat sebelah malam macam ceramah parti politik. Siapa pula yang nak dengar celotehnya itu? Memang tak faham kalau dikatakan kutipan dibuat luar kerja. Kalau macam tu kalau ada undangan masa kerja cakap saja jadual penuh. Luar masa kerja bolehlah tapi kena bayar ….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: