Posted by: pinkturtle2 | Januari 20, 2009

Apa bezanya Serban Singh Dengan Serban Anak Pondok?

Soalnya di sini apakah setiap warganegara singh negara ini yang mengenakan terbannya itu adalah orang yang secara automatik lebai ataupun ada istilah lain untuk singh maka mereka tidak berani disaman oleh polis?

Soalnya di sini apakah setiap warganegara singh negara ini yang mengenakan terbannya itu adalah orang yang secara automatik lebai ataupun ada istilah lain untuk singh maka mereka tidak berani disaman oleh polis?

Apa bezanya Serban Singh Dengan Serban Anak Pondok?

KELMARIN seorang anak pondok Pasir Tumbuh di Kelantan, Ahmad Nasir Darus 28 tahun telah dijatuhi hukum denda sebanyak RM90 atau penjara dua hari oleh Majistret Kota Bahru kerana kesalahaan tidak memakai topi keledar semasa menunggang motisikal tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhi oleh Majistret, Tengku Amalin A’Ishah Puteri Sultan Ismail.

Ahmad Nasir tidak membayar denda berkenaan sebaliknya memilih untuk dipenjara. Alasan beliau ialah kerana ingin menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam ‘kepercayaan’nya serban itu ialah pakaian Rasulullah dan tidak menjadi kesalahan malah wajib baginya mempertahankan pakaian berkenaan.

Sekali pandang hukuman ke atas Ahmad Nasir itu seperti zalim dan tidak menghormati sunnah Rasulullah seperti mana diyakini oleh anak pondok berkenaan. Ia juga menggambarkan Majistret itu lurus dan menjatuhkan hukuman berdasarkan peruntukkan undang-undang yang ada tanpa langsung menggunakan budibicaranya sebagai seorang Islam. Mungkin itulah tanggapan ringkas.

Tetapi apa yang perlu disedari, Majistret atau hakim akan membuat keputusan berdasarkan fakta dan menggunakan perundangan yang ada. Kebenaran hakikat bagi mereka bukan perhitungan. Mereka tidak dapat melencong jauh dari itu. Soal budibicara, sentimen tidak merupakan keutamaan dalam membuat sesutau keputusan.

Jadi Majistret bukan bersalah dalam hal ini kerana beliau menuruti dan mematuhi undang-undang yang tersedia.

Manakala dari pihak Ahmad Nasir menerima hukuman itu sebagai satu penganiayaan dan keputusan yang tidak menghormati sunnah yang diyakininya itu. Sebagai seorang muslim beliau berhak mempertahankan pakaian Rasulullah atas kepercayaan sesiapa mempertahankan pakaian Rasulullah ia akan mendapat rahmat dan keberkatan.

Sebab itulah Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan para ustaz, alim ulama mempertahankan pakaian serban dan sering mengenakan jubah dalam kehidupan seharian mereka.

Apakah kita boleh mengatakan kata-kata (keyakinan) Ahmad Nasir itu karut? Bahawa serban itu tidak ada kena mengena dengan Rasulullah? Kalau Ahmad Nasir karut maka karut dan kurafatlah sekalian orang yang pakai serba dan jubah atas alasan kerana mempertahankan sunnah Rasulullah?

Di sini apa yang menjadi masalah kerana undang-undang yang digunakan pakai dalam mahkamah jahil terhadap apa itu sunnah? Mungkin juga undang-undang kita tidak memandang dan melihat ada apa-apa nilai pun ke atas pakaian berkenaan. Dalam kata-kata lain sunnah bukan sesuatu yang perlu dipertahankan. Sebaliknya mahkamah kita lebih menghormati turban (serban Singh) daripada serban anak pondok.

Dalam kes Ahmad Nasir tadi Majistret memberi alasan dia tidak menemui apakah ciri-ciri menandakan Ahmad Nasir sebagai lebai. Pihak pembelaan mungkin gagal mengemukakan bukti menunjukkan Ahmad Nasir seorang lebai. Sebab kalau Ahmad Nasir lebai dia dikecualikan daripada mengenakan pakaian serban. Begitulah peraturan dan penilaian perundangan kita.

Jika hendak dikira soal lebai ini pun subjektif. Tidak ada tanda-tanda khusus kepada seseorang yang boleh dikatakan lebai. Dalam istilah lebai itu ia berasal daripada perkataan ‘la’baik’ iaini baik atau mulia. Di sini boleh difahamkan lebai itu orang yang baik dan mulia. Baik kerana dia mengamal hukum Allah dan menuruti ajaran Rasulullah. Dan orang yang begitu ia dianggap mulia.

Jadi kerana polis yang menyaman Ahmad Nasir itu tidak nampak tanda yang beliau baik atau mulia maka beliau tidak kdianggap lebai. Kalau Ahmad Nasir dilihat lebai pasti dia tidak akan disaman dan dibawa ke mahkamah sehingga Majastret membuat penghukuman Ahmad Nasir tidak seorang lebai maka beliau tertakluk dengan undang-undang yang sedia ada itu.

Soalnya di sini apakah setiap warganegara singh negara ini yang mengenakan terbannya itu adalah orang yang secara automatik lebai ataupun ada istilah lain untuk singh maka mereka tidak berani disaman oleh polis?

http://msomelayu.blogspot.com

Advertisements

Responses

  1. Ini membuktikan yang sistem kahakiman negara kita tidak adil. Ynag menjatuhkan hukuman tu pulak jahil hukum Islam. Inilah nasib umat Islam di Malaysia. Marilah kita ubah sistem kehakiman kita dengan mengubah kerajaan secepat mungkin. Ubah demi maruah, turun BN.

  2. INILAH YANG DIKATAKAN MELAYU YANG PENAKUT…DENGAN BANGSA LAIN PENAKUT…DENGAN BANGSA MELAYU ISLAM SENDIRI NAK TUNJUK KUASA UNDANG2..??BODOH BETUL…CAMNER MAHKAMAH NILAIKAN SINGH YG NAIK MOTOR TU??BAGI SAYA,INILAH KEBODOHAN MAHKAMAH,SANGGUP MERENDAHKAN MARTABAT ISLAM ITU SENDIRI…

  3. Majestrate tidak bersalah…dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagaimana termaktub dalam undang2.

    Yang patut kita ubah dan tekan kerajaan adalah ubah pemahaman “lebai” itu, ataupun menekan agar maksud atau definisi “lebai” itu ditarik dan diganti dengan term yang lebih tepat.

  4. undang2 yang adil adalah undang2 Islam,selain Islam zalim!

  5. Msomelayu.blogspot.

    Peraturan menunggang motosikal, sudah ditentukan oleh undang-undang bahawa orang yang menunggang motosikal dan penumpangnya mesti memakai topi kelader setiap kali mengguna jalanraya.

    Tujuannya adalah untuk menjaga keselamatan kepala mereka agar tidak cedera bila berlaku kemalangan. Tapi pemakaian topi keledar telah dikecualikan kepada kaum Singh, itu pun hanya pada lelaki saja. Bagi kaum wanitanya diwajibkan memakai seperti orang lain.

    Persoalannya mengapa kaum singh ini dikecualikan dari memakai topi keledar..? Sebenarnya kaum singh ini mengamal ajaran agama mereka bahawa lelaki singh tidak dibenarkan memotong rambut. Disebabkan tidak memotong rambut maka ada diantara rambut mereka panjang sehingga ketumit kaki.

    Menguruskan rambut ini memakan masa yang panjang dan menyusahkan. Jika tidak diserbankan rambut akan kelihatan mengerbang seperti hantu. Disebabkan kesusahan ini maka pihak kerajaan memberi kelonggaran pada kaum ini dengan tidak memakai topi keledar.

    Perbezaan serban anak pondok hanyalah budaya berpakaian. Serban anak pondok mudah dibuka dan mudah dipakai semula tidak seperti serban kaum Singh. Oleh kerana itu anak pondok sewajibnya menggunakan topi keledar bagi menjaga keselamatan kepala mereka dari kecederaan apabila berlaku kemalangan.

    Mengapa anak pondok sanggup menggunakan alasan ingin menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w kerana tidak mahu membuka serban yang boleh dipakai semula…?

    Apakah serban anak pondok ditanggalkan dari kepalanya seminggu sekali sama seperti serban kaum Singh …?

    Oleh kerana itu jangan menyusahkan pekara yang mudah….!

  6. Masing2 ada tanggungjwb yg perlu dilaksanakan.
    nak minta polis timbang rasa, nnt ada yg kata polis tak buat kerja pulak..nak kata majistret tak adil, tak boleh juga..Pakai topi keledar kan elok utk jaga keselamatan..lepas buka topi keledar, pakai semula serban tu…jgn ikut singh hindu yg keras kepala tu..

  7. bijak la sket bro….kan lagi elok pakai topi keledar,lebih elok sekali dengan baju kulit,demi keselamatan..lepas tunggang motosikal pakai la serban balik..(serban adalah budaya arab,sebelum rasullulah lahir pon org arab pakai serban)

  8. orang macam fahmi nie lah yg slalu menghina sunnah rasulullah yg mulia. atau fahmi nie xmengucap dua kalimah syahadah kot? smpai xknal apa itu beza antara sunnah & budaya.

  9. Singh klau nak pki serban bole je, design le satu helmet utk singh.

    Satu dunia ni klau singh nak pakai serban takde halangan, polis singh kat UK dh lama pki serban. Ada askar Benggali.

    Klau nak kuat kuasa undang, kene le adil, klau singh bole pakai serban, org Islam bole pakai le.

  10. Wahai Malay-asia,
    Adakah Singh berambut pendek memakai sarban menonggang motosikal dikira meyalahi undang2?
    Jawabnya – TIDAK

  11. Menteri Nikah Kawin – Musang Berjanggut: “…undang2 kita yang buaaaat, boleh PADEM!……”

  12. siapa kata majistret itu tak bersalah atau terpaksa tu tandanya pendiriannya tak kukuh. itu “escapism”!

    bukankah majistret boleh membuat andaian yg positif berkenaan maksud “lebai” terhadap pelajar tersebut. sudah tentu pelajar tersebut akan terlepas dari hukuman mengarut itu. tapi dalam hal ini majistret memilih untuk memberi tanggapan yang “negatif”. so, negatiflah jadinya.

    kalau sesuatu istilah itu “kabur”, setakat mahkamah majistret, majistret sendiri boleh membuat tafsirannya sendiri.

    saya fikir, majistret itu tidak/kurang menghormati kebenaran agamanya sendiri dan agama rasmi negara ini. itu sebab utamanya.

    begitu juga dengan pegawai polis itu. melayu juga kan?

    jika org melayu/islam sendiri tidak menghormati agamanya sendiri, jangan haraplah org kafir nak respek!

    ceissss….

    bosan nak layan…

  13. pakai je lah topi keledar. trun dr motor baru pakai balik serban tuh. undang2 tu kan utk keselamatan kita. kalau kemalangan, macam mana? mmg bagus menuruti sunnah nabi, tp ikot tempat jgk. wallahualam

  14. MEMANG BETUL!!!!!!!!!!!!!!!!!!TIDAK SALAH PAKAI SERBAN………TIDAK KIRA SING @ TIDAK SING. SETAHU AKU LA POLIS YANG KELUARKAN SAMAN TU BETUL,SEBAB DIA SAMAN “TIDAK MEMAKAI TOPI KELEDAR SEMASA MENUNGGANG M/SIKAL”……BUKANNYA DIA SAMAN “SALAH PAKAI SERBAN SEMASA MENUNGGANG”…….KALAU DIA SAMAN “TIDAK PAKAI SERBAN SEMASA MENUNGGANG” APA CERITA PULAK????????? APA-APAPUN UNDANG-UNDANG DUNIA MANUSIA YANG BUAT, BOLEH DIPINDA….KALAU DAH UNDANG2 MANUSIA TIDAK DIIKUT…APATAH LAGI HUKUM-HUKUM ALLAH???????? HENDAK SERIBU DAYA,TAK NAK SERIBU DALIH……..TEPUK DADA TANYALAH IMAN,ITU YANG BETUL.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: