Posted by: pinkturtle2 | Januari 22, 2009

Kugan Mati Akibat Paru-Paru Berair… Ini Buktinya

kugan-nosebleed

kugan2

A. Kugan: Horrifying pictures depict latest victim of police brutality/murder?

http://jelas.info

Tahanan mati dalam lokap: Manikavasagam desak KP Selangor letak jawatan

AHLI Parlimen Kapar, S Manikavasagam meminta agar Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar untuk meletakan jawatan beliau kerana telah menipu ketika membuat kenyataan.

Menurut Manikavasagam Khalid Abu Bakar telah membuat kenyataan bahawa seorang tahanan, Kugan Ananthan telah mati ketika ditahan akibat sakit paru-paru.

Walaubagaimanapun menurut Manikavasagam, sangat mustahil sekiranya mangsa mati kerana penyakit sedangkan badan beliau dipenuhi luka-luka dipercayai dipukul.

“Saya minta agar Khalid Abu Bakar melepaskan jawatan beliau serta merta kerana menipu. Mangsa yang ditahan tidak akan mati sekiranya bukan acaman dari polis,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Tambahnya, beliau mempunyai dua saksi yang mengesahkan kejadian berkenaan, menurut beliau saksi berkenaan berkata Kugan ketika ditahan dalam keadaan yang sihat.

“Kami mempunyai dua saksi yang mempunyai bukti dalam kes ini. Kami akan dedahkan nanti,” katanya lagi.

Mangsa yang ditahan di Balai Polis USJ 8 pada 14 Januari lalu kerana disyaki bagi membantu siasatan kes curi kereta mewah mati secara tiba-tiba ketika sedang disoal siasat.

Menurut Khalid dalam laporan media, berdasarkan laporan siasatan yang diterimanya malam tadi, pihaknya mendapati suspek mati kerana paru-paru berair.

Manikavasagam yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan (MPT) kesal dengan pihak polis yang menurutnya tidak memberitahu keluarga mangsa ketika menahan mangsa.

“Kenapa hanya mati sahaja polis datang kerumah untuk maklumkan? kenapa tidak maklumkan ketika Kugan ditahan,” katanya lagi.

Semalam keluarga Kugan telah membuat laporan polis yang mendakwa mangsa meninggal dunia akibat dipukul dan didera polis.

Kugan turut mengalami kesan lecur di belakang, lebam akibat dipukul pada kaki dan tangan selain kesan luka akibat digari terlalu ketat.

http://www.suarakeadilan.com

Kewibawaan Pihak Polis Tercalar

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

Kuala Lumpur, 22hb Januari 2009.

Insiden kematian seorang pemuda India di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya ketika masih ditahan sangat mengejutkan. Kematian Kugan Ananthan 22 tahun mengingatkan kita kepada insiden M. Ulaganathan, juga mati ketika masih ditahan polis. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kematian M. Ulaganathan adalah disebabkan kecuaian dan pengabaian melampau pihak polis. Berulangnya insiden seperti ini pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak polis sebagai sebuah institusi keselamatan.

Bagi memastikan keyakinan rakyat dipulihkan, saya menuntut agar sebuah badan siasatan yang bebas dan telus diwujudkan serta merta bagi menyiasat insiden kematian Kugan Ananthan. Foto serta bukti yang menunjukkan adanya kecederaan pada si mati sudah tentu membangkitkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan institusi polis memulihkan kembali kewibawaannya.

Saya selaku ahli parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, komited untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat kelak. Beserta dokongan rakan-rakan ahli-ahli parlimen lainnya kami akan mencari jalan untuk meningkatkan tahap profesionalisme pihak polis serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi keselamatan tersebut.

ANWAR IBRAHIM

http://anwaribrahimblog.com

Komen Pahangdaily
Persoalannya sekarang, mengapa pihak polis tergamak untuk menipu rakyat lagi?. Sedangkan mereka tahu bahawa suara rakyat kini sudah semakin kuat untuk melakukan perubahan. Dari mana mereka ini semua belajar untuk menipu. Patutlah kes siasatan jenayah banyak yang terlepas begitu sahaja bila ada “connection” dengan orang atasan. Punah sudah harapan rakyat untuk melihat keradibiliti dan integriti polis yang dilaung-laungkan selama ini.
Malah, mereka kini lebih seronok untuk melakukan penipuan dan menutup kelemahan yang berlaku. Jika inilah amalannya, maka kita tidak hairan satu hari nanti rakyat akan terus hilang kepercayaan dan keyakinan kepada pasukan polis kita. Ingatlah mati itu akan menjemput kita bila-bila sahaja. Maka itu tidak kira siapa kita, berlakulah adil dan saksama kepada semua rakyat di bumi Malaysia yang tercinta ini
[polisdera10.jpg]

Responses

  1. Polis Beraja DiMalaysia.
    Tidak Bersih,
    Tidak Adil,
    Jauh sekali untuk mesra.

    Tugas kami adalah untuk menagkap peserta-peserta demo dan mengacau bilau cermah-ceramah.Jika keadaan memberi peluang kepada kami,kami dengan bangganya akan menurunkan FRU.Air water canon kami masih banyak.

    Mana-mana wakil rakyat yang ingin dapatkan khidmat kami untuk menghilangkan sebarang bukti jenayah mereka,kami hanya menagihkan wang.Mudah bukan.Kamilah Polis Beraja Dimalaysia.Hidup Polis.Hidup ISA.

    Unit Amal lagi mulia.Jauh lebih mulia.

  2. Kalau beginilah nasib tahanan Polis Malaysia, bagaimana pula nasib tahanan-tahanan ISA ?

    SB-SB,sedarlah weih..

  3. dari duluuuuuuu sampai la ni, perangai polis ni susah nak ubah…

  4. Kpd saudara-saudara orang-orang India, cukuplah, jangan lagi percaya kepada pemimpin-pemimpin Umno!!!! Pemimpin-pemimpin Umnolah yang mendidik dan mencorakkan polis Malaysia jadi sebegini jahat.

  5. Jika inilah pelakuannya.. ia dilakukan oleh binatang manusia.. ISLAM tak akan izinkan perkara ini berlaku.

  6. Dulu aku tonton filem hindi cerita orang jahat orang baik, polis jahat polis baik, menteri jahat menteri baik, kerajaan jahat, TIADA pun kerajaan baik.

    Sekarang ni di Malaysia betul2 jahat dan ZALIM bukan lagi, CUBAAAAAAN!!!!!.

    Bijak sungguh pemikiran pengarah filem hindi sejak 20 mahupun 30 tahun yang lalu kerana mereka telah menceritakan kisah sebenar yang berlaku di Malaysia pada hari ini…………………

  7. mungkin inilah nnt jawapan polis dlm mahkamah.

    “kami (pihak polis) TIADA MOTIF bunuh kugan ananthan”

    seterusnya polis akan terus menerus berbohong seperti berikut…

    “kami juga utk ingatan umum TIADA MOTIF bunuh altantuya”

  8. Mmg polis haram jadah, sejak dulu lagi mrk ni tak boleh buat baik. Sia-sia jer solat tp perangai mrk lbh teruk dari israel lagi. Didikan dari pemimpin UMNO/BN yg takut hilang kuasa tapi kalau dah mampos mcm yg lain-lain tu, blh ckp lagi ke?????. Sedarlah wahai polis, kalau anak awk org dibuat mcm tu, mcm mana. LU PIKIR LA SENDIRI

  9. kepada special brch…bawak2 la taubat…xingat ker azab dlm kubur menanti kamu semua….rezeki yg kamu dapat tiap2 bulan pastu kamu semua beri anak bini makan….

  10. POLIS NI BARUA UMNO.

  11. Tu dia perbezaan India dgn Malaysia. Di India, Bollywood leh muat elemen kejahatan polis dlm filem dia org. Tu tak salah. Hasilnya, polis India tak berapa berani nak bertindak brutal.

    Tapi kat Malaysia, polis sentiasa digambarkan sbg insan2 yg perfect kat filem & kat tv. Kalau buat gak cerita polis jahat, karyawan filem leh kena caj under Akta Hasutan atau Akta Polis & filem boleh kena ban. Tapi realitynya polis kat Malaysia nie ada yg haprak!

  12. Melihat keadaan mayat dlm gambar di atas, tak dak bezanya dgn mangsa gangster!

  13. kucing pun kalau kita pukul berdosa….inikan pula seksa manusia sampai camni

  14. kepada perompak2 , pembunuh2, pencuri2, gangstaer2, pencuri kereta, pencopet, peragut bag pempuan , lakukan kerja anda sekarang..jangan takut di tangkap polis, kerana jika anda ditangkap pun, anda akan mendapat pelindungan sewajarnya dari rakyat malaysia terutamanya Hindraf dan konco-konconya. jangan takut buat apa saja yang patut, menembak mati polis, pengawal keselamatan atau sipa2 saja yang menentang anda kerana, polis2 ini tidak akan berani mengapa-apakan anda lagi. polis akan melihat dan memerhati sahaja tindakan anda dan akan berkata, buat apa aku tangkap engakau atau tembak engakau perompak, nanti aku di kata zalim. baik aku tengok kau pergi dan itu sudah rezeki engakau. lagipun jika aku tangkap dan bunuh engakau perompak, nanti aku tak pasal-pasal dituduh sebagai orang UMNO yang zalim, dan lebih zalim dari NAZI, lebih zalim dari zionists laknatullah tu. Ishhh TAKNAK la tangkap orang jahat . biarlah dia nak merompak ke , nak merogol ke, nak membunuh ke, biar je lah. nanti bila Pakatan Rakyat/hindraf dah menang dan memerintah negara ini, maka negara ini akan lebih adil saksama dan penjenayah akan mendapat perlindungan sewajarnya dan mendapat pembelaan semulia-mulianya. dan polis2 pula akan dianggap sebagai penyangak, pengganas dan zalim seperti nazi. so mari lah semua jangan jadi polis kerana jika anda mati kena tembak pun akan akan tetap disalahkan keran cuba menghalang penjenayah melakukan kerja mulia mereka iaitu merompak bank, curi kereta atau ragut beg orang pempuan. so jangan pukul orang tau pak polisi semua. kalau nak maklumat, kena syang menyayang dgn mereka, kena pujuk sebaik-baiknya dan jangan sesekali menjentik pun jari mereka. nanti anda di cop sebagai ZALIM, GANAS DAN PEMBOHONG kerana anda adalah penyokong UMNO walaupun anda tak sokong UMNO. hidup penjenayah mati la kau polis.

  15. hei polis kau jangan nak menipu. yang kau tembak mati tu semua orang baik-baik. kenapa la kau pegi nembak perompak tu, dia cuma nak ambik duit je. kenapa la tangkap orang pecah rumah tu, dia cuma nak rogol anak gadis orang tu je, kenapa la kau tangkap orang tu masuk ISA , dia cuma nak demonstarsi jer, kenapa la kau tangkap orang curi kereta tu, dia cuma nak jual kereta tu dan nak bagi anak2 bini dia makan. kenapa la kau tu zalim sangat, dah lah zalim pembohong pulak tu. orang nak demo sikit kasi pecah lampu-lampu jalan tu pun kau nak tangkap pas tu sumbat masuk ISA. aparah kau polis. mereka2 tu cuma nak kasi jam jalan, buat sepah, sambil memaki hamun kerajaan jer. apa yang kau susah nak kacau , pulak tu masuk ISA pulak. barua UMNO betuL la kau ni polis. biar je lah orang tu nak merompak ke nak membunuh ke, yang kau peduli sangat tu apekejadah..perangai kau dari dulu samapi sekrang samaaaa jer. dulu kau bunuh kominis, sekarang kenapa kau bunuh penjenayah2 tu. tarak otak ke kau polis. kau jangan memain polis . baik la kau tido jer kat berek aku tu. biarlah orang2 yang pentingkan keadilan seprti ehem-ehem yang jalankan tugas mereka. kerana mereka ini tak akan mempercayai engkau lagi. apa saja yang kau buat akan di cop sebagai polis yang zalim yang hanya suka guna ISA yang zalim itu. FRU yang nk jaga keamanan pun sama. cuma tau nak buat zalim je. zalim, ganas , zalim , ganas, zalim, zalim, zalim, zalim la ko polis

  16. Sinis sungguh bahasa anti umno munafik. Semoga suatu masa kelak, salah seorang dari kalangan ahli keluarga anti umno ini mati dibunuh sedemikian rupa..Amiiin !!

    http://naspazi.multiply.com/video/item/168

    BERAT MATA MEMANDANG
    – Naspazi

  17. ada lagi ke rakyat msia yg nak jadi polis ni!! aku cakap ngan adik aku ‘haram’ ko ada cita2 nak jadi polis kat msia ni..reason?? simple, polis malaysia utk org yg jahat, taka akhlak and rendah akidah….so kalu adik aku yg sekolah agama, n dikategorikan sbg ank yg baik masuk polis, at the end dia akn jadi jahat kalu dia tak quit polis…pendek kata buang masa jer…pada polis yg baik…jgn kite takut pada manusia, rezeki Allah ni luas, ada kat mana2….yg penting iman dan keyakinan pada Allah, kita takkan mati kebulur…

  18. naspazi, memang sinis. kerana semua orang cakap polis zalim dan kejam dan penjenayah harus di belai manja dan semua polis adalah tari balut UMNO. bapak saya bekas polis dan tak pernah pun dia menyokong UMNO. tapi kerana kes begini berlaku semua polis dianggap zalim dan ganas dan juga sebagai penyokong UMNO. aku pun benci UMNO tapi aku tak pernah sakiti orang2 UMNO. cuma segelintir pemimpin mereka yang kaki rasuah dan sebaginya maka semua ahli UMNO dianaggap terlibat sama.

  19. ada baiknya jika kita marah ketika berdiri bawalah dulu duduk, marah ketika duduk bawalah dulu berbaring, marah ketika berbaring bawalah tidur tidur……jika kita tak dapat makan sekarang tunggulah makan besuk, jika kita tak dapat makan besuk, kita tunggulah makan LUSA!,….semoga kita semua mendapat hikmah yang baik2 di sebalik keSABARan itu.

  20. naspazi, sekiranya ada ahli keluarga saya mati dibunuh sedemikian rupa, atau saya sendiri mati sedemikian rupa, itu cuma ketentuan Allah atau sudah ajal saya begitu. tetapi saya tetap dan tidak akan mendoakan anda atau ahli keluarga anda menjadi sepreti itu (seperti anda doakan untuk saya dan ahli keluarga saya)semoga keluarga dan anda mati di dalam iman. Amin

  21. naspazi, dan jangan sebarangan menuduh orang munafik..one pointing at others, 4 goes to you. Allah knows best…and not you to determine who’s munafik and who’s not

  22. Kalau ye pun pro polis, jgn la emosional sgt…

  23. alahai anti umno… apa ko ingat polis boleh buat suka2 je ke pd sume org yg dia tangkap sbg suspek? ya baca dgn kuat… SUSPEK. belum pun tentu bersalah lagi… kalau bersalah pun biarlah dihukum dgn undang2 negara, bukannya undang2 sendiri.

    kalau polis sendiri tak hormat dgn undang2 negara, mcm mana nak suruh org lain ikut dan hormat undang2?

    cuba la tanya bapak ko yg pernah jadi polis tu… ada ke polis boleh suka2 bertindak di luar batas undang2 negara? kalau betul la boleh, makanya polis dgn penjenayah sama la duk dlm satu kapal… cuma bezanya, satu tu takde uniform.

    psl bab munafik tu, ada 3 tanda (ikut hadis sahih)…

    bila bercakap, dia berbohong. umno mmg bynk dah membohongi rakyat. tak pyh la nak bukak satu2…

    bila berjanji, dia mungkir. brp bnyk dah janji umno membela rakyat, tapi janji masa hanya tinggal janji – yg dilakukan sebaliknya.

    bila diberi amanah, dia khianat. amanah sbg pemerintah, disalahguna utk memenuhkan poket dan perut sendiri, harta rakyat yg diamanahkan utk ditadbir dgn baik, dikhianati dan dikaut oleh puak2 umno.

    ketiga2 tanda dah jelas… apa lagi???

  24. dan lagi alahai anti umno…

    aku rasa ko pun tahu kisah manusia munafik abdullah bin ubay, sampai mayatnya pun diludahi Nabi s.a.w.

    kalau tak tau gi ngaji lagi bagus…

    psl apa umno parti munafik? sbb, org2 yg jelas padanya tanda2 munafik ni… org ni yg disanjung2 dan diangkat jadi pemimpinnya. mrk yg baik dan bersih… disisih dari kepimpinan, ada yg dibuang parti. jadinya, yg tinggal dlm umno tu cuma mrk yg sekufu dan pak turut je…

    dari itu, kalau tak nak bergabung dgn parti yg didokong oleh org2 yg munafik, jauhkan la diri… mcm manjauhkan diri dari penyakit berjangkit.

  25. At first, I plan to answer respond anti umno to my comment. Hence, I cancel my intention because what I’m going to write already written by MatKreko. Whatever, I would like to say thank you to both of you.

    Thanks
    -Naspazi

  26. camner kita nak respect ngan polis…
    susah la kalau rakyat dah hilang keyakinan pd polis.jangan salahkan rakyat jika rakyat menentang polis.

  27. Minta izin pinjam ayat awak jimin tapi pinda sikit:

    camner kita nak respect ngan kerajaan…
    susah la kalau rakyat dah hilang keyakinan pd kerajaan.jangan salahkan rakyat jika rakyat menentang kerajaan.

    TQ jimin-whiteSnake kerana bagi pinjam ayat tu!

  28. Ketua Polis Selangor cakap lain, Peguan Negara cakap lain, Timbalan Ketua Polis Negara juga cakap lain. KPN nak cakap apa? rakyat tak tahu lagi…kalau akulah jadi Ketua Polis Selangor atau KPN, malam ini juga aku deraf surat turunkan tandatangan esuk aku LETAK JAWATAN. MALUUU kat anak2!!!

  29. saya harap pihak tertentu dpt selesaikan masalah kugan yg mati dlm tahanan polis pada minggu lepas,ada pihak yg tidak puashati mgenai kejadiaan ini……malaysia boleh

  30. Assalamualaikum….

    Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga…

    Kematian suspek dalam tahanan perlu disiasat dan jika terbukti berlaku kesalahan @ penyalahgunaan kuasa, pelaku tersebut perlu dikenakan tindakan….

    Pengorbanan dan jasa PDRM & ATM perlu dikenang kerana usaha dan pengorbanan mereka disertai dengan keizinan ALLAH, kita berada dalam keadaan aman dan damai…

    Janganlah kita sesama islam menilai tahap keimanan, ketaqwaan dsb saudara seIslam kita kerana hak itu hanya ada pada ALLAH swt…

    Wassalam

  31. Saya rasa apa yang dirungkaikan oleh anti umno ada benarnya. untuk menjadi rakyat malaysia yang baik seharusnya kita menjadi insan yang baik. Jika kita tidak mahu dituduh jahat janganlan ciri-ciri kejahatan itu ada pada kita. jika kita tidak mahu disuspek untuk apa-apa kes jenayah janganlah kita menjurus kearah untuk di suspek, jika kita tidak mahu dituduh mencuri janganlan kita berlagak mencuri, polis tidak akan sewang-wenangnya menangkap suspek tanpa suspek itu sendiri ada menunjukkan ciri yang ada padanya untuk di suspek, apa bila indeks jenayah meningkat polis disalahkan tidak efisyen. apabila kes lambat diselesaikan polis disalahkan lembap. soal salah dan tidak salah itu soal kehakiman. polis tidak pernah menangkap pesalah atau pun tidak. polis hanya menangkap mereka yang mempunyi releven untuk di suspek. soal umno menipu atau tidak rakyat yang menjadi hakim itu hak kita tapi adakah selain daripada umno mereka tidak menipu. peristiwa 16 sepermber menjadi bukti. apa alasan? tak kira umno kah, keadilan kah peranan polis tetap sama untuk menjaga keamanan dan hak peribadi kita dari di cerobohi. peranan rakyat malaysia untuk tidak melakukan apa apa kegiatan yang boleh mencemar nama malaysia daripada kes curi hinggalah demonstrasi sangat di tuntut. pastikan malaysia sentiasa aman damai.

  32. polis ni mcm xde akal kadang2…lau nak m’jaga pesalah2 pon n m’dapat k’pecayaan dr masyarakat yang m’gatakan polis kita ni bagus jgn la sampai nak m’bunuh plak…sekolah tinggi2 tp otak letak kat kaki….harap2 yang bertanggungjawap tu dihadap ke muka pengadilan dan di hukum dengan sewajarnya….lau x d’arahkan oleh org2 atas org bawahan xakan m’jalankan tugas….jd dr pegawai atasan yang m’arahkan sehingga la org yang menyebabkan kematian tu perlu di hukum dengan sewajarnya

  33. Adakah suspek itu berakal sehingga menganggu ketenteraman dan hak orang lain. dalam kes ini saya tidak yakin bahawa polis yang melakukan pembunuhan, berdasarkan kecederaan yang dipamerkan rasyanya bukanlah penyebab kematian mangsa. lagi pun kugan hanyalah suspek dalam kes ini bukannya pesalah. telah saya katakan bahaya mehkamah lah yang akan menentukan bersalah atau tidak sesorang itu yang terkadang pun pesalah boleh lepas. dalam kes ini mungkin polis yang menjaga kugan mungkin tidak bernasib baik. beliau bati dalam jagaan mereka. harus juga kita tahu rekod hospital dan kesihatan beliau. pernahkah didedahkan. kita sebagai rakyat melaysia harus sama-sama bertanggung jauab menjaga hak sesama rakyat melaysia.

  34. Salam hormat,

    Sesungguhnya, saya menjangkakan bahawa ada sesuatu yang Cemar Abadi pada otak baka bangsa manusia melayu, khususnya manusia melayu UMNO. Praduga saya bersandarkan kepada watak dan sikap manusia UMNO, atau manusia pro UMNO yang begitu jelas di hapadan mata kita semua; di hadapan mata khalayak warga Persekutuan Malaysia semua dan di hadapan mata khalayak antarabangsa seluruhnya.

    Betapa bangsa manusia melayu UMNO sentiasa condong ke arah membohong dan menipu ketika berfikir, bercakap dan menulis. Yang demikian, corak dan langkah tindakan mereka juga mencerminkan kebohongan dan penipuan, mendalam dan melampau tanpa secebis perasaan malu kepada bangsa-bangsa lain di persada antarabangsa.

    Menoleh sejenak di pinggir tahun 1998, manusia UMNO telah mengerah seluruh nafas dan suara bohong dan penipunya; yang juga dibantu sepenuhnya oleh seluruh kekuatan jentera polis dan media negara untuk mengaib, mencemar dan menghancurkan maruah Anwar Ibrahim, atas nama demi Keselamatan Negara sebagai tanda Kesahihan Kitab Suci 50 Dalil karangan Khalid Japri.

    Tatkala Anwar Ibrahim bangkit dengan semangat berani seorang pahlawan sebagai panglima, dengan pantas beliau didera dan disiksa tanpa prinsip ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’. Justeru, Anwar Ibrahim tampil di khalayak dunia tatkala dibawa ke mahkamah korek korek dengan kesan penderaan dan penyiksaan melampau yang boleh menjurus ke arah maut.

    Namun, manusia UMNO ada yang menyusun kata, apa nama, kununnya.. hehehe.. Anwar Ibrahim menumbuk matanya sendiri bagi membuktikan polis zalim. Ada pula yang dengan mulut murainya berseloka, apa nama kununnya.. auuuw !! Anwar Ibrahim menghantuk matanya sendiri ke dinding bagi mendapat simpati marhaen.

    Justeru, apa nama kununnya tidak ada sesiapa pun menjentik Anwar Ibrahim dalam tahanan. Namun begitu, munjurlah warga marhaen dan para peguam Anwar Ibrahim telah mendesak agar Suruhajya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menguji kesahihan dakwaan para manusia UMNO. Cisss !! Ketua Polis Negara Persekutuan Malaysia sendiri rupanya yang mendera dan menyiksa Anwar Ibrahim. Di mana sebenarnya maruah manusia UMNO ??

    Alkesah, maka ada pun angka tepat dan statistic yang diberikan di parlimen oleh yang empunya kuasa menyatakan bahawa, dalam tempoh 4 tahun, seramai 1,535 orang yang dimampuskan oleh polis Semasa Dalam Soal Siasat lagi. Dengan kata lain, purata kasar tahanan yang dibunuh oleh polis Semasa Dalam Soal Siasat lebih kurang 31 orang setiap bulan.

    Arakian, maka menyelami ayat Semasa Dalam Soal Siasat ini, maknanya suspek belum dibuktikan bersalah ! Kenapa dibunuh ?? Tetapi, bagi suspek yang sah telah dibuktikan bersalah, saya sendiri amat bersetuju agar dibunuh terus !!

    Apa nama kununnya seperti Haslan Bajil gamaknya yang sah telah menculik, merogol dan membunuh mendiang Sherliana Gediun – PELAJAR UMS dan Mohd. Abbas Danus Baksan yang juga sah telah menculik, merogol dan membunuh Allahyarhamah Nurul Huda Gani. Ini tidak, penjenayah yang wajar dibunuh dibiarkan hidup, sedangkan suspek yang belum dibuktikan bersalah dibunuh.:)

    SUNGGUH TATA HUKUM MANUSIA UMNO
    BERTENTANGAN DENGAN KELAKUAN TAMADUN
    – Naspazi

  35. Aslkm,

    anti umno.. kau ni emosi sangat dan tak yau beza baik dan buruk…

    Bukan la tak ada lansung polis yang baik.. Betul kata mamat .. jasa PDRM banyak.. tapi yang kita marah ialah cara beberapa orang dari jabatan mereka yang nak tutup kesalahan sendiri… BERBOHONG @ MENIPU..

    Biasa la.. bukan rahsia lagi dera mendera di lokap.. tapi kalau sampai mati kena dera lepas tu kata mati sebab lain, apa ke hal ni yop… Benda macam ni tak akan berlaku kalau ketua balai/jabatan tak cover orang bawahan…

    Jadi siapa yang lebih tinggi akhlak…
    1)suspek curi kereta atau
    2)suspek pembunuh suspek curi kereta atau
    3)suspek yang cuba cover suspek pembunuh suspek curi kereta

    TPM pun kena belasah inikan pulak suspek curi kereta… Ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara.. Islam kan suruh begitu. wassalam

  36. Apa kene mengena UMNO dalam kematian KUGAN dan polis …. pelik … butanya manusia-manusia politik ni …. jangan semua yang berlaku ada kaitnya dengan politik… Rasanya dalam polis pun ada Melayu, Cina, India, Singh, Kadazan, murut dan sebagainya…. apa kene mengena dengan UMNO … Polis tu kan satu pekerjaan … macam jugak doktor, guru, bomba. Jangan fanatik …. Jangan main kan sentimen perkauman … negara ni dah merdeka lebih separuh abad … sayangkanlah kemerdekaan tu… penat orang lama/tua nak merdekakan negara ni… & orang Melayu harus celik tengok sikit bangsa awak tu dah makin ketinggalan …. India & cina dah makin maju … anak bangsa Melayu maju jugak tapi jadi penagih + perempit …

  37. aku pon xphm la ng polis skrg nie…, cam dh xde maruah… wahai polis2 skrg.. sng jer..aku nk ckp.. klu kite slh mgaku salah..klu kite benar kite pertahan kn.. jgn cube ng berselindung… kdg2 aku tgok org2 yg polis lyn nie kesian aku tgok..cam binatang pon ade… polis2 kne ingat yg di tgkap 2 pon manusie.. if die slh kite ade undg2 n ade care yg spatutnye kn.. so lakukn.. ingatlah manusie xkn kekal.. n ingat doa org yg di zalimi 2 akan termakbul walau siape pon die.. tp aku nk ucap gak tahniah pade polis2 yg bertanggungjawab dan berdedikasi seperti slogan polis mesre cepat dan betol… semoge anda tidak terpengaruh dengan sikap2 polis yg x bertgjwb… ape yg aku inginkn.. cume keamanan n keadilan kt malaysia nie…klu boleh biar la bile aku mati aku nk tgok negare nie dh adil n aman..supaye anak cucu aku leh hidup ng aman… n last aku nk cakap.. kepade yg beragame islam sokong la hukum hudud.. itu hukum tuhan.. same la mcm mane tuhan suh kite solat.. hukum hudud xpenah utk menganiaya org malahan klu kite lihat betol2 n tnye pade org yg berpengetahuaan ianye memberi faedah.. jgn kite takut dengan hukum hudud..sbb ianye adil bg yg bukan beragame islam pon jgn la takut atau membantah kerana hukum ini hanya untuk org islam.. walau bgaimana pon kami memerlukan sokongan anda..
    inyaalah malaysia akan aman dengan adenye hukum hudud… n bersama lah kite menjage agama islam kerana islam hanya ada 1 iaitu “ISLAM” tiada lgi tambahan pada nama islam itu.. sperti HADHARI

  38. untuk anti umno dan back,..there is no point talking to people yg minded dorang dah di ‘blok’….bg aku,walau byk mana pn korang ckp dorang tetap dgn pendirian dorang..so, sbb itulah aku harap2 sgt lah somebody or something might come out dan biar dorang2 nie terbeliak bjik mata dsbbkan tahu hal yg sebenar!…to all,the opinion is still an opinion,jgnla sampai libatkan famili gak!!….smpai sggup mendoakan bende yg buruk terjadi kpd seseorang….kalu korang rasa betul2 ‘bagus’ sgt tnjuk kan la dgn cara yg betul….jgn ‘jadi baruah’ dlm diri sendiri!!!!!…salam

  39. Apa punya politik macam ni..main wayang kulit betul la.Sy TIDAK sokong UMNO dan TIDAK sokong ANTI UMNO.Korang memang takde masa jadi pemimpin pun,asyik betekak berebut kuasa dan tunjuk diri sendiri bagus.Pasal politik sekarang rakyat jadi mangsa.Korang pandai cakap jer..tak mustahil satu hari nanti terjadi sesuatu yang buruk kat M’SIA kalau orang politik terus macam ini.Tunjuk gambar A.Kugan dan HENTAM PDRM tu bukan cara politik la weeyyyy…..korang pun dengar dari mulut ke mulut jer.Lepas tu jadikan hal untuk raih undi politik..haram jadah punya politik.Penakut punya politik,pergi ke sana sini pun minta polis jaga.Pergi berkempen pun minta polis jaga.Apa benda la korang ni.Cakap betul2 tak serupa bikin.Bertekak sana sini,cakap merapu..macam orang mabuk todi.Kalau malaysia kacau bilau nanti..Orang politik ni kompom semua lari.Yang dapat susah kami orang biasa macam ni.Beringat sikit la weiii…kita pernah dijajah,nenek moyang kita pernah diperlekeh,didera dsb.Zaman sekarang korang pandai2 nak ‘bergigit’ sesama sendiri.Ambik bom,baling kat tanah air sendiri.Apa kejadah.Harap ada seseorang nanti cipta mesin masa,bagi korang balik zaman perang.Bagi korang kursus sikit,macam mana nak bersatu jaga MALAYSIA.

  40. Polis macam x bertanggungjawab. Ayah saya kena pukul dengan org gile (dia memang gile), tapi die lepaskan org tu.dengan alasan org tu gile. padahal dia sedar masa melakukan benda tu..dan terang2 org tu ckp dia nak buat lg pada family sy. Bila kami buat laporan polis lg, diorang suruh sabar. The point is, kalau ada apa2 terjadi lagi lepas ni, siapa nak bertanggungjawab?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: