Posted by: pinkturtle2 | Januari 22, 2009

Tutup jalan ke sekolah kerana kalah pilihan raya

Inilah perangai umno kalau semua nak tahu

Inilah perangai umno kalau semua nak tahu

Halang jalan ke sekolah kerana kalah pilihan raya

ULU MELAKA, 22 Jan (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi (DPPPL) kesal dengan tindakan Ketua Umno Cawangan Padang Gaong, di sini yang didakwa mereka bertindak menutup sebahagian jalan ke Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) Langkawi sejurus selepas kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.

Menurut Setiausaha DPPPL, Hakimi Nazeri, walaupun arwah ibu Ketua Umno tersebut pernah membuat surat kebenaran kepada Jawatankuasa Pembinaan SRIDU untuk menggunakan tanah berkenaan, tetapi beliau tetap bertindak angkuh menutup sebahagian jalan yang merupakan satu-satunya jalan bertar ke sekolah itu dengan menggunakan halangan diperbuat daripada konkrit simen.

Berikutan tindakan berkenaan, berlaku kesesakan yang teruk setiap kali ibu bapa pelajar menghantar dan mengambil anak mereka dari sekolah tersebut.

Usaha DPPPL bersama Lembaga Tadbir SRIDU Langkawi dan PAS Kawasan Langkawi dengan menghantar wakil untuk berunding dengan Ketua Umno terbabit gagal untuk menemuinya yang tetap bertegas untuk tidak mengadakan sebarang perbincangan.

Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi pada 18 Januari lalu. Satu jalan alternatif juga sedang diusahakan PAS Langkawi untuk dibina dalam masa terdekat.


Responses

  1. …..kalau bukan jahat dan jahil bukan AHLI Untuk Muslim Nothing namanya…..nauzubillah

  2. jahil atau jahiliah?

  3. Gila meroyan tahap 10 (maximum)! Klu dilayan makin menjadi. Teman sokong buat jalan alternatif.

  4. huuuu….perangai hodoh sungguh…..hodoh tahap cipan.

    cepatlah usahakan buat jalan alternatif….sian anak2 kita dan parents yg nak hantar bebudak menuntut ilmu.

    apa kata….usahawan2 muslim yg kaya….beli je tanah kepunyaan orang umno nie dan kawasan sekitar….bagus utk masa depan.

  5. na’uzubillah hi min zalik.. semoga ALLAH memberi taufik dan hidayah kepada Ketua Umno Cawangan Padang Gaong dan gerombolannya… amin

  6. macam abu lahab

  7. tak baik fitnah, kena selidik dulu, huhu

  8. Itulah perangai orang UMNO,jahil tak tahu dosa dan pahala.

  9. Ingatan utk semua,manusia hanya perlukan tanah sedalm 6 kaki,3kaki lebar dan 7 kaki panjang itupun kalau diterima bumi,kita doakan tuan punya tanah tu cepat2 sedar & dilembutkan hati oleh Allah supaya jalan dibuka semula.

  10. laa… awat teruk sangat!! perangai macam budak-budak kecik tak baligh..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: