Posted by: pinkturtle2 | Januari 23, 2009

Mati Dalam Lokap: Keluarga Tahanan Mahu Buat Bedah Siasat Kedua

kugan2

Keluarga Tahanan Mati Dalam Lokap Mahu Buat Bedah Siasat Kedua

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) — Keluarga kepada seorang tahanan yang mati ketika berada di dalam lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya dua hari lepas, membatalkan upacara pengebumian mangsa berikutan tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat yang dikeluarkan hari ini.

Pengebumian yang sepatutnya berjalan kira-kira pukul 6 petang itu, dibatalkan di saat-saat akhir apabila keluarga A. Kuhan, 23, membuat keputusan untuk bedah siasat kali kedua.

Difahamkan, mayat Kugan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 7 malam tadi dan pihak pengurusan bilik mayat PPUM bersetuju untuk menyimpan mayat berkenaan.

Bagaimanapun difahamkan, PPUM enggan menjalankan bedah siasat kali kedua berikutan ianya tidak mendapat kelulusan daripada pihak polis.

Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam ketika dihubungi Bernama berkata beliau bersama peguam keluarga Kuhan ke Balai Polis USJ8 untuk memohon surat kebenaran bagaimanapun gagal untuk mendapatkannya.

“Setakat pukul 10.30 malam tadi, pihak polis tidak membenarkan atau mengeluarkan borang kebenaran untuk melakukan bedah siasat yang kedua. Kami akan cuba dapatkannya esok melalui ketua polis daerah atau Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bagi memastikan kebenaran didedahkan,” kata Manikavasagam.

Sementara itu, mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar bahawa keluarga mangsa menyerbu masuk bilik mayat Hospital Serdang semalam, beliau berkata dakwaan tersebut merupakan tuduhan yang tidak berasas.

“Saya berada di bilik mayat sejak pukul 9 malam lagi yang saya merupakan orang pertama yang memasuki bilik mayat itu bersama keluarga mangsa.

“Doktor yang bertugas ketika itu sendiri yang membenarkan kami melihat mayatnya justeru saya menafikan dakwaan bahawa kami menceroboh bilik mayat tersebut.

Katanya, dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator T. Murugiah dan Datuk S.K. Devamany turut berada di bilik mayat itu dua jam kemudian dan mereka boleh memberitahu perkara yang sebenar berlaku.

Terdahulu itu, kira-kira pukul 5 petang tadi, lebih 1,000 orang berkumpul untuk menghadiri upacara pengebumian itu di Batu 14, Puchong.

Sejak pukul tiga petang lagi, sekumpulan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat berkawal bagi memastikan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang permohonan untuk membuat bedah siasat kali kedua perlu mendapatkan perintah dari mahkamah sebelum boleh berbuat demikian.

Khalid berkata laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair bukan didera ketika di lokap seperti yang didakwa.

http://www.bernama.com


Responses

  1. Aku heran dgn Ketua Polis Selangor nie, statement dia selalu dipertikaikan org…

  2. MEMANG ITU KERJA ANJING2 UMNO(POLIS)…TUNGGU DIAKHIRAT DIHADAPAN ALLAH JAWAP LE….FIKIR2KAN LAH

  3. gegala, tu tandanya dia tau duduk perkara sebenar. cuma nak tengok sampai mana usaha dia nak tutup bangkai gajah dgn tudung saji…

    kes vigil dulu dah kantoi… ni, satu lagi kes. dia ni langsung takde tokoh jadi ketua polis… sape la agaknya yg bahlul lantik dia ni.

  4. harap doktor yg buat bedah siasat kali ke-2 nnt….buatlah bedah siasat dgn jujur & adil….dan tidak takut kpd ugutan orang2 atasan yg rakus lagi zalim semasa menjalankan tugas sebagai seorg doktor.

    kalau kita semua berganding bahu & menjalankan peranan masing2….confirm kerajaan zalim skang nie akan tumbang……tak kira apa jenis profesion…doktor ker, peguam ke, cikgu ke, ketua jabatan ke, peniaga ke, CEO ke….kita masing2 ada peranan ….yg mana jika dilakukan bersama….kerajaan zalim nie akan jatuh insyaAllah.

    dah tiba masanya kita hentikan polis2 malaysia drpd menjadi anjing2 UMNO……sian polis2 yg baik (dlm 20% je)…..harap2 polis yg baik nie jalankan tanggungjawab amar ma’ruf nahi mungkar kpd rakan2 polis mereka yg jahat.

  5. Jika semua bekerja bukan kerana duit pasti tiadalah kejadian yg tak baik berlaku.Rasanya x ramai pun polis kita yg kerja kerana ALLah.

  6. camner polis dah tukar jadi penjenayah ke ….harap dapat lah di bedah siasat baru tau apa yg benar2 terjadi.

  7. Aku pun ade membe dalam PDRM biasa la dalam uniform kita orang bawah kena akur dengan boss-boss di atas puncak sana tu. Kalau tidak pendek rezeki jika tak ikut arahan

  8. Polis kena siasat juga walaupun anggota sendiri, itu baru ada integriti.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: