Posted by: pinkturtle2 | Januari 26, 2009

MPKB-BRI… Bertimbang Rasa lah Pada Orang Ramai

Bandar Kota Bharu Penuh Sesak dengan Kereta sepanjang masa,sikit-sikit kunci tayar kereta...Sepatutnya MPKB-BRI Memikirkan cara yang terbaik untuk memudahkan orang ramai bukan dengan cara membebankan pelancong-pelancong yang datang ke Kelantan bahkan rakyat tempatan sendiripun hari-hari merungut tentang kutipan duit syubhat daripada orang ramai ini.Tak bayar keta tak boleh jalan, naka bayar duit tak cukup... menyusahkan dan membebankan penduduk..

Bandar Kota Bharu Penuh Sesak dengan Kereta sepanjang masa,sikit-sikit kunci tayar kereta.Inilah cerita yang yang heboh diperkatakan hari-hari di Kota Bharu..Sepatutnya MPKB-BRI Memikirkan cara yang terbaik untuk memudahkan orang ramai bukan dengan cara membebankan pelancong-pelancong yang datang ke Kelantan bahkan rakyat tempatan sendiripun hari-hari merungut tentang kutipan duit syubhat daripada orang ramai ini.Tak bayar keta tak boleh jalan, nak bayar duit tak cukup.Paling tidakpun kunci tayar saja,jangan paksa rakyat bayar duit dengan cara ini..menyusahkan dan amat membebankan rakyat..

Berhati-hati bila letak kereta di Kota Bharu

Sekiranya tiada mesyuarat atau tiada demonstrasi besar-besaran di Ibukota setiap hujung minggu Jumaat, sabtu dan ahad, aku akan balik ke Kelantan (Wakaf Bharu). Balik ke Kelantan juga menunaikan tanggungjawab diri dan keluarga kerana isteri dan anak-anak berada di Kelantan. Aku ibarat perantau juga mencari sesuap nasi untuk sara anak dan keluarga.

Walaupun aku balik Kelantan, jarang aku ke Pusat Bandar kecuali pergi mendengar Kuliah Jumaat di Pejabat Pas Kelantan di Jalan Dato Pati, kini dikenali sebagai Dataran Ilmu. Dataran Ilmu kini menjadi tempat ‘menadah’ ilmu agama daripada Pemimpin PAS di sana. Selain daripada itu, aku ke Kota Bharu berlegar ke kawasan Stdium untuk nonton bola sepak dan bertemu kawan-kawan.

Ke kawasan stadium lebih baik kerana tempat letak kereta tidak kena bayar. Itu yang penting. Lain-lain tempat semuanya kena bayar caj parking, jika bayar sekalipun, wang syiling yang kita bawa tidak akan mencukupi untuk membayar caj parking menyebabkan ’secaj’ akan dikenakan iaitu RM10.00 denda akan dikenakan dan denda tersebut akan mencecah RM1,000. Tak tertanggung rasanya. Inilah yang memeritkan.

Semalam Ahad 25 Januari 2009 jam 11.45 pagi, nasib malang ku bertimpa-timpa. Aku terpaksa ke Kota Bharu kerana ingin menunaikan beberapa urusan membantu anak-anak kawan merayu masuk ke MRSM, temujanji dengan Bank, Tabung Haji, Pemegang Harta dan Imigresen semua tergendala akibat Kereta dikunci tayar.

Semalam Bandar Kota Bharu penuh sesak, tiga empat kali pusing baru dapat lihat tempat kereta orang lain baru keluar dari tempat ‘letak’ kereta tersebut (Belakang Mara), maka letaklah kereta saya pula di di tempat tersebut. Ketika itu ada beberapa buah kereta yang diletak pada tempat yang bukan tempat letak kereta, maka akupun terikut-ikut letak sama. Pada fikiran ku dan kawan-kawan lain-lain yang akupun tak kenal mereka (mungkin orang luar Kelantan?), tempat letak kerta tersebut tidak menghalang kereta lain keluar masuk ke tempat parking tersebut.

Selepas 10 minit berurusan dengan MARA, sayapun turun daripada Pejabat MARA, lau aku lihat lihat keretaku telahpun dikunci tayar. Susah hati dibuatnya…. lihat resit denda, wah RM300 dendanya, mana nak cari duit, suku bulan kerja saya buat data sebanyak itu. Tanya kawan-kawan di sebelah kereta saya, katanya jika merayu dapat separuh, wah senangnya dapat duit.
sebelah-a-ketaku-25012009
sebelah-ketaku-25012009
Ada seorang menyampuk, bang jika kenal orang dalam dapat kurang daripada seratus bang. Sakit hati lagi aku, kebetulan aku bersama kawan (kerja maybank) ajak ke pejabat YDP atau SU MPKB Bandaraya Islam untuk merayu.

Sambil berjalan ke pejabat aku telefon lah kawan-kawan yang boleh bantu. Maka aku teringat Nombor Hp Nik Abduh anak Tok Guru MB yang juga Ahli Majlis MPKB. Nik jawab “tunggu’ nanti anak buahnya jumpa. Tak lama selepas itu anak buah Nik jumpa saya dan ambil resit pergi merayu. Maka didendalah RM70.00 sambil anak buak Nik Abduh berkata saman letak kereta hampir RM1,000. Jika bayar RM70 pun kunci tayar belum tentu dapat dibuka.

Pegawai bank (kawan saya tadi) berkata semasa Haji Apandi dahulu biasanya bila merayu dengan denda sekitar RM30 sahaja. Anak buah Nik kata kini pegawai dah berubah. Tak mengapalah. Kita bayar sajalah. Jika bayarpun ni negeri kita. Duit kita tak jatuh kat Israelpun.

O.k kita ke kereta. Tengok di Sebelah keretaku pun turut di Kunci tayarnya. Bang tak tengok kereta saya ke sebelum ni. Tak, katanya. JIka saya tengok saya tak akan letak kereta saya, katanya yang juga mungkin orang luar Kelantan kerana cakapnya tidak ‘loghat kelate’. Berapa abang merayu, tanya saya. RM150 bang, katanya merayu dengan YDP. Wah nasib baik sedikit daripadanya. Aku kena RM70. Sedih juga aku mengenang nasibnya.

Katanya lagi saya tak akan datang lagi Kota Bharu.

Saya masih tak berpuashati, maka aku telefon seorang penguatkuasa MPKB (nama gelaran Zaki Inokom) untuk datang tolong bantu. Selepas 20 minit datanglah ia bantu saya untuk ke tempat bayar parking yang sekira-kira setengah kilometer dari tempat kereta saya kena kunci tayar. Semasa berbincang dengan Zaki, lalu YB Takiyuddin, Exco Kerajaan di depan mata sambil menyapa saya “Ha orang Kuala Lumpur, ada sini”. Saya terus cerita kesah kereta saya, tak sempat habis cerita YB berlalu begitu saja.
Nasib saya memang tidak baik. Kerja aku semalam semua gagal kecuali bertemu pegawai Mara dan plan aku untuk bersama Presiden PAS ke Syria pada minggu depanpun turut terencat kerana passport dan yang berkaitan dengannnya tak dapat disiapkan. Tidak mengapalah, adalah hikmahnya tu.

Selepas itu Zaki ke tempat bayaran letak kereta. Katanya, “Jo keretamu kena bayar RM1,000 lagi saman lama”.
Kataku, “Beginilah mari sini ambil kunci kereta aku, mung simpan saja keretaku ini dalam stor MPKB, aku tak ada duit dah nak bayar”.

Jam hampir 2.00 petang, zaki tadi telefon pula “Jo aku cuba merayu dengan boss, dapat kurang RM100 aku bayar dulu, ok”.

Moral ceritanya begini:
Nak datang ke Bandar Kota Bharu dengan kereta, rakyat kena bawa syiling “banyak”, Jika tidak padah banyak akan menimpa.
Kenal dengan orang besarpun belum tentu boleh selesai masalah ketika kita susah.

Akhir sekali “Kelantan atau Kota Bharu bukan tempat untuk orang susah bernaung”.

Ada lagi cerita …. ada masa kita bubuh sini!!!

http://jiwokelate.wordpress.com

Komen…

Sebenarnya dah lama nak tulis tentang cerita ini, tapi masa yang terhad menyebabkan ianya terlepas pandang begitu saja.. Dah beberapa kali teman-teman minta saya ajukan pekara ini kepada pengetahuan pengurusan MPKB-BRI dan kerajaan Negeri.

Sepatutnya kerajaan Negeri dan MPKB-BRI SUDAH LAMA menyelesaikan permasalah ini yang menjadi rungutan masyarakat setempat khususnya dan pelancong-pelancong yang datang ke KB amnya,tapi mungkin juga kerana hasil yang tinggi dari kutipan kunci tayar ini menyebabkan ianya tidak dipedulikan oleh pihak pengurusan MPKB-BRI.

kalau Pihak MPKB-BRI hendak penjelasan daripada rakyat untuk mengetahui tentang keadaan sebenarnya tentang pekara ini,buatlah temuramah secara bebas dengan penduduk – penduduk di KB.kalau nak jelas lagi tanyalah pakcik makcik yang tidak pakai kereta,sudah pasti mereka akan menceritakan pekara yang sebenar kerana mereka dah jemu hari-hari melihat  kerenah-kerenah  skuad kunci tayar ini.Kadang-kadang tu sampai gaduh-gaduh.yang lebih malang lagi bila tuan punya kereta perempuan…ada anak kecil beberapa orang,suami tak ada sekali… anda bayanglah sendiri? pekara ini terjadi depan mata saya sendiri…. menyedihkan.

Kalau tanya 1oo orang penduduk Kb tentang undang-undang  ini,saya berkeyakinan kesemuanya tidak akan bersetuju… kecuali staf-staf dalam pejabat depan Mahkamah tinggi saja yang akan bersetuju.

Kita faham tentang undang-undang yang digubal,kita juga faham tentang hasrat kerajaan negeri untuk mendidik masyrakat.Tetapi ini membebankan dan menyusahkan rakyat dengan sedikit kesilapan,kadang-kadang yang sedihnya kesilapan 5minit saja kerana bayar bil api di pejabat TM.Faham-faham sudahlah depan pejabat TM tu,pukul 8 pagi pun dah jem.Kerajaan negeri sepatutnya mencari pendekatan lain dalam menangani masalah ini agar ianya tidak menyusahkan dan membebankan rakyat selaras dengan  hasrat kerajaan Negeri ingin menjadikan negeri ini sebagai Negeri Serambi Mekah (Membangun Bersama Islam) dan negeri tempat untuk orang susah bernaung dan berteduh..

MPKB-BRI adalah hak milik rakyat dan rakyat berhak untu menyuarakan pendapat demi kebaikan bersama… Jangan pula permasalahan dan pandangan rakyat bawahan dijawab dengan hujah-hujah bernas tanpa  membuat sebarang perubahan demi kesejahteraan rakyat…

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Respon

  1. bagus lahh undang undang macam ni…….. baru lah ada displin ,,,,, jgn salah kan penguatkuasa,,, salah kan diri sendiri,,,,

  2. Hmmm.. Pernah kena saman parking kat selatan tanah air RM 30.00. Hantar surat rayuan, dapat diskaun RM15.00. 🙂

  3. Ketika saya letak kereta di Taman Tun Dr Ismail kat KL, saya cuma kena bayar 50 sen untuk sejam.

    Di Kota Bharu, saya kena bayar RM 1.00 untuk jangkamasa yang sama.

    Tapi bandar kotor jugak !

  4. Undang undang diadakan untuk mengawal dan melicinkan sesuatu perkara.

    Di Malaysia bila undang undang diadakan untuk mendisiplinkan pengguna banyak orang akan komplen kerana kena atas batang hidung dia.

    Sebab itu di Malaysia pengguna jalanraya adalah yg paling tidak berdisiplin. Letak kereta merata rata, menghalang laluan dan sebagainya. Dah tau tempat tu susah parking cuba cari tempat parking lain biarpun kena jalan kaki 10 atau 15 minit.

    Orang kita kalau boleh nak parking depan pintu tempat dia nak pergi.

    Begitu juga dengan kemalangan dan sebagainya. Banyak sangat yg tidak berdisiplin, terburu buru dan ambil tak endah serta ambil mudah.

    Kalau semua org mematuhi undang undang kan ke bagus. Parking pun terkawal. Ni bila kena saman dah mengeluh. Sendiri kena ingat la.

    Saya sendiri sanggup jalan jauh sikit jika tiada parking yg dekat.

    Jangan salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri. Jangan ikut orang parking kat situ tak kena apa dan kita pun parking sama.

    Patuhilah undang undang biarpun kita rasa kita yg betul.

    MailGondang

  5. Aku baru saja balik cuti di kelantan, memang jem gilar, tak tahu lah dengan mentalitu penduduk kelantan nie (Plate D), kurang kesedaran jalan raya, letak kereta tah apa-apa..ingat jalan tu mak bapak depa punya…memang ulu betul la.

  6. kalu kena batang idung sdiri baru gaduh,kalu dok gak ore lain royat smua tak betul…..naik bas la…

    Undang kena la patuh ,

    mu buke tk tau…..puok2 mu jong buat unde2 tu

    ore bgatih teksi tk kalut2 pon pasal kna koci tayar………buboh 20 sen pusing satu kb,bua di pjbt PAS 4/5 jam………..ore koci marah……pi rahhhh..!!!!wejoe

  7. Kawe pun raso tak seleso parking buh duit ni, kita buh banyak ingat uruse lamo, peh kejap duit tak lih ambik doh, kade meta parking rosak, buh duit dok jale, kena same juga, kawe cade pakai kad parking mace johor.

  8. ko ingat org politik ni nak bantu ko sebab yg kecik camni..kalau ada untung kat imej diorang ni baru la terhegeh2 tunjuk muka,tak kisah walaupon samseng mati sebab penyakit kebetulan didera dekat polis..diorang makan gaji je..
    kira2 politik malaysia (PAS only)
    politik+kuasa= dapat duit(gaji wakil rakyat)
    politik-kuasa =buang duit +penat(ahli biasa)

  9. Nama aje bandar Islam tapi menyusahkan org. Dah ler tempat parking tak cukup di bandar KB tu, kena pusing sampai lima enam kali tempat sama nak dpt parking.

    Boleh nak kunci tayar, tapi sediakan lah tempat parking yg banyak. Ni main lulus aje bangunan tp parking lot tak ada. Bodoh punya perancang bandar.

    Aku kalau bukan bini nak balik KB, memang aku tak hingin nak masuk bandar dgn jem dan masalah parking yg tak ada.

  10. ckp mmg r senang….
    kalau xnak susah2 cari parking, xyah r naik kete besar2… naik je pengangkutan awam… kan banyak disediakan… pahtu senang, boleh benti terus depan pintu utama tempat yang nak dtuju…
    kalau kena jalan lebih sket tu, anggap je la buat exercise… baik tuk kesihatan… ni duk marah2, xpasal2 plop dapat sakit jantong…

    parking tu masalah kecik je… tu pun nak kecoh2… ala, stakat nak parking sejam 2 je…
    bukannye nak duduk tempat parking tu seumur hidup…

    kebersihan alam sekitar baru r masalah utama…
    tempat tinggal kita… tu pun xtau nak jaga kebersihan… nak kata xda kesedaran tentang kebersihan memang xlogik… sbb semua agama mementingkan kebersihan.. tp macam gitu la…

    bandar tetap jg kotor… pahtu nak salahkan pihak berwajib xbuat kerja… padahal diri sendiri yang buat sampah… gajah depan mata xnampak, tp kuman hujung dunia nampak je…

  11. Saya pun ada pengalaman juga pasal parking di bandar KB-BRI.Sepatutnya cara penguatkuasa MPKB-BRI buat la cara Islam. Sesuaikan dengan dengan nama KB-Bandaraya Islam.Biar berbeza dengan bandar atau bandaraya biasa.Sepatutnya nak sangat letak nama Bandaraya Islam, buat la cara Islam.Ini tidak nama saja Bandaraya Islam, tapi penguatkuasa, peraturan,kebersihan langsung tak Islam. Kalau pasal kritik kerajaan Pusat, PAS sangat pandai, semua BN buat tak betul. semua PAS buat semua betul, jangan nampak BN banyak yang tak betul.PAS mencanangkan Islam pun sangat banyak yang tak betul.

  12. Salam. Tumpang tanya. saya dapat surat dari MPKB, saman RM1700 atas 17 kompaun parking tak bayar kat meter MPKB di Kota Bharu. surat tu kata saya kena setelkan, kalau tak, masuk mahkamah. isi surat tu berbunyi lebih kurang camni>tawaran penyelesaian tanpa perbicaraan bagi kenderaan Dxx 1234 (letak kereta bermeter)<Soalan saya. Bolehkah mereka mengambil tindakan mahkamah?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: