Posted by: pinkturtle2 | Januari 30, 2009

UMNO tidak boleh ditegur dan dikenakan tindakan

Biarkan UMNO reput sendiri

UMNO dah sampai ke tahap ego, sombong dan bongkak. Itu lah punca utama UMNO di tolak. Baru baru ni sudah di berikan nasihat oleh orang lama merangkap Pengerusi Badan Disiplin UMNO, Tan Sri Ahmad Rithaudeen.

Kenyataan yang menarik dari beliau adalah, untuk tidak melibatkan Pemuda Pemudi harapan bangsa kepada politik. Biar mereka teruskan agenda untuk membangunkan negara, berkerjaya dan berpelajaran. Tapi kerana Puteri dan Puteri UMNo yang ditubuhkan sebagai sayap terbang UMNO, maka mereka mereka ini menyibukkan diri dengan politik.

Tapi sayang, kerana ego dan bongkak UMNO, usul itu di tolak. Semua pihak di dalam UMNO meluahkan rasa tidak puas hati dengan usul tersebut. Dan dengan itu banyak lah alasan alasan untuk Puteri dan Putera terus kekal di dalam UMNO.

Nak kekal atau tidak, ia bukan isunya di sini. Itu adalah keputusan UMNO dan kita tengok apa yang mereka katakan. Lihat majoritinya. Cuma yang menarik untuk di lihat adalah sikap UMNO menolak usul tersebut dengan cara tidak berbudaya. Umpama UMNO ini langsung tidak boleh di tegur. Sudah berapa ramai pemimpin UMNO lama dan berpengalaman, ditolak idea mereka?

Apa yang perlu di bayangkan di sini adalah bagaimanakah reaksi UMNO di dalam menerima teguran dari orang ramai, sedangkan nasihat yang di berikan oleh pihak yang berjawatan di dalam UMNO sendiri di tolak dengan cara begitu.

UMNO di lihat sebagai satu simbol kekebalan dari sebarang tindakan dan teguran. Kerana itu pihak pihak yang berkuasa yang diberikan tanggung jawab untuk mengawal undang udang dan keselamatan turut pucat gigi bila berdepan dengan UMNO.

UMNO sudah mencipta kuasa mereka sejak 51 tahun dahulu. Dan sekarang ego dan bongkak mereka sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dikawal.

Baru baru ni badan yang bertindak untuk mengekang salah guna kuasa dan rasuah didalam negara telah turut menjadi musuh kepada UMNO. Ini berikutan tindakan mereka memanggil beberapa nama yang di sabitkan dengan kesalahan rasuah politik.
Kita tahu bahawa lapuran tersebut di buat oleh ahli dan kepimpinan UMNO sendiri. Merujuk kepada laporan tersebut, maka SPRM pun membuat tindakan. Akibatnya 50 orang UMNO berkumpul untuk membantah langkah tersebut.

Kesimpulan yang perlu di buat di sini adalah, UMNO tidak boleh di tegur dan di kenakan tindakan. Keghairahan pemimpin di dalam UMNO telah menyebabkan ahli ahli UMNO menjadi naik lemak dengan semua kehendak di turuti. Sekarang UMNO sudah tidak boleh ditegur malah di perbaiki lagi. Mahunya, UMNO dibiarkan mati beragan keseorangan.

Kalau UMNO di sisihkan dari masyarkat dan dibiarkan seperti kera sumbang, ahli UMNO akan berkurang dari hari ke hari. Di mana ada gula, di situ lah ada semutnya. Tanpa kekuatan ekonomi dan kewangan di dalam UMNO, UMNo akan menjadi satu parti yang kosong dan losong.

Ah … biarkan UMNO keseorangan … biarkan UMNO reput dengan sendiri.

http://umnonomore.blogspot.com


Responses

  1. Aku sebenarnya tak takut langsung Umno tu mati beragan. Apa yg aku takut ialah SEMUT2 DLM UMNO TU AKAN BERPINDAH KE DLM PR. Hati2 la PKR atau Pas. Jgn biarkan semut2 yg kemaruk gula tu menyerang & mengigit dari dlm.

  2. rasanya pepatah lalat menghurung tahi lebih sesuai utk spesis ni…

    kalau kita bersihkan persatuan kita, lalat2 ni takkan pandang pun apa lagi nak berhijrah.

  3. biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya…….Biarkan…….Biarkan.

  4. Sebab tu depa beli kapal selam… kalu tenggelam pun depa selamat lagi …. kena perati baik-baik kut-kut depa hantar torpedo mai … awas musuh dalam blanket. gunting dlm lipatan ..lagi bahaya api dlam sekam…!!!!!!

  5. memang dasar cerdik tak boleh di ikut,
    bodoh tak boleh d ajar..
    biarlah si luncai terjun dengan labu2 nya.

  6. kalau boleh puak2 umno ni kita buang jauh kedalam laut kat jerung2 ….jenis puak yang tak boleh ditegok dan nasihat …lepa dah kenyang ..sekarng lepa lapar kerana tak dpt habuan ….tu yang jadi tak tentu hala tu…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: