Posted by: pinkturtle2 | Januari 30, 2009

Peralihan kuasa Benar-Benar Berlaku Atau Sebaliknya…

saya pasti desas-desus mengenai pemimpin besar dan janji peralihan kuasanya mutakhir ini adalah sesuatu yang mungkin sama rasionalnya seperti di era akhir kepimpinan Mahathir

saya pasti desas-desus mengenai pemimpin besar dan janji peralihan kuasanya mutakhir ini adalah sesuatu yang mungkin sama rasionalnya seperti di era akhir kepimpinan Mahathir.etapi, oleh kerana desas-desus ini terlalu rancak dan hangat, ia menyebabkan siasah Malaysia hari ini penuh dengan kebimbangan dan keterumbang-ambingan

KEBIMBANGAN SIASAH MALAYSIA MUTAKHIR

Sewaktu kita hangat berpolemik supaya calon-calon Timbalan Presiden UMNO berkompromi untuk elakkan pertandingan pada Mac 2009 ini, muncul pula desas-desus mengenai pemimpin besar UMNO dan janji peralihan kuasanya. Desas-desus ini menyebabkan sesetengah komuniti politik di Kuala Lumpur kini dibelenggu persoalan sama ada benar peralihan kuasa akan berlaku dalam UMNO dan pemerintahan Malaysia pada Mac 2009.

Persoalan ini disuarakan oleh banyak pihak – warga siasah, media elektronik dan media cetak, professional, penganalisis dan sesetengah ahli akademik. Persoalan ini juga mengingatkan saya kepada tempoh waktu sesudah Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan persaraannya pada pertengahan 2003. Ketika itu memang wujud kalangan tertentu – warga politik, warga birokrat, warga korporat dan rakyat jelata – mahukan Mahathir terus berkuasa atas alasan dan sebab yang munasabah demi kepentingan nasional.

Antara sebab-sebabnya – satu: mereka mengharapkan Mahathir bersara sesudah tamat tempoh Malaysia jadi pengerusi NAM dan OIC; dua: mereka mengharapkan Mahathir membereskan dulu seluruh isu tertunggak Malaysia-Singapura; ketiga: golongan skeptik dikatakan agak kurang yakin terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Mahathir tetap berpegang teguh kepada kata-katanya. Sebab itulah Abdullah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima pada 31 Oktober 2003.

Oleh itu, saya pasti desas-desus mengenai pemimpin besar dan janji peralihan kuasanya mutakhir ini adalah sesuatu yang mungkin sama rasionalnya seperti di era akhir kepimpinan Mahathir. Tetapi, oleh kerana desas-desus ini terlalu rancak dan hangat, ia menyebabkan siasah Malaysia hari ini penuh dengan anxieties dan uncertainties – penuh dengan kebimbangan dan keterumbang-ambingan. Keadaan seperti ini mungkin berasaskan imaginasi semata-mata. Tetapi ianya tidak sihat. Tidak perlukah sesiapa menjelaskan keadaan sebenar-benarnya?

http://kuda-kepang.blogspot.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: