Posted by: pinkturtle2 | Januari 31, 2009

Patutlah Jambatan Tak Siap, Mereka Kebas Duit Rupanya…

Kementerian Kewangan melalui Kementerian Kerja Raya di peringkat pusat telah memberi kontrak membina jambatan ini kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu dengan harga RM 150 juta.

Kementerian Kewangan melalui Kementerian Kerja Raya di peringkat pusat telah memberi kontrak membina jambatan ini kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu dengan harga RM 150 juta.JKR kata harga sebenar jambatan ini, kalau diberi secara tender (terbuka) paling mahal berharga RM 110 juta... Hangus lagi duit rakyat

Pemimpin UMNO Sapu RM 20 juta, Projek Jambatan Sultan Yahya Petra 2 Terbengkalai

Kuala Nerus – Gejala rasuah yang berlaku dikalangan pemimpin UMNO mengakibatkan kebocoran dan ketirisan berlaku dalam projek kerajaan.

Projek besar dan kecil ditipu oleh pemimpin UMNO menyebabkan ia menelan belanja lebih besar dari yang sepatutnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Melor, Kelantan, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh menyatakan demikian ketika menyampaikan ceramah di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah Tok Jiring malam semalam.

Beliau mendedahkan penyelewengan pemimpin UMNO Kelantan dalam projek pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra 2 (JSYP2) telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2 Ogos tahun 2007.

Beliau berkata projek tersebut tidak ditender dan diberi kepada syarikat yang dimiliki oleh Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu, Rosmadi Ismail.

”Kementerian Kewangan melalui Kementerian Kerja Raya di peringkat pusat telah memberi kontrak membina jambatan ini kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu dengan harga RM 150 juta,

”Kita (PAS) bila tahu, kita tanya JKR berapa harga sepatutnya sebenarnya mengikut penilaian JKR,

”JKR kata harga sebenar jambatan ini, kalau diberi secara tender (terbuka) paling mahal berharga RM 110 juta,”katanya.

Katanya kelulusan projek JSYP2 hampir kepada waktu pilihanraya umum yang lalu dimana perasmian pecah tapak projek tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri tanpa menjemput Menteri Besar Kelantan.

Oleh itu, setelah perasmian tapak tersebut, katanya, syarikat berkenaan telah menuntut bayaran daripada kerajaan pusat lebih dari RM 20 juta.

Beliau berkata apabila mendapat bayaran dari kerajaan persekutuan, syarikat tersebut tidak meneruskan pembinaan JSYP2 dan terbengkalai sehingga kini.

”Akhirnya dia telah tuntut sebanyak lebih dari RM 20 juta, lepas itu dia pun tinggal (projek), tidak buat, sampai ke hari ini tidak buat, pitih RM 20 juta dia kebas,

”Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu beli kereta Porsche sebuah, nombor plate DBH1, yang harganya lebih sejuta ringgit,”dedah Ustaz Wan Ismail.

Katanya projek pembinaan JSYP2 yang terbengkalai adalah satu bukti bagaimana pemimpin UMNO menipu kontrak kerajaan.

”Dahlah boleh (mendapat) kontrak dengan harga yang mahal, tipu kerajaan pula, ambil pitih tapi tak buat kerja,”tambahnya.

Beliau berkata, kerajaan (rakyat) terpaksa menanggung kerugian bepuluh juta ringgit kerana terpaksa melantik kontraktor lain bagi melaksanakan projek itu dan wang lebih RM 20 juta yang telah diberikan kepada syarikat tersebut tidak dapat dituntut semula.

http://buletinonline.net


Responses

  1. Hentam aje la labu…. masa ni kau boleh buat ape saje kerana kau ada kuasa.

  2. Patutlah perangai kebanyakan mereka ini macam setan. Suka makanduit haram.

  3. L*H*Nahat punya org… aku rasa ada jugak duit aku dr cukai LHDN tu dlm RM20juta…. aku x halal dunia akhirat…

  4. sama je lah dgn jambatan pasir mas dulu, yg dapat projek ialah raja katak di Pasir mas, brahim ali, sampai sekarang duit tak abis nak makan. sebab tu lah perangai si raja katak ni tak berubah. PR13 nanti jangan lah lagi letak si raja katak ni sebagai calon, biar PAS kalah bertanding itu lebih mulia dari bagi si katak jadi calon.

  5. Ana ini betulkan sikit fakta yang dikatakan. Kesilapan beginilah yang membawa kita kepada budaya fitnah.

    Maklumat berkaitan harga sebenar jika projek ditender adalah tidak benar. Harga yang disebutkan sebanyak RM110 juta adalah untuk skop kerja asal jambatan tsb iaitu jambatan baru 4 lorong dbina mengikut panjang jambatan sedia ada. Skop kerja dengan harga RM150 juta adalah merangkumi jambatan bermula dari P Pekan ke Jalan Dusun Muda.

    Apapun, dasar kroni serta songlap duit rakyat ni memang ana tak sokong.

  6. Kepada Rosmadi, kenyang benor mu makan duit rakyat ya! Teman rasa hidup kamupun takkan lama apabila makan duit haram daripada wang cukai rakyat. Teman baru saja melalui jambatan Sultan Yahya Petra, oh sungguh azab jika dari seberang sana menghala ke Tesco/Pusat Bandar. Kalau lebih 40 pengguna/pemandu kereta menyumpah ke atas kontraktor yang makan duit rakyat tu, teman percaya tak sampai 60 bulan si kontraktor jambatan yang songlap duit RM20 juta akan kena kifarat. Kita tengok sajalah. SPRM mesti menangkap dan mendakwa si kontraktor durjana tu. Jika tidak, bubarkan saja SPRM Dollah Badawi tu. Asyik-asyik yang kena, kopral, sarjan,Inspektor, pegawai kastam, dan kerajaan Pakatan Rakyat. Mula-mula bubar SPRM, kemudian bubar UMNO yang dah ajal tetapi masih guna oksigen sebagai alat sokongan hayat.
    UMNO-rasuah dan sapu wang negara suatu kemestian!

  7. salam kepada semua,
    nampaknya rata-rata geng2 depa tu melutu duit rakyat. Sampai bila rakyat ni boleh diperbodohkan. Rasa2 tak akan berhenti. Di Perak pun dah mula menabur wang, wang, dan wang. Dalam kegawatan ekonomi, Malaysia ini semua boleh!!!!!Teruskan lah memilih BN lagi. Wang akan terus dapat, Walaupun wang bukan segala2nya, tetapi semuanya memerlukn wang! Fikirkan lah …..

  8. SALAM…. KEPADA SEMUA PEMBACA DI BLOG INI SAYA INGIN MEMPERBETULKAN ADA MAKLUMAT YANG TAK BETUL.

    PEMILIK KEDAI KACA MATA ROSMADI OPTOMETRIST DI KELANTAN BUKANLAH ROSMADI ISMAIL YANG KEPARAT TU.

    PEMILIK SEBENAR IALAH HAJI ROSMADI B NAWI. ANAK JATI KOTA BHARU DAN BELIAU MENETAP DI TAMAN GURU DEKAT DGN WAKAF CHE YEH.

    KEBETULAN NAMA MEREKA SAMA DAN KEBETULAN ROSMADI ISMAIL DICALONKAN BERTANDING KAWASAN BUNUT PAYUNG, YAKNI DAERAH YANG SAMA DI MANA HJ ROSMADI NAWI MENETAP (PEMILIK SEBENAR KEDAI CERMIN MATA)

    DIHARAP KEPADA PEMILIK BLOG INI MEMPERBETULKAN APA YG TIDAK BETUL. INI TELAH MENJATUHKAN MARUAH ORANG YANG MENCARI DUIT HALAL.

    UNTUK PENGETAHUAN, HJ ROSMADI NAWI(PEMILIK ROSMADI OPTOMETRIST KBHARU) ADALAH SEORANG YANG PEMURAH DAN BYK BERSEDEKAH. BELIAU SEORANG YG RENDAH DIRI DAN TIDAK PERNAH TINGGAL SEMBAHYANG BERJEMAAH DI MASJID.

    MALAH TUAN HAJI ROSMADI SELALU MEMBUAT PEMERIKSAAN MATA PERCUMA KE SEKOLAH-SEKOLAH DI SELURUH KELANTAN (TERUTAMA DAERAH K.BHARU) DAN MEMBERI CERMIN MATA PERCUMA KEPADA PELAJAR MISKIN YG MEMPUNYAI MASALAH MATA. BIASANYA 5 ORG PELAJAR MISKIN AKAN DIPILIH SETIAP SEKOLAH YG BELIAU PERGI.

    KEDAI CERMIN MATA ROSMADI ADA 9 CAWANGAN KESEMUANYA DI KELANTAN DAN SUDAH BEROPERASI SELAMA 16 TAHUN.

    DAN TAK KETINGGALAN, TUAN GURU NIK AZIZ DAN YB2 ADALAH PELANGGAN ROSMADI OPTOMETRIST (ANTARANYA YB FATAH, YB RAHIM, YB NIK AMAR, YB ZUL)

    SEKIRANYA SESIAPA ADA KEMUSYKILAN BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN 09-7444 655 ATAU LAYARI LAMAN WEB KAMI http://rosmadioptometrist.wetpaint.com

  9. Betul….gapo hok edek oyak tu. Ambo sokong 100%.

    Setahu ambo pemilik Rosmadi kedai cermin mata di kota bharu tu, x penah terlibat dgn mana2 parti politik.

    Malah beliau adalah salah seorang usahawan bumiputera yang berjaya di Kelantan dan pernah diiktiraf oleh kerajaan negeri sebagai USAHAWAN BERDIKARI KELANTAN.

    Beliau x pernah mengharap duit dari kerajaan. Malah kejayaan yg dikecapi oleh beliau sekarang adalah hasil dari titik peluh beliau sendiri.

    Sekali lagi sy nk tekankan di sini bahawa pemlik kedai cermin mata Rosmadi K.Bharu adalah HAJI ROSMADI BIN NAWI bukannya ROSMADI ISMAIL.

    Kepada penulis/pemilik blog ini harap perbetulkan. Selidik dulu latar belakang seseorang sebelum memberi apa2 komen. Ini melibatkan maruah dan periuk nasi orang.

  10. salam kepada semua…

    Saya, ROSMADI BIN NAWI pemilik Kedai Kaca Mata Rosmadi Optometrist Sdn Bhd. Saya terpanggil untuk menjawab kemusykilan yang timbul di sini. Sebelum menabur sebarang fitnah..selidiklah dulu dengan terperinci..jangan main hentam..Syarikat saya “TIDAK ADA KENA MENGENA LANGSUNG” dengan ROSMADI ISMAIL, REDLAND GROUP atau mana2 kuncunya. Saya menubuhkan syarikat dengan hasil titik peluh saya sendiri tanpa mengharapkan sumbangan dari UMNO atau mana mana pihak sekalipun. Saya pernah dianugerahkan USAHAWAN BERDIKARI NEGERI KELANTAN oleh menteri besar kelantan , Tuan Guru Datuk Nik Aziz. Masakan Tuan Guru sewenang-wenangnya memberi anugerah kepada orang “UMNO “yang selalu “menyalahgunakan” dan “mengsonglapkan” duit rakyat. Saya sangat2 terasa hati dengan kenyataan Sunankalijaga.
    Siapalan anda untuk menilai manusia dengan bahasa yang sebegitu kesat. ALLAH Maha adil dan kebenaran itu hakiki.. Sudah-sudahlah dengan fitnah itu. Kalau nak hentam ROSMADI ISMAIL , JANGAN SESEKALI KAITKAN SAYA…Diharap Sunankalijaga dapat memperbetulkan kenyataannya ….Walaupun saya tidak “terlalu kaya”, biarpun hanya “penjual kaca mata. …REZEKI YANG SAYA PEROLEHI ADALAH HALAL UNTUK ISTERI ANAK2 DAN KELUARGA SAYA. Saya ada MARUAH yang WAJIB saya pertahankan. Saya berharap Sunankalijaga dapat melayari laman web syarikat dan berkunjung ke mana-mana outlet saya yang terdekat dan mengenali saya terlebih dahulu sebelum menabur FITNAH……………..

    INSAFILAH

  11. Untuk pengetahuan pengunjung blog pinturtle semua!!

    ROSMADI BIN NAWI pemilik Kedai Kaca Rosmadi Optometrist Sdn Bhd tidak ada kaitan langsung dalam posting di atas.

    yang dimaksudkan oleh Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh dalam posting di atas adalah Rosmadi Ismail Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu,Bukannya ROSMADI BIN NAWI pemilik Kedai Kaca Mata Rosmadi Optometrist Sdn Bhd.

    harap maklummmm….

    pinkturtle

  12. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

    Pada saya biar apa pun tolongggggggggg lh siapkan Jambatan dan Jalan Bertingkat tu CEPET. Saya dah teramat SIKSA bila pulang bercuti di Kelantan (rumah saya di Wakaf Bharu). Pada setiap musim CUTI atau PERAYAAN saya ke Kota Bharu banyak gunakan jalan DELIMA dan Jambatan Tendong (Ibrahim Ali). Kerana Jambatan Sultan Yahya) JEM nak lepas kan ke Kota Bharu lebih dari 4 jam. Tak dapat nak FIKIR lagi. Macam jalan MATI saja Jambtan tu.

    Berlalu adil lah kerajaan pusat di bawah konsep 1 Malaysia. Kalau tidak tinggal SLOGAN saja. Di Sabah yang kurang jem nie (cuma kerana bulatan) buat persimpangan bertingkat. Tak boleh banding dengan kesibukan di Jambtan sultan yahya, Lampu trafik Kubang Kerian, dan Jalan ke Kg China di Kota Bharu JEM nya AMAT Dahsyat.

    Wassalam

    Remali Yusoff, PhD
    UMS
    Anak Jati Kelantan

  13. bagi sy xperlulh siapkan jambatan 2,..
    rakyat kelantan kan xsuka pembangunan pun..
    lebih suka jalan jem sb boleh mnguji kesbaran sebagai umat islam..
    makin jem makin sukalah kan..
    kalu bleh keta 2 bia bgerak cam kura2 hak dh tua n nk mati sok lusa..
    kita kan org islam yg penyabar
    betul x tok guru nik aziz

  14. Assalamualikum dan Salam sejahtera.

    Sekali lagi saya pohon dengan kontraktor yang membina jambatan sultan yahya petra dan jalan bertingkat tu sila lah siapkan cepat sedikit dan kerjalah 24 jam. Sebab:

    1) Kini tak kira masa mana sekali pun JEM teruklah.

    2) Sila jangan politikkan soal pembangunan. Kerana ini hak rakyat yang bernegara.

    3) Kalau asyik main politik je – tak maju lah Amerika dan UK. Malu lah kita sikit pada Singapura. Dapat kemerdekaan dari Malaysia. Sekarang merka dah capai NEGARA MAJU.

    TOlongggggggggggg la siapkan cepat sikit.

    Wassalam

    Remali Yusoff, PhD
    PhD in Economic Development and Planning

  15. minta tolong siapkan kerja pembinaan jambatan sultan yahya tu. penat aku nak lalu jalan tu. ingat yang kamu makan tu duit rakyat

  16. kadang tu aku puji juga bapak katak tu. dia makan kenyang tapi sipa juga kerja. Ni makan saje tapi keja tak buat. nak istilahkan sebagai apa? Tahlah………….. bagi la nama yang lain.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: