Posted by: pinkturtle2 | Januari 31, 2009

Seburuk-buruk kepimpinan Pak Lah, adalah lebih baik daripada Najib

SDfg

Seburuk-buruk kepimpinan Pak Lah, pemimpin pembangkang kebanyakannya merasakan Pak Lah lebih baik diberi peluang menerajui kerajaan jika dibandingkan dengan Najib. Kalau kita terpaksa memilih antara dua biji buah yang busuk untuk dimakan, kita harus memilih buah yang kurang busuknya.

UMNO DIRAWAT OLEH ORANG YANG BERPENYAKIT

UMNO kini benar-benar diambang musibah yang maha dahsyat hanya menunggu saat ajalnya.  Berbagai usaha telah dilakukan oleh pemimpin mereka untuk merawat luka parah pada tubuh badan UMNO sehingga terpaksa memikirkan samada wajar atau tidak sayap yang ada pada jasad UMNO di`buang atau dipotong’.  Semakin dirawat, semakin bertambah tenat penyakit yang dialami oleh UMNO.  Kini, teman-teman sekamar mereka seperti MCA dan MIC seolah-olah menjauhkan diri daripada `penyakit’ kronik UMNO kerana ditakuti mereka pula akan dijangkiti.  Hakikatnya, MCA dan MIC pun mengalami penyakit tetapi tidak seteruk yang dialami oleh UMNO.

Manusia merancang dan Allah menentukan, dan perancangan Allah adalah yang paling hebat.  UMNO tidak pernah berhenti untuk memecah-belahkan perpaduan yang dinikmati oleh Pakatan Rakyat dengan berbagai tohmahan serta propaganda jijik mereka.  Khadam yang digunakan oleh UMNO untuk melaksanakan cita-cita jahat mereka adalah media yang dikawal oleh kerajaan seperti RTM, TV3 dan Utusan Malaysia.  Selangor dan Perak adalah dua buah negeri yang menjadi tumpuan UMNO untuk dimusnahkan keharmonian rakyat yang dinikmati oleh kedua-dua negeri tersebut semenjak di perintah oleh Pakatan Rakyat.  UMNO terlalu kecewa kerana kehilangan dua buah negeri yang sering mengisi poket-poket mereka dan kroni.  Di Selangor, mantan MB Selangor, Khir Toyo seperti orang `meroyan’ lagaknya.  Saban hari merepek dan merapu tanpa hujung pangkal dan akhirnya ditertawakan orang.  Setiap kali beliau bercakap tentang negeri Selangor di bawah Tan Sri Khalid maka ketika itu air liurnya tersembur ke mukanya sendiri.  Malang sungguh Khir Toyo kerana setelah beliau ditendang oleh rakyat dari takhta, baru lidah beliau mampu berkata-kata tentang ketelusan dan kebajikan rakyat.  Di Perak pula, mantan MBnya Tajol Rosli bercita-cita untuk menjadi hero menyelamatkan rakyat di negeri Perak dari kekuasaan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS.  Malang juga bagi beliau, tatkala semangatnya berkobar-kobar tiba-tiba beliau terpelanting keluar dari kepimpinan UMNO di Perak.  Ini membuktikan UMNO tidak pernah yakin akan kewibawaan Tajol Rosli di Perak.

Nasib bertimpa-timba ke atas UMNO sebenarnya berpunca dari siapa ?  Kalau berpunca dari pemimpin, kepimpinan UMNO silih berganti.  Dikatakan dulu rakyat tidak menerima Tun Mahathir, maka Pak Lah dinobatkan sebagai pemimpin.  Keturunan Ulamak ini mulanya dijangka boleh menyatukan umat, malangnya Pak Lah hanya mampu menyatupadukan kaum keluarganya termasuk menantu kesayangannya.  Maka, UMNO secara berhemah penuh adab sopan santun `menendang’ Pak Lah keluar secara beransur-ansur sehingga bulan Mac akan datang ini.  Dan, Najib pula dicuba untuk memperbaiki penyakit UMNO.  Belum sempat Najib mengangkat sumpah sebagai PM, rakyat telah memberi isyarat bahawa Najib bukan pemimpin yang boleh menyelamatkan UMNO jauh sekali untuk menyelamatkan negara ini.  Kalau menjadi pemimpin hanya sekadar tahu mengumumkan dana dan pakej itu ini, apa kelebihan yang ada pada Najib?  Rakyat di Permatang Pauh dan yang terbaru di Kuala Terengganu jelas memberikan isyarat bahawa Najib bukan orangnya yang layak menjadi PM.  Kini, ahli-ahli UMNO ada yang berfikir kembali adakah mereka betul dan tepat apabila mengambil keputusan menolak Pak Lah.

Seburuk-buruk kepimpinan Pak Lah, pemimpin pembangkang kebanyakannya merasakan Pak Lah lebih baik diberi peluang menerajui kerajaan jika dibandingkan dengan Najib.  Kalau kita terpaksa memilih antara dua biji buah yang busuk untuk dimakan, kita harus memilih buah yang kurang busuknya.  Mengapa ahli-ahli UMNO masih bergantung harapan kepada UMNO meskipun UMNO tidak pernah menunjukkan untuk kembali pulih selepas Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu?  Tidakkah mereka terasa betapa pemimpin UMNO yang ada sekarang hanya menggunakan mereka untuk membahagikan kuasa di antara pemimpin-pemimpin atasan mereka sahaja?  Pak Lah terpaksa turun bukan kerana amalan demokrasi dan Najib naik pula bukan juga dari amalan demokrasi.  Maka, ahli UMNO tunggu apa lagi?  Mengapa mereka bergaduh dan bergantakan sesama mereka di peringkat bawahan sedangkan di atas pemimpin mereka sedang `memfaraidkan; kuasa sesama mereka.

Kepada ahli-ahli dan penyokong UMNO, kamu tiada pilihan lain selain daripada berhijrah dan berjuang bersama Pakatan Rakyat demi menyelamatkan negara tercinta ini.  UMNO tiada harapan untuk dibaikpulih apatah lagi yang cuba untuk memulihkan UMNO itu sendiri bergelumang dengan seribu jenis penyakit.  Janganlah memperhambakan diri dengan bergelumang dengan parti yang berpenyakit seperti UMNO sekarang.  Jejakilah langkah teman-teman yang lain yang kini mula mengetuk pintu Pakatan Rakyat.  Pilihan terbuka pada ahli-ahli UMNO samada untuk bersama PKR mahupun PAS.

W.FAUZDIN NS Kuantan ( Melalui email )



Respon

  1. …Pak Lah boleh blah…Najib seperti Najibulah Afganistan jika dapat kuasa….rakyat dapat bala…merana…silap-silap lebih teruk dari gaza.

  2. …Pak Lah dan Najib sama aja…..ALIP TENDANG WAU……SARKES.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: