Posted by: pinkturtle2 | Januari 31, 2009

LCCT Labu: Kerajaan Sedang Bermain Wayang Kulit…

asdfg
Agaknya, LCCT LABU ni lazat sangat kot sampai banyak betul tikus yang nak baikkinya supaya rakyat jelata yakin dan tak marah bila LCCT Labu dibina dalam era krisis ekonomi global.

BANYAKNYA TIKUS NAK BAIKKI LABU!

Bayangkan tikus nak baikki labu yang dia dah korek, dah tebuk, dah balun supaya umat manusia tertipu dan yakin labu tu masih segar dan tak koreng moreng! Gitulah ibaratnya dengan kontroversi LCCT Labu. Hari tu ada berita kata, LCCT Labu dah dibatalkan. Hari ni, Ong Tee Keat cakap, keputusannya dalam tiga minggu lagi.

Agaknya, LCCT LABU ni lazat sangat kot sampai banyak betul tikus yang nak baikkinya supaya rakyat jelata yakin dan tak marah bila LCCT Labu dibina dalam era krisis ekonomi global.

Inilah uniknya zaman Abdullah Badawi. Menteri cokia pun boleh nak atasi keputusan kerajaan. Dia ni sapa? Hari tu dah masuk suratkhabar yang kabinet Dolah dah luluskan kes tu. Hari tu dah banyak blogs kata LCCT Labu dah dibatalkan. Hari ni tikus MCA pulak macam nak baikki labu! Dia kata tunggu tiga minggu baru ada keputusan muktamad pasal la ni Air Asia masih cuba nak rasuah MAAB dengan projek tu dan projek ni. Kalau macam ni, jahanam kita. Banyak sangat tikus yang baikki labu!

http://politica-net.blogspot.com

<!—Terbaru pasal projek Lapangan Terbang Labu—> Terbaru pasal projek Lapangan Terbang Labu

Isu cadangan AirAsia Bhd hendak membina sebuah lapangan terbang baru berharga RM1.6 bilion di Labu, Negeri Sembilan mencuri perhatian umum bila tersebar berita awal Bernama mengatakan kerajaan telah menolaknya.

Menurut laporan berkenaan, keputusan untuk membatalkan projek itu disampaikan kepada AirAsia pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan dihadiri para pegawai Kementerian Kewangan, MAHB, dan AirAsia semalam.

Namun dalam laporan Bernama kemudiannya, ia memetik Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai berkata, keputusan mengenai cadangan AirAsia Bhd akan diketahui dalam dua hingga tiga minggu lagi.

“Sebenarnya (kerajaan) belum buat keputusan lagi. Apa yang penting segala maklumat dan butir-butir yang berbangkit akan diperhalusi secara terperinci,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan MCA di Kuala Lumpur.

Menurut laporan awal Bernama sekalipun projek LCCT Labu itu ditolak tetapi Air Asia dikatakan memperolehi beberapa konsesi.

Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) difahamkan akan diberi tanggungjawab membina sebuah terminal penerbangan tambang murah (LCCT) yang baru, berdekatan terminal sekarang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Sumber itu menyatakan AirAsia berjaya mendapat jaminan mengenai caj dan cukai lapangan terbang lebih rendah, yang ia akan berunding dengan MAHB dan juga dibenarkan memberi input mengenai spesifikasi LCCT baru itu.

Katanya, syarikat penerbangan tambang murah itu diberi masa untuk mengemukakan senarai keperluannya dalam LCCT baru itu.

Caj itu boleh diturunkan sehingga separuh, kata sumber tersebut.

AirAsia sentiasa mengadu tentang caj di LCCT sekarang kerana berpendapat caj dan cukai yang dikenakan di lapangan terbang itu sepatutnya lebih rendah daripada di KLIA ekoran kurang kemudahan.

Pada mesyuarat itu, AirAsia diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Tony Fernandes. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, Tony berkata, AirAsia menganggap hasil mesyuarat itu sebagai amat positif dan kini ia menunggu butiran lengkap.

Katanya, AirAsia komited bagi menyediakan perkhidmatan berkelas dunia, lima bintang melalui sebuah LCCT yang dibina khas. Menurutnya lagi, AirAsia turut komited menjadikan Kuala Lumpur sebuah hab serantau bagi syarikat penerbangan tambang murah agar dapat memberi sumbangan lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Dari segi kewangan, ini merupakan berita baik bagi AirAsia.

“AirAsia yang kini mempunyai geran yang tinggi, tidak perlu lagi mendapatkan pembiayaan untuk membina LCCT baru itu,” katanya

Menurut Menteri Pengangkutan pula kerajaan memerlukan masa membuat keputusan mengenai LCCT itu kerana ia membabitkan banyak pihak.

“Kementerian Pengangkutan, Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Kementerian Kewangan, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan AirAsia memang sedang bermesyuarat untuk kebaikan semua pihak,” katanya.

http://www.agendadaily.com


Responses

  1. jangan tahu mengata

  2. SPRM…??????

  3. bape byk LCCT nk dibina?? Ingat AIRASIA tu nk guna duit sendiri ker bina LCCT Labu..jgn cayalah…penipuan dh bermula….

    LCCT yg dok ada nk dibuat apa?? Tukun??

    X habis2lah BN nk menipu rakyat….

  4. Anda semua kena tahu, Khairy Jamaluddin mendapat syer saham percuma di AirAsia. Kalau 2% sajapun dah tak habis makan. Kalau AirAsia untung, dia dapat labalah. Kalau rugi atau lingkup, dia pun tak rugi apa-apa. Maklumlah menantu PM. Menteri Besar NS pulak proksi utama KJ.
    Kalaulah kerajaan BN membenarkan pembinaan Lapangan Terbang LCCT Labu, apa akan jadi kepada pentadbiran kerajaan kerajaan pusat dan negeri? Bayangkan kalau seorang jutawan nak bina ‘Terminal bas’ sendiri di tanah sendiri dengan kos dibiayaai sendiri. Tak perlu nak rujuk kepada Majlis berkuasa tempatan dan MB negeri. Tak ke haru jadinya. Kalau ada syarikat lain nak bina Airport Eksklusif untuk jet persendirian ditanah kepunyaan sendiri, kerajaan BN tak boleh larang sebab dah bagi izin AirAsia bina Airport sendiri dan kawal sendiri. tidak ke jadi caca merba jadinya. Itulah kejahilan,kebengapan,kedunguan, keegoan pimpinan kerajaan BN. Yang mereka tahu projek masuk, guna wang rakyat, anak beranak jadi kaya raya, rakyat akan digula-gula bila hampir pilihan raya. Itulah cara kerja pemimpin UMNO yang kaya raya di atas rasuah, penyelewengan dan penindasan ke atas rakyat.
    Wang rakyat/negara habis lingkup tak penting, yang penting projek akan mengayakan anak beranak dan kroni hingga 7 keturunan. Kalau boleh kubur pemimpin umno pun nak dipasang hawa dingin!
    UMNO-Selamat Menuju Kehancuran! Ameen.

  5. kepada CEO AIR ASIA,

    untuk pengetahuan CEO AIR ASIA,
    fasa KLIA sebenar yg ada skrg adalah fasa 1… KLIA sebenarnya mempunyai 4 fasa dan mempunyai 4 satelite terminal jika siap sepenuhnya, dan yg ada skrg hanyalah 1 shj

    1. tak perlulah nk buat lcct labu. air asia boleh bina satelllite terminal yg kedua di sebelah terminal yg ada skrg utk terminalnya sendiri.

    2. kekalkan LCCT skrg untuk operasi air asia domestik sahaja.

    3. jadikan satelite terminal yg akan dibuat ini untuk penerbangan air asia antarabangsa.

    kalau kita tgk KLIA tu bukan sibuk sgt pun airport dia kalau nk dibandingkan dgn changi atau soekarno hatta.

    jgnlah nk bina airport tu semata nk menunjukkan keegoan airasia bahawa ia sebuah sykt penerbangan yg mempunyai airport sendiri.

    tak gunalah nk cakap pasal servis 5 bintang tapi dalam kabin pesawat masih ada lg nyamuk dan stewardess terpaksa spray ngn shieldtox


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: