Posted by: pinkturtle2 | Februari 1, 2009

Terkini!!! Dua Exco Perak Confirm Telah Letak Jawatan..

Terkini….

Terkini!!!  Dua Exco Perak Confirm Telah Letak Jawatan..

Surat perletakan jawatan sebagai adun telah diserahkan pada pukul 5:30 ptg tadi ..

V sivakumar telah mengistiharkan kekosongan kerusi  N14 dan N59 .DanV sivakumar berkata beliau akan menghubungi SPR esok untuk mengadakan pilihanraya kecil dalam masa 60 hari seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat..

Tamat sudah lakonan dua ekor katak ini…

Sumber TV3 … 8:22pm

Dua Pilihanraya Kecil: Tekanan Baru Untuk BN

Pengosongan kerusi oleh dua ADUN PKR di Perak tidak perlu menimbulkan panik bagi penyokong PR. Kerajaan Perak pimpinan PR belum tumbang dengan pengosongan tersebut.

Pertarungan akan berlaku dalam tempoh enam puluh hari. Lebih kurang sama tempoh dengan Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac depan. Mungkin tarikh pilihanraya datang lebih awal ketika UMNO sedang sibuk dengan urusan rumahtangganya.

Jika PR memenangi kedua-dua kerusi ini, tentunya kedudukan Kerajaan Perak tidak lagi dapat dipertikaikan oleh UMNO/BN. Cubaan menggugat dan menggigit Kerajaan PR pilihan rakyat tidak lagi timbul. Segala onar diskriminasi jahat yang berlangsung kini, termasuk pengumuman oleh Zahid Hamidi tentang pegawai Persekutuan tidak boleh ‘berhubung’ dengan Kerajaan Negeri akan dengan sendirinya terpukul.

Isu dan propaganda yang dihadapkan ke atas Kerajaan Perak juga berpeluang dijelaskan sewaktu pilihanraya kecil nanti berlangsung.

Jika PR menang satu dan tewas satu, kelebihan masih lagi berpihak kepada PR.

Terpulang kepada penyokong PR untuk bekerja keras mengekalkan kedua kerusi ini. Saya yakin, dengan situasi semasa, Insya Allah, segala agenda kotor BN boleh dipatahkan.

Anda mungkin bertanya apa perbezaan antara langkah yang diambil oleh ADUN Bota dengan pengurungan dua ADUN PKR oleh pihak atasan yang terdesak? Jawabnya ialah kerelaan.

Selepas ADUN Bota mengumumkan menyertai PKR, beliau bebas bergerak ke sana ke mari tanpa perlu dikurung. Ini kerana keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri tanpa paksaan.

Dua ADUN PKR pula hilang, tak dapaat dihubungi, mungkin diugut, mungkin dipaksa dan di blackmailkan. Unsur kerelaan tidak nampak wujud. Ia dengan itu tidak terhormat. Penuh putar belit cara biasa BN.

Di Behrang, calon BN dari MIC, Dato M Ramasamy, dulunya kalah dengan 1,027 undi dan 1,102 undi di Cangkat Jering.

Adakah BN akan mengisi calon mereka dengan dua bekas ADUN yang mereka sendiri pernah katakan terlibat dengan rasuah? Jika ya, bagaimana dengan pertuduhan yang dihadapi oleh mereka? Adakah Kerajaan BN akan gugurkan?

Moralnya, PR sudah berada di hadapan. BN lebih defensif. Najib lebih terpukul jika benar ini adalah pelan beliau dan BN tewas. Sekali lagi, adakah unsur dalaman UMNO sendiri sedang cuba mengepung Najib tanpa disedari?

UMNO/BN lebih tertekan.

Ia mungkin sengit. Namun, ketabahan dan semangat jitu Pakatan Rakyat mampu memenangkan Pakatan, Insya Allah!

http://cetusan-hati.blogspot.com



Serahkan kembali mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan

Berita terkini dari Perak, kedua-dua EXCO PKR yang dilaporkan “hilang” dikatakan telah mengirim surat perletakkan jawatan masing-masing kepada Speaker Dewan V. Sivakumar. Ini bermakna dua pilihan raya kecil terpaksa dipanggil iaitu untuk DUN N.59 Behrang (majoriti 1,027) dan N.14 Changkat Jering (majoriti 1.102).

Apakah muslihat BN sehingga memaksa kedua mereka mengosongkan kerusi?

Sementara itu The Star online melaporkan Timbalan Speaker DUN Perak Hee Yit Fong dari DAP yang mewakili kerusi DUN Jelapang akan menyertai MCA. Jika kedua-dua EXCO berkenaan dikatakan mengambil tindakan drastic itu lantaran kes rasuah mereka, tidak pula diketahui apakah alasan Hee, OKU pertama yang dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengusai 32 dari 59 kerusi DUN Perak, iaitu DAP 18, PKR 8 dan PAS 6, sementara BN memiliki 27 kerusi iaitu 26 Umno dan 1 MCA.

Saya masih tidak dapat membaca apakah muslihat BN memaksa kedua-dua bekas ADUN PKR itu mengosongkan kerusi mereka, malah Hee juga dilaporkan akan berbuat demikian. Dalam keadaan ini mungkin opsyen yang tinggal pada MB Perak Datuk Seri Nizar adalah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Jangan kita biarkan kerajaan negeri pilihan rakyat ini “dicuri” begitu sahaja depan mata kita. Lebih baik kita serahkan kembali mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan. Ini lebih baik dari kita menyerah begitu sahaja. Walaubagaimanapun terpulanglah pada pucuk pimpinan PR Perak untuk membuat keputusan.

Sementara itu bagi PAS sendiri adakah kita mampu pertahankan enam kerusi yang kita miliki iaitu N. 8 Titi Serong (majoriti 1,149), N.11 Gunung Semanggol (majoriti 2,070), N.12 Selinsing (majoriti 547), N.20 Lubok Merbau (majoriti 72), N.51 Pasir Panjang (majoriti 4,474 – kerusi MB) N.56 Changkat Jong (majoriti 899)?

Adakah kita mampu menebus 5 kerusi lagi yang kita tewas di bawah 500 undi antaranya N. 36 Pengkalan Baru (14 undi), N. 6 Kubu Gajah (66 undi), N.23 Manjoi (348 undi), N.5 Selama (355 undi) dan N.53 Rungkup (454 undi).

Apa pun jika benar berlaku pembubaran dewan, maka seluruh jentera, tenaga dan kekuatan PAS perlu dikerahkan ke Perak bagi mempertahankan kubu-kubu PAS ini selain merampas kubu-kubu yang berpotensi dan yang paling penting mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Apa perkembangan selanjutnya sama-samalah kita ikuti.

http://n32.blogspot.com


Update 18:15pm….

Berita Panas, Info Terkini Sahkan Dua Exco PKR Perak Kini Dipercayai Berada Di Rumah Najib Razak Dekat Pekan Sekarang Ini !

PEKAN – Berita terkini yang pasti menggemparkan baru kami terima sebentar tadi. Sungguh mendebarkan nampaknya kerana ia berkaitan dengan kehilangan dua orang Exco PKR dari Perak sejak empat hari yang lalu. Kami mendapat maklumat kini mereka berdua sedang berada di rumah Timbalan Perdana Menteri Dato’ Najib Razak di Pekan Pahang. Najib khabarnya sedang memujuk kedua-dua exco terbabit iaitu Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jamlu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini juga. Kami difahamkan kini rumah Najib sedang dikawal ketat oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mungkin ia bagi menggelakkan berlakunya insiden yang tidak diingini dan Najib mahu perbincangan membawa Exco PKR terbabit berjalan dengan lancar dan teratur agaknya. Tambah mengejutkan kami juga mendapat maklumat langsung dari rumah Najib sekarang ini bahawa terdapat juga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di sini sekarang ini. Apa ke jadah sebenarnya mereka ini berada di rumah Najib Razak malam-malam buta begini !! .

Ini bermakna mereka sengaja mahu menggertak dua Exco PKR terbabit jika tidak mahu masuk UMNO dan tinggalkan PKR maka kes rasuah mereka akan diteruskan dan mereka bakal berhadapan dengan tindakan keras bahkan boleh dipenjarakan jika disabitkan dengan kesalahan. Namun, kami agak hairan dan musykil dengan senario ini sebenarnya. Sesuatu yang amat mendukacitakan jika Najib meneruskan usaha dan cara “politik baru”nya ini. Ternyata ia amat berbahaya dan perlu dielakkan demi perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Kami juga difahamkan ketika ini rumah kediaman ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim juga sedang dikawal ketat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak. Mereka sedang mengepung rumah ADUN terbabit kerana khuatir beliau juga akan diculik sama seperti apa yang berlaku kepada dua Exco PKR itu. Keadaan sungguh tegang ketika ini dan ia sudah pasti akan menimbulkan satu suasana yang tidak harmoni.

Dengan berita terbaru ini maka kini fahamlah kita kenapa Najib diangkat menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak yang baru bagi menggantikan Tajol Rosli. Mungkin kerana Najib nampak hanya beliau sahaja yang boleh melaksanakan misi untuk merampas Perak dari Pakatan Rakyat dengan apa jua sekali pun. Maka itu kita harus sama-sama berdoa dan mengharapan agar dengan perkembangan ini Kerajaan Negeri Perak tidak akan tumbang. Malah kita juga berharap agar inilah masanya Ahli Parlimen BN yang selama ini takut-takut untuk melompat parti supaya berbuat demikian demi masa depan rakyat.

Jangan gadaikan lagi maruah dan masa depan negara kepada orang seperti Najib Razak yang sebenarnya langsung tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dengan kehadiran pegawai SPRM ke rumah Najib malam ini maka ia mengesahkan lagi bahawa beliaulah yang bertanggungjawab untuk memancung orang-orang Kairy Jamaluddin seperti Wan Farid, Norza Zakaria, Ismail Sabri Yaakob, Saifuddin Abdullah dan ramai lagi di Pahang baru-baru ini sebenarnya

http://pahangdaily.blogspot.com

.

Update…

Dua Exco Perak sudah lima hari diculik

IPOH, 1 Feb: Kerajaan negeri Perak menuduh kemungkinan besar dua anggota Exco mereka ‘diculik’ oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk menggugat kerajaan negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin berkata, kedua-duanya sudah lima hari hilang dan tidak menyertai mesyuarat Exco terakhir minggu lalu.

Kenyataan ini dibuat beliau selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak pagi ini bagi membincangkan kehilangan kedua-duanya sejak lima hari lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar ketika dihubungi berkata, jika kedua-duanya menyertai BN sekalipun, kerajaan Pakatan di Perak masih kekal.

“Kita masih majoriti satu kerusi. Kalau BN berjaya mendapatkan seorang lagipun, kerajaan Perak akan kekal sebagai kerajaan minoriti sehinggalah ia dijatuhkan melalui sidang Dewan Undangan Negeri,” katanya kepada Siasah.

Bagi beliau, dengan mood yang ada pada rakyat sekarang, agak pelik tindakan Umno mahu membeli kedua-dua Exco itu.

Ini kerana, walaupun kedua-duanya boleh dipujuk dan dibeli dengan isu dakwaan rasuah yang mereka hadapi tetapi langkah itu tidak akan menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan kerana Umno memerlukan sekurang-kurangnya tiga Adun untuk menjadikannya majoriti dalam Dun Perak.

“Untuk mendapatkan yang ketiga memang sukar bagi Umno sekarang tambahan dengan mood yang ada di kalangan rakyat negara ini.

“Lainlah kalau Umno bertindak begitu semata-mata untuk membalas dendam ekoran penyertaan (Datuk) Nasarudin (Hashim) ke PKR,” kata Kamarudin.

Sementara itu, ramai tidak yakin Umno akan berusaha mendapatkan kedua-dua Exco itu menyertainya kerana jika Umno berbuat demikian terlalu jelas caranya iaitu memberikan janji untuk tidak mendakwanya di mahkamah ekoran dakwaan rasuah ke atas mereka berdua.

“Umno sudah buruk dengan isu rasuah. Jika dia cuba dapatkan kedua-dua Exco itu, semakin jelaslah kepada rakyat Umno memang rasuah dan peranan SPRM akan dipertikaikan,” kata seorang penganalisa politik.

Namun, dengan (Datuk Seri) Najib (Razak) sendiri memimpin Umno Perak dia akan berbuat apa sahaja untuk menaikkan semula moral ahli-ahli Umno yang jatuh teruk sekarang, katanya lagi.

http://siasahdaily.blogspot.com

Pagi ini ummi telah bergerak ke Ipoh untuk menghadiri satu program anjuran DMP Perak bersama Datin Seri Fatimah Taat,isteri MB Perak…di tengah perjalanan ummi dapat pulak info ada ramai wartawan di perkarangan rumah MB…apa ke hey nye…try koling2 setpol rupanya ada press conferance(PC) tergempar…sampai kat rumah MB ummidapat tang hujung2 aje…

Dari PC tersebut barisan pimpinan mebuat pengumuman kehilangan 2 ADUN apabila keluarga dan ahli parti tidak dapat menghubungi mereka….buat masa ini kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih belum dapat mengesan dan tahu lokasi sebenar 2 ADUN…
Kedua-dua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos lalu kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

Kes mereka akan didengar pada 10 Februari ini.

MB berharap mereka berdua dalam keadaan yang selamat dan masih mereka masih lagi sebagai ADUN Pakatan Rakyat di saat ini…belum ada pengumuman mereka sudah masuk UMNO/BN…

Umat Islam diseru agar bersolat hajat..membaca Yassin dari semasa ke semasa memohon pertolongan Allah SWT menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Solat hajat dan munajat untuk maksud ini disarankan supaya diteruskan oleh pendokong Pakatan Rakyat beragama Islam setiap hari sehingga kemelut ini selesai…

dalam PC tu juga..MB juga meminta rakyat Perak mengibarkan bendera Perak pada hari Sambutan Jubli Perak Sultan Perak sebagai meraikan hari kebesaran negeri Perak…

Pengumuman penuh MB di PC pagi tadi akan dikemaskini dalam masa yang terdekat..

http://haninasution.blogspot.com

.

MB Perak kecam usaha gangu gugat 2 Exco, syaki kerja jahat UMNO dan BN.

.fullpost{display:inline;}

Gambar terbaru : ADUN Bota, Dato’ Nasaruddin (berbaju batik) bergambar bersama ADUN Titi Serong, Selingsing dan Ust. Ahmad Awang.
IPOH, 1 Februari :- Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat bersama ADUN Kerajaan pada hari ini adalah dengan tujuan membincangkan mengenai 2 Exco yang telah digelapkan, dighaibkan oleh pihak tertentu dan kita mensyaki ini adalah kerja jahat UMNO dan BN. Demikian antara kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin selepas mesyuarat tersebut di Kediaman Menteri Besar di sini.

“Usaha menghubungi mereka sehingga pagi ini gagal dan kita mengecam segala usaha menganggu gugat Exco dan pentadbiran Kerajaan Negeri” kata Nizar.

Menjawab pertanyaan apa langkah yang akan dimbil kerajaan bila terbukti mereka melompat, Ir. Nizar mengesahkan telah membuat persiapan yang akan dilakukan mengikut peraturan dan ketetapan yang ada.

Menteri Perak itu juga mengumumkan dalam kenyataan nya bahawa selutuh ADUN Pakatan Rakyat termasuk Adun Bota Dato’ Nasaruddin Hashim walau apa pun berlaku akan komited mempertahankan kerajaan.

“Seluruh ADUN komited pertahan kerajaan, kita masih kekal dan kuat” Tegas Ir. Nizar.

“Ini adalah satu penainayaan oleh BN kepada rakyat Perak kerana menyembunyikan mereka.

Beliau juga menjelaskan tidak mahu mendedahkan persediaan yang dibuat apabila terdapat pengesahan 2 Exco telah melompat. Namun jelasnya semua adalah mengikut kuasa undang-undang yang ada.

Ditanya mengenai Laporan Polis, Ir. Nizar menjelas perkara itu perlu dirujuk kepada keluarga, dan setakat ini keluarga pihak berkenaan belum membuat laporan polis.

Mengenai kenyataan Dato’ Nasa yang sanggup mengosongkan kerusi DUN Bota untuk diadakan pilihanraya kecil, Ir. Mengatakan Dato Nasa sekarang adalah dibawah Pakatan Rakyat, dan kita perlu kaji .

Menteri Besar juga mengesahkan tidak ada lagi ADUN Pakatan Rakyat yang akan melompat, sebaliknya terdapat minimum 3 ADUN BN akan melompat ke Pakatan Rakyat.

Menjawab pertanyaan adakah diketahui dimana mereka berada, Ir. berkata “itu kena tanya pemimpin BN”.

Kenyataan akhbar itu dihadiri sama oleh Exco kerajaan Negeri, ADUN-ADUN dan pemimpin tertinggi parti PAS, DAP) dan PKR.
ADUN Bota’, Dato Nasharuddin Hashim kelihatan sampai lebih awal di Kediaman Menteri Besar pada jam 8.50 pagi dan menjawab teka teki dan rumus yang tidak bertanggung jawab mengenainya.
.

Ini Sebenarnya Yang Berlaku…

Perancangan Umno untuk memerangkap Jamaludin dan Osman telah dirancangkan sebaik saja Pilihanraya Kuala Terengganu berakhir. Pada masa itu, Umno tidak menyangka ADUN mereka sendiri akan menyeberang kedalam PKR. Najib mahukan Perak dirampas untuk menutup ‘kemaluan’ beliau yang hilang didalam dua pilihanraya kecil yang lalu.

Jamaludin dan Osman telah ditawarkan sejumlah RM10 juta setiap orang dan tuduhan mereka didalam kes rasuah akan digugurkan. Jamaludin dan Osman sudah bersedia untuk menerima tawaran ini dan hanya menunggu masa yang sesuai.

Walaubagaimanapun, perancangan ini telah dapat dihidu oleh Anwar dan Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail untuk mempercepatkan usaha penyeberangan ADUN-ADUN Umno kedalam PKR untuk menghalang perancangan Umno ini.

Jamaludin dan Osman sebenarnya telah pun hilang  pada hari Jumaat minggu lepas. Dan apabila mengetahui ‘kehilangan dua EXCO ini, Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail membawa Nasrudin keKuala Lumpur dan terus mengumumkan kemasukan Nasrudin kedalam PKR. Ini telah menghancurkan perancangan Najib untuk merampas Perak dari PKR.

Sekiranya Anwar terlewat untuk bertindak, dan Jamaludin dan Osman bertindak lebih awal, maka Pakatan Rakyat Perak sudah pastinya tumbang. Sebenarnya, ada seorang lagi ADUN Umno yang menyertai Nasrudin ke Kuala Lumpur, tetapi hanya Nasrudin yang membuat pengumuman. Pasal apa? Yang tu aku tak dibenarkan cerita. Pandai-pandai la sendiri….

Selepas hari itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh Umno untuk memujuk Nasrudin kembali kedalam Umno, malah telah di janjikan jawatan Menteri Besar sekiranya Nasrudin bersedia kembali kedalam Umno. Dan jangan terkejut…tawaran ini dibuat oleh Jamaludin sendiri yang menghubungi isteri Nasrudin!

Tidak diketahui sama ada Jamaludin diugut ataupun dengan kerelaan sendiri ketika membuat tawaran bagi pihak Umno ini. tetapi apa yang jelas, Umno begitu terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk merampas Perak dan mengembalikan ‘kemaluan’ Najib yang hilang.

Setakat ini, masih tidak diketahui apakah langkah Umno selanjutnya, dan aku jugak tak boleh nak cerita apakah yang sedang dilakukan oleh PKR. ramai yang menghantar email dan SMS bertanya, malah ada yang terlalu risau. Dan ada yang marah kat aku…bila aku kata ..”Relax!”

No.no.no….jangan risau! kalau setakat lompat melompat…aku tak risau. Ini macam main poker. Dan Anwar ada beberapa kad lagi yang masih belum dibuka.

Kecuali kalau Umno main kotor…. menggunakan kekerasan. Yang tu aku tak tau. Orang yang terdesak macam Najib mampu melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya.

Kalau Altantuya boleh mati…Bala boleh hilang…macam-macam boleh jadi.

http://perakexpress.com


Responses

  1. Kalau ye pun nak memerintah semula buat lah dengan cara terpuji dan bukan dengan cara TERKEJI lagi BUSUK….pemimpin BN dan UMNO memang mempunyai sikap dan sifat putar belit, matlamat menghalalkan cara, penipu, rakus, tamak, ego, suka berlakon, dan tak mahu insaf pd diri sendiri…umpama bumi Malaysia ni bapak dia yang punye….Mari kita pertahankan walau apa juga pun kosnya pentadbiran kerajaan PR di lima buah negeri…dan PRU ke 13 nanti, semua negeri ditawan PR termasuk PUTRAJAYA…Insyalh

  2. Kepala bapak kau!
    Apa yg kau nk bangga? pemimpin korang ikut telunjuk DAP, bodoh!

  3. Apa nak tapis2 ni?
    Nampak sgt korang sebar fitnah & berita palsu, pengecut..

  4. CISSS ! NAJIB NAJIS .. NATANG !!

  5. Bodoh dan bagang sungguh orang melayu pada hari ini……

  6. Aku syorkan supaya MB bubarkan saja DUN perak supaya ada pilihanraya negeri perak biar kita tengok sapa yang di terima rakyat…….
    kalau Pakatan rakyat kalahpun puas hati…….

  7. Tak ada maruah……..

  8. culit menculit adun

    kalau pemimpin yang ada maruah, dia tidak sanggup berbuat begitu. buatlah cara betul. ini dikelasifikasikan sebagai mencuri.

    kalau gentlemen, bubarkan parlimen supaya kita tahu pati mana yang kuat. ini tindakan jahat curi begini. kedua dua exco tu tiada kes, apa yang hendak diugutkan. jangan gunakan SPRM, itu pegawai kerajaan tu. dia ada etika, dia ada maruah. tak kan nak memerintah juga berbagai cara dihalalkan. tak betul tu.

    inilah sikap pemimpin yang tidak ada pengetahuan agama, macam mana nak pimpin rakyat yang begini ramai nak kepada islam, sedang kepimpinan bersikap jauh dengan islam, tidak kah bercanggah tu.

    kepada megat terawis tolong jaga sikit perangai, kalau kamu berugama islam. kalau tidak pihak kami akan sembahyang hajat dan baca kunut nazilah…….. baru padan muka.

  9. betoi, la bubar parlimen dan buat PRU sekali lagi. Sebab politik Msia dah tak ketahuan hala… kalut peliknya..
    Tak payah dok kempen lama-lama, tak payah dok bawa naik bannner ke apa… tak payah dok buat payung, topi ke ayaq mineral ka… just pilihanraya..
    … tanpa tipu muslihat …. buat tengok ….
    marhum geng UMNO …
    Cubalah try tengok….

  10. sepuluh juta sorg??

    memang ameno ni bapak segala rasuah!

    ameno najis rasuahhh…

    memalukan bangsa melayu dan umat islam jer!

  11. Perak pasti akan meriah lagi kerana akan ada pilihanraya kecil. Banyaklah projek yang bakal mendatang. Itu rezeki namanya. Aku pun kadang-kadang berharap kawasan aku pun jadi macam tu. Dulu aku pernah terasa…alangkah membangunnya kawasan aku kalau ada ADUN ka… Ahli Parlimen ka yang mati….. tapi aku tengok cara dua orang exco Perak tu memang bagus juga. Doroyan runtuh yop…. balun aje le… Yang Pasti dalam sebulan dua ni dua mencurah masuk ke dua kawasan ini…. dan kalau harga minyak turun $10 setong pun kita tetap kena bayar macam sekarang….. bukan apa… nak buat modal pilihanraya kecil Perak.

  12. Memang sial benar pemimpin PKR, hidup nak senang, kuasa dan wang….rasanya ramai lagi wakil rakyat PKR diluar sana perangai sama dengan dua biawak hidup nie….menyusahkan orang saja…..tolong ambil contoh pemimpin PAS, utamakan islam dahulu, yg lain kemudian…itulah kelebihan Islam

  13. Yang sebenarnya, wajah politik Najib@Bik Mama sungguh najis, kotor, sial, keparat, bangsat dan jijik lantaran bukan lagi kebinatangan, bahkan kesyaitanan yang wajib dilaknat..

    NAJIB@BIK MAMA KOTOR LAGI BUSUK
    – Naspazi

  14. Seingat aku, BN dah buat kerja2 kotor nie sejak dia org berjenama parti Perikatan lagi. Tahun 1950-an dia org buat kat Terengganu sehingga menjatuhkan kerajaan Pas.

    Tahun 1960-an lak, dia org buat kat Sarawak sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan Stephen Kalong Ningkan.

    Kemudian pada tahun 1970-an, setelah Perikatan bertukar jenama kpd BN, dia org buat lak kat Kelantan, sehingga menjatuhkan kerajaan Pas.

    Tahun 1990-an, dia org buat kat Sabah sehingga menjatuhkan kerajaan PBS pimpinan Pairin YG BARU LEPAS menang PRU negeri!

    Mungkin BN di bawah pimpinan Umno tak tau macam mana cara nak ambik balik negeri yg jatuh ke tangan lawan secara legal & gentleman.

    Atau dia org gemar jalan pintas sebab tak sabar dlm perjuangan. Tak macam Pas yg konsistan dlm perjuangan. Akhirnya dia org dpt ambik balik Kelantan yg jatuh ke tangan BN secara sah melalui PR pada tahun 1980-an.

    Nampaknya, inilah kelemahan pimpinan Umno sejak dulu hingga kini (mungkin selamanya?). Dia org SUKA MAIN IKUT JALAN BELAKANG!

  15. Kita kena mengucap syahadat. Guna perkataan biar beradab. Kita ni Islam. Apakah ibu tuan-tuan mengajar demikian?

  16. Mache-mache Menulis:

    Kita kena mengucap syahadat. Guna perkataan biar beradab. Kita ni Islam. Apakah ibu tuan-tuan mengajar demikian?

    Responds Naspazi :

    Perkataan beradab sungguh baik dan mulia. Justeru, seluruh Mantra Kitab Suci Agung Dunia bangsa manusia sarat dengan nilai murni universal.

    Begitulah, kasih sayang mukaddas agung seorang ibu, walau tidak dilafazkan dengan kata-kata, namun sayapnya laksana fajar di ufuk timur ke arah mengadabi kemanusiaan bersama, semenjak manusia melakar sejarah dari manusia pertama :-

    1. Ibu, tidak mengajar untuk mengarang kitab 50 Dalil Liwat.

    2. Ibu, tidak mengajar melebamkan mata orang untuk membohong.

    3. Ibu, tidak mengajar menjadi hakim korek korek untuk menzalimi orang.

    4. ibu, tidak mengajar mempersenda sunnah Nabi untuk memperlekeh ulama.

    5. ibu, tidak mengajar cara memperoleh C4 untuk meletupkan sesiapa.

    6. ibu, tidak mengajar cara membuat laporan liwat untuk bersumpah.

    7. ibu, tidak mengajar cara membunuh tahanan untuk dilapor paru-paru berair.

    8. ibu, tidak mengajar cara menculik wakil rakyat untuk menukar pimpinan.

    Arakian, betapa sakit ungkapan kata nista bagi kelakuan individu yang biabab masih tidak mampu mengirimnya ke lorong kematian.

    Namun, jika tebu di pinggir bagaikan kail, walau panjang sejengkal yang bersalut umpan tetaplah merana ikan.

    INSAN YANG MULIA BAGAIKAN PUTERA RAJA
    NAMUN BUKAN SEMUA RAJA INSAN YANG MULIA
    – Naspazi

  17. 16. Mache-mache Menulis:

    Kita kena mengucap syahadat. Guna perkataan biar beradab. Kita ni Islam. Apakah ibu tuan-tuan mengajar demikian?

    Responds Naspazi :

    Perkataan beradab sungguh baik dan mulia. Justeru, seluruh Mantra Kitab Suci Agung Dunia bangsa manusia sarat dengan nilai murni universal.

    Begitulah, kasih sayang mukaddas agung seorang ibu, walau tidak dilafazkan dengan kata-kata, namun sayapnya laksana fajar di ufuk timur ke arah mengadabi kemanusiaan bersama, semenjak manusia melakar sejarah dari manusia pertama :-

    1. Ibu, tidak mengajar untuk mengarang kitab 50 Dalil Liwat.

    2. Ibu, tidak mengajar melebamkan mata orang untuk membohong.

    3. Ibu, tidak mengajar menjadi hakim korek korek untuk menzalimi orang.

    4. Ibu, tidak mengajar mempersenda sunnah Nabi untuk memperlekeh ulama.

    5. Ibu, tidak mengajar cara memperoleh C4 untuk meletupkan sesiapa.

    6. Ibu, tidak mengajar cara membuat laporan liwat untuk bersumpah.

    7. Ibu, tidak mengajar cara membunuh tahanan untuk dilapor paru-paru berair.

    8. Ibu, tidak mengajar cara menculik wakil rakyat untuk menukar pimpinan.

    Arakian, betapa sakit ungkapan kata nista bagi kelakuan individu yang biabab masih tidak mampu mengirimnya ke lorong kematian.

    Namun, jika tebu di pinggir bibir bagaikan kail, walau panjang sejengkal yang bersalut umpan tetaplah merana ikan.

    INSAN YANG MULIA BAGAIKAN PUTERA RAJA
    NAMUN BUKAN SEMUA RAJA INSAN YANG MULIA
    – Naspazi

  18. Sedih bila tengok melayu pas d pergunakan PKR dan DAP di Perak. Ape ke henye Yop!! Tidur atas jalan ,lawan Polis derhaka pada sultan. Ape semua ni. Kalau nak menang menang lah jangan timbulkan banyak provokasinya. Kalau kalah buat cara kalah.Jangan timbulkan kan hal yang dicipta oleh pemimpin PKR sendiri DSAI Anuar.Kenapa perlu kata-kata yang kesat.Sedarlah bangsa asing dah mula kuasai kita yang semakin mabuk dengan politik


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: