Posted by: pinkturtle2 | Februari 7, 2009

Kerakusan Najib Yang Bakal Memegang Tampuk Negara

najib-rakus

Targedi Rampasan Kuasa Adalah Kerana Kerakusan Najib Untuk Mengejar Cita-Citanya

Saya menerima email dari seorang sahabat yang tekun mengikuti perkembangan Drama Politik Perak 2008 dan beliau meminta saya memasukkannya ke dalam blog ini untuk bacaan para pencinta demokrasi di Malaysia

Hari ini memang telah tercipta satu sejarah. Sejarah yang tak mungkin boleh dilupakan rakyat. Sejarah yang tak mungkin boleh dilupakan Sultan Perak dan keturunannya. Sejarah yang tak boleh dilupakan oleh pemimpin2 UMNO Malaysia khususnya Perak. hanya kerana seorang manusia rakus yang menyebabkan segala cacian, makian, hinaan, cercaan, nistaan telah dilemparkan kepada Paduka Seri Sultan Perak. Belum pernah dalam sejarah rakyat sanggup menghentam seorang sultan yang berwibawa dan dihormati sebegini rupa. Moga ia menjadi pengajaran terbaik kepada semua yang masih memegang ‘title’ raja di Malaysia

Apakah faktor yang menyebabkan REVOLUSI RAKYAT ini takkan terhenti lagi selepas ini? Jawapan tertumpu kepada satu iaitu kerakusan insan yang bakal memegang tampuk negara satu hari nanti jika sempat ‘merampas kuasa’ dan ‘mandat’ yang diberikan rakyat kepada pakatan pembangkang yakni Pakatan Rakyat.

UMNO atau lebih tepat Najib yang cukup terdesak untuk memastikan kerusi yang bakal didudukinya menjelang akhir Mac ini tidak tergugat telah menggunakan segenap ruang yang ada untuk mendakap setinggi ‘penghormatan’ dari ‘rakyat’ dengan menjalankan misi mustahil pada ketika awalnya tetapi tiba-tiba sahaja menjadi nyata dan hakikat ini telah ‘dibantu’ secara tak sengaja oleh Sultan yang paling dihormati di Malaysia dengan pengalaman, ilmu pengetahuan dan kejayaan serta dikatakan juga sebagai Sultan yang paling berjiwa rakyat iaitu Sultan Perak, akan tetapi semua kehebatan dan ketinggian hormat rakyat Malaysia keseluruhannya telah mula pudar dek kerana ‘peranan’ yang dimainkan baginda dalam usaha menjayakan keterdesakkan Najib untuk ‘merampas kuasa’ rakyat dengan menggunakan pengaruh beliau sebagai Orang-Orang Kaya Indera Syahbandar Pahang.

Siapa mampu menafikan selain media pro BN dan penyokong-penyokongnya bahawa struktur politik Malaysia bakal mengalami perubahan dengan apa yang dipertontonkan hari ini menjadi ‘turning point’ kemusnahan sebuah empayar yang penuh gemilang berdekad-dekad lamanya khususnya di bawah pemerintah terdahulu.

Nyata, apa yang diramalkan ini mungkin berlaku dalam masa yang terdekat akibat kerakusan seorang yang tak sabar-sabar menantikan hari ‘naik takhta’ dengan menghancurkan keutuhan rapuh sebuah kerajaan yang mendapat undi dan majoriti popular rakyat sebuah negeri pada hari ini.

Walau apapun, kita mesti sabar untuk menantikan kelangsungan episod ‘Drama Politik Perak’ esok dengan berlangsungnya majlis angkat sumpah MB Perak yang baru. Terbayang wajah senyum yang diukir oleh ketiga-tiga ADUN Bebas yang menambah majoriti BN Perak seperti ada sesuatu yang dinantikan. Apa laba atau bala yang akan diterima mereka? Allah jua yang Maha Menentukan. Kalau inilah muqaddimah maka kita tunggu saat dan tikanya apa bentuk pembalasan yang bakal diterima oleh mereka yang berlaku khianat.

Maka benarlah Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

http://perfectwater75.blogspot.com

Advertisements

Responses

  1. Ya PRU ke13 nanti mari kita buat perubahan benar2 total! Apa yang berlaku di Perak seakan
    gelombang ke2 selepas tahun 1999.

    Percayalah sampai masa nanti BN akan jadi seperti Golkar di Indonesia.

  2. aku cukup “getik’..meluat tengok muka hang DATO NAJIS…..orang yg. tamak, zalim dan sanggup buat apa sajer untuk kepentingan/survival politik beliau….Pak Lah pun tak baik sangat tapi PAK NAJIS nie ….tapi ketua penjahat ni la orang nye….belum dapat jadi PM dah buat merampas kerajaan rakyat..lebih lagi bila dah pegang PM….alamat HANCUR MALAYSIA …apa nak jadi akan datang…

  3. tak dan pru13, depa ni dah jalan kena serangan angin ahmar… pasai depa terlebih makan harta rakyat dan kena sumpah oleh berjuta-juta orang yg teranaiya kerana kuasa depa.
    rakyat marhaen tak menghalalkan cara dan rentak depa yang terlebih gaya tapi tak kena dengan lagu.!

  4. raja segala penyangak hidup!!!

  5. #NUKILAN DARI SAUDARA WIRA

    Lanjutan kepada komen “Orang Tengah”.

    Saya rasa anda kurang faham pasal politik. Saya cuba memberi penjelasan untuk DUN di Perak sahaja. Di Perak ada 59 kerusi semua. DAP bertanding 18 kerusi menang 18. PAS bertanding 21 kerusi hanya menang 6 kerusi sahaja. PKR bertanding 20 kerusi menang 7 kerusi. ( DAP:18+ PAS:6 + PKR:7 = 31 kerusi. BN menang 28 kerusi iaitu UMNO 27 dan MCA 1 kerusi.

    Kerusi DAP menang adalah daripada kerusi yang diperuntukkan oleh BN kepada MCA/MIC/GRK. Ini bermakna jika DAP tumbang maka semua kerusi cina/india akan berada ditangan (MCA/MIC/GRK= semuanya bukan melayu juga.

    PAS bertanding 21 kerusi hanya menang 6 kerusi sahaja, selebihnya dimenangi oleh UMNO. Jika PAS menang semua yang dipertandingkan bermakna PAS adalah tunggak menggantikan melayu Perak. PKR bertanding 20 kerusi iaitu bertanding kerusi-kerusi yang diperuntukkan kepada UMNO/MCA/MIC/Grk . PKR bertanding 20 kerusi iaitu 11 kerusi adalah calon melayu, 5 calon cina dan 4 calon india. Jika diandaikan PRU-12, PAS menang kesemua iaitu 21 kerusi campur 11 kerusi PKR (melayu) maka kerusi melayu adalah tunggak iaitu sebanyak 32 kerusi daripada 59.

    Kita bersetuju bahawa Sultan Perak mempunyai bidangkuasa melantik calon melayu sebagai MB kerana perlembagaan negeri tidak membenarkan bukan melayu sebagai MB. Ini keputusan yang tepat dan mengikut perlembagaan negeri tidak boleh dipertikaikan walaupun DAP menang kerusi 18 kerusi tetapi tidak berhak menjadi MB melainkan DAP ada calon melayu sebagai wakil rakyatnya.

    EXCO negeri Perak iaitu DAP 6 ( 5 cina 1 india). PKR ( 1 cina dan 2 melayu ). PAS 2 melayu. Ini bermakna 6 cina, 1 india dan 4 melayu ( jumlah semua 11 orang). Mengikut pentadbiran Perak 11 exco dicampur dengan ex–Officio iaitu SUK, Pegawai Undang2 dan Pegawai kewangan jumlah semuanya 14 orang. Ini bermakna kedudukkan komposisi kaum dalam Exco Perak ialah 7 melayu, 6 cina dan 1 india.. Semua ex-officio boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat Exco tetapi tidak boleh mengundi. Jika diandaikan semua exco bukan melayu mengundi dan dapat majoriti TETAPI MB mempunyai kuasa veto boleh membatalkan keputusan yang dibuat oleh Exco. Kuasa veto MB boleh kita ibaratkan sama seperti di PBB antara negara yang diberkuasa veto ialah USA, China, Rusia dll.

    Berkenaan tanah yang diberikan kepada kaum cina di Perak. Apa salahnya tanah diberi hakmilik kepada kaum cina sebagai tempat tinggal mereka. selama ini hanya status sebagai tanah pajakan sahaja sekadar untuk tempat duduk. Untuk makluman ” Orang tengah” berapa ribu ekar tanah di Pulau Redang, di Awana Kijal Terengganu ,Genting H/land Pahang yang mana UMNO/BN berikan kepada kaum cina?. Berapa banyak tanah kawasan simpanan melayu yang diberikan oleh UMNO/BN kepada bukan melayu kenapa diam?. Bila tanah sekadar untuk tempat diberikan sebagai tempat duduk maka UMNO pun bising se Malaysia.

    Kenapa tak bising berapa puluh rakyat cina/india yang UMNO berikan warganegara kepada bukan melayu semasa zaman Tunku Abdulrahman sebagai PM, kenapa UMNO/BN diam?.

    Bila Selangor, Penang, Kedah, Perak tumbang kepada PR, pelbagai isu yang timbul bermula isu DEB, isu babi, isu lembu, isu Tadika/tabika. Bila isu timbul, maka dibenarkan demonstrasi dibuat oleh UMNO tidak dihalang pun oleh polis. Bila kena kepada PR dikatakan tidak demokratik dan pelbagai tuduhan yang dibuat.

    Sebenarnya rakyat sudah bosan dengan UMNO/BN. Jika ikut propoganda media UMNO/BN seolah-olah mereka boleh menang besar di Penang/Kedah/Selangor/Kelantan. Begitu juga di Pmtg Pauh dan Kuala Terengganu seolah-olah BN akan menang. Bila tahu keputusan rupanya BN tumbang.

    Penganalisa politik yang dijemput oleh UMNO/BN semuanya merapu dan memberi laporan dengan hujah-hujah membodek. Samalah apa yang berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO semua Perwakilan tidak boleh lari daripada ucapan membodek, ampu, berpantun, berseloka semuanya bodek. Sepatutnya ambil peluang memberi pandangan/cadangan untuk kebaikan rakyat dan negara tetapi kebanyakan ucapan adalah hambar . Sikap UMNO bila ada kuasa semua berpakat mencium tangan Presiden/PM. Bila tak ada kuasa tak dilayan pun. Cuba tengok apa yang berlaku kepada arwah Tun Ghaffar Baba dan kini kepada Tun Dr Mahathir tak ada orang UMNO pun nak cium tangan. Sekarang berebut-rebut untuk cium tangan Najib. Pak Lah kini mula dipinggirkan. Apakah nasib Pak Lah macam Tun Dr Mahathir juga bila tidak ada kuasa?.

    Tepatlah Peribahasa , di situ ada gula di situ ada semut. Macam UMNO lah juga, di Situ ada kuasa di situ lah ramai belaci2 UMNO yang datang mencium tangan.

    UMNO tumbang maka diwawarkan akan hilang kuasa ketuanan melayu/islam. Apa hendak susah hilang/tumbang UMNO dengan sendirinya kuasa melayu akan berpindah kepada PAS dan PKR (melayu). Begitu juga DAP menang maka dengan sendirinya MCA/MIC/Grk yang kalah dan begitulah disebaliknya. Di mana pulak logiknya jika UMNO kalah/tumbang maka cina yang memerintah?.

    Jangan hendak memperbodohkan rakyat kerana rakyat sudah faham kecuali segelintir pengundi disaluran satu dan saluran dua yang masih menyokong UMNO/BN. Percayalah pada masa ini UMNO/BN Perak boleh diibaratkan menang sekarung ( Rampas kerajaan) tetapi tunggulah dalam PRU-13 mereka (UMNO/BN) akan rugi seguni ( akan kalah besar dalam PRU-13). ” UMNO/BN tidak releven lagi kepada rakyat yang bosan dengan rasuah, kezaliman, penyelewengan, murtad dan gejala sosial yang begitu hebat sekarang angkara UMNO/BN perintah Malaysia selama 50 tahun ” itulah hasilnya”.

    (SYABAS WIRA…SYABAS…INI ADALAH HASIL NUKILAN WIRA…BACA DAN FAHAMILAH KEAADAAN SEKARANG..FAKTA BEGINI KITA PERLUKAN UNTUK MENJELASKAN KEADILAN)

  6. Ya kita jumpa dalam pru 13. Kita ganyang habis-habisan padan muka. Kita lenyapkan umno / bn

  7. Satu aku nak tambah ….kurangkan kerusi DAP….kawasan majoriti melayu letak calun melayu…majoriti kaum lain letak bangsa dia…kalau tidak kami tak puas hati sampai bila-bila.INGAT TU!!!!!

  8. kepala sengal…….cuba buktikan SATU sahaja wakil DAP dalam kawasan DUN PERAK majoriti melayu.calon calon DAP itu bertanding di 18 kawasan MCA atau GERAKAN tau tak ? di perak ni…..imbangan melayu dan bukan melayu hampir banyak.tolong tengok balik semua data kawasan itu.bercakap biar ada fakta daripada kajian dan realiti,malu kalau hentam kromo aje.maaf yer.

  9. kepala sengal, janganlah bodoh sangat, apa bezanya dap & mca parti bangsa cina juga. cuma cina beralih ke dap atau pkr, melayu beralih ke PAS atau pkr, pusing2 kasitulah juga.

    cuma rakyat alih atau buangkan umno itu saja. rakyat tak nak umno sebab umno ni lebih dahsyat jahat perangainya dari orang yahudi. umno la ni adalah satu pertubuhan politik yang hanya membela puak kepimpinan yang ada sekarang, maka kepimpinan sekarang bermatian dan akan buat apa saja mempertahankan kedudukan mereka, kekuasaan mereka, dimana telah bertahun2 dalam kenikmatan, kejahatan, konspirasi licik membunuh pesaing mereka, kemewahan, karakusan dan mabuk keduniaan mereka. mereka ini pemimpin umno sabenarnya tidak perjuangkan apa-apa buat rakyat khususnya bangsa melayu. orang jahat mana ada perjuangan untuk orang lain. tapi mereka pandai bermain sentimen dgn mengakalkan orang melayu.

    mereka ingat orang melayu la ni masih saperti 50tahun dahulu. rakyat harus bulat menolak umno dan bagi orang islam adalah satu jihad jika berjaya memadamkan umno dipersada malaysia hari ini. memerangi kejahatan adalah jihad.

  10. 1 Malaysia = 1Israel
    Anti Barangan Israel = Buat kilang coca cola besar-besaran.

    RON95 & RON97 = minyak merah & Hijau (harga tetap naik).

    rakyat didahulukan kena, pencapaian entoh kmana.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: