Posted by: pinkturtle2 | Februari 10, 2009

Bukit Gantang:Penebus maruah rakyat

Apabila ternampak seakan segala pintu ditutup menyekat kita, tiba-tiba Allah swt membuka pintu Nya buat kita. Ayuh kita sahut peluang ini. Ia jarang-jarang datang begini tetapi dihayat kita Allah tunjukkan secara tunai untuk dilihat semua.

Apabila ternampak seakan segala pintu ditutup menyekat kita, tiba-tiba Allah swt membuka pintu Nya buat kita. Ayuh kita sahut peluang ini. Ia jarang-jarang datang begini tetapi dihayat kita Allah tunjukkan secara tunai untuk dilihat semua.

Bukit Gantang: Penebus maruah rakyat

Apabila menerima berita kematian ahli parlimen Bukit Gantang Allahyarham Roslan Shahrom pagi tadi saya sedih. Perkara pertama yang terlintas di kepala saya betapa rasanya begitu besar cabaran terhadap kita di Perak. Dalam kelam kita menghadapi krisis perlembagaan di Perak kini dikejutkan pula dengan kematian ahli parlimen kita ini sekaligus memaksa pilihan raya kecil dalam tempuh 60 hari setelah SPR dimaklumkan oleh Spekaer Dewan Rakyat.

Kemudian saya terfikir pula barangkali kita perlu anggap ini sebagai lorong yang dibuka oleh Allah swt. Diambilnya Allahyarham untuk mendahului kita, kemudian dibukanya peluang buat kita untuk membuktikan kepada rakyat Perak, melalui “politik pintu belakang” yang kotor kita kehilangan negeri, sekarang kita berpeluang buktikan yang rakyat tetap bersama kita. Lalu diberi peluang kepada kita untuk tunjukkan kepada rakyat Perak dari hutan, desa, pekan sehingga ke istana, bahawa sokongan rakyat tetap di belakang kita.

Apabila ternampak seakan segala pintu ditutup menyekat kita, tiba-tiba Allah swt membuka pintu Nya buat kita. Ayuh kita sahut peluang ini. Ia jarang-jarang datang begini tetapi dihayat kita Allah tunjukkan secara tunai untuk dilihat semua.

Setelah jenazah Allahyarham ini disempurnakan petang tadi, kini masanya untuk kita bertindak. Ayuh kita bekerja bagi menebus maruah bukan PAS, bukan Pakatan Rakyat tetapi maruah rakyat Perak yang telah “dicuri” itu. Kuala Terengganu telah mencetuskan momentum besar buat rakyat, jadikan Bukit Gantang kemucaknya, insyallah.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditemapatkan dikalangan mereka yang hampir pada Allah swt. Alfatihah

http://n32.blogspot.com


Responses

  1. sama2lah doa spya Allah tnjukkan kehendak makhlukNya..d bukit gantang

  2. al-fatihah

  3. by the grace of Allah,malaysians will witness the beginning of the end to umno and national front in Perak n Kedah comes judgement day for the by elections to be held within 60days.The rakyat have had enough of immoral exploits,treachery.and cowardice stunts by umno to fool the rakyat. The rakyat were no fools. Come this time around especially to you najib C4,umno’s vessel is sinking right into the abyss. Hidup rakyat,hidup pakatan,hancur hancur,hancur umno

  4. alahai najib C4,kemana kamu ye selepas acara angkat sumpah MB haram aritu. Bersembunyi di belakang sultan perak ye,kamu telah hancurkan institusi raja,lacurkan spr dan meresahkan seluruh rakyat malaysia,entah apa kejadah pula selepas ini. kamu di lantek jadi menteri kewangan untok pulihkan ekonomi tp yang kamu buat lain pulak.entah berapa ratus juta wang rakyat kamu habiskan untok merasuah YB YB yang ada..alamat muflis negara dibuat kamu…pkir pkirkan lah

  5. “My integrity n my self esteem are intimately tied to my lifelong identification with the oppressed,n my believe is that if humanity is to flourish in the future,it is essential for the strong to respect the rule of law as much as the weak. At present,we have the law that does not treat equal equally,the weak are held accountable,while the strong enjoys impunity.This represents law without justice,inviting charges of hypocrisy and double standards” richard falk

  6. jelasnya…doa penganut penganut PAS untuk satu pilihanraya di PERAK telah dimakbulkan…maka entah mcm mana takdir ALLAH MP PAS meninggal bagai telah di atur atur olehnya … uniknya MP PAS itu adalah dari kawasan yg sememangnya di PERAK dan menjadi focal point pada seluruh rakyat MALAYSIA waktu ini…pening kepala Penganut PAS kerana terpaksa mengharungi dua keasdaan serentak HILANGNYA kerusi MB PERAK, dan kini hilangnya satu MP PAS di IPOH….ALLAH MAHA ADIL….bak kata penganut PAS…Bukit Gantang penebus maruah…eloklah tu sekurang kurangnya konsentrasi Penganut penganut PAS sekarang terpecah dua atau tiga atau empat …peklbagai masalah timbul dalam pakatan rakyat dan akhirnya kebenaran terserlah jua …insyallah PAS akan tewas di parlimen Bukit Gantang …YOP YOP yg dulunya UNDI PROTES kepada UMNO insyalllah akan berpaling semula ke BN……yop yop perak tak akan benarkan pemimpin PAKATAN RAKYAT yg menghina RAJANYA sendiri untuk terus tinggal dibumi PERAK darul redwan dan kami akan pastikan mereka DIYAHKAN dari bumi dato sagor raja maharajalela ini…kalau JW Birch boleh tersungkur di Pangkor….apa lah sgt PAKATAN RAKYAT!!!!

  7. Teringat aku satu cerita. Konon seorg mantan MB Umno sakit tua. Dah sekian lama anak cucu mantan MB tu mengasuh dia, tapi dia tak mati2. Pendek kata, setiap hari mantan MB terpaksa di cebok, dimandi & dipakaikan pakaian. Makan pun terpaksa disuapkan.

    Akhirnya anak cucu mantan MB panggil org alim. Setelah dilihat & dirawat oleh org alim itu, maka org alim pun berkata kpd anak cucu mantan MB supaya jgn marah. Katanya, mantan MB semasa masih sihat, kuat makan suap.

    Lalu org alim pun meminta anak cucu mantan MB supaya mengeluarkan segala wang ringgit milik mantan MB. Maka dikeluarkanlah wang dari syiling, belakang frame gambar dll.

    Lepas tu org alim pun memasukkan wang itu ke dlm sarung tilam, sarung bantal & sarung bantal peluk. Setelah siap, org alim mengarahkan mantan MB dibaringkan di atas tilam & bantal yg penuh berisi dgn wang & dibagi memeluk bantal peluk yg juga berisi wang.

    Maka kata yg empunya cerita, matilah mantan MB dgn tenang. “Kerana wang dia hidup & kpd wang dia dikembalikan..”, ucap org alim tu.

    Insya-Allah, mudah2an YB Pas jgn sampai jadi macam tu. Takziah buat ahli keluarga allahyarham mantan YB. Semuga rohnya dirahmati Allah SWT. Amin…

  8. hadi, dah banyak wang rasuah yang jadi darah daging kamu? Patutlae tak dapat terima kebenaran. Tahniah jadi penjilat umno no.1. Najib tawarkan kamu jadi pembawa bahan letupan C4. Gaji sure lumayan. Janji kau sanggup!

  9. Wahai semua pengundi Parlimen Bukit Gantang…AYUHHHH GANYANG UMNO/BN….Kita Nesankan mereka dan kuasa RAKYAT tidak boleh dijual /beli oleh PAK NAJIS C4 & The GENG…
    AYUH.. kat dua-dua Bukit ni (Bukit Gantang & Bukit Selambau )….semua rakyat tanam kan BN/UMNO yang zalim.. kurap yg korap & giler kuasa…..UNDI PR untuk kebenaran & Keadilan

  10. kalau PAS kalah di Bukit Gantang…jangan pulak bagi alsan SPR tak betul, pengundi HAntu dan mcm mcm lagi alasan alasan yg semata mata nak tutup kelemahan sendiri…percayalah PAS akan tersungkur di Bukit Gantang….Yop yop dah sedar akan peritnya pemerintahan 10 Bulan BINTANG TIGA di PERAK ….inyslaah ALLAH akan bersama MUFTI DATO HARUSSANI..TAKBIRRRRRR
    Kita lihat pulak apa MERAPEK ANWAR dan penganut penganut PAS bila KALAH lepas ni…

  11. Kalah biarlah bermaruah.
    Kita tengok juga kronologi tindakan2 BN dan SPR.
    kalau tindakan mereka tak menimbulkan syak wasangka, insyaAllah tiadalah kami semua menyalahkan SPR sekiranya kalah.
    Oleh tiu, janganlah bertindak di luar bidang kuasa dan menimbulkan syak wasangka ya SPR.

  12. ak rsa amat sedih dgn kejadian d perak nih..
    ak nih pengundi yg bru..
    da la bru.tggl di perak plak..
    nih nk pilihanraya plak nih..
    bgus2..1st time nk g undi..
    sebelum2 nih ak ada gak wat kajian2 sket nnti ak nk undi sapakn..BN oR PR..
    sebelum nih gak ak nih kira 50-50 ar nk sokong sapa..tapi da jadi cm nih…..
    mmg ak SERIUS MELUAT GILA KT BN!!!!!!!!!!!!
    ayuh pengundi2 bru cm ak sokong PR..
    BN da kucar kacirkn negeri kita…
    insyaallah ak akn pastikn bukit gantang milik PR..
    dan kembalikn kerajaan pakatan rakyat di perak..AMIN

  13. aii hadi dan joe….agaknya awak ni tak dapat taufik dan hidayah lagi agaknya. kesian, kesian. tapi gitulah selalunya…kalu orang dah kurap dan korap tu dia takkan sedar dirinya lagi, dia rasa dia besar, dia betul, dia berkuasa hinggalah bila dia tersungkur nanti barulah nak menyesal, itu pun entah. Entah2kan sampai m——s pun dia masih tak sedar. Masa di padang masyar baru nak menyesal. Dah terlambat kata Allah. Hendaknya kau sedarlah sikit…berapa banyak duit rakyat dikebas oleh UMNO dan BN tu untuk poket dan temolok kau orang? Tak sedar ke? Sama2lah kita tengok nanti…misti cara adil, jangan tipu, jangan jadi hantu…rakyat pilih siapa? sama2lah kita tunggu dan lihat nanti. INSYAALLAH ALLAH AKAN MENUNJUKKAN YANG BENAR DAN KEBENARAN.

  14. Camnie la… kalah menang hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu…. tetapi yakin dan pastilah… tsunami rakyat susah nak dibendung…. perhati-perhatikanlah….

  15. Seronok nya …UMNO & Raja…wow,…Ini peluru yang bagus untuk kita berkempen. UMNO sokong Raja…wow…! Rakyat dengar je UMNO bersekongkol dengan Raja….boleh bayangkan ??? Untuk tarik hati rakyat , terutama CINA dan INDIA, adakah label “UMNO dan Raja” itu menguntungkan ????? Ayuh Pakatan Rakyat …hebahkan bahawa UMNO itu Raja…. Sedangkan label yang ada sekarang pun iaitu UMNO=Bangsawan pun dah jadi peluru yang bagus untuk berkempen…inikan pulak label UMNO=RAJA !

  16. Bahan kempen untuk PR…Assign seseoranguntuk berpakaian baju melayu dengan dastar dan assign sekumpulan berbagai kaumpula berpakaian ala UMNO,MCA dan MIC….dan sembah orang yang berdastar tadi …lagi cantik pura2 sembah sampai cium tanah…taktik kempen yang cantik!

  17. Wahai Rakyat Malaysia…Kini ada 2 Bukit menunggu kita.Bukit Gantang PAS akan serang. Bukit Selambau PKR akan serang.Ayoh..kita semua jadi soldadu…

  18. Hancur-hancur-hancur UMNO- Jahanam-jahanam jahanam Be End….Semoga ahli Pakatan Rakyat akan cekal dalam menghadapi cabaran dari Jason King ( Najib) – Kerajaan Pasola ( BN) yang merampas Kerajaan pasir Dua Butir (PR) …..

  19. ayuh pencinta kebenaran..kita pakat gi bukit gantang ramai2. biar mereka gerun..hapuskn pencacai angkat najis umno ini..kita pastikan umno diletakn di muzium agar pewaris kita tahu bahwa inilah parti yg kononnye perjuangkan bagsa melayu tetapi mereka sebenarla perosak org melayu dan islam….TAKBIR…..

  20. ini bakal menyemarakkan reformasi kedua.lihatlah kesan reformasi pertama dimana bnyk negeri jatuh ketgn rakyat yg “nampak” akan kebenaran.itu pun 1 negeri dirampas gaya ala2 pondan oleh umno.jika reformasi kedua berlaku tak hairan sarawak dgn sabah akan jatuh ke tgn PR kerana dikhabarkan rakyat sabah n swk sudah benci pemimpin di sana.buka forum di swk semua dah benci taib mahmud.di sabah semua dah muak jadi negeri miskin sedangkan hasil bnyk.ini semua akan membuka bnyk lagi ”pekung’ dlm umno dimana rakyat semakin nampak apa yg sepatutnya mereka ada tp dibolot oleh org bebal negara.org umnosila simpan msg ni utk diselidik apa yg sy ckp ni jadi benar pada masa akan datang.

    ini semua kesilapan umno utk mengukuhkan kedudukan PR.juga sesuatu yg baik.antara maruah dgn kebanggaan memerintah maruah rakyat lagi tggi.

    tahniah umno atas perbuatan terdesak anda ini bakal membuatkan PR lebih kuat masa akan datang.
    kalau tak buat mcm ni=tetap PR menang.
    kalau buat mcm ni=PR akan lebih kuat.
    kesimpulannya umpama umno menebuk lubang pada kapal sendiri yg bakal membuatkan kapal karam.

  21. takpayah penat la hang pa dok nasihat mat romeo dengan joe gunners….. depa tu agen umno… amno nie kan licik dalam edea jahat depa… polis pun depa bleh guna… inikan dalam internet yg kita tak kenal depa…. tp korang berdua kena ingat.. mati nanti kita akan tahu siapa yg benar…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: